5. Aktiviti Asas PKK (Kemahiran Berpengakap) ● Ikatan & Simpulan - Memperkenalkan Kemahiran Asas dalam membuat ikatan dan simpulan dengan teknik-teknik yang betul. - Memperluas pengetahuan ahli tentang pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang digunakan dalam aktiviti luaran dan perkhemahan. - Mendorong kerjasama di antara ahli dalam mempelajari dan mengamalkan kemahiran membuat ikatan dan simpulan, sambil memastikan keselamatan mereka 6 Aktiviti yang Dilakukan Dimulakan dengan istiadat pengakap iaitu istiadat laung agung dan istiadat menaikkan bendera yang diketuai oleh sekawan kami, iaitu sekawan merah. Senarai nama sekawan yang bertugas adalah seperti berikut : Akela Khairunnisa Binti Mohd Hafiz Pencabar Muhammad Azrie Bin Madali Doa Mohammad Arif Affendi Bin Silopung Bendera Muhammad Nazrey Bin Sabli Persetiaan Ahmad Farid Bin Abdul Karim Dokumentasi Nur Haziqah Azmina Binti Salihuddin Afiqah Batrisyia Binti Anuar Shazuki
Setelah selesai dengan istiadat laung agung dan bendera, semua pek bergerak ke tempat perjumpaan iaitu di dewan serbaguna untuk menjalankan aktiviti yang seterusnya iaitu mempelajari kemahiran asas berpengakap iaitu ikatan dan simpulan. Aktiviti Ikatan dan Simpulan ● Pek berkumpul mengikut sekawan dan mencari pasangan masing-masing. Setiap pasangan pek memerlukan 2 tali dan dibekalkan dengan batang PVC. ● Kemahiran Asas membuat ikatan dan simpulan dengan menggunakan teknik yang betul disampaikan oleh Tn. Syhibin Bin Japar. ● Pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang diperkenalkan beserta dengan fungsinya. Antaranya ialah : Jenis Simpulan Fungsi Simpul Manuk Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang. la berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting, ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan Ikatan ini juga digunakan untuk membuat gajet Simpul Buku Sila Untuk sambung dua utas tali yang sama besar. Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah lucut la digunakan untuk mengikat benda benda kecil seperti mengikat layar
kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat. Simpul Tindih Kasih Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut. la juga digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang. Simpul Bunga Geti Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan jenisnya. Simpul Balak la digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya mudah ditarik Permulaan kepada ikatan serong. Simpul Belit Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal Jenis Ikatan Fungsi Seraya Digunakan untuk mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat jambatan, gejet, menara, tiang,bendera dan lain-lain Lilit Kacang Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu gajet.
7 Lampiran
IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM 2024 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PISMP AMB JUN 2021-2026 Hari: Rabu Tarikh: 21 Februari 2024 Minggu: Minggu 6 Tempat: Dewan Serbaguna, IPGM Kampus Kent BIL. PERKARA MAKLUMAT 1 Pegawai Bertugas Tn. Syhibin Bin Japar 2 Senarai Pegawai Tn. Vickneswaran a/l Nakarsalapan Tn. Sazalee W Basir Tn. Amidy Bin Malagob Tn. Haslan Bin Manja Pn. Fitri Shahwahliah Binti Su’ut Pn. Hafizah Binti Abdul Rahim Pn. Norhafizah Binti Zakaria 3 Sekawan Bertugas Biru 4 Jumlah Kehadiran 34 ahli
5 Objektif ● Memperkenalkan Kemahiran Asas dalam membuat ikatan dan simpulan dengan teknik-teknik yang betul. ● memperluas pengetahuan ahli tentang pelbagai jenis ikatan dan simpulan yang digunakan dalam aktiviti luaran dan perkhemahan. ● mendorong kerjasama di antara ahli dalam mempelajari dan mengamalkan kemahiran membuat ikatan dan simpulan, sambil memastikan keselamatan mereka 6 Aktiviti yang Dilakukan Aktiviti Asas – PKK (Kemahiran Berpengakap) Ikatan dan simpulan Lampiran
IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM 2024 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PISMP AMB JUN 2021-2026 Hari: Rabu Tarikh: 28 Februari 2024 Minggu: Minggu 7 Tempat: Dewan Serbaguna, IPGM Kampus Kent BIL. PERKARA MAKLUMAT 1 Pegawai Bertugas Tn. Syhibin Bin Japar 2 Senarai Pegawai Tn. Vickneswaran a/l Nakarsalapan Tn. Sazalee W Basir Tn. Amidy Bin Malagob Tn. Haslan Bin Manja Pn. Fitri Shahwahliah Binti Su’ut Pn. Hafizah Binti Abdul Rahim Pn. Norhafizah Binti Zakaria 3 Sekawan Bertugas Hijau 4 Jumlah Kehadiran 34/34
5 Objektif ● Untuk mengambil peranan sebagai pemimpin kumpulan, memimpin barisan, dan mengatur langkah semasa bergerak dalam kawad. ● Aktiviti Kawad Kaki melibatkan aktiviti berjalan kaki yang dapat meningkatkan kecergasan fizikal dan daya tahan kanak-kanak. ● membantu dalam pembentukan disiplin diri, ketabahan, dan kepatuhan terhadap arahan. 6 Aktiviti yang Dilakukan Aktiviti Asas - PKK (Kemahiran Berpengakap) Kawad kaki Lampiran
IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM 2024 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PISMP AMB JUN 2021-2026 Hari: Rabu Tarikh: 6 Mac 2024 Minggu: Minggu 9 Tempat: Dewan Serbaguna, IPGM Kampus Kent BIL. PERKARA MAKLUMAT 1 Pegawai Bertugas Tn. Azman anak Ismail 2 Senarai Pegawai Tn. Vickneswaran a/l Nakarsalapan Tn. Syhibin Bin Japar Tn. Sazalee W Basir Tn. Amidy Bin Malagob Tn. Haslan Bin Manja Pn. Fitri Shahwahliah Binti Su’ut Pn. Hafizah Binti Abdul Rahim Pn. Norhafizah Binti Zakaria 3 Sekawan Bertugas Kuning
4 Jumlah Kehadiran 34/34 5 Objektif ● Pertolongan cemas bertujuan untuk menyelamatkan nyawa terlebih dahulu jika seseorang itu mempunyai kecederaan yang menyebabkan risiko maut atau kurang daripadanya. ● Memberikan pengetahuan kepada setiap orang mengenai rawatan awal atau pertolongan cemas yang betul dan perlu dibuat apabila berhadapan dengan situasi kecederaan yang nyata untuk mengelakkan serta mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk. ● Aktiviti ini juga bertujuan untuk melegakan dan mengurangkan kesakitan pesakit sementara menunggu bantuan utama tiba atau sampai ke pusat rawatan yang berdekatan. 6 Aktiviti yang Dilakukan Aktiviti Asas - PKK (Kemahiran Berpengakap) Pertolongan Cemas 1. Semua Unit Beruniform (UB) bergerak ke tempat perjumpaan iaitu di dewan serbaguna untuk menjalankan aktiviti iaitu mempelajari kemahiran asas berpengakap pertolongan cemas. 2. Salah seorang daripada ahli unit Bulan Sabit Merah Malaysia memberikan ceramah kesihatan mengenai pertolongan cemas dan rawatan awal 3. Pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut UB untuk bergerak ke stesen-stesen yang disediakan 4. Setiap stesen memberikan contoh situasi pertolongan cemas yang lebih terperinci mengikut kecederaan yang berlaku seperti menggunakan pembalut segi tiga pada anggota tubuh yang patah atau cedera
5. Setelah teori diberikan, praktikal pula dilakukan oleh pelajar untuk lebih memahami situasi dan perkara yang perlu dilakukan apabila berhadapan dengan situasi sebenar. Pelajar bergilir-gilir untuk menerima maklumat daripada stesen ke stesen yang lain sehingga habis. 6. Majlis penutupan kecil dilaksanakan sebagai tanda penghargaan kepada pegawai unit BSMM yang terlibat dalam menjalankan aktiviti asas Pengakap iaitu pertolongan cemas. Lampiran
IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM 2024 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PISMP AMB JUN 2021-2026 Hari: Rabu Tarikh: 13 Mac 2024 Minggu: Minggu 10 Tempat: Dewan Serbaguna, IPGM Kampus Kent BIL. PERKARA MAKLUMAT 1 Pegawai Bertugas Tn. Azman anak Ismail 2 Senarai Pegawai Tn. Vickneswaran a/l Nakarsalapan Tn. Syhibin Bin Japar Tn. Sazalee W Basir Tn. Amidy Bin Malagob Tn. Haslan Bin Manja Pn. Fitri Shahwahliah Binti Su’ut Pn. Hafizah Binti Abdul Rahim Pn. Norhafizah Binti Zakaria
3 Sekawan Bertugas Merah 4 Jumlah Kehadiran 34/34 5 Objektif ● Memperolehi pengetahuan mengenai asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa berada di pelbagai tempat seperti bukit, hutan dan laut. ● Memberikan pengetahuan berkaitan dengan kegunaan atau fungsi flora dan fauna yang menjadi sumber makanan, perlindungan dan hidup semasa ikhtiar hidup berlaku. ● Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup. 6 Aktiviti yang Dilakukan Aktiviti Asas - PKK (Kemahiran Berpengakap) Ikhtiar Hidup 1. Setelah melakukan adat istiadat laung agung, pelajar pergi ke tempat yang telah disediakan oleh sekawan bertugas untuk menjalani aktiviti ikhtiar hidup mengikut sekawan. 2. Kayu api dan bahan-bahan untuk memasak disediakan oleh sekawan masing-masing 3. Setiap sekawan akan memasak hidangan yang menjadikan ikan sebagai hidangan utama dan memasak hidangan sampingan untuk menceriakan lagi sajian masakan rimba. 4. Setelah siap memasak, pegawai bertugas akan menilai masakan yang dihidangkan termasuk kerjasama sekawan semasa memasak hidangan tersebut. 5. Setelah selesai dinilai, hidangan akan dinikmati bersama sebagai tanda hasil usaha kerjasama masakan rimba berpasukan antara sekawan kemudian mengemas tempat aktiviti dilakukan seperti sediakala.
Lampiran
MINGGU 11 IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM 2024 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PISMP AMB JUN 2021-2026 Hari: Rabu Tarikh: 20 Mac 2024 Minggu: Minggu 11 Tempat: Dewan Serbaguna, IPGM Kampus Kent BIL . PERKARA MAKLUMAT 1 Pegawai Bertugas Pn. Hafizah Binti Abdul Rahim 2 Senarai Pegawai Tn. Vickneswaran a/l Nakarsalapan Tn. Syhibin Bin Japar Tn. Sazalee W Basir Tn. Amidy Bin Malagob Tn. Haslan Bin Manja Pn. Fitri Shahwahliah Binti Su’ut
Pn. Norhafizah Binti Zakaria 3 Sekawan Bertugas Merah 4 Jumlah Kehadiran 34/34 5 Objektif Kognitf ● Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk ikhtiar hidup semasa di laut, di hutan, di bukit, di gunung-ganang atau sebagainya. ● Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan dan punca-punca air. Psikomotor ● Mencari dan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai sumber makanan untuk terus hidup. Afektif ● Membina keyakinan diri untuk terus hidup. Memupuk nilai-nilai murni seperti berkerjasama dan bertanggung jawab. 6 Aktiviti yang Dilakukan Aktiviti dimulakan dengan laung agung yang diketuai sekawan merah. Selepas itu, kami mempelajari berkaitan Ikhtiar hidup. Makanan dan air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawall perpeluhan bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. Jangan memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali meminum urin(cecair dari tubuh seperti peluh kencing). Seseorang seharusnya membaa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam poket pada setiap masa, untuk kegunaan ketika
perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman. Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan “space blanket” atau baju hujan dengan menadahkannya di atas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka. Semua pelajar diminta untuk memasak menu yang telah ditetapkan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Para pelajar juga dibenarkan menggunakan barangan yang dibawa oleh ahli kumpulan masing-masing seperti bawang, cili dan garam supaya makanan yang dihidang lebih enak. Pensyarah hanya menyediakan ikan sebagai bahan masakan. Pelajar hanya dibenarkan memasak dengan menggunakan unggun api dan alatan ikhtiar hidup yang disediakan oleh pensyarah. Pelajar tidak dibenarkan membawa makanan yang telah dimasak sebagai hasil mereka. Aktiviti ini akan dipantau oleh semua guru penasihat supaya pelajar tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Masa diberikan kepada pelajar adalah selama 120 minit. Para pelajar perlu bekerjasama dengan kumpulan supaya masakan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Masakan pelajar akan dinilai oleh guru yang bertugas. Wakil kumpulan akan menghidangkan makanan kepada guru-guru. Markah makanan diberikan berdasarkan keenakan ikan dan masakan lain. Akhir sekali guru-guru
membuat kesimpulan keseluruhan aktiviti supaya pelajar dapat mengetahui kelemahan mereka dan membaikinya. Lampiran
MINGGU 12 IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM 2024 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PISMP AMB JUN 2021-2026 Hari: Rabu Tarikh: 27 Mac 2024 Minggu: Minggu 12 Tempat: Dewan Serbaguna IPGM Kent BIL. PERKARA MAKLUMAT 1 Pegawai Bertugas Puan Norhafizah Binti Zakaria 2 Senarai Pegawai 1. Tuan Syhibin Bin Japar 2. Tuan Vickneswaran a/l Nakarsalapan 3. Tuan Amidy Malagob 4. Puan Hafizah Binti Abd. Rahim 5. Tuan Azman Anak Ismail 6. Tuan Haslan Bin Manja 7. Puan Fitri Shahwaliah Binti Su`ut 3 Sekawan Bertugas Sekawan Ungu 4 Jumlah Kehadiran 34 Ahli 5 Objektif 1. Mempelajari sejarah cerita hutan dalam penubuhan Pengakap Kanak-kanak. 2. Mengetahui watak-watak yang terdapat dalam cerita hutan Pengakap. 3. Memahami dan menghayati perjalanan dan pengajaran cerita hutan “The Jungle Book”
4. Melaksanakan aktiviti lakonan tentang cerita hutan dan menghubungkaitkan dengan prinsip pengakap. 6 Aktiviti yang Dilakukan 1. Aktiviti laung agung dilaksanakan sebagai permulaan aktiviti yang diketuai oleh sekawan Ungu yang bertugas. 2. Guru memperkenalkan sejarah cerita hutan dalam penubuhan Pengakap Kanak-kanak. 3. Murid melihat tayangan video tentang cerita hutan yang telah disediakan oleh pensyarah. 4. Semua sekawan diberikan tugas untuk berlakon dengan mengadaptasikan cerita hutan dengan undang-undang Pengakap. 5. Semua sekawan melakonkan sketsa masing-masing dihadapan pensyarah dan pelajar lain untuk pelajar lain memahami moral dan undang-undang Pengakap yang disampaikan dalam lakonan tersebut. 7. Lampiran
MINGGU 13 IPG KAMPUS KENT, TUARAN, SABAH LAPORAN MINGGUAN KOKURIKULUM 2024 UNIT BERUNIFORM PENGAKAP PISMP AMB JUN 2021-2026 Hari: Rabu Tarikh: 3 April 2024 Minggu: Minggu 13 Tempat: Dewan Serbaguna IPGM Kent BIL. PERKARA MAKLUMAT 1 Pegawai Bertugas Tuan Syhibin Bin Japar 2 Senarai Pegawai 1. Tuan Syhibin Bin Japar 2. Tuan Vickneswaran a/l Nakarsalapan 3. Tuan Amidy Malagob 4. Puan Hafizah Binti Abd. Rahim 5. Tuan Azman Anak Ismail 6. Tuan Haslan Bin Manja 7. Puan Fitri Shahwaliah Binti Su`ut 3 Sekawan Bertugas Sekawan Biru 4 Jumlah Kehadiran 34 Ahli 5 Objektif 1. Mempelajari tujuan dan pengurusan Malam Kebudayaan Pengakap 2. Mempelajari pengendalian Malam Kebudayaan Pengakap 3. Mengetahui banyak permainan pengakap, lagu-lagu pengakap dan yell
6 Aktiviti yang Dilakukan 1. Aktiviti laung agung dilaksanakan sebagai permulaan aktiviti yang diketuai oleh sekawan Biru yang bertugas. 2. Guru memperkenalkan Malam Kebudayaan Pengakap dan tujuannya dalam penubuhan Pengakap Kanak-kanak. 3. Murid melihat tayangan video tentang malam kebudayaan pengakap yang telah disediakan oleh pensyarah. 4. Semua sekawan diberikan tugas untuk menyanyikan beberapa buah lagu-lagu pengakap seperti: - Sahibul Hikayat - Apa Guna Keluh Kesah - Barangan Jepun - Char Kuey Tiao, Roti Canai, Teh Tarik - Masa Billiy Billiy - Rasa Sayang - Sayonara - Tarian Gajah - Suranggani - Potong Bebek Angsa 5. Setelah itu, beberapa orang murid diminta maju ke hadapan untuk menari mengikut rentak lagu-lagu pengakap 6. Kemudian, ada juga Song Battle di antara kumpulan sekawan contohnya pasukan sekawan merah dan ungu bergabung menentang pasukan sekawan biru, hijau dan kuning menggunakan lagu Goreng Pisang.
7. Lampiran