The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerpen Sekeping Tanah
Kumpulan Izzat & Aizan
3 Inquirer

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puteriamirasyafiqah, 2021-05-05 12:39:01

BM (Sekeping Tanah)

Cerpen Sekeping Tanah
Kumpulan Izzat & Aizan
3 Inquirer

Tema

Konflik adik-beradik
dalam mempn ertahankan
harta pusaka warisan
keluarga.

Persoalan

(a) Keberanian mengambil risiko untuk
kesejahteraan masa depan.
(b) Kerjasama dan kolaboratif dalam
menjayakan projek usahasama.
(c) Kebijaksanaan merancang masa depan.
(d) Keutuhan integriti dalam memikul
tanggungjawab.
(e) Kepentingan pendidikan untuk mengubah
kehidupan seseorang.

Watak dan

Hisyam perwatakan

(a) Anak bongsu daripada tiga beradik.
(b) Bekerja sebagai pemandu teksi di sebuah bandar raya.
(c) Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zaki, Linda dan Nora.
(d) Patuh akan arahan dan pesanan abang sulungnya.
(e) Bersikap rasional dan berpandangan jauh dalam

membuat keputusan.
(f) Berhemah tinggi.
(g) Penyayang terhadap ahli keluarganya.
(h) Bersikap amanah dan jujur ketika dia menguruskan

Syarikat Binajaya Sdn.

Harun
(a) Anak sulung daripada tiga beradik.
(b) Bapa kepada dua orang anak lelaki, Saleh dan

Musa.
(c) Penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak-

anaknya.
(d) Bijak berhujah.
(e) Berpendirian tegas.
(f) Bersifat sensitif

Halimah
(a) Anak kedua daripada tiga beradik.
(b) Bertugas sebagai pengurus sebuah bank.
(c) Menjadi pengurus baharu Syarikat Binajaya Sdn. Bhd.

Selepas meletakkan jawatan.
(d) Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan.
(e) Patuh akan arahan abangnya.
(f) Berhemah tinggi apabila berbicara dengan abangnya.
(g) Bijak dan teliti dalam melakukan kerja.
(h) Berpandangan jauh.
(i) Prihatin dan bersimpati terhadap kesusahan abangnya.
(j) Amanah dalam memikul tanggungjawab.

Latar Masa, Latar Tempat Dan Latar
Masyarakat

Latar Tempat
(a) Rumah Harun.
(b) Rumah Halimah.
(c) Rumah Hisyam.
(d) Pejabat Tanah.
(e) Sebidang tanah pusaka di bandar.
(f) Kondo Jaya.

Latar Masa
(a) Waktu petang.
(b) Waktu tengah hari.
(c) Waktu malamn.
(d) Sebulan selepas urusan

pinjaman bank diluluskan.
(e) Setelah tiga tahun setengah.

Latar Masyarakat
(a) Masyarakat yang bijak merancang masa depan.
(b) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.
(c) Masyarakat yang berani mengambil risiko untuk

kesejahteraan masa depan.
(d) Masyarakat yang bersatu hati dalam menjayakan projek

usahasama.
(e) Masyarakat yang berpendidikan tinggi.
(f) Masyarakat kota yang gigih mencari rezeki.
(g) Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua.
(h) Masyarakat yang terlibat dalam gejala negatif

Gaya Bahasa

(a) Bahasa Arab. Contohnya, Astaghfirullah.
(b) Kata ganda. Contohnya, dalam-dalam; mati-mati; bulat-

bulat; dan angan-angan.
(c) Metafora. Contohnya, mata batinnya.
(d) Sinkope. Contohnya, Tak boleh. Kamu saja, Syam.
(e) Repetisi. Contohnya, Dia cabar saya. Dia hina saya.
(f) Peribahasa. Contohnya, tukar tangan; perah otak.
(g) Perlambangan. Contohnya, Pisau di tangan abang.
(h) Personifikasi. Contohnya, Hatinya teringin sangat

untuk membuat panggilan telefon kepada adiknya itu
tetapi otaknya melarang.

Plot

Binaan Plot
(a) Permulaan – Cerpen ini dimulakan dengan hasrat Hisyam yang
ingin membangunkan sebidang tanah pusaka peninggalan arwah
ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi tanah pusaka itu.
(b) Perkembangan – Hisyam berbincang dengan abangnya, Harun dan
kakaknya, Halimah berhubung cadangannya untuk membangunkan
tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. Namun
begitu, Harun tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam yang dianggap
menyusahkan dan rumit. Harun bertegas meminta Hisyam menjual
tanah pusaka itu. Sementara itu, Hisyam dan Halimah
bersepakat menjual tanah pusaka itu tetapi kemudiannya membeli
tanah itu semula untuk dibangunkan.

(c) Klimaks – Harun tergamam melihat adiknya, Hisyam dan
Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan
Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman
kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan
dipermainkan oleh adik-adiknya.
(d) Peleraian – Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar
kepada abangnya, Harun berhubung pembinaan Kondo Jaya di
atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu.
Hisyam menyerahkan jawatan pengurus Syarikat Binajaya Sdn.
Bhd. kepada Halimah. Halimah bersetuju untuk menerima
jawatan tersebut. Hisyam pula bercadang untuk memandu
teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan kehidupannya.

Teknik Plot
(a) Pemerian.
(b) Dialog.
(c) Imbas kembali.
(d) Monolog.
(e) Kejutan.
(f) Saspens.

NIlai

(a) Amanah.
(b) Baik hati.
(c) Hormat-menghormati.

n

(d) Kebijaksanaan.
(e) Kasih sayang.
(f) Keberanian.
(g) Kegigihan.
(h) Hemah tinggi.

Pengajaran

(a) Kita hendaklah bijak merancang masa depan demi kesenangan hidup dan
keluarga.
(b) Kita mestilah mengamalkan sikap amanah dan jujur dalam menjalankan tugas.
(c) Kita perlulah menjaga hak keluarga dengan sebaik-baiknya.
(d) Kita janganlah mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh
merosakkan maruah dan diri.
(e) Kita perlulah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
(f) Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dengan sepenuh hati.
(g) Kita hendaklah berani mengambil risiko demi kesejahteraan kehidupan masa
depan.
(h) Kita mestilah bersatu hati dalam menjayakan satu-satu projek usahasama.
(i) Kita hendaklah rajin menuntut ilmu supaya menjadi masyarakat yang
berpendidikan tinggi.
(j) Kita hendaklah gigih mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Sekian Terima Kasih

Rujukan:
• https://www.bumigemilang.com
• http://cikgusimile.blogspot.com


Click to View FlipBook Version