Semarak Bahasa Tanggungjawab
Bersama
( Pendidikan Sivik dalam
Peribahasa Melayu)
Nama ahli kumpulan:
- Puteri Amira Syafiqah binti Raja Sazrin
- Nur Waheeda binti Mohd Rizal
Kelas: 3 Inquirer
Nama guru pembimbing: Pn. Sa’adiah binti Bohari
Nama sekolah: SMK PANTAI IBWS
Melentur buluh
biarlah dari
rebungnya
= Mendidik anak-anak
sejak kecil kerana
apabila anak-anak sudah
besar, susah untuk si
anak menerima teguran.
Melepaskan
batok di tangga
= Melakukan sesuatu
pekerjaan dengan
tidak bersungguh-
sungguh.
Bagai kacang
lupakan kulit
= Orang yang tidak tahu
mengenang budi.
Pemuda harapan
bangsa, pemudi
tiang negara
= Anak muda menjadi orang
yang diharapkan untuk
membangunkan negara
pada masa depan.
Usaha tangga
kejayaan
= Seseorang itu perlu
berusaha dengan gigih
untuk mencapai
kejayaan.
Hilang bahasa,
lenyaplah
bangsa
= Jika sesuatu
bahasa itu lenyap,
maka hilanglah
bangsa tersebut.
Harapkan pagar,
pagar makan
padi
= Seseorang yang kita
terlalu percaya dan
boleh diharapkan telah
mengkhianati kita.
Bagai menatang
minyak yang
penuh
= Memelihara anak
dengan penuh kasih
sayang.
Anak kera di hutan
disusukan, anak di
rumah mati
kelaparan
= Urusan sendiri
ditinggalkan kerana
lebih mementingkan
urusan orang lain.
Biar putih tulang,
jangan putih mata
= Lebih baik mati
daripada terpaksa
menanggung malu
kerana menyerah kalah.
Tepuk dada tanya
selera
= Sesuatu pekerjaan
yang akan kita lakukan
hendaklah difikirkan
baik-baik menurut
keyakinan kita sendiri.
Air orang disauk,
ranting orang
dipatah, adat orang
diturut.
= Hendaklah mematuhi
undang-undang negeri
yang kita mendiami.
Bapa borek anak
rintik
= bagaimana ibu bapa,
begitulah anak-anaknya.
Ke mana
tumpahnya kuah
kalau tidak ke nasi
= Anak-anak akan meniru
segala perbuatan dan
sikap ibu-bapanya.
Seperti ketam
mengajar anaknya
berjalan lurus,
sedangkan diri sendiri
berjalan mengiring
= Orang yang hanya tahu
memberi nasihat tetapi
diri sendiri tidak
melakukan demikian.
Biar Mati Anak,
Jangan Mati Adat
= Adat atau undang-
undang yang tidak
boleh dilanggar.
Di mana bumi
dipijak, di situ
langit di junjung
=Mematuhi peraturan
sesuatu tempat yang
didiami.
Sakit sama
mengaduh, luka
sama menyiuk
=Sama-sama
bertanggungjawab
Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang
ketepian, bersakit-sakit
dahulu bersenang-
senang kemudian
= bersusah payah
terlebih dahulu sebelum
mencapai kesenangan di
kemudian hari.
Sesat dihujung
jalan, balik ke
pangkal jalan
=Jika tersalah dalam
sebarang tindakan,
hendaklah menginsafi
dengan segera.
Sumber Rujukan:
• https://youtu.be/WyRpQG-_CgI
• http://peribahasa-spm.blogspot.com/2016/08/peribahasa-mengikut-
tema.html
• https://bidadari.my/peribahasa-peranan-ibu-bapa/
• https://theinspirasi.my/senarai-peribahasa-kerjasama-dan-perpaduan/
• https://maksudperibahasa.com/tepuk-dada-tanya-selera/
• https://maksudperibahasa.com/air-orang-disauk-ranting-orang-dipatah-
adat-orang-diturut/
• https://maksudperibahasa.com/seperti-ketam-mengajar-anaknya-
berjalan-betul/