NAMA:
ALIF ASHRAF BIN ALI
KELAS:
4 PERDAGANGAN 1
GURU:
CIK NUR HIDAYAH BT ABDULLAH
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa dan
kesihatan yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini folio
keusahawanan ini.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada guru Pengajian
Keusahawanan saya Cik Nur Hidayah Binti Abdullah kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya memberi ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dalam masa
yang ditetapkan.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang
memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan folio ini.Mereka telah memberikan saya
segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya Berjaya
menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan
menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
10-11
SENARAI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA
1.0 Pengenalan SURAT
1
2.0 Latar Belakang 2-10
3.0 Faktor Dorongan 10-11
4.0 Cabaran dan Halangan 10-12
5.0 Cara Menghadapi 12-13
6.0 Kejayaan 13-17
6.1 Anugerah yang diterima 18-21
6.2 Kompleks Kraf Noor Arfa
22
7.0 Prinsip Hidup
8.0 Penutup 23
1.0 PENGENALAN
Usahawan yang dikenali sebagai “Entrepreneur” dalam bahasa inggeris ditakrifkan
sebagai individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan yang berani mengambil risiko
perniagaan yang diceburinya. DavidMcClelland ( 1961 ) menyatakan usahawan sebagai
berdaya inovatif dan kehendak pencapaiantinggi ( High need for achievement ).
Perkataan "usahawan" popular di kalangan masyarakat Malaysia hanya dalam
pertengahan tahun 1970an bersempena dengan penggubalan dan perlaksanaan Dasar
Ekonomi Baru. Walaupun istilah ini mungkin baru tetapi konsep keusahawanan itu
sebenarnya telah lama diamalkan.
Kalau kita menyingkap sejarah peradaban manusia, nilai keusahawanan telah lama
dipraktikkan. Ianya dapat lihat bagaimana perdagangan pada suatu masa dahulu, walaupun
pada ketika itu kekurangan segala kemudahan asas, ianya memainkan peranan penting
dalam perkembangan sesebuah negara dan tamaddun manusia. Sikap dan amalan mereka
adalah sikap dan amalan yang ada pada diri orang yang dipanggil sebagai usahawan pada
hari ini.
Berikutan dengan sifat peribadi yang ada pada ushawan.Maka saya akan meneroka
seorang TOKOH USAHAWAN yang produknya dikenali ramai ,namun pemilik sebenar kurang
dikenali umum iaitu saya akan cuba untuk merungkai dan meneroka tentang pemilik
kepada NOOR ARFA BATIK Sdn Bhd iaitu Wan Mohamed Ariffin Wan Long.
1
2.0 LATAR BELAKANG
Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak
dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an.
Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di
bidangperniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 65, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan
batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk
membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd. Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah
dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama
isterinya, Noor Hijerah Hanafiah. Selepas 26 tahun, tuan punya syarikat Noor Arfa Batik itu
kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu
dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik. Noor Arfa Batik kini mempunyai
sembilan cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-
masing satu di Selangor dan Kedah.Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan
dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.Berikut adalah
biodata ringkas pengasas Noor Arfa Batik.
BIODATA
NAMA : Wan Mohd. Ariffin Wan Long
TARIKH LAHIR : 6 Februari 1956(65 tahun)
ASAL : kampung Tanjung, Kuala Terengganu
JAWATAN : Pengerusi Eksekutif & Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.
ISTERI : Puan Noor Hijerah Hanafiah
PENCAPAIAN : Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011
oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Noor Arfa Batik merupakan hasil singkatan nama
Noor Hijerah dan Wan Mohd. Ariffin Wan Long
Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan
rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi
tumpuan selebriti tempatan. Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan
dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta
cenderamata. Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik
ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran
batikkembalipopulardandiiktirafnegara. Malah dengan perkembagan teknologi, sejak
10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk
mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya. Atas daya usahanya, Wan Mohamed
Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara — Anugerah
Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.
2
LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
NOOR ARFA Batik merupakan satu nama yang cukup popular bagi
penggemar batik diseluruh negara. Ianya ditubuhkan pada tahun 1980 dengan
modal permulaan sebanyakRM1000. Pada mulanya didaftarkan atas nama syarikat
Noor Hijerah Hanafiah dengan jualan tahun pertama sebanyak RM30,000 dan
kemudiannya ditukarkan kepada Noor Arfa Batik pada 13 Februari 1982.
Disebalik kejayaan Syarikat Noor Arfa berdirinya dua insan yang sangat saya kagumi iaitu
pasangan bahagia En. Wan Mohd Ariffin bin Wan Long dan isterinya Noor Hijerah binti
Hanafiah. Kedua duanya merupakan usahawan yang mempunyai pengalaman dan
kepakaran dalam industri batik. Mereka berdua sering mengikuti pelbagai kursus,
bengkel dan seminar sama ada di dalam negeri atau luar negara.Mereka juga menyertai
pelbagai misi perniagaan anjuran pelbagai agensi kerajaan di luarnegara dan
menganggotai pelbagai persatuan sama ada sebagai pengerusi atau jawatankuasa.Pada
3 Januari 1991, Noor Arfa Batik telah diperbadankan sebagai Noor Arfa Batik Sdn
Bhd dengan modal dibenarkan RM50,000 dan modal berbayar RM250,000.
Perkembangan syarikat terus meningkat maju apabila berjaya membuka
cawangan di luarn e g a ra ia itu Noor Arfa International (USA) corpdi Amerika
Syarikat. Pelbagai bentuk promosi dilaksanakan sama ada melalui TV, radio, medan
cetak bahkan pernah menyertaiIOWA State Fest ’99 di USA, Malaysia Fest’99 di
Singapura, ASEAN GARMENTS &ACCESORIES EXHIBITION 2000 di Tokyo anjuran
MATRADEdan HANOVER EXPO 2000di Germany anjuran Tourism Malaysia. Disamping
itu, syarikat juga telah membuka pusat jualan di kota metropolitan di jalan Tuanku
Abdul Rahman yang setanding dengan pusatjualan bertaraf antarabangsa seperti
SOGO, KAMDAR, GLOBE,EURO MODAGULATI’s danT A N G L IN G . Pencapaian
membanggakan diteruskan lagi dengan mewujudkan Kompleks Kraf Noor Arfa di
Chendering. Kompleks Kraf Noor Arfa merupakan sebuah kompleks penjualan batik yang
dibina di Kuala Terengganu dengan kos berharga RM7 juta. Kompleks Kraf Noor Arfa mula
dibuka pada 1 Januari 2008 di kawasan seluas 2.5 hektar. Pembukaan Kompleks Kraf Noor
Arfa telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 27 Jun
2008.
3
GAMBAR PENUBUHAN NOOR ARFA PADA 1980
PENGASAS NOOR ARFA SDN BHD
4
PROFIL PENGASAS SYARIKAT NOOR ARFA
35 3
12
23
6
7
8
KEUNIKAN PRODUK NOOR ARFA
Batik berasal dari Terengganu, jadi adalah lebih mudah sekiranya industri kami bermula dari
sana. Selain daripada mempunyai ramai tenaga kerja yang mahir, barang-barang untuk
membuat batik seperti kain dan pencelup juga banyak dan lebih mudah diperolehi di sana.
Selain itu, menggunakan pelukis tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas kain, dan
ini memberikan identiti tersendiri kepada keluaran batik itu.
Produk Noor Arfa batik dihasilkan di dalam bentuk lukisan tangan yang menggunakan canting
serta cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta
cenderamata. Ini menjadikan produk batik Noor Arfa begitu unik dari segi corak, rekaan dan
pembuatannya.Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya
terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.Keluaran batik Noor Arfa bukan
sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering
mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti
Nurhaliza dan Erra Fazira.
Antara produk keluaran Noor Arfa Batik
9
BEZA BATIK NOOR ARFA:
• Batik di bawah jenama Noor Arfa
• Produk adalah terkenal kerana kualiti dan eksklusif
• Pelbagai produk untuk jantina dan kumpulan umur yang berbeza
• Barisan produk yang merangkumi memakai formal dan kasual
3.0 FAKTOR DORONGAN
i) Minat dan pegalaman
Yakin dengan potensi batik, Wan Mohd Ariffin yang ketika itu berkhidmat sebagai
pembantu makmal di bahagian batik Perbadanan Kraftangan Malaysia cawangan
Terengganu memutuskan untuk berhenti kerja bagi memberi tumpuan pada
perusahaan itu.Pendorong utama ialah minat-Berpegang kepada matlamat utama
untuk menjadi perintis dalam pengeluaran batik di Malaysia serta menjadi label
pereka yang dikenali dalam dunia batik.NOOR ARFA terus meghasilkan produk
batik yang berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang unggul dan unik. Memastikan
sistem sokongan pengeluaran yang sistematik dan pengurusan yang strategik.ini
semua lahir daripada minat dan pengalaman yang dimiliki oleh pengasas.
ii) Kewangan yang kukuh
Mempunyai modal pusingan yang banyak membolehkan perniagaan berjalan
lancar.Syarikat pengusaha batik terkenal, Noor Arfa Batik Sdn. Bhd. melabur kira-
kira RM 7 juta untuk membangunkan kompeks pengumpulan kraf Batek
House di Melaka International Trade Centre (MITC) di Air Keroh,
Melaka.Kompleks dua tingkat di kawasan seluas 0.6 hektar itu kini telah siap
dan telah beroperasi dengan menempatkan kira-kira 30 pengusaha batik
dari seluruh negara. Serta juga terbinanya Kompleks Noor Arfa di Terengganu
10
.
iii) Mewarisi kerjaya keluarga iaitu dilahirkan dalam keluarga usahawan
Lahir dalam keluarga usahawan adalah apa yang membuatkan Wan Mohd Ariffin Wan
Long atau lebih mesra dikenali sebagai Encik Wan sinonim dengan dunia perniagaan
iv) Kemahiran dan Latihan
Kedua-dua pengasas kepada Noor Arfa mempunyai kemahiran dalam
penghasilan batik. Maka tidak hairanlan syarikat ini terus berkembang sehingga ke
peringkat antarabangsa.Usahawan yang mempuyai kemahiran dan mendapat
Latihan yang mencukupi akan mampu mampu memberikan hasil yang positif
kepada perniagaan.
v) Perkembangan teknologi
Program ‘Batikpreneur’, dimulakan akhir 2019 telah menerima 100 usahawan yang
komited daripada seluruh negara ketika ini.
Beliau berkata selain ‘Batikpreneur’, Noor Arfa turut menumpukan segmen
pasaran menerusi platform beli-belah dalam talian ter-kenal seperti Zalora,
Lazada, Shopee, Fashion Valet serta saluran beli-belah 24 jam di televisyen
iaitu Laku Mall dan Go Shop.
“Kami turut aktif menaja pelbagai koleksi batik Noor Arfa untuk digayakan selebriti
terkenal daripada golongan pelakon, penyanyi, ‘Instafamous’, ‘YouTubers’ di
seluruh negara dengan sasaran 1,000 orang sebelum akhir tahun ini.
“Strategi ini sangat berkesan kerana jualan batik yang digayakan semua selebriti
itu akan mendapat permintaan tinggi selepas gambar mereka dimuat naik dalam
media sosial,” katanya yang turut mengikuti kursus pemasaran dan keusahawanan
di Kuala Lumpur secara berjadual.
Selain mengeluarkan kain batik sarung, batik sutera untuk baju kurung,blaus, skirt,
kaftan, kemeja dan kebaya, Noor Arfa juga menawarkan koleksi songket dengan
rekaan eksklusif.
11
4.0 CABARAN DAN HALANGAN
i) Operasi yang semakin berkembang memaksa Wan Mohd Ariffin mencari
lokasi lebih luas dan selesa. Namun, ada pihak yang hanya memandang
sebelah mata keupayaannya kerana stigma yang masih menebal - orang
Melayu tidak mampu pergi jauh dalam dunia perniagaan.Permohonan
beliau untuk mendapatkan tapak di sebuah kawasan perindustrian ditolak.
Kekecewaannya berganda apabila beberapa institusi kewangan yang
dihubungi untuk mendapatkan pembiayaan bagi membeli kilang di
Chendering hanya memberikan janji kosong.
ii) Bagaimanapun seperti kata pepatah, “langit tidak selalu cerah”,
kegawatan ekonomi negara yang dicetuskan krisis kewangan di Asia Timur
pada 1997 turut memberi kesan kepada perniagaan Noor Arfa Batek.
iii) Covid-19
Jualan menjunam hingga 50 peratus sebaik sahaja moratorium berakhir
pada September lepas, masih boleh bertahan dengan insentif kerajaan
terutama melalui PSU(Program subsidi upah)
5.0 CARA MENGHADAPI
i) Bagaimanapun kerana sikap tidak mudah kecewa, beliau akhirnya mendapat
kepercayaan Bank Pembangunan Malaysia yang memberikan pinjaman
sebanyak RM210,000.Dengan tambahan RM50,000 hasil simpanan,
pasangan suami isteri itu akhirnya berjaya membeli kilang berkenaan yang
asalnya untuk pengeluaran minyak masak. Bertitik tolak dari situ, Wan
Mohd Ariffin tidak lagi menoleh ke belakang, semua lima bengkelnya
ditutup dan dipindahkan ke kilang yang dibeli itu bagi memudahkan
pemantauan operasi dan pemasaran. Jualan syarikat itu terus meningkat
kepada RM620,000 setahun pada 1988, manakala bilangan pekerja pula
bertambah kepada 60 orang. Pada 3 Januari 1991, Noor Arfa Batek
diperbadankan sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan modal
dibenar dan berbayar RM250,000. Kini jumlahnya telah ditingkatkan
kepada masing-masing RM1 juta
12
ii) Bagi memastikan syarikat terus beroperasi semasa kegawatan ekonomi 1997
dan mengelakkan pemberhentian pekerja, Wan Mohd Ariffin meminta 120
pekerjanya bekerja separuh bulan secara bergilir.Beliau juga mengambil
pendekatan meminjam wang pekerja untuk dilaburkan dalam syarikat
dengan jaminan dibayar penuh, termasuk dividen pada akhir tahun.Ramai
pekerjanya yang tampil membantu kerana yakin syarikat itu mampu
dipulihkan.Hasil sokongan pekerja, Noor Arfa Batek mampu bertahan
sehingga sekarang.Noor Arfa Batek kini memiliki 11 cawangan di seluruh
negara termasuk di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur, pusat beli belah One Utama di Petaling Jaya, Aked Mara dan
Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Menerusi anak
syarikatnya, Design Passage Sdn Bhd, Noor Arfa Batek turut mengadakan
usaha sama dengan pereka fesyen terkenal, Bill Keith dengan nisbah
pemilikan milikan 70:30 sejak tiga tahun lalu.
iii) Pengarah Urusan Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, Wan Mohd Hafiz Wan
Mohd Ariffin, berkata beliau bersyukur kerana kerajaan mengumumkan
untuk meneruskan Program Subsidi Upah (PSU) bagi meringankan beban
kewangan majikan untuk tempoh tiga bulan lagi pada tahun
depan.“Bermula April lepas, seramai 55 pekerja Noor Arfa menerima
manfaat melalui program ini yang dibayar sebanyak RM1,200 seorang
selama tiga bulan berturut-turut dan kemudiannya RM600 untuk setiap
pekerja selama enam bulan.
6.0 KEJAYAAN
.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama
batik lukisan tangan yang menggunakan canting. Banyak menggunakan pelukis
tempatan yang boleh melukis secara terus ke atas kain, dan ini memberikan identiti
tersendiri kepada keluaran batik Noor Arfa.
Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan
rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi
tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.
Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang
menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata.
13
Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak
silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik
kembali popular dan diiktiraf negara.
Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan
laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara,
katanya.
Ketabahan itu merupakan antara faktor penting untuk berjaya.Berkat kesabaran beliau
dan suami berjaya juga mencatat kejayaan dengan muncul sebagai pembekal batik
terbesar negara dan ini tercatat dalam Malaysia Book Of Recods.
6.1 ANUGERAH YANG DITERIMA
Berikut adalah anugerah yang diperolehi oleh Noor-Arfa:
1. " Anugerah Pengeluar Batik Terbesar" oleh Malaysia Book of Records, 1997.
2. Anugerah Usahawan muda untuk sektor pembuatan oleh Kementerian Belia dan
Sukan, Malaysia pada tahun 1988.
3. Pusat, Anugerah Jualan Aked MARA "Tempat pertama untuk Persembahan
Terbaik" oleh MARA, Terenggannu, 1999.
4. Sijil Anugerah Khas untuk "5 S" oleh Majlis Produktiviti Negara (NPC) pada tahun
2001.
5. Pemenang "Pertandingan Amalan 5S" antara organisasi bagi kategori industri
kecil, yang dianjurkan oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001
6. Sijil Produktiviti 2001 "bagi kategori syarikat tempatan dengan
modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2001
7."Keusahawanan Terengganu 2002" bagi kategori Handicraf yang dianugerahkan
oleh Kerajaan Negeri Terengganu dan Negeri Yayasan Pembangunan Usahawan
14
8. Sijil Produktiviti 2002 bagi kategori syarikat tempatan dengan
modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2002
9.Anugerah Premis Perniagaan MARA (APPM) 2003 - Aked MARA Jualan Pusat ka
tegori penyewa Terbaik oleh MARA, Terengganu
10. "Anugerah Usahawan 2003" oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk
Industri Kecil (IKS) Kejuruteraan / Pembuatan kategori dan Yayasan
Pembangunan Usahawan Negeri
11. Anugerah "Membeli-
belah yang Menyokong Outlet (Specialty Store) Pelancongan Malaysia - 2003" oleh
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia
12. Kelayakan "Harga Patut Kedai Anugerah 2003" oleh Menteri Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna - 2003
13. Anugerah dan Sijil Khas "Produktiviti Anugerah -
2003" bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10
juta oleh Majlis Produktiviti Negara, 2003
14. Anugerah Sokongan Terbaik Pusat Beli-Belah Kategori “Kedai Specialty” by
Tourism Malaysia 2003
15. Kelayakan "Noor Arfa sebagai Francaisor" yang dianjurkan oleh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Pembangunan dan Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Pembangunan Koperasi (MECD)
16. "Industri Cemerlang 2004" - Pembangunan Jenama Malaysia
bagi kategori syarikat tempatan dengan modal setiap tahun di bawah RM 10
juta yang diberikan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
17. "Anugerah Produk Bermutu - 2004" anugerah
khas oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 2005
18. Anugerah Kecemerlangan Industri 2004 Pembangunan Jenama Malaysia
19. National "Anugerah Usahawan Berjaya
2005" daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA)
20. National "Anugerah Usahawan Berjaya
2005" daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA)
21. Sijil Penghargaan Anugerah Kecemerlangan Industri 2005 oleh Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
22. Anugerah Kedai Harga Adil 2006 - 2007 Kategori Tekstil, Batik & Songket oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
15
23. "Sasterawan Jenama" Anugerah Grammy untuk Penjenamaan untuk Jenama
Fesyen Batik 2007 Best
24. Anugerah "KEDAI HARGA PATUT" Kategori Handicraft & Antik Pada Tahun
2007-2008 Oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
Malaysia
25. Anugerah ‘BRANDS LAUREATE’ Asia Pacific Oleh Brands Laureate
26. Sijil Anugerah Khas 2008 bagi kategori syarikat tempatan dengan
modal setiap tahun di bawah RM 10 juta oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia,
2008
27. Sijil 'Program Pembangunan Francais" bagi jenama noor arfa di bawah program
pembangunan francais, kementerian perdagangan dalam negeri, koperasi dan
kepenggunaan
28. Anugerah Usahawan Terengganu 2008
29. Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011 oleh
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
30. Universo DE ’ Commercio Business Awards Hereby Awarded Noor Arfa Holdings
Sdn Bhd for UDC Best Fashion Design Of The Year 2011
31. Anugerah Usahawan Korporat Sempena Sambutan Anugerah Usahawan MARA
2011 Peringkat Kebangsaan
16
Antara sijil-sijil yang yang diterima
17
6.2 KOMPLEKS KRAF NOOR ARFA(NACC)
Lambang kejayaan Noor Arfa Batek ialah terbinanya Kompleks Kraf Noor Arfa . Dalam
usaha memartabatkan batik di persada dunia, Noor Arfa Batik sebagai sebuah syarikat
pengeluar terbesar batik di negara ini telah melakukan pelbagai usaha seperti menubuhkan
Kompleks Kraf Noor Arfa yang terletak di kawasan industri di Cendering, Terengganu.
Kompleks Kraf Noor Arfa(NACC) terkenal sebagai sebuah destinasi wajib singgah ketika
melancong ke Malaysia. Bertapak di Terengganu, mereka mempunyai pelbagai tarikan
sebagai kompleks kraf. Perkara pertama yang bermain di fikiran orang ramai apabila
mendengar nama Noor Arfa ialah Batik! Kebanyakan masyarakat di malaysia mengenal
NACC sebagai Batik Pavilion Terbesar di Malaysia. Apa yang menariknya Kompleks Kraf
Noor Arfa ialah:
i)Dapat menyaksikan sendiri demonstrasi pembuatan batik. Seorang pemandu
pelancong akan berada di sana untuk menerangkan proses pembuatan batik
kepada anda semasa demonstrasi sedang berlangsung. Anda bukan hanya akan
menyaksikan satu sahaja demonstrasi mengenai batik dan kraft tetapi anda juga
dapat melihat 4 lagi demonstrasi yang berbeza dan unik. Demonstrasi pertama
adalah demonstrasi batik terap atau batik blok. Seterusnya, demonstrasi batik
dilukis tangan atau batik canting, anda akan menyaksikan secara eksklusif proses
dan kerja-kerja dalam menghasilkan batik dan kraf. Ruang seterusnya adalah
demonstrasi tenunan songket, tenunan songket di sini masih mengekalkan kaedah
tradisional yang digunakan sejak turun temurun. Selain itu, demonstrasi arca kaca
juga terdapat di Kompleks Kraft Noor Arfa. Di sini tersimpan seribu satu khazanah
seni halus.
ii) Bilik pameran mereka di mana anda boleh membeli-belah. Di sini anda
18
boleh mendapatkan produk pelbagai jenis pilihan produk Noor Arfa daripada kain
sehingga ke pakaian dan tudung. Bahagian yang paling menarik daripada kompleks
kraf Noor Arfa adalah mereka bukan hanya menjual produk mereka sendiri sahaja
tetapi mereka juga membantu syarikat-syarikat kecil tempatan lain menjual
beberapa produk mereka melalui sistem vendor. Setakat ini terdapat lebih daripada
70 syarikat kecil yang menjual produk mereka di Kompleks Kraf Noor Arfa sebagai
vendor. Di Kompleks Kraf Noor Arfa, mereka mempunyai pelbagai produk seperti
pakaian tradisional, kain batik 4 meter panjang, songket sampin, hijab, kain sarung,
pencuci fabrik, kaftan, pakaian kanak-kanak dan banyak lagi.
iii) Boleh membuat baju tempahan khas di Noor Arfa kerana mereka mempunyai
tukang jahit mereka sendiri. Di samping itu, Kompleks Kraf Noor Arfa juga
mempunyai bilik pameran eksklusif yang menyediakan layanan untuk VVIP.
Jika anda mempunyai bajet yang besar atau ingin bergaya dengan lebih
eksklusif, maka di sini lah tempatnya. Hanya batik yang berkualiti tinggi dan
terbaik sahaja yang dijual di sana.
iv) Kompleks Kraf Noor Arfa telah membuka NACC Funland. Funland adalah
sebuah zoo kecil yang terletak di Taman NACC yang di mana anda boleh
menemui banyak haiwan haiwan peliharaan seperti arnab, burung, landak, itik,
ayam dan banyak lagi. Persekitaran taman yang penuh dengan flora
menjadikan Funland sebuah zoo mini yang sesuai untuk kanak-kanak bebas
bermain dengan haiwan kesukaan mereka.
v)Mempunyai pusat penginapan mereka sendiri. Kepada pengunjung yang telah
melalui perjalanan yang jauh sehingga ke Terengganu boleh menempah bilik
di Chalet Sungai Noor Arfa. Para tetamu ditawarkan dengan 2 pilihan bilik, iaitu
bilik dengan katil bersaiz ‘queen’ atau ‘single’. Terdapat lebih 20 buah bilik yang
lengkap dan selesa dengan persekitaran sungai yang tenang di Chalet Sungai
Noor Arfa.
vi) Menyediakan Dewan Terbuka untuk disewa. Sesuai untuk majlis perkahwinan,
ceramah motivasi, majlis hari lahir, rumah terbuka untuk Aidilfitri, iftar perdana
semasa ramadhan dan banyak lagi serta mempunyai tapak parkir yang besar.
Tambahan pula, meja,kerusi dan sistem audio turut disediakan untuk semua
majlis di sini. Dengan saiz dewan dan parkir yang besar, Dewan Terbuka Noor
Arfa mampu menampung sehingga 1000 – 1500 tetamu
19
Gambar Sekitar Kompleks Noor Arfa
20
Kesimpulannya nya, Kompleks Kraft Noor Arfa(NACC) mempunyai pelbagai jenis tarikan yang
unik sebagai sebuah kompleks kraft dan perkara pertama yang bermain di fikiran orang ramai
apabila mendengar nama Noor Arfa adalah Batik! NACC juga dikenali sebagai Batik Pavilion
Terbesar di Malaysia. Di sini di Batik Pavilion, anda boleh merasai pengalaman lain dari yang
lain semasa membeli belah dengan adanya bantuan perunding imej kami yang mesra
pelanggan. Selain itu, anda juga boleh menikmati pelbagai demonstrasi yang menarik
mengenai proses pembuatan batik dan berpeluang mencubanya sendiri di sini.Begitulah
kejayaan yang dikecapi oleh usahawan Batik Wan Mohd Ariffin Dan Isteri Noor Hijerah
Hanafiah
21
7.0 Prinsip Hidup
Berikut adalah prinsip hidup yang diamalkan pemilik oleh Pemilik Noor Affa Batik
i. Memberi 100% komitmen masa, fokus dalam melakukan Tindakan
dan belajar
ii. Berusaha untuk memajukan diri.
iii. Bertanggungjawab dengan tindakan sendiri sebagai contoh kalau
cakap “mesti buat.. kalau janji nak capai, buat sampai capai” Kata
pemilik Noor Affa Batik
iv. Meraikan setiap kejayaan yang diri capai dan meraikan pencapaian
orang lain
v. Bersedia untuk menerima teguran yang membina dan selalu bertindak
untuk penambahbaikan..
vi )Bersyukur dengan pemberian tuhan, merendah diri walau berapa
tinggi pencapaian kita..
22
8.0 Penutup
Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri dan sifat istimewa yang dapat
membezakan mereka dengan individu lain. Seseorang usahawan yang ingin berjaya
dan menginginkan perniagaannya berkembang maju perlulah mempunyai ciri-ciri dan
sifat ini agar matlamat mereka tercapai. Hal ini kerana, apabila bergelar usahawan
pelbagai cabaran dan risiko yang akan dilalui oleh seseorang usahawan itu.
Usahawan yang berjaya lazimnya memiliki salah satu sifat keusahawanan yang
terdapat dalam penulisan ini. Pelbagai cabaran dan risiko hanya mampu dilalui oleh
seseorang yang bergelar usahawan iaitu mereka yang memiliki sifat keusahawanan
tersebut.
Jika sifat keusahawanan ini diterapkan kedalam diri semua usahawan pada
abad ini mungkin ramai usahawan yang baru akan mula membangun. Kebanyakkan
usahawan yang mementingkan sifat keusahawan dan ciri yang perlu ada pada
seseorang usahawan itu akan bangkit dan berkembang bukan sahaja pada pasaran
dalam negara, malah mampu ke persada dunia. Hal ini membuktikan bahawa
pentingnya sifat keusahawanan tersebut pada diri seseorang usahawan pada abad
ini.
apat disimpulkan, setiap usahawan itu bukan bermula dengan kesenangan dan
modal yang besar, tetapi kebanyakkannya bermula dengan kecil-kecilan. Namun, sifat
dan ciri usahawan yang cuba diterapkan dalam diri membuatkan meraka mampu
untuk bangun dan berkembang selaras dengan pasaran sedia ada, dan sekali gus
mampu untuk bersaing dengan usahawan berjaya yang lain. Hal ini membuktikan
bahawa pentingnya kepada penerapan dan amalan sifat dan ciri yang perlu ada pada
setiap usahawan sama ada yang telah lama mahupun yang masih baru. Ianya sangat
penting bagi menjamin kejayaan sesebuah perniagaan yang diusahakan oleh setiap
usahawan di negara ini.
23