The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Analisis Novel Hempasan Ombak
Bab 13-14
Kumpulan 6
3 Inquirer

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puteriamirasyafiqah, 2021-03-16 11:10:28

Novel Hempasan Ombak Kumpulan 6

Analisis Novel Hempasan Ombak
Bab 13-14
Kumpulan 6
3 Inquirer

Analisis Novel
Hempasan Ombak

Bab 13-14
Kumpulan 6 :

- Puteri Amira Syafiqah binti Raja Sazrin
- Nurul Ain Nazira binti Azman
- Fatin Adawiyah binti Razman
- Jessica Anthony
- Rain Amber Rony

Kelas : 3 Inquirer
Guru Subjek: Pn Sa’adiah binti Bohari

Sinopsis Bab 13: Api!

Jam 2 pagi, keluarga Hajah Zaoyah terjaga kerana berlaku kebakaran di bangsal batik
baharunya. Tiga lembaga berlari meninggalkan kawasan itu dan menuju ke keretanya lalu
memecut. Farid berusaha memadamkan kebakaran menggunakan alat pemadam api tetapi gagal.
Jiran-jirannya membantu sebelum pasukan bomba datang. Farid merasa sedih melihat bengsal
batik modennya yang dibinanya tidak sampai sebulan musnah dan sebahagian besarnya tinggal
rangka . Siasatan mendapati 75% harta benda musnah. Dalam kesedihan Farid menyakinkan
abangnya bahawa kebakaran bangsal batik moden ada kaitan dengan ugutan surat layang yang
diterimanya. Ibunya telah menyerahkan surat layang tersebut kepada Pak Nik untuk dilaporkan
kepada pihak polis. Ibu dan abangnya menasihati Farid menerima takdir tuhan selepas solat
subuh. Keesokan paginya, kawasan kebakaran menjadi tumpuan. Masing-masing terkejut. Pekerja
bahagian batik asli diminta bekerja seperti biasa. Hartini Noor terkejut tetapi kagum dengan
ketenangan dan kesabaran Farid. Pihak polis mengesahkan kebakaran berkaitan dengan surat
layang dan kekacauan oleh Mahmood. Tengah hari Zuraida datang melawat Keluarga Farid dan
bersimpati. Inspektor Rusman menjelaskan bahawa Mukhtar, pemilik Syarikat Batik Rajawali
punca segalanya.

… Manusia yang sanggup menolong tanpa
mengharapkan balasan
Persoalan
(Bab 13) Contoh: Pasukan polis, Pasukan Bomba dan
Penyalamat, dan kakitangan Bahagian Forensik

datang untuk menyiasat.

Menerima setiap dugaan dengan penuh rela hati
Contoh: Farid menerima dugaan yang menimpanya

sebagai takdir.

Tolong-menolong antara satu sama lain
Contoh: Jiran tetangga datang dan cuba
membantu memadamkan api.

Teknik Plot Pemerian
(Bab 13)
Contoh:
Pengarang menggambarkan
apa yang berlaku dengan
syarikat batik Farid pada
awal pagi

Dialog

Contoh:
Perbualan antara Farid
dengan Lotfi mengenai
kebakaran yang membakar
bangsal batik moden

Teknik Plot Imbas Kembali

Contoh:
Lotfi teringat kembali akan
berbualan antara ibunya
dengan Nik mengenai surat
ugutan yang diterima oleh
Farid

Monolog

Contoh:
Farid bermonolog sendirian
apabila memikirkan bahawa
Mukhtar Yusoflah punca
segala-galanya

FARID WATAK DAN PUAN ZAOYAH
PERWATAKAN BAB 13
• BERUMUR 19 TAHUN. • BERUSIA 56 TAHUN
• BERSIKAP PENYAYANG • MEMPUNYAI 6
ORANG ANAK.
KEPADA AHLI • ISTERI KEPADA
KELUARGA ARWAH HAJI
BADRUL
• BERSIKAP RASIONAL
DALAM MENGAMBIL • SEORANG IBU YANG
TINDAKAN. PENYAYANG.

LOT FI PAK NIK

• ABANG KEPADA • SEORANG
FARID LELAKI YANG
SUDAH TUA.
• LEBIH 10 • BERSIKAP
TAHUN HIDUP
TEGAS.
DENGAN
KERUSI RODA
• LUMPUH

Latar
(Bab 13)

Latar Masa Latar Tempat Latar
Masyarakat
1. 2.00 pagi 1. Taman Permint Jaya,
- Bengkel moden Syarikat Batik Cendering 1. Masyarakat peniaga
- Farid, Zuraida, Mokhsein dan
Nusantara terbakar - Rumah kakak sepupu Hartini
2. 15 minit Noor Mukhtar seorang yang terlibat dalam
- Bunyi letupan kedengaran dan perniagaan batik.
2. Balai Polis Daerah Kuala
orang kampung tersedar akan Terengganu 2. Masyarakat yang dengki
kebakaran bangsal tersebut. - Tempat Farid membuat laporan - Mukhtar yang dengki kepada Farid
3. Waktu pagi sanggup sabotaj perusahaan Farid
- Operasi pembersihan dan tentang kebakaran bengkelnya agar dapat menyingkirkan
pemeriksaan bengkel moden 3. Bilik pejabat Farid pesaingnya di dalam pasaran batik.
Syarikat Batik Nusantara - Tempat Zuraida menunggu untuk
3. Masyarakat hidup saling membantu
dijalankan. Farid sampai dari balai polis. - Jiran-jiran datang dan membantu
Farid untuk memadamkan kebakaran
tersebut.

Nilai Novel Hempasan Ombak
(Bab 13)

• Nilai ketabahan
Contoh : Farid menerima cabaran yang ditimpa
sebagai takdir.

• Nilai tolong-menolong
Contoh : Jiran tetangga datang untuk
membantu Farid memadamkan kemaraan api.

• Nilai kerjasama
Contoh : Farid dan pekerjanya bekerjasama untuk
membantu mana-mana kerja yang perlu.

Pengajaran

• Kita haruslah membuang sifat dengki dan tidak berbuat jahat
kepada orang lain

Contoh : Mukhtar telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara tiga
tahun kerana mengupah samseng untuk sabotaj bengkel Farid kerana
sifat dengki.

• Kita perlulah berusaha dan banyakkan bersabar ketika
menginginkan kejayaan

Contoh : Setelah sekian lama Farid bersabar, Mokhsin telah
memberitahu 2 berita gembira iaitu dua buah butik di Singapura dan
Ampang Park mahu melanggani batik moden keluaran Farid.

• Kita mestilah mengejar dan mencari ilmu pengetahuan yang
lebih

Contoh : Zuraida mengikuti kursus luar kampus dalam bidang
Pentadbiran Perniagaan di UITM Dungunpada setiap hujung minggu
untuk menambah ilmu pengetahuan.

Sinopsis Bab 14: Ombak

Mukhtar ditahan di lokap Balai Polis Daerah Kuala Terengganu. Dia didakwa mengupah tiga
samseng untuk membakar bangsal batik moden syarikat Farid. Tiga hari kemudian, Encik
Mokhsein yang baru balik dari Singapura. Menurut Encik Mokhsein, punca segalanya berlaku
kerana sifat hasat dengki, dia juga menerima ugutan sejak berbaik dengan Farid. Encik Mokhsein
menyampaikan berita baik kepada Farid bahawa butik dari Singapura dan Kuala Lumpur ingin
melanggan batik moden keluaran perniagaan Farid. Selain itu, Encik Mokhsein merancang
mencarikan Farid peluang mengadakan pertunjukkan kesenian anjuran Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia. Farid terhutang budi dengan Encik Mokhsein , Zuraida dan Hartini Noor
yang banyak membantu. Zuraida pula melanjutkan pelajaran di Dungun dalam bidang
pertadbiran perniagaan. Mahkamah Rendah Terengganu menjatuhkan hukuman bahawa Mukhtar
didapati bersalah dan akan meringkuk selama tiga tahun dalam penjara di Marang. Mukhtar
berbuat jahat kerana kemerosotan jualan batik dan hutang syarikatnya. Farid bermimpi
Mukhtar datang meminta maaf dan insaf. Mokhsein datang mengajak Farid dan Zuraida ke
majlis perkahwinan Hartini Noor di Kuantan. Ibu Farid mengusik anaknya tetapi Farid
menjelaskan bahawa dia masih muda untuk berkahwin kerana hendak menyambung pelajaran
dahulu.

Persoalan Memberi cadangan kepada rakan yang
Bab 14 memerlukan

Contoh: Zuraida mencadangkan Farid untuk
menimba ilmu.

Memberitahu maklumat yang penting kepada ahli
keluarga

Contoh: Ibu Farid memaklumkan bahawa Mukhtar
kini berada di Penjara Marang.

Sentiasa memaafkan orang walaupun mereka
membuat kesalahan yang amat besar

Contoh: Farid menemui Mukhtar dan memaafkan
kesalahan lelaki itu.

Teknik Plot Bab 14

Pemerian Dialog Kejutan Monolog
Dalaman
Contoh: Contoh: Contoh:
Pengarang Perbualan antara Farid Pembaca terkejut dan Contoh:
menggambarkan dengan Mokhsein tidak menyangka Farid ‘Bisikan iblis
Mukhtar bin Yusof mengenai kes Mukhtar bermimpi bahawa usahlah diturut,’
ditangkap polis yang melibatkan kedua- Mukhtar insaf dan bisik hati
dua belah pihak ini memohon maaf Mokhsein
kepadanya

FARID WATAK DAN • BERKULIT GELAP,
PERWATAKAN BAB 14 BERWAJAH BULAT
• BERUMUR 19 TAHUN. DAN TAMPAN
• BERSIKAP PENYAYANG
• PEMILIK SYARIKAT
KEPADA AHLI NADI ZAMAN
KELUARGA
• MENGENANG BUDI
• BERSIKAP RASIONAL
DALAM MENGAMBIL MOKHSEIN
TINDAKAN.
• PEMILIK SYARIKAT
ZURAIDA BATIK RAJAWALI

• BERUMUR 19 TAHUN • DITUDUH MEMBAKAR
DAN MERUPAKAN BANGUNAN BENGKEL
RAKAN SEKELAS BATIK MODEN FARID
FARID DARI
TINGKATAN 1 • USAHAWAN BATIK DI
HINGGA 5 DI SM. LOSONG,
SERI BUDIMAN
TERENGGANU.
• SEORANG YANG
GIGIH DALAM MUKHTAR
BIDANG
PERNIAGAAN.

Latar Bab 14

Latar Latar Masyarakat
Tempat
1. Masyarakat yang mementingkan
1. Lokap Balai Polis Daerah Kuala ilmu
Terengganu
- Zuraidah melanjutkan pelajaran dalam
- Tempat Mukhtar ditahan dan disoal bidang Pentadbiran Perniagaan di UiTM
siasat oleh pihak polis sebelum Dungun walaupun dia sudah memiliki
dihantar ke mahkamah. kedai.

2. UITM ( Universiti Teknologi Mara) 2. Masyarakat hidup saling membantu
- Tempat Zuraida menyambung - Mokhsein mencarikan Farid peluang untuk
mengadakan pertunjukan kesenian anjuran
pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
Perniagaan

3. Mahkamah Rendah Kuala Terengganu
- Tempat Mukhtar dibicarakan dan
dijatuhkan hukuman terhadap kes
kesalahan membakar bangsal moden Farid.

Nilai Novel Hempasan
Ombak Bab 14

• Nilai baik hati
Contoh : Mokhsein banyak membantu Farid dari segi idea kepakaran
dan motivasi untuk membangunkan Syarikat Batik Nusantara kembali.

• Nilai kebijaksanaan
Contoh : Zuraida mengambil peluang untuk menambah ilmu dalam
bidang perniagaan dan pemasaran dengan mengikuti kursus luar kampus
dalam jurusan pentadbiran perniagaan UITM Dungun.

• Nilai keberanian
Contoh : Farid berani menanggung risiko untuk mengembangkan
pemasaran syarikat batiknya dengan membina bengkel tambahan baharu
yang bermodulkan RM75 ribu.

Pengajaran

• Kita perlulah tabah dan sabar dengan nasib yang ditimpa
Contoh : Farid bertabah ketika bangsalnya terbakar.

• Kita mestilah mempunyai sifat yang tidak mudah putus asa
Contoh : Farid dan pekerjanya tidak putus asa untuk
memajukan Syarikat Barik Nusantara walaupun telah menimpa
pelbagai cabaran.

• Kita haruslah bersikap baik hati dengan membantu orang
yang memerlukan

Contoh : Jiran tetangga, Pasukan bomba dan kakitangan
Tenaga Nasional membantu Farid semasa kebakaran.

Rujukan

Buku:
- Novel Hempasan Ombak
- FOCUS PT3 Bahasa Melayu

Internet:
- https://qcikgubm.blogspot.com/2020/07/novel-hempasan-
ombak-sinopsis.html


Click to View FlipBook Version