JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN MPU 3431a KOKURIKULUM - UNIT BERUNIFORM PENGAKAP I – PENULISAN- CATATAN LOG Nama : SITI NUR BAZILAH AFIFAH BINTI SAMSURI No. K/P : 030129011382 Angka Giliran : 2021242340489 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : X7 Nama Pensyarah : ENCIK LIM KENG CHEIAN Tarikh Hantar : 8 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: Tarikh : 8 MAC 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
ISI KANDUNGAN Bil Tajuk Muka Surat 1.0 Biodata Diri 1 2.0 2.1 2.1.1 2.1.2 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.1.6 2.2 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 2.2.6 2.2.7 Maklumat Pengenalan Unit, Lambang, Bendera, Cogan Kata/ Moto dan Lagu Unit Maklumat Pengenalan Unit Definisi Matlamat Falsafah Objektif Visi Misi Lambang, Bendera, Cogan Kata / Moto, Persetiaan Pengakap dan Lagu Unit Lambang Pengakap Sedunia Lambang Pengakap Malaysia Bendera Malaysia dan Pengakap Bendera Pengakap Cogan Kata/Moto Persetiaan Pengakap Lagu Unit Pengakap 2-8 3.0 3.1 3.2 Sejarah Pengakap Malaysia dan Pengakap Dunia Sejarah Pengakap Malaysia Sejarah Pengakap Dunia 9-11 4.0 4.1 4.1.1 4.1.2 4.2 4.1.2 4.2.2 4.2.3 Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan Pengakap, Pengasas Sejarah Penubuhan, Tujuan Penubuhan dan Istiadat Rasmi Perlembagaan dan Undang-undang Persekutuan Pengakap Perlembagaan Persekutuan Pengakap Undang-undang Persekutuan Pengakap Pengasas Sejarah Penubuhan, Tujuan Penubuhan dan Istiadat Rasmi Pengasas Sejarah Penubuhan Tujuan Penubuhan Istiadat Rasmi 12-20 5.0 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 Struktur Organisasi Pengakap Pelbagai Peringkat Struktur dan Organisasi Peringkat Antarabangsa Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah 21-26
6.0 Dasar Keagamaan Objektif Keagamaan 27 7.0 Pengurusan dan Pentadbiran Kumpulan 28-31 8.0 Pakaian Seragam Pengakap, Protokol dan Pemakaian Lencana dan Tanda Pangkat 32-43 9.0 Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak 44-45 10.0 Merancang Program / Aktiviti Kumpulan 46 Rujukan 47
1.0 BIODATA DIRI NAMA: SITI NUR BAZILAH AFIFAH BT SAMSURI PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU NO MATRIK: P21231337 ANGKA GILIRAN: 2021242340489 UNIT: X7 UNIT BERUNIFORM : PENGAKAP NAMA PENSYARAH: LIM KENG CHEIAN
2.0 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT, LAMBANG, BENDERA, COGAN KATA/MOTO, DAN LAGU UNIT 2.1 MAKLUMAT PENGENALAN UNIT 2.1.1Definisi Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas daripada pengaruh daripada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih genarasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya. Definisi ini adalah selaras dengan tujuan, prinsip dan kaedah kepengakapan (scout method) yang dilhamkan oleh pengasasnya iaitu Lord Baden-Powell. 2.1.2 Matlamat Untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu yang berpotensi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) serta tanggungjawab terhadap masyarakatnya, negaranya dan seterusnya masyarakat antarabangsa. Menyediakan rancangan latihan yang progresif, menyeronokkan dan menarik berdasarkan kepada Persetian dan Undang-undang serta berpandukan kepada kepimpinan dewasa. Menyediakan pelan pelaksanaan yang berbeza dengan yang lain. Pelan perlu bersifat holistik dengan mengambil kira semua aspek Penyesuaian sistem latihan mengikut peringkat umur dan kematangan ahli melalui unit-unit tertentu. 2.1.3 Falsafah Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepengakapan yang berasaskan prinsip dan Undang-Undang Pengakap ke arah mencapai nilai-nilai murni dan mengeratkan persaudaraan pengakap antara bangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan serta bersepadu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. 2.1.4 Objektif Menggalakkan lebih ramai golongan muda remaha menyertai pengakap. Untuk menjadi program pembangunan manusia yang berkesan dan berkualiti bagi golongan muda remaja. Untuk melatih jurulatih yang berkeupayaan dan berkualiti di semua peringkat umur. Menerapkan nilai-nilai mumi di dalam program kepengakapan berpandukan prinsip dan undangundang pengakap. Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan diurus dengan berkesan. 2
2.1.5 Misi Misi kepengakapan ialah memberi sumbangan kepada pendidikan generasi muda melalui sistem nilai yang berasaskan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik, dimana rakyatnya boleh berdikari sebagai individu dan dapat memainkan peranan yang berguna kepada masyarakat. 2.1.6 Visi Menjelang tahun 2023, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menjadi pertubuhan pendidikan golongan muda terunggul, moden, berdikari, yang akan melati golongan muda negara menjadi warganegara aktif yang menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat melalui nilai-nilai kepengakapan. 3
2.2 LAMBANG, BENDERA, COGAN KATA/ MOTO, PERSETIAAN PENGAKAP DAN LAGU UNIT 2.2.1 Lambang Pengakap Sedunia Terdapat maksud disebalik simbol-simbol yang digunakan di dalam lambang Pengakap Sedunia ini. Antaranya ialah pecahan 3 kelopak. Kelopak yang berada di tengah melambangkan tanggungjawab kepada tuhan. Kelopak di sebelah kiri melambangkan perkhidmatan untuk orang lain dan kelopak di sebelah kanan melambangkan ketaatan undang-undang pengakap. Seterusnya, simbol dua butir bintang ungu pecah lima tersebut pula melambangkan undang-undang Pengakap. Lingkaran tali berwarna putih melambangkan kesatuan dan persaudaraan Pengakap Sedunia dan ikatan buku sila yang tidak mudah terurai apabila ditarik bermaksud kekuatan dan perpaduan persaudaraan pengakap sedunia. Lord Baden Powell berkata, „lambang Pengakap kita menghala ke titik uatan yang digunakan dalam peta‟. Manakala Lady Olave Baden Powell pula berkata, „ianya menunjukkan jalan uang sebenar untuk kita lalui. Di samping itu, ikatan putih pada kelopak melambangkan ikatan kekeluargaan di kalangan ahli Pengakap Sedunia. Warna ungu dan warna putih juga mempunyai maksud tersendiri. Warna Ungu melambangkan perkhidmatan dan kepimpinan manakala warna putih atau perak melambangkan kesucian. 4
2.2.2 Lambang Pengakap Malaysia Lambang Pengakap Malaysia hampir serupa dengan Lambang Pengakap Sedunia yang berbentuk kepala anak panah bercabang tiga. Tiga cabang ini melambangkan tiga prinsip asas di dalam Persetiaan Pengakap. Cabang ke atas melambangkan persetiaan yang pertama, iaitu taat kepada Tuhan, raja dan Negara. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua, iaitu menolong orang pada setiap masa, dan cabang yang ke kiri melambangkan persetiaan yang ketiga, iaitu mematuhi undang- undang pengkap. Ketiga- tiga cabang diikat dalam satu ikatan melambangkan perpaduan di kalangan ahli- ahli pengakap. Ikatan ini juga mengingatkan ahli pengakap untuk membuat kebajikan pada setiap masa. Manakala bintang pecah 14 yang terletak di tengah- tengah anak panah adalah untuk melambangkan 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Lambang ini mempunyai tiga warna, iaitu merah, kuning dan hijau yang mempunyai maksud yang tersendiri. Warna merah melambangkan keberanian manakala warna kuning melambangkan kedaulatan Raja dan warna hijau merupakan warna rasmi pengakap. Warna kuning, hijau, merah yang terdapat pada lambang ini juga menandakan unit-unit pengakap iaitu kuning untuk pengakap kanak-kanak manakala hijau untuk pengakap muda dan merah untuk pengakap remaja. 5
2.2.3 Bendera Malaysia dan Pengakap 1.Warna Biru Tua -Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. 2. Warna Merah - Melambangkan keberanian. 3. Warna Putih - Menandakan kesucian. 4. Warna Kuning - Melambangkan warna DYMM Raja-Raja. 5. Anak Bulan dan Bintang - Melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. 6. Bintang pecah 14 - Melambangkan perpaduan 113 buah negeri dan Wilayah Persekutuan 7. Jalur Merah dan Putih - Melambangkan keanggotaan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan 6
2.2.4 Bendera Pengakap 2.2.5 Cogan Kata / Moto Cogan kata pengakap sentiasa dilafazkan, dihormati dan cogan katanya berbeza mengikut unit- unit. Cogan kata itu adalah seperti berikut : Pengakap Kanak-kanak - „Buat Sehabis Baik‟ Pengakap Muda - „Selalu Sedia‟ Pengakap Remaja - „Pandangan Luas‟ Pengakap Kelana - „Berkhidmat Selalu‟ 2.2.6 Persetiaan Pengakap Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji dan Bersetia Yang Saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya Akan Taat Kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong Orang Pada Setiap Masa Menurut Undang-Undang Pengakap 7
2.2.7 Lagu Unit Pengakap Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar, setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan Negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia. 8
3.0 SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN PENGAKAP DUNIA 3.1 Sejarah Pengakap Malaysia Pergerakan Pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura dimana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Sebelum itu, beberapa percubaan telah dibuat di Pulau Pinang ( 1908 ) dan Selangor ( 1909 ) tetapi gagal. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat dimana ke semua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Berikut adalah senarai pengasas pergerakan pengakap di negerinegeri Melayu dan Borneo. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia. Tahun Sejarah 1910 Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia(Malaya) apabila F.C. Sands menubuhkan pasukan Pengakap Kanak-kanak (cubs) di Singapura pada 2 Julai 1910. 2 tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England Pasukan ini mempunyai 30 orang ahli. 1912 Penubuhan Persatuan Pengakap di Pahang 1913 Penubuhan Persatuan Pengakap di Sabah 1920 Penubuhan Persatuan Pengakap di Perak 1922 Penubuhan Persatuan Pengakap di Pulau Pinang dan Sarawak Penubuhan Persatuan Pengakap di Kedah dan Perlis 1925 Penubuhan Persatuan Pengakap di Negeri Sembilan dan Melaka Penubuhan Persatuan Pengakap di Terengganu 1928 Penubuhan Persatuan Pengakap di Kelantan dan Johor Persekutuan Budak-budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu menjadi anggota penuh Persatuan Budak-budak Pengakap Sedunia 1967 Jambori Pengakap Malaysia yang pertama diadakan di Pulau Pinang 9
3.2 Sejarah Pengakap Dunia Rajah 1.0 Pengasas Pengakap Robert Stephenson Smyth Baden-Powell LORD BADEN POWELL Nama Penuh: Robert Stephenson Smyth Baden Powell Nama Singkatan : BP 10
Tahun Sejarah 1857 Lord Baden lahir pada 22 Februari 1857 di London, England Semasa Kecil Lord Baden gemar akan kegiatan dan kehidupan di luar. Beliau bersama abang-abangnya gemar melakukan aktiviti lasak seperti berjalan kaki, berkhemah dan belayar. 1870 Lord Baden melanjutkan pelajaran di Charter House, London, England. Beliau terkenal dalam bidang sukan bola sepak, lakonan, lukisan dan muzik. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan tentera. 1887 Pasukan beliau dihantar ke Afrika untuk menentang kaum Zulu. 1899 Beliau ditugaskan mempertahankan bandar Mafeking. Beliau telah menggunakan kanak-kanak sebagai utusan dan pemberi maklumat semasa pihak musuh mengepung bandar Mafeking. Kecekapan kanak-kanak ini menjalankan tugas mencetus idea bagi beliau untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap. Beliau mula merangka rancangan Latihan untuk menubuhkan Pergerakan Pengakap. 1907 Beliau menulis buku "Aids to Scouting" yang merupakan rancangan latihan untuk belia lelaki. 1919 Beliau mengadakan tapak perkhemahan pengakap pertama di dunia di London. 1920 Pengakap dari seluruh dunia menhadiri jambori pengakap pertama di dunia London. 1941 Lord Baden meninggal dunia di Kenya pada 8 Januari 1941 11
4.0 PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP, PENGASAS SEJARAH PENUBUHAN, TUJUAN PENUBUHAN DAN ISTIADAT RASMI 4.1 PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 4.1.1 Perlembagaan Persekutuan Pengakap 1. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia perlu dibaca berlandaskan; dan bersama: i) Akta 784. Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968 (Semakan 2016). ii) Prosedur, Organisasi dan Peraturan, Persekutuan Pengakap Malaysia. 2. Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia adalah berasaskan: i) Kelulusan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Pengakap Negara pada 27 Mac 2010. ii) Disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 28 Mac 2010. 3. Susunan Seksyen Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia. Susunan Seksyen-Seksyen di dalam Perlembagaan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia dan Pertubuhan Negara adalah seperti berikut: Perlembagaan. Menjadi Ahli Persekutuan Dasar Agama. Perbalahan Politik dan Perindustrian. Dasar Kewangan. Hubungan Luar dan Antarabangsa. Peraturan-Peraturan Am. 12
4.1.2 UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. (Dipercayai) 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada yang Dipertuan Agong serta Raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakap, ibu bapa, majikannya dan orang-orang bawahannya. (Taat) 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguan dan menolong orang pada setiap masa. (Berguna) 4. Pengakap adalah bersahabat kepada sekalian orang dan bersaudara kepada lain-lain pengakap walaupun apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. (Bersaudara) 5. Pengakap adalah baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. (Berbudi) 6. Pengakap adalah baik dan kash kepada segala binatang. (Kasihkan Binatang) 7. Pengakap adalah seorang yang menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengan tiada bantahan. (Menurut Perintah) 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya di masa susah. (Tabah hati) 9. Pengakap adalah jimat dan cermat. (Berjimat) 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. (Suci fikiran, perkataan dan perbuatan) 13
4.2 PENGASAS SEJARAH PENUBUHAN, TUJUAN PENUBUHAN DAN ISTIADAT RASMI 4.2.1 PENGASAS SEJARAH PENUBUHAN Pergerakan Pengakap diasaskan oleh Lord Baden Powell of Gilwell atau Singkatannya BP. Beliau ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral pada tahun 1907. Pergerakan Pengakap bermula di Pulau Brownsea, iaitu satu perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia. Beliau telah mengeluarkan satu rancangan latihan bagi Pengakap pada tahun 1907. Lord Baden Powell dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuhnya ialah Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik. Bapa Baden Powell meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah. Pada tahun 1870, beliau telah memasuki sekolah Charterhouse England dengan derma pelajaran. Beliau terkenal dalam bidang sukan, lakonan, lukisan dan muzik. Semasa berusia 19 tahun, beliau telah tamat pengajian di Charterhouse dan terpaksa memilih kerja ataupun ke Oxford. Beliau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan pemilihan seorang tentera. Dengan kejayaan ini, beliau tidak perlu memasuki Sandhurst dan terus menjadi pengawai dalam pasukan Hussar ke-13 serta ditempatkan di India pada tahun 1876. Pada tahun 1878, beliau dilantik menjadi Pengawai Memerintah Pasukan ke-5 Dragoon Guards di India. Pada tahun 1887, beliau telah dihantar ke Afrika bersama-sama askarnya melawan kaum Zulu. Beliau telah berjaya menawannya. Selepas itu beliau telah ditugaskan untuk melawan bangsa Ashanti. Bangsa Ashanti terkenal sebagai bangsa yang garang. Tetapi bangsa Ashanti sangat takutkannya, sehingga beliau diberi gelaran "serigala yang tidak pernah tidur atau "Impeesa" kerana keberanian dan kecekapannya. 14
Pada tahun 1899, beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Kolonel. Huru-hara telah tercetus di antara kerajan British dengan negeri Transvaal sehingga perhubungan kedua-dua negara menjadi sangat genting, dan Powell telah diberi tugas untuk menubuhkan dua batalion askar berkuda untuk ke Afrika Selatan. Beliau telah mempertahankan bandar Mafeking selama 217 hari daripada kepungan musuh yang mempunyai bilangan askar yang berlipat ganda. Peristiwa ini berlaku pada 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900, sehinggalah bantuan dari pihak British datang menembusi kepungan musuh. Pada 1899 semasa musuh mengepung bandar Mafeking, beliau telah menggunakan kanakkanak sebagai utusan dan pemberitahuan menggantikan askar di medan peperangan Kapten Tusan. Kepantasan dan kecekapan kanak-kanak ini telah memberi dorongan kepada beliau untuk seterusnya menubuhkan pergerakan Pengakap. Selepas peristiwa ini berlaku , beliau telah dinaikkan pangkat menjadi Major Jeneral yang termuda. Kesan daripada bantuan kanak-kanak di bandar Mafeking, beliau telah mula merangka rancangannya pada tahun 1906 dan pada tahun 1907 beliau telah siap menulis buku "Aids to Scouting". Segala pengalaman semasa di Afrika telah dikumpulkan dalam buku tersebut.Pada tahun 1907 juga, Baden Powell telah diundang untuk memeriksa satu pembarisan pergerakan Brigade Muda oleh pengasas pergerakan ini, Sir William Smith. Baden Powell telah berbincang dengan Sir William Smith serta pergerakan pekerja muda yang lain untuk mengadakan satu perkhemahan terkenal di Pulau Brownsea di Poole Harbour. Perkhemahan bermula pada 25 Julai hingga 9 Ogos 1907. Beliau merupakan „Scout Master' atau Pemimpin Pengakap dalam perkhemahan tersebut. G W Green H Robson dan P W Everett merupakan penolong-penolong Baden Powell. Perkhemahan tersebut telah memberi daya penggerak kepada BP untuk menulis dan mengemaskini semula buku „Aids to Scouting‟ kepada „Scouting for Boys‟. Buku ini merupakan pandu asas pergerakan Pengakap sehingga hari ini. Buku tersebut juga diterjemahkan kepada lima jenis bahasa lain lalu disebar di serata dunia. Penubuhan banyak kumpulan baru telah memberi keyakinan kepada beliau untuk meneruskan perjuangan beliau dalam Pengakap sepanjang hayatnya. Beliau telah berhenti berkhidmat dalam askar semasa beliau berpangkat Leftenan Jeneral. Semasa tercetusnya Perang Dunia Pertama, kumpulan-kumpulan Pengakap turut mengambil bahagian dalam mempertahankan negara England. Antaranya ialah pengawasan tepi laut oleh Pengakap Laut. Dalam tahun 1919, Lord Baden Powell telah mengadakan satu tapak perkhemahan Pengakap yang pertama di dunia dan dikenali sebagai Gilwell Park di London. Gilwell Park juga merupakan tempat latihan ahli dan pemimpin Pengakap yang terulung di dunia. 15
Pada tahun 1920, Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London menghadiri jambori dunia pertama. Jambori itu diadakan di Richmond Park, sebanyak 6000 Pengakap Muja dari dua puluh jenis negara menghadiri jambori tersebut. Richmond Park adalah terletak di Olympia, London. Pada malam akhir jambori ini, BP telah diisytiharkan menjadi Pengakap Agung Dunia atau Chief Scout of the World. Pergerakan Pengakap terus menular ke negara-negara lain sehingga apabila genap usia penubuhannya 21 tahun, keanggotaannya melebihi dua juta orang. Mengenangkan jaya yang diberikan, Baden Powell telah dianugerahkan darjah kemuliaan yang tertinggi di England iaitu Lord, dan diberi gelaran Lord Baden Powell of Gilwell. King George V merupakan penganugerah yang menjadikan BP seorang Baron. Lord Baden Powell of Gilwell adalah diberi semperna Gilwell Park. Pada tahun 1937 sewaktu usianya 80 tahun, beliau telah sakit tenat dan terpaksa berhenti dari pergerakan Pengakap di merata-rata dunia. Beliau bersama isterinya Lady Baden Powell atau Miss Olave Soames pengasas pergerakan pandu puteri telah berhijrah ke Kenya, Afrika. Beliau bermastautin di sebuah kampung yang aman selepas berkhidmat kepada dunia Pengakap selama 33 tahun. Pada 8 Januari 1941, beliau meninggal dunia di Paxtu, Kenya. Beliau disemadikan di Nyeri dalam lingkungan bayang-bayang gunung Kenya. Batu nisan beliau turut diukir ‘Robert Baden Powell, Chief Scout of World, born February 22nd 1857, died January 8th 1941.’ Logo Pengakap dan pandu puteri turut diukir pada batu nisan tersebut. kuburnya telah diletakkan batu-batu berbentuk bulat dengan satu titik di tengah tengah yang bermaksud „Gone Home‟. Kata-kata terakhir BP adalah seperti berikut „Tuhan Memimpin dan Membantu di dalam Kerjamu‟. 16
4.2.2 TUJUAN PENUBUHAN i. Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. ii. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. iii. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu:- Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. Menghormati diri sendiri dan orang lain. Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan. Beriman serta beramal soleh. iv. Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat. 17
4.2.3 ISTIADAT RASMI Mengikut definisi Kamus Dewan Keempat (2005) , istiadat ialah peraturan atau cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan, adat dan telah menjadi majlis rasmi. Definisi ini sinonim dengan pergerakan pengakap yang mempunyai peraturan yang diwarisi serta menjadi tradisi dan digunakan di seluruh dunia. Istiadat ini mesti dilakukan dengan betul sama ada dari segi susunannya atau peraturannya. Percubaan untuk menokok tambah atau mengurangkannya hanya akan menimbulkan kekeliruan dikalangan ahli-ahli pengakap. Terdapat banyak istiadat pengakap yang bertulis dan tidak bertulis. Antaranya ialah: Hormat Pengakap Isyarat Pengakap Istiadat Perbarisan Istiadat Membaca Persetiaan Pengakap Istiadat Melantik Masuk Pengakap (selepas mendapat lencana keahlian) Istiadat Melantik Pengakap baru Istiadat Bendera i. Cara Melipat ii. Pengibaran Bendera iii. Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri iv. Doa v. Taklimat Istiadat laung Agung Istiadat Membawa Bendera Istiadat berpindah Naik atau Istiadat Meningkat i. Daripada Pengakap Kanak-Kanak kepada Pengakap Muda ii. Daripada Pengakap Muda kepada Pengakap Remaja iii. Daripada Pengakap Remaja kepada Pengakap Kelana Istiadat Pengakap Kelana i. Istiadat pembukaan ii. Istiadat penutupan iii. Istiadat perlantikan iv. Istiadat penyampaian v. Istiadat perpisahan 18
Istiadat penganugerahan lencana-lencana dan sijil (ahli pengakap) Istiadat penganugerahan tauliah serta pingat-pingat (pemimpin pengakap) Istiadat penyampaian Manikayu Istiadat atau peraturan perkhemahan Istiadat pemeriksaan pagi Istiadat malam kebudayaan Isyarat Tangan Panggilan Wisel Kawad Tongkat Istiadat majlis ceramah, majlis mesyuarat, majlis perasmian dan sebagainya Istiadat Bendera Dua istiadat bendera ialah: 1. Istiadat mengibarkan bendera 2. Istiadat menurunkan bendera 1. Istiadat Mengibarkan Bendera a) Ahli pengakap dalam keadaan sedia dalam bentuk ladam kuda menghadap ke tiang bendera. b) Pemimpin bertugas akan melaporkan dan meminta kebenaran daripada Ketua Perkhemahan/ ) Pemimpin Kumpulan untuk memulakan Istiadat Bendera. c) Pemimpin bertugas akan balik ke tempatnya dan memberi arahan „Bendera‟. Semua ahli menghadap ke arah bendera. Petugas keluar terus ke tiang bendera,berhenti satu langkah di hadapan tiang bendera. Petugas menarik tali bendera dengan tangan kanan, bergerak selangkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera - semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menghormati bendera. Semua menjatuhkan tangan selepas petugas menjatuhkan tangannya. Petugas balik ke tempatnya di dalam barisan. d) Ini akan diikuti pula dengan nyanyian lagu kebangsaan. Pemimpin bertugas akan memberi arahan menyanyikan lagu Negaraku. Semua pemimpin dan ahli-ahli pengakap menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama. e) Diikuti pula dengan bacaan doa. Pemimpin bertugas akan memberi arahan „Doa‟. Petugas akan bergerak satu langkah ke hadapan dan memberikan arahan „Ap‟ dan doa dibacakan. Ahli pengakap yang bukan beragama Islam berdoa mengikut cara agama masing-masing dengan menundukkan kepala. Selepas tamat doa dibaca, petugas memberikan arahan „Ap‟ untuk menurunkan tangan. 19
f) Pemimpin bertugas akan melaporkan sekali lagi bahawa istiadat selesai dan menjemput Ketua Perkhemahan/Pemimpin Kumpulan untuk memberikan ucapan/taklimat/teguran dan sebagainya. g) Setelah selesai ucapan oleh Ketua Perkhemahan/Pemimpin Kumpulan, pemimpin bertugas akan memberikan arahan „Keluar baris‟. h) Istiadat mengibarkan bendera tamat 2. Istiadat Menurunkan Bendera a) Dua orang pengakap dengan pakaian uniform diperlukan bagi menyempurnakan istiadat ini. b) Pengakap hampir ke tiang bendera. Seorang membuka tali ikatan dan seorang lagi bersedia dengan wisel. c) Pengakap meniup wisel dengan panjang sekali. Semua yang hadir dikehendaki berdiri sedia. d) Pengakap menurunkan bendera perlahan-lahan dan pastikan bendera tidak menjejak ke bumi. e) Apabila bendera telah diturunkan, pengakap meniup wisel sekali dengan panjang menandakan istiadat menurunkan bendera tamat. f) Kedua-dua pengakap bertugas hendaklah melipat bendera berkenaan dan menyerahkannya kepada pemimpin/urusetia. g) Istiadat menurunkan bendera tamat 20
5.0 STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAP PELBAGAI PERINGKAT 5.1.1 Struktur dan Organisasi Peringkat Antarabangsa 1. Jawatankuasa Pengakap Dunia adalah badan eksekutif Persidangan Pengakap Dunia dan terdiri daripada sukarelawan yang dipilih. 2. Jawatankuasa Pengakap Dunia mewakili Persidangan Pengakap Dunia antara mesyuarat persidangan penuh. 3. Jawatankuasa Pengakap Dunia bertanggungjawab terhadap pelaksanaan resolusi Persidangan Pengakap Dunia dan untuk yang bertindak bagi pihaknya di antara mesyuaratnya. 4. Jawatankuasa bertemu dua kali setahun, biasanya di Geneva. Steering Committee, yang terdiri daripada Pengerusi, dua Naib Pengerusi dan Ketua Setiausaha, bermesyuarat sekiranya diperlukan. Jawatankuasa tersebut mempunyai 14 keahlian. 5. Dua belas keahlian dari negara yang berbeza, dipilih selama tiga tahun oleh Persidangan Pengakap Dunia. 6. Ahli-ahli dipilih tanpa mengambilkira kewarganegaraan mereka sebaliknya untuk mewakili kepentingan pergerakan secara keseluruhan, bukan kerana negara mereka. 7. Ketua Setiausaha dan Bendahari WOSM adalah bekas ahli Jawatankuasa. 8. Pengerusi Jawatankuasa Pengakap serantau mengambil bahagian dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengakap Dunia dalam kapasiti perundingan. 9. Jawatankuasa Pengakap Dunia telah menubuhkan aliran kerja untuk memperlihatkan keutamaan strategik teratas, seperti yang ditakrifkan oleh Persidangan Pengakap Dunia, yang pada masa ini termasuk 10. Jawatankuasa Tetap termasuk: Audit Belanjawan Perlembagaan Kepujian dan Anugerah 21
Rajah 2.0 Jadual Ahli Jawatankuasa Pengakap Dunia 22
5.1.2 Struktur dan Organisasi Peringkat Kebangsaan 23
5.1.3 Struktur dan Organisasi Peringkat Negeri 1. Tiap-tiap negeri adalah didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia contohnya “PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PERAK” 2. Tiap-tiap negeri mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap negeri yang dilantik oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. 3. Pesuruhjaya Pengakap Negeri mempunyai kuasa melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri mengikut tenaga yang diperlukan. 4. Setelah Persekutuan Pengakap Negeri ditubuhkan, suatu jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan pergerakan Pengakap Negeri. Majlis akan bersidang sekali bagi tiap-tiap dua tahun. 5. Persekutuan Pengakap Negeri pula menubuhkan Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kerja Persekutuan Pengakap Negeri. Majlis akan bermesyuarat sekali bagi tiaptiap tiga bulan untuk menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya. 24
5.1.4 Struktur dan Organisasi Peringkat Daerah 1. Tiap-tiap daerah adalah didaftarkan atas nama Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah contohnya PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH KINTA. 2. Tiap-tiap daerah mempunyai seorang Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang dilantik oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri. 3. Pesuruhjaya Pengakap Daerah pula akan melantik beberapa orang Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah mengikut tenaga yang diperlukan. 4. Selepas penubuhan Persekutuan Pengakap Daerah, suatu Jawatankuasa dibentuk untuk mengendalikan Daerah tersebut yang dikenali sebagai MAJLIS PENGAKAP DAERAH yang akan bersidang sekali bagi tiap-tiap dua tahun. 5. Majlis Pengakap Daerah pula akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa yang dinamakan JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PENGAKAP DAERAH bagi menjalankan tugas-tugas Majlis Pengakap Daerah yang akan mengadakan mesyuarat sekali bagi tiap-tiap 3 bulan atau bilabila masa yang diperlukan. 25
5.1.5 Struktur dan Organisasi Peringkat Sekolah 26
6.0 DASAR KEAGAMAAN 1. Anggota pengakap mestilah mengamalkan Kepercayaan dan Rukun Agama masing-masing 2. Anggota pengakap perlu menghormati orang lain yang tidak seagama dengannya 3. Pemimpin menggalakkan anggota bawahannya untuk membuat ibadat mengikut kepercayaan masingmasing Objektif Keagamaan 1. Untuk memelihara agama-agama yang terdapat di Negara kita 2. Persudaraan Pengakap yang tidak mengira agama dan warna kulit 3. Berbangga menjadi masyarakat majmuk di Malaysia 27
7.0 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KUMPULAN Pentadbiran Kumpulan 1. Menubuh kumpulan 2. Bilangan anggota 3. Pendaftatan 4. Yuran 5. Tauliah Pemimpin 6. Kegiatan 7. Pentadbiran 8. Jawatankuasa Kumpulan 9. Tugas Majlis Pemimpin 10. Butiran Peribadi Anggota 11. Rekod-Rekod 12. Bilik Perjumpaan 1. Menubuh Kumpulan Satu kumpulan bagi sebuah sekolah Boleh ditubuhkan beberapa pasukan dalam kumpulan tersebut 2. Bilangan Anggota Sekurang-kurangnya 18 orang Seramai-ramainya 48 orang Dengan dua pemimpin Jika melebihi 48 orang anggota perlu pecahkan kepada dua buah pasukan 3. Pendaftaran Setiap kumpulan perlu didaftarkan dengan PPM Gunakan beberapa jenis boring Borang PPM 8 (Pendaftaran Kumpulan) Borang PPM 1A (Pendaftaran Anggota) Borang PPM 1B (Borang Kawalan) Borang PPM 9A ( Pemohonan Tauliah Pemimpin/Penolong Borang boleh diperolehi daripada Pesuruhjaya Daerah, Negeri atau Ibu Pejabat 28
4. Yuran Pendaftaran Kumpulan/Anggota yang baru perlu didaftarkan dan kumpulan/anggota yang lama perlu diperbaharui pendaftraran kumpulan dengan PPM Yuran pendaftaran Kumpulan : RM 30.00 (setahun) Anggota Pengakap : RM 5.00 (setahun) Pemimpin / Penolong Pemimpin : RM 10.00 (setahun) Kumpulan/Anggota yang tidak menjelaskan yuran pendaftaran tidak dibenarkan menjalankan aktiviti pengakap. 5. Tauliah Pemimpin Setiap pemimpin wajib memiliki dua jenis tauliah daripada PPM: 1. Tauliah Sementara 2. Tauliah Tetap Tauliah sementara diberikan kepada pemimpin yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu dan Dua. Tauliah Tetap diberikan kepada pemimpun yang telah lulus Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Tiga. Perlu mohon tauliah baru serta mengembalikan tauliah lama kepada PPM sekiranya pemimpin bertukar ke sekolah lain. 6. Kegiatan Semua kegiatan dijalankan berdasarkans Skim Latihan yang dikeluarkan PPM: Program Latihan PKK untuk murid-murid sekolah rendah Program Latihan PM untuk pelajar Ting. 1-3 Program Latihan PR untuk pelajar Tung 4-5 Program Latihan PK untuk pelajar Ting. 6 dan remaja Semua kegiatan di luar kawasan sekolah periu mendapat kelulusan dan sokongan daripada kuasa penganjur (Guru Besar / Pengetua), Ibu bapa / Penjaga dan Pemimpin Unit PKK, PM dan PR. 29
7. Pentadbiran dan Kumpulan Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (Guru Besar / Pengetua) dan pemimpin. Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani oleh kuasa penganjur / ketua pemimpin bagi pihak pelajar. Anggota tidak dibenar menjalankan urusan pentadbiran. Pihak sekolah perlu memiliki / menyediakan satu fail pengakap. 8. Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa Kumpulan Jawatankuasa Pemimpin Kumpulan Jawatankuasa Majlis Ketua Patrol (bagi Budak-budak Pengakap) 9, Tugas Majlis Pemimpin Memeriksa dan menyemak buku log kumpulan Mengambil kedatangan anggota kumpulan dan pemimpin Memeriksa stok alatan kumpulan Membuat persediaan mengajar (Program Mingguan) Mengeluarkan surat kebenaran Ibu bapa / Penjaga 10. Butiran Peribadi Anggota Pengakap Nama dan No. kad pengenalan anggota Nombor Pendaftaran Nama ibu bapa / penjaga Alamat dan No. telefon ibu bapa / penjaga Tarikh Lahir Bangsa dan Agama Kesihatan dan Alergi Pemakanan Kecenderungan / Minat 30
11. Rekod-rekod Rekod Kehadiran Rekod Prestasi (kegiatan, sijil, lencana) Rekod Perancangan Semester dan Mingguan Rekod Kewangan Fail Surat-menyurat Fail Minit Mesyuarat Laporan Aktiviti 8. Bilik Perjumpaan Carta Organisasi Gambar-gambar dan Poster-poster (lencana / pangkat) Buku-buku rujukan Model-model hasilan (model tapak perkhemahan / gajet / ikatan dan simpulan) Peralatan Latihan Peralatan Perkhemahan Meja dan kerusi untuk bermesyuarat 31
8.0 PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP, PROTOKOL DAN PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA PANGKAT 1. Pakaian Seragam Budak 32
Tatacara Pemakaian 33
Persamaan Antara Budak Lelaki dan Budak Perempuan 34
2. Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap Dan Tatacara Pemakaian 35
36
Persamaan Antara Pemimpin Lelaki dan Pemimpin Perempuan 37
3. Pemakaian Lencana Dan Tanda Pangkat Pemimpin 38
Tatacara Pemakaian Lencana 1. Tanda Nama 39
2. Tanda Pengenalan dan Lencana Jawatan di Peingkat Kumpulan 3. Tanda Pengenalan dan Lencana Jawatan di Peringkat Daerah 40
4. Tanda Pengenalan dan Lencana Jawatan di Peringkat Negeri 5. Tanda Pengenalan dan Lencana Jawatan di Peringkat Kebangsaan 41
6. Epodlet Atas Bahu B) WOGEL GILWELL, SKAF GILWELL DAN MANIKAYU 1. Wogel Gilwell 42
2. Skaf Gilwell 3. Manikayu 43
9.0 SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak diadakan untuk membolehkan ahli-ahli Pengakap mengikuti aktiviti-aktiviti dan menunjukkan minat dalam berpengakap. Setelah menjalani latihan dengan aktiviti-aktiviti kemahiran berpengakap, Pengakap Kanak-kanak ini akan dianugerahi dengan lencana-lencana tertentu yang membuktikan bahawa dia telah menjalani ujian tersebut dengan jayanya. Lencana wajib yang perlu diperoleh terlebih dahulu adalah Lencana Keahlian. Setelah memperolehi Lencana Keahlian, Pengakap Kanak-kanak tersebut perlu meneruskan latihan dengan memilh satu Lencana Wajlb iaitu Lencana Penunggang Basikal atau Lencana Ahill Renang. Dalam peringkat Pengakap Kanak-kanak ini, tiga Lencana Kemajuan akan diberikan kepada seseorang ahli yang berjaya mengikuti skim ini, iaitu: Lencana Keris Gangsa Lencana Keris Perak Lencana Keris Emas Disamping itu, Pengakap Kanak-kanak perlu juga memperolehi Lencana Kepandaian dengan dua dalam Kategori Kegemaran, dua dalam Kategori Pengetahuan dan dua dalam Kategori Perkhidmatan. 44
45
10.0 MERANCANG PROGRAM / AKTIVITI KUMPULAN Bil Bulan Aktiviti Catatan 1 Januari Perlantikan Ahli Jawatankuasa Pengakap 2 Jan-Okt Latihan Kawad Kaki Teori dan Amali Simpulan dan Ikatan Pertolongan Cemas Memasak Semua Ahli Pengakap Terlibat 3 Feb Kursus Kepimpinan Kokurikulum Ajk ahli Pengakap telibat 4 Mac Pendaftaran Ahli Minggu Kerja Pengakap Semua ahli Pengakap terlibat 5 April Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah Ujian Lencana Keahlian Ahli Pengakap yang terpilih terlibat Semua ahli Pengakap terlibat 6 Jan-Jun Latihan Kawad Kaki Semua ahli Pengakap terlibat 7 Mei Karnival Kokurikulum Perkhemahan Agung Pengakap Daerah Semua ahli Pengakap terlibat Ahli Pengakap yang terpilih terlibat 8 Jun Kursus Lencana Keris Gangsa Ahli Pengakap tahun 4 yang terlibat 9 Julai Kursus Lencana Keris Perak Ahli Pengakap tahun 4 dan 5 terlibat 10 Ogos Perkhemahan Agung Pengakap Negeri Kursus Lencana Keris Emas Ahli Pengakap tahun 5 terlibat 11 Oktober Pra Rambu Penarafan Rambu Perkhemahan Unit-unit Uniform Peringkat Sekolah Majlis Penyampaian Sijil dan Anugerah Kokurikulum Perserta Rambu sahaja terlibat Semua ahli Pengakap terlibat 46