The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziqahabdulaziz94, 2021-09-21 02:42:56

E-BUKU SKRAP "WASPASA BUDAYA KITA"

SJKC JELUTONG: KUMPULAN 3

E-BUKU SKRAP

KESELAMATAN JALAN RAYA
"WASPADA BUDAYA KITA"

Sekolah: SJK(C) Jelutong
Alamat sekolah: 99-A, Jalan Tan Sri Ewe Lim,
11600 Georgetown Pulau Pinang

Kelas: 5B

Peserta:

1. Evan Teoh Yee Theng: [email protected]

2. Howard Sii: [email protected]
3. Joanna Tan Sze Xuan: [email protected]

Evan Howard Joanna

PENGENALAN

Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat dari tahun ke tahun seterusnya.
Kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban dan kerosakan
harta benda. Hal ini boleh dibuktikan dengan statistik terkini yang dilampirkan di bawah
yang menunjukkan trend kemalangan semakin meningkat. Oleh itu, bagi mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya, pengguna jalan raya mestilah bekerjasama dan sentiasa
bertolak ansur semasa berada di jalan raya. Bukan itu sahaja, pengguna jalan raya juga
perlu mengambil berat mengenai kesemua faktor keselamatan bersesuaian dengan slogan
“Waspada Budaya Kita”.Kerjasama pembudayaan antara masyarakat dalam keselamatan
jalan raya mampu menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk
melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan
undang-undang keselamatan jalan raya. Jelaslah bahawa usaha menerapkkan pendidikan
keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna mampu menyumbang kepada

kehar\monian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1

KESELAMATAN DI JALAN RAYA

1.Kita juga patut berwaspada dengan sebarang bahaya di jalan raya tanpa mengira masa dan tempat.
2. Kita tidak sepatutnya memandu dengan terlalu laju kerana akan mengundang bahaya kepada diri dan
pengguna jalan raya lain.
3. Kita mestilah memakai topi keledar ketika menaiki motosikal dan mengikat tali pinggang keselamatan
ketika menaiki kereta sebelum memandu.

2

KESELAMATAN DI JALAN RAYA

4. Kita perlulah mematuhi peraturan papan tanda jalan raya semasa menggunakan jalan raya supaya kita tidak
berisiko.
5. Kita mesti berhati-hati dan tidak boleh melintas jalan ketika lampu merah menyala
6. Ketika lampu hijau menyala, anda harus melihat kiri dan kanan untuk memastikan tiada kenderaan di jalan
raya sebelum melintas jalan raya.

3

SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB
KETIKA DI JALAN RAYA

1. Menolong orang tua dengan memimpin tangan mereka ketika melintasi jalan raya.
2. Memberi laluan kepada ambulans supaya ambulans dapat tiba cepat kepada pesakit yang memerlukan
bantuan.
3. Tidak terganggu oleh sesuatu seperti telefon bimbit yang boleh menghilangkan tumpuan pemandu ketika di
jalan raya.

4

SIKAP POSITIF DAN BERTANGGUNGJAWAB KETIKA DI
JALAN RAYA

4. Selalu bekerjasama dan bertolak ansur semasa berada di jalan raya seperti memberi isyarat ‘signal’ sebelum keluar
persimpang supaya kenderaan belakang menerima maklumat tersebut.
5. Tidak mengantuk dan berikan tumpuan semasa memandu kenderaan supaya tidak membahayakan diri dan pengguna
jalan raya lain.
6.Sentiasa memeriksa keadaan kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan.

5

BAHAGIAN JALAN DAN PERSEKITARAN
YANG SELAMAT

JEJANTAS JALAN LINTASAN BELANG LALUAN PEJALAN KAKI

6

BAHAGIAN JALAN DAN PERSEKITARAN
YANG SELAMAT

LINTASAN BASIKAL LAMPU ISYARAT PAPAN TANDA

7

CARA MELINTAS JALAN RAYA DENGAN SELAMAT

Memandang ke kiri, kanan, dan kiri selagi sebelum melintas jalan raya
untuk memastikan tiada kenderaan semasa melintas.

Menggunakan jejantas atau jalan lintasan belang semasa melintas jalan raya
supaya kurang risiko untuk berlaku kemalangan.

8

CARA MELINTAS JALAN RAYA DENGAN SELAMAT

Memimpin tangan orang dewasa supaya mereka dapat mengawasi kita
daripada bahaya di jalan raya.

Jangan bermain telefon bimbit semasa melintas jalan raya kerana kita akan
hilang tumpuan akan bahaya di jalan raya.

9

CARA MELINTAS JALAN RAYA DENGAN SELAMAT

Mematuhi lampu isyarat semasa melintas kerana kita harus berwaspada
dengan bahaya di jalan raya.

Jangan minum arak sebelum melintas jalan raya kerana kita akan hilang
keseimbangan badan dan tidak dapat mengenalpasti bahaya di jalan raya.

10

KONSEP KESELAMATAN JALAN RAYA

Konsep keselamatan jalan raya digunakan untuk merujuk kepada berwaspada dalam keseluruhan dari segi langkah,
peruntukan, peraturan, yang ada di sekitar pergerakan orang dan kereta di jalan-jalan dan lebuh raya. Langkah yang paling
penting untuk kita laksanakan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya ialah mengadakan kempen secara besar-besaran.
Kita boleh lakukan dengan cara mengadakan ceramah kesedaran, menjalankan pertandingan kuiz, poster atau karangan, dan
melaksanakan latihan amali menggunakan jalanraya. Keadaan ini perlu dilakukan supaya murid sekolah sedar cara-cara
yang selamat apabila berada di jalan raya. Jika keadaan ini dilaksanakan kesannya ialah Kadar kemalangan akan dapat
dikurangkan.

11

KEGUNAAN ALAT KESELAMATAN

TOPI KELEDAR 1 KON KESELAMATAN

TALI PINGGANG KELEDAR

Melindungi kepala penunggang daripada Melindungi penumpang kenderaan dalam Berwarna jingga untuk memberi isyarat
hentakan. perlanggaran trafik atau apabila berhenti ringkas kepada pengguna jalan raya
dengan mengejut supaya berhati-hati

12

KEGUNAAN ALAT KESELAMATAN

CERMIN CEMBUNG JALAN PENGHALANG JALAN RAYA PAPAN TANDA JALAN RAYA

'blind spot' pengendara akan cenderung Melindungi pengguna kenderaan daripada Memberi panduan atau maklumat
berkurang dan dapat melihat ke sisi yang terlanggar objek atau terjatuh ke dalam gaung kepada pengguna jalan raya.
tertutup objek lain. sekiranya berlaku kemalangan.
13

KESIMPULAN

Punca kemalangan jalan raya berlaku kerana pengguna jalan raya tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kita
mestilah pandai menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan raya supaya dapat mengurangkan kadar
kemalangan. Lantaran itu, semua pihak harus bertanggungjawab menjaga keadaan sekeliling supaya kita dapat
berhati-hati sentiasa sesuai dengan slogan yang selalu ditekankan iaitu “Waspada Budaya Kita”. Selain itu,
keselamatan diri juga pasti akan terjamin. Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya perlu dititikberat oleh semua
orang kerana malang tidak berbau.

Hendaklah
mematuhi
peraturan

14

SUMBER RUJUKAN

● Bahan diakses pada 15 September 2021 melalui https://anyflip.com/aejry/dlsj/basic

● Bahan diakses pada 7 September 2021 melalui https://ms.facts-news.org/definisi-keselamatan-jalan-raya

● Bahan diakses pada 10 September 2021 melalui

https://image.slidesharecdn.com/ppteknikmengarang-140422101920-phpapp01/95/pp-teknik-mengarang-6-638.jpg?cb=1398162105

● Bahan diakses pada 10 September 2021 melalui https://ms.wikipedia.org/wiki/Topi_keledar_motosikal

● Bahan diakses pada 6 September 2021 melalui https://ms.wikipedia.org/wiki/Tali_pinggang_keledar

● Bahan diakses pada 17 September 2021 melalui

https://ms-my.facebook.com/petronasstreetsmart/photos/tahukah-anda-fungsi-kon-keselamatan-pada-kebiasaannya-kon-keselamatan-adalah-

bew/1084820918225252/

● Bahan diakses pada 14 September 2021 melalui https://www.otosia.com/berita/ada-cermin-di-sudut-jalan-fungsinya-apa-ya.html

● Bahan diakses pada 12 September 2021 melalui

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2015/08/67667/penghadang-lebuh-raya-jamin-keselamatan

● Bahan diakses pada 8 September 2021 melalui http://safyamelati.blogspot.com/2014/06/kepentingan-mematuhi-papan-tanda-jalan.html

● Bahan diakases pada 19 September 2021 melalui https://torreslopezabogados.com.ar/prepagas-que-hacer-con-un-aumento-ilegal/11

15


Click to View FlipBook Version