Reka bentuk ruang kediaman merujuk kepada proses merancang, menyusun, dan menghias ruang dalam sesebuah tempat tinggal untuk memenuhi keperluan fungsi dan nilai estetika penghuni. Ia melibatkan aspekseni dan sains dalam mencipta persekitaran yang selesa, selamat, dan menarik untuk didiami dimana ia juga memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kerana reka bentuk yang baik boleh memberi kesan positif terhadap mood, produktiviti dan kesihatan mental penghuni. Intipati utama perkara ini ialah pemahaman dan penerapan antropometri dan ergonomik. Bidang-bidang ini menyediakan data asasdan prinsip utama untuk mereka bentuk ruang yang sesuai dengan tubuh manusia, mengoptimumkan prestasi, dan meningkatkan kesejahteraan.