The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Lee Cheah Eu, 2023-07-25 18:16:35

BUKU PROGRAM BENGKEL PENDIDIKAN KHAS DAERAH JOHOR BAHRU

PENGENALAN Guru Pendidikan Khas merupakan perjawatan baru yang diamanahkan dalam pembentukan perkembangan murid - murid berkeperluan masalah pembelajaran di Malaysia bermula seawal tahun 1926 dengan kewujudan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SKPK) St. Nicholas Pulau Pinang dan di Negeri Johor di SKPK Princess Elizabeth (1949) Guru pendidikan alaf baru merupakan guru yang bersifat dinamik, responsif dan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan cabaran semasa. Adalah menjadi tanggungjawab Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, Sekolah dan guru itu sendiri mengikuti kursus secara berkala dalam meningkatkan tahap penyampaian dan keberkesanan pdp dalam memikul tugas mengupayakan murid berkeperluan Malaysia. Kekerapan kursus, Bengkel, bengkel anjuran JPN, PPD, Sekolah dan NGO memainkan peranan penting dalam mengupayakan guru pendidikan khas terutamanya di Daerah Johor Bahru Bagi meningkatkan kompetensi guru, Bengkel ini dirangka dengan tujuan untuk meningkatkan keupayaan guru dalam memberikan yang terbaik kepada murid di sekolah masing-masing, berkongsi maklumat terkini kaedah dan pendekatan serta penggunaan terapi yang berkesan mengikut keupayaan murid. Guru-guru Pendidikan Khas Daerah Johor Bahru perlu kembali ke landasan yang betul dalam membentuk perancangan perkembangan murid. Mereka perlu faham bahawa mendidik murid pendidikan khas tidak semudah mendidik murid perdana. “Murid Perdana : Murid ikut kurikulum, Murid Pendidikan Khas : Kurikulum ikut murid” Seharusnya apabila difahami kehendak dan keperluan kata-kata ini. Kita dapat membayangkan bahawa dalam mendidik murid berkeperluan khas, acuan pendidikan setiap murid dibentuk oleh guru mengikut keperluan individu.


MATLAMAT Matlamat Bengkel ini adalah untuk meningkatkan kompetensi guru pendidikan khas Daerah Johor Bahru dalam mengupayakan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di sekolah masing-masing OBJEKTIF Di antara objektif Bengkel pendidikan ini ialah : 1. Meningkatkan kefahaman dan kebolehan penyampaian guru dengan ilmu terapi suaian yang boleh dijalankan oleh guru di sekolah. 2. Penataran Pekeliling dan arahan terkini yang diwartakan untuk dilaksanakan di peringkat sekolah 3. Perkongsian pengalaman wakil guru PPKI SK dan SMK dan wakil guru baru secara jujur dalam usaha meningkatkan tahap perkhidmatan oleh warga pendidikan khas daerah Johor Bahru 4. Membuka ruang kepada semua peserta kembali bersemangat dalam menjalankan amanah. TEMA PROGRAM. Cabaran dan Realiti Guru Pendidikan Khas


JAWATANKUASA PELAKSANA Jawatankuasa Guru Bertanggungjawab Pengurusan Acara PN ERWENNA BINTI PAIMAN EN ALIHASSAN BIN OTHMAN PN SABARINA BINTI SAWALIN EN MOHD HISHAM BIN A RAHIM PN NORALIZA BINTI MOHAMAD Kewangan EN HASSAN BIN AHMAD PN NUR AMNA SYAHIRAH BINTI DATO HJ MD FIAH PN NEZELYNN SURAYA BINTI MOHAMED PN WONG SHUI WAH Pendaftaran dan Cenderamata EN MUHAMAD ZURAIMY BIN JA’AFFAR CIK DZAITUNADIA BINTI MUSLIM CIK MUTIAMUTI ZAWATI BINTI CHE HUSSIN EN LEE CHEAH EU PN THEVALETCHUMY A/P NADARAJAN PN MOIRA BINTI MUKRI Logistik dan persiapan tempat EN ZAMRI BIN ISHAK EN MOHD FIRDAUS BIN MASKAN EN MOHD KHAIRI BIN JAILANI PN NORLIZA BINTI MUSANIF Pengangkutan, tempat letak kenderaan, lalulintas EN MOHD FARIDUDDIN BIN SAHARI Media dan publisiti PN WONG SHUI WAH Teknikal ICT CIK NURAMIZA IZZATIE AMRI PN NORAZATUL BINTI MD JININ Makanan PN ELMISURIA BINTI HARITH PN MAZLINA BINTI ABU BAKAR PN NOR WAHIDAH BINTI ABDULLAH CIK NUR SYAHIRA BT ZAHARIN CIK SAIRULBARIAH BINTI ALI PN JUNAINAH BINTI BUHARI Juruacara EN MOHAMMAD FARHAN IQBAL FAIZ BIN MOHD JOHAR


Atur Cara MASA AKTIVITI 0745 Pendaftaran peserta kumpulan 0815 Doa dan taklimat ringkas perjalanan Bengkel Ucapan aluan Pengerusi Program Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar Ucapan Aluan Penaung Program Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru 0845 REHAT 0900 Slot 1 : Pengenalan Terapi Cara Kerja Suaian Pegawai 3PK, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 1030 Slot 2 : Pengenalan Terapi pertuturan suaian Pegawai 3PK, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 1200 Slot 3 : Pengenalan Terapi fisio suaian Pegawai 3PK, Jabatan Pendidikan Negeri Johor 1330 Penyampaian Cenderahati Penceramah Makan Tengah hari Majlis Bersurai


Click to View FlipBook Version