:: Perniagaan :: Skala Perniagaan By Group Places For Moon
Table of contents Skala Tempatan Skala Negeri Skala Kebangsaan 1.5.1; Pasaran Domestik 1.5.2; Pasaran Antarabangsa Skala Zon Skala Global
Domestik Antarabangsa Tempatan Kebangsaan Negeri Zon Global Skala Perniagaan
Pasaran Domestik Pasaran domestik melibatkan penjualan produk pada peringkat pasaran dalam negara. Pasaran domestik boleh dibahagikan kepada tiga tahap.
Skala Tempatan Perniagaan yang menembusi pasaran tempatan membekalkan barang dan perkhidmatan mereka di kawasan tertentu sahaja. Saiz pasaran yang bersaiz kecil. Dari aspek kos perniagaan, kos yang ditanggung adalah rendah kerana tidak melibatkan operasi yang besar
Skala Negeri Perniagaan telah berjaya menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri. Kos yang ditanggung pada peringkat ini agak tinggi kerana perlu memenuhi permintaan dari pelbagai daerah. Kebanyakan perniagaan pada tahap terlibat dalam perusahaan yang kecil dan sederhana.
Skala Kebangsaan Perniagaan berskala kebangsaan mempunyai saiz pasaran yang lebih besar. Perniagaan berskala kebangsaan meliputi pasaran seluruh negara. Beroperasi di skala kebangsaan membolehkan peniaga menikmati ekonomi bidangan. Barang atau perkhidmatan dapat ditawarkan dengan harga yang berpatutan kepada pengguna. Perniagaan berskala kebangsaan mampu membeli stok dalam kuantiti yang lebih besar. Oleh itu, perniagaan boleh berunding dengan pembekal untuk mendapatkan diskaun yang lebih tinggi, dan seterusnya menjual pada harga yang lebih murah kepada pelanggan. Hal ini menyebabkan perniagaan yang berskala tempatan sukar menyaingi perniagaan berskala kebangsaan.
1.5.2 Pasaran Antarabangsa Pasaran antarabangsa melibatkan beberapa aktiviti perniagaan yang dijalankan antara sebuah negara dengan negara lain . Pasaran antarabangsa melibatkan aktiviti import , eksport dan entreport . Liputan pasaran bagi perniagaan skala antarabangsa menjadi luas dan sasaran pasaran baharu akan wujud . Keadaan ini dapat meningkatkan keuntungan syarikat . Pasaran antarabangsa boleh dibahagikan kepada dua iaitu skala zon dan skala global .
SKALA ZON SKALA GLOBAL Perniagaan yang berskala zon , peniaga memberi fokus kepada pasaran di kawasan - kawasan yang tertentu yang telah dikenal pasti bersesuaian dengan barang dan perkhidmatan . Perniagaan yang berskala global , pasaran adalah luas merentasi sempadan . Pada masa kini, pasaran global mudah ditembusi dengan wujudnya internet . Penggunaan aplikasi seperti emel , Newsgroup dan laman web di dalam perniagaan yang diguna pakai secara meluas dapat melangkaui sempadan negara . Kerajaan Malaysia memberi pelbagai galakan kepada peniaga untuk menembusi pasaran global . Contohnya , pihak kerajaan telah menubuhkan perbadanan pembangunan perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang memberikan khidmat nasihat , latihan dan bantuan promosi kepada peniaga yang ingin mengembangkan sayap ke luar negara .
THANK YOU insyirah fatin rasyiqah qaisara group 6