JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
E-FOLIO
PENETAPAN KADAR MAHAR YANG DILAKSANAKAN DI MALAYSIA DARI
SEGI KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SERTA BERKAITAN DENGAN KAEDAH
FIQH :
SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN BERMULA DENGAN NIAT
NAMA PENSYARAH :
NOR HASNIATI BINTI ABDULLAH
BIL. KUMPULAN : NO. PENDAFTARAN
1. NAMA PELAJAR 13DEE20F1013
2. SAM BIN SULAIMAN 13DEE20F1085
3. MUHAMMAD ALIFF MURSHIDI BIN 13DEE20F1095
AWANG
MUHAMMAD HAIKAL MUSTAQIM BIN
SHAMSUDIN
ISI KANDUNGAN
MUKADIMAH ........................................................................................................................4
PENGENALAN .......................................................................................................................4
KEBAIKAN MAHAR……………………………………………………………………….5
KEBURUKAN MAHAR……………………………………………………………………6
HUKUM KADAR MAHAR………………………………………………………………7
JENIS KADAR MAHAR………………………………………………………………….8
CARA KADAR DAN MAHAR…………………………………………………………..9
HIKMAH DITETAPKAN MAS KAHWIN DALAM PERKAHWINAN……………..10
PENGERTIAN AL ADATU MUHAKKAMAH…………………………………………11
0PENGERTIAN AL UMURU BIMAQASIDUH………………………………………12
1.0 KEBAIKAN MAHAR 2.0 KEBURUKAN MAHAR BAGI SANG SUAMI 3.0
HUKUM KADAR MAHAR 4.0 JENIS KADAR MAHAR 5.0 CARA KADAR DAN
MAHAR 6.0 KESIMPULAN 7.0 RUJUKAN
MUKADIMAH
Alhamdulillah , segala puji bagi Allah , selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, ahli keluarga , para Sahabat dan yang mengikut jejak baginda hingga
kesudahan.
Perkahwinan adalah ikatan suci yang terjalin antara dua pihak yang direstui oleh keluarga dan
sanak saudara. Islam sememangnya mengiktiraf ikatan ini melalui etika dan hak-hak yang
telah digariskan selari dengan kehendak syariat dan keperluan manusia. Mahar adalah suatu
pemberian wajib yang harus diberikan kepada isteri oleh pihak suami sewaktu
berlangsungnya majlis akad nikah.
Mas kahwin atau mahar (Bahasa Arab: )مهرialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki
kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Dalam masyarakat Melayu, ia disebut
sebagai mas kahwin - mungkin merujuk kepada pemberian dalam bentuk cincin emas. Mas
kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah.
Pemberian ini sebenarnya melambangkan satu penghormatan agama Islam terhadap seorang
wanita dan juga sebagai simbol kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Mahar yang
diberikan oleh suami kepada isteri ini diiktiraf sebagi hak mutlak seorang isteri di mana
kerelaan dan persetujuannya dinyatakan oleh kedua-dua belah pihak di dalam sighah akad
nikah yang dilafazkan. Oleh sebab itu, mahar ini merupakan elemen penting yang wajib ada
dalam upacara sesebuah perkahwinan Islam.
PENGENALAN
Pemberian mas kahwin atau dipanggil mahar ini adalah salah satu kewajipan bagi seorang
pengantin lelaki kepada wanita iaitu pengantin perempuan. Mahar adalah satu pemberian
selepas lafaz dan akad nikah yang akan diberikan pengantin lelaki kepada pengantin
perempuan sama ada bentuk wang ringgit , cincin emas atau sebagainya.
Mahar merupakan harta atau manfaat yang wajib diberikan oleh seorang suami kepada isteri
samada dengan sebab pernikahan atau persetubuhan. Mahar juga disebutkan dalam AlQur‟an
sebagai saduq, nihlah, faridah, hiba’ dan ajr. Namun, keseluruhan daripada istilahistilah
tersebut membawa maksud dan pengertian yang hampir sama. Lambang kejujuran, tanda
persetujuan dan pemberian wajib yang tidak mengharapkan balasan merupakan antara
rangkuman nilai di sebalik pengertian mahar. Mahar bukanlah sekadar hadiah pemberian
wajib kepada isteri, tetapi lebih cenderung kepada pemberian yang bernilai dan berpotensi
sebagai jaminan sosio-ekonomi wanita, kerana mahar pada dasarnya mestilah dengan sesuatu
yang berharga dan mempunyai nilai.
1.0 KEBAIKAN MAHAR
Maksud serta hadis bagi kebaikan mahar :
Bagi menzahirkan cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya,
sehingga pemberian harta itu sebagai nihlah daripadanya, iaitu sebagai
pemberian, hadiah, dan hibah, bukan sebagai pembayar harga seseorang
wanita sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak. Kerana itu al-Qur'an
menyatakan dengan bahasa yang jelas:
آكا و َس ِس اَ َّء ِِاآ و َء اَن وند و آماَك ا َن واد نو اإف اا َ ائ ِر و و ِءا ِان ون آم َل
اةَلوح ِا و آن وه ات اقداَ و ا َء وس ونا وا تَآ و
Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwinmaskahwin
mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah
(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik
kesudahannya.
Surah al-’asiN(ا4
KEBAIKAN MAHAR DARI AGAMA
malaDاsebuahاhadisاyangاdiriwayatkanاdaripadaاSahlاbinاSa’adاRAاkatanya:
: وا وم َل وكا ون ِلو َ ِاا اآ و َلص واا وئ آ َما ا ِا ا اَا و َس وس وق وا و ونتاَ هوناَ اا و َق، وا ون وقا: « انء ا ء و
« » و ا ِن ناَ اَد اا وا تواِ وا و اَ و َن اط وق، و َ وئِوام وا وم َل وكا ون ِلو َ ِاا اآ ولَص و ء ا َن اَء وتو اتا، وتاَنووق
َ» و وحاَ ادا، و آ مجا ونقو وا: وا ااَ َ ا ِء وق، هو و ا: « »او َ ِو و َن اط وق، وهو ا: وا آ نا او،ِ وهو ا:
و ا َء وس اان
aynduskaM:“اSeorangاperempuanاmenyerahkanاdirinyaاuntukاdikahwiniاolehاNabi ا
SAW kerana Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak berhajat kepada
perempuan. Lalu seorang lelaki berkata: Kahwinkanlah aku dengan perempuan itu.
Sabda Baginda: uakgnE“اberikanاperempuanاituاsehelaiاpakaian.”اDiaاmenjawab: ا
ukA“اtidakاmemilikinya.اLaluاBagindaاbersabdaاlagi:“اEngkauاberikanlahاdia ا
nupualawاsebentukاcincinاbesi.”
Riwayat al-Bukhari (4741) dan Muslim (1425)
2.0 KEBURUKAN MAHAR BAGI SANG SUAMI
Mengikut tradisi sebelum Islam, suami yang ingin menggantikan isteri dengan yang baru
akan mencari helah dengan menuduh isteri sebagai pengkhianat. Tujuannya untuk
mendapatkan semula mas kahwin supaya dapat diberi kepada isteri baharu.
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: "Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baharu)
menggantikan isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan kepada
seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta yang banyak, maka janganlah
kamu mengambil sedikitpun daripada harta itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara
yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa yang nyata?" (Surah an-Nisa, ayat 20)
ََ ا َيي ََ ََ ِم َرن َ د وذَ ََ ْخ ََ َ ن ا ل ا ِر ََ ََ َ ِمن نِ َن ُب هَ ح ْنُد َيا َر ََ ٍ َ َْ َو َمديِ ََ ِر ََ ْنثِ ِا ََ ََ اهَ ََا أِ ََ ن د وذَ ََ َخ ََ أ َن
َم َن ا ٍ َ و ََ ن َ ا ِد ََب ن ْ ن متَد َر ََ ْنِا
(Surah an-Nisa, ayat 20)
Terjemahan
Dan jika kamu ingin mengganti istrimu dengan istri yang lain, sedang kamu telah
memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu
mengambil kembali sedikit pun darinya. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan
jalan tuduhan yang dusta dan dengan (menanggung) dosa yang nyata?
Tafsir Ringkas
Dan jika kamu, wahai para suami, ingin mengganti istrimu dengan menceraikannya dan
setelah menceraikannya kemudian kamu menikah dengan istri yang lain yang kamu sukai
sedang kamu telah memberikan kepada seorang di antara mereka harta yang banyak sebagai
mahar untuk mereka yang telah kamu ceraikan itu, maka janganlah kamu mengambil kembali
walau sedikit pun pemberian itu darinya karena mahar yang telah kamu berikan itu sudah
menjadi miliknya. Apakah kamu akan mengambilnya kembali harta kekayaan yang kamu
jadikan mahar itu dengan jalan tuduhan yang dusta dan dengan menanggung dosa yang
nyata? Mengambil atau meminta kembali mahar yang telah diberikan kepada mereka adalah
termasuk perbuatan zalim yang dimurkai Allah.
3.0 HUKUM KADAR MAHAR
Hukum mahar wajib
Hukumnya adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al-Quran:
" Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada
kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang
halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya. " - (Surah An-Nisaa’: 4)[1]
Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu
masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri.
4.0 JENIS MAHAR
Jenis mahar
-Mahar muajjal atau mu'qadamm : mahar yang segera, yang diterima oleh isteri selepas
majlis perkahwinan itu
-Mahar muwajjal atau mu'akhaar : adalah satu jumlah yang ditunda dan dijanjikan, hanya
dibayar sekiranya berlaku perceraian atau kematian suami . Selalunya jumlah yang
tertunda adalah lebih besar daripada jumlah yang dibayar pada perkahwinan. Dalam
teori, jumlah yang tertunda sepatutnya memberi isteri sebagai asas pembangunan,
tibatiba dia telah kehilangan suaminya kerana kematian atau perceraian[2]
5.0 CARA KADAR DAN MAHAR
Cara mahar diberi Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau
faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau
membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah
sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai,
bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah
melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika
suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika
diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya
kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib
memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum
bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah
dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
6.0 HIKMAH DITETAPKAN MAS KAHWIN DALAM PERKAHWINAN
َوآتُوا النِّ َسا َء َصدُ َقاتِ ِه َّن ِن ْحلَةً ۚ فَإِن ِط ْب َن لَ ُك ْم َعن َش ْي ٍء ِّم ْنهُ َن ْف ًسا َف ُكلُوهُ َهنِيئًا َّم ِريئًا
Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin
mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah)
pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
Surah al-Nisa’ (4)
Ibn Kathir berkata: Menurut Ibn Abbas, perkataan النحلةmembawa maksud mahar. Ibn Zaid
pula menjelaskan, ianya bermaksud sesuatu yang wajib diberikan kepada isteri disebabkan
aqad nikah. Seorang lelaki wajib menyerahkan mahar kepada wanita sebagai hadiah dan
pemberian ke atasnya dengan penuh kerelaaan hati. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/235)
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Sahl bin Sa’ad RA katanya:
« َما ِلي ِفي: فَ َقا َل، ِإ َّن َها َق ْد َو َهبَ ْت نَ ْف َس َها ِّلَِّلِ َو ِل َر ُسو ِل ِه َص َلّى اللهُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم: فَ َقالَ ْت،ٌأَتَ ِت النَّبِ َّي َص َّلى اللهُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم ا ْم َرأَة
«أَ ْع ِط َها َو َل ْو َخاتَ ًما ِم ْن َح ِدي ٍد: قَا َل،ُ لاَ أَ ِجد: قَا َل،» «أَ ْع ِط َها ثَ ْوبًا: قَا َل، َز ِّو ْجنِي َها: فَقَا َل َر ُج ٌل،»«ال ّنِ َسا ِء ِم ْن َحا َج ٍة،
Maksudnya: “Seorang perempuan menyerahkan dirinya untuk dikahwini oleh Nabi SAW
kerana Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda: Aku tidak berhajat kepada perempuan. Lalu
seorang lelaki berkata: Kahwinkanlah aku dengan perempuan itu. Sabda Baginda: “Engkau
berikan perempuan itu sehelai pakaian.” Dia menjawab: “Aku tidak memilikinya. Lalu
Baginda bersabda lagi: “Engkau berikanlah dia walaupun sebentuk cincin besi.”
-Penetapan mas kahwin adalah bagi menunjukkan kemuliaan kaum wanita. Hal ini
menandakan bahawa merekalah yang dicari, bukan mencari, dan yang mencarinya ialah
lelaki, bukan dia yang berusaha mencari lelaki. Lelaki itulah yang mencari, berusaha, dan
mengeluarkan hartanya untuk mendapatkan wanita. Berbeza dengan bangsa-bangsa atau -
umat yang membebani kaum wanita untuk memberikan hartanya atau harta keluarganya
untuk lelaki, sehingga si lelaki ingin mengahwininya.
Bagi menzahirkan cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya, sehingga
pemberian harta itu sebagai nihlah daripadanya, iaitu sebagai pemberian, hadiah, dan hibah,
bukan sebagai pembayar harga seseorang wanita sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak.
Kerana itu al-Qur'an menyatakan dengan bahasa yang jelas:
َوآتُوا ال ّنِ َسا َء َصدُ َقاتِ ِه َّن نِ ْحلَةً ۚ َفإِن ِط ْب َن لَ ُك ْم َعن َش ْي ٍء ِّم ْنهُ نَ ْف ًسا فَ ُكلُوهُ َهنِيئًا َّم ِريئًا
Maksudnya: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin
mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah)
pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.
7.0 PENGERTIAN AL ADATU MUHAKKAMAH
Al adatu muhakkamah dapat dikatakan sebagai salah satu kaidah fikih. Susi Susanti (2020)
dalam penelitiannya yang berjudul Implementasi Kaidah Al ‘Adatu Muhakkamah pada
Tradisi Marosok dalam Akad Jual Beli di Pasar Ternak Nagari Palangki Kecamatan IV
Nagari Kabupaten Sijunjung Provinsi Sumatera Barat menjelaskan bahwa,
Secara bahasa, Al-‘Adah diambil dari kata Al-‘aud atau al-mu’awadah yang artinya berulang.
Oleh sebab itu, secara bahasa al-‘adah artinya adalah perbuatan atau ucapan serta lainnya
yang dilakukan berulang-ulang sehingga mudah untuk dilakukan sebab sudah menjadi
kebiasaan.
Kemudian Kurnilawati,dkk. (2016) dalam Kaidah Al-‘Aadah Muhakkamah menjelaskan
bahwa muhakkamah adalah putusan hakim dalam pengadilan (saat) memutuskan sengketa.
Selain itu, muhakkamah juga dapat dipahami sebagai rujukan hakim dalam memutuskan
persoalan sengketa.
Berdasarkan penjelasan di atas, kini dapat kita pahami bahwa pengertian dari al adatu
muhakkamah adalah hal yang terjadi secara berulang-ulang, dapat diterima oleh akal sehat
atau fitrah manusia, dan dapat menjadi acuan hukum. Apakah sudah cukup jelas tentang al
adatu muhakkamah?
Untuk mempelajarinya lebih lanjut, kamu dapat belajar bersama guru yang kompeten atau di
pendidikan formal tentang hukum ekonomi, ekonomi syariah, atau hukum, ya! Selamat
belajar dan semoga kamu selalu mendapatkan ilmu yang bermanfaat.
8.0PENGERTIAN AL UMURU BIMAQASIDUH
Qawaid al-Fiqhiyyah atau kaedah Fiqh yang pertama adalah Al-Umuru Bi Maqasidiha yang
bermaksud setiap perkara dinilai berdasarkan Niat dan Matlamat (tujuan). Niat adalah syarat
utama sesuatu perkara menjadi halal atau haram, sah atau batal.
Contohnya, seseorang yang memerah anggur dengan niat membuat cuka, harus hukumnya.
Jika dia memerah anggur dengan niat membuat arak, haram hukumnya.
Imam asy-Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hanbal menyatakan bahwa hadits berkaitan niat
merupakan satu pertiga ilmu. Imam asy-Syafi’i mengatakan hadits berkaitan niat terkandung
dalam 70 bab ilmu. Contohnya, bab ibadah, bab bersuci, bab wuduk, bab mandi wajib, bab
solat, bab nazar, bab sumpah dan sebagainya.
Niat menjadi asas utama penerimaan sesuatu amalan, sama ada ia diterima atau ditolak oleh
Allah. Sekiranya sesuatu amalan itu dilakukan secara betul namun salah dari segi niatnya,
maka ia tidak diterima oleh Allah SWT. Fungsi-fungsi niat disyariatkan adalah seperti
berikut;
i) Membezakan ibadat dengan adat muamalat. Contohnya, menahan diri dari makan kerana
puasa atau menguruskan badan. Puasa adalah ibadah, manakala menguruskan badan adalah
perkara duniawi.
Contoh lain seperti menyembelih binatang untuk makan atau untuk ibadat korban.
Menyembelih binatang untuk makan adalah perkara muamalat, manakala menyembelih
binatang untuk korban Hari Raya Haji adalah ibadah.
ii) Membezakan ibadat fardhu dengan ibadat sunat. Contohnya, niat membezakan solat dua
rakaat sunat subuh dengan solat dua rakaat fardhu subuh.
Contoh lain seperti memberikan wang sebagai zakat atau sedekah. Memberikan wang sebagai
zakat adalah fard (wajib), manakala memberikan wang sebagai sedekah adalah sunat.
iii) Qisas, iaitu untuk membezakan diantara perbuatan membunuh dengan sengaja atau tidak
sengaja. Hukuman qisas bagi pembunuh yang membunuh secara sengaja adalah berbeza
dengan membunuh dengan tidak sengaja.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulan Pemberian mas kahwin atau dipanggil mahar ini adalah salah satu kewajipan
bagi seorang pengantin lelaki kepada wanita iaitu pengantin perempuan. Mahar adalah satu
pemberian selepas lafaz dan akad nikah yang akan diberikan pengantin lelaki kepada
pengantin perempuan sama ada bentuk wang ringgit , cincin emas atau sebagainya.
7.0 RUJUKAN https://ms.wikipedia.org/wiki/Mas_kahwin
https://baitulmuslim.com/artikel-dakwah/apa-itu-mas-kahwin-dan-apa-itu-wang-
hantaran https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3736-al-kafi-1395-hikmah-
ditetapkanmas-kahwin-dalam-perkahwinan https://mypt3.com/mas-kahwin