The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haziqahabdulaziz94, 2021-09-20 17:33:51

E-BUKU SKRAP "WASPADA BUDAYA KITA"

SJKC JELUTONG: KUMPULAN 2

E-BUKU SKRAP

PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
"WASPADA BUDAYA KITA"

NAMA PESERTA: Tan Ying Qian , Teh Ee Lin , Teh Khai En

K. ELAS:5B

EMAIL---Tan Ying Qian : [email protected]

. Teh Ee Lin : [email protected]
Teh Khai En : [email protected]

NAMA SEKOLAH: SJK(C)JELUTONG
ALAMAT SEKOLAH: 99-A,JALAN TAN SRI TEH EWE
LIM,JELUTONG,11600 PULAU PINANG, MALAYSIA

GAMBAR MURID:

Tan Ying Qian Teh Khai En TehaElle Lin

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang
melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga dikatakan sebagai
sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita
berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.

Keselamatan di Jalan Raya

Kemalangan di jalan raya sudah menjadi suatu perkara biasa yang terjadi hampir setiap hari.
Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh pihak berwajib. Namun, masih ramai lagi yang tidak
mengendahkan tentang usaha-usaha untuk bersikap dengan lebih cermat ketika di jalan raya. Sikap
prihatin dalam setiap pengguna jalan raya amat penting.

Tip di bawah boleh dijadikan peringatan untuk kita semua supaya perkara ini lebih dititikberatkan
pada masa hadapan.

➢ Pakai tali pinggang keledar pada setiap masa.
Tali pinggang keledar ini dapat membantu anda jika terjadi sebarang kemalangan. Ia boleh
mengurangkan impak daripada terhantuk dengan kuat ataupun tubuh badan beralih ke tempat yang
lain. Pakai walaupun jarak destinasi yang ingin dituju itu adalah dekat.

➢ Pakai dan ketatkan topi keledar.
Bagi penunggang motosikal dan juga basikal, pastikan anda sentiasa memakai topi keledar ketika
berada di jalan raya. Topi keledar akan memberi perlindungan kepada seluruh bahagian kepala anda.
Dan, ketatkan tali semasa memakainya agar dapat memberi perlindungan yang sepenuhnya.

Keselamatan di Jalan Raya

➢ Jangan pandu laju dan awasi had laju.
Patuhilah had kelajuan maksimum yang telah ditetapkan. Bagi yang ingin memandu laju, sila pandu di lorong paling kanan. Jangan
fikirkan jalan raya tersebut lengang dan tiada kenderaan. Mungkin ada kesesakan jalan raya di hadapannya.
➢ Guna laluan pejalan kaki apabila melintas jalan.
Bagi semua pejalan kaki, sila guna laluan pejalan kaki ataupun jejantas yang telah disediakan. Lihat kiri dan kanan terlebih dahulu
sebelum melintas.
➢ Guna kerusi keselamatan kanak-kanak.
Bagi pemandu yang mempunyai bayi, anda boleh letakkan bayi anda di dalam kerusi keselamatan kanak-kanak. Pastikan kerusi tersebut
telah dipasang ketat. Pakaikan anak anda tali pinggang keledar di kerusi tersebut.
➢ Jangan guna telefon bimbit semasa memandu.
Membiasakan diri untuk menjawab panggilan, membalas mesej atau melayari internet dan sosial media semasa memandu adalah perkara
yang amat membahayakan buat pemandu, penumpang mahupun pemandu yang lain. Hentikan sikap buruk ini. Ia boleh membuatkan anda
leka semasa memandu.
➢ Jangan mengekori kenderaan lain dengan terlalu dekat.
Sila pastikan jarak kenderaan anda tidak terlalu hampir dengan kereta di hadapan atau di sisi. Ini kerana kereta anda masih berada di
jarak yang selamat jika anda menggunakan brek kecemasan.

Sikap Positif dan Bertanggungjawab ketika di Jalan Raya

~ Tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu kereta kerana pemandu boleh hilang
tumpuan dan fokus untuk melihat ke hadapan dan kawasan sekeliling.

~ Berhenti apabila lampu isyarat menjadi merah supaya pemandu lain boleh menggunakan
laluan jalan raya tanpa bertembung atau berselisih dengan kereta lain. Lampu isyarat juga
wajib dipatuhi untuk memastikan keadaan trafik berjalan lancar tanpa kesesakan lalu lintas.

~ Mematuhi peraturan di jalan raya misalnya dengan patuhi papan tanda di jalan raya.
Bukan itu sahaja, peraturan di jalan raya bertujuan untuk memupuk sikap
bertanggungjawab para pengguna jalan raya.

Sikap Positif dan Bertanggungjawab ketika
di Jalan Raya

~ Tidak memandu kereta sekiranya berada di bawah pengaruh alkhohol kerana dikhuatiri akan
sukar mengawal kenderaan ketika berada dalam keadaan separa sedar.

~ Memakai pakaian yang cerah pada waktu malam di jalan raya supaya pemandu lain dapat
mengecam pengguna jalan raya lain dan seterusnya dapat mengelakkan kemalangan jalan raya.

~ Memandu pada had laju yang ditetapkan kerana setiap kawasan dan jalan mempunyai had
laju yang ditetapkan dan perlu dipatuhi. Sekiranya pemandu ingkar, kemungkinan kemalangan
akan berlaku. Sebagai contoh, kawasan hospital yang mempunyai ramai pesakit baru sembuh
sedang melintas jalan namun sekiranya kenderaan di situ tidak memperlahankan kenderaan,
kemungkinan kemalangan boleh berlaku.

Bahagian Jalan dan persekitaran yang Selamat

A) Infrastruktur Jalan Raya Yang Lengkap
-kemudahan jejantas, lintasan belang, lampu isyarat disediakan
-keadaan jalan raya yang berturap dan tidak berlubang
-lorong pejalan kali dan basikat turut disediakan

B) Sikap Pengguna Jalan Raya
-mematuhi peraturan jalan raya semasa menggunakan jalan raya
-tidak melebihi had laju, berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah,
-menggunakan jejantas atau lintasan belang semasa melintasi jalan
-bersikap hemah dan bertoleransi semasa di jalan raya

Bahagian Jalan dan persekitaran yang Selamat

C) Keadaan Jalan Raya
-berwaspada di jalan semasa keadaan trafik yang sibuk , jalan berlubang, semasa
hujan lebat
-elak daripada berlakunya kemalangan

D) Peka Terhadap Keadaan Sekeliling
-sentiasa fokus terhadap sekeliling jalan semasa memandu
-elak penggunaan telefon bimbit , minuman keras , mengantuk semasa memandu

Cara Melintas di Jalan Raya dengan Selamat

1. Berhenti di bendul jalan dan undur satu langkah ke belakang
2. Lihat kanan kemudian kiri ,kemudian lihat kanan kembali untuk memastikan tiada kenderaan datang
3. Berdiri di atas kaki lima
4. Perhatikan lalu lintas sekeliling
5. Jangan bermain -main semasa melintas jalan
6. Mempamerkan sikap positif dan bertanggungjawab ketika berada di jalan raya
7. Menggunakan laluan zebra untuk melintas jalan raya
8. Pimpin tangan orang dewasa semasa melintas

Cara Melintas di Jalan Raya dengan Selamat

Konsep Keselamatan Jalan Raya

➢ Semua individu mesti mematuhi peraturan dan undang-undang
yang telah ditentukan tanpa mengira umur, pangkat dan
jawatan.

➢ Sebelum memulakan perjalanan,kita mesti memeriksa tayar dan
brek supaya keadan baik dan berfungsi.

➢ Berhenti apabila lampu isyarat merah.
➢ Sentiasa ikut had laju yang ditentukan.
➢ Jangan memandu dalam keadaan mabuk,pening ,megantuk atau

letih.
➢ Jangan memandu dalam keadaan tergesa-gesa. Hendaklah

sentiasa bersabar dan bersopan-santun.

Konsep Keselamatan Jalan Raya

➢ Keseluruhan langkah dan undang-undang di jalan dan lebuh raya
mempunyai misi yang jelas untuk mencegah kemalangan.

➢ Konsep undang-undang ini dirangka untuk membentuk tingkah laku
individu di jalan raya.

➢ Selain itu, ia untuk mendidik masyarakat di usia muda supaya
berhemah di jalan raya sekaligus dapat mengurangkan kadar
kemalangan jalan raya.

➢ Bukan itu sahaja, sikap ini disemai untuk memupuk pemahaman
dalam kalangan kanak-kanak serta ibu bapa mengenai bahaya semasa
berada di jalan raya dan amalan yang baik dan selamat sebagai
seorang penjalan kaki dan pengguna jalan raya.

Kegunaan Alat Keselamatan

Kon Tali Pinggang Topi
Keselamatan Keledar Keledar

Kon keselamatan adalah suatu alat Peralatan kecemasan yang berfungsi melindungi atau Topi keledar adalah sejenis topi
keselamatan yang digunakan menahan pemandu atau penumpang kenderaan dari keselamatan yang digunakan oleh
sebagai tanda amaran kepada pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran atau penunggang motosikal. Matlamat
pengguna jalan raya yang lain pemberhentian mengejut. Tali pinggang keledar utama topi keledar adalah
bahawa terdapat kenderaan yang menghalang pemakainya dari berlanggar dengan melindungi kepala penunggang
lain yang sedang diletakkan bahagian dalaman kenderaan yang keras atau penumpang daripada hentakan.
berhampiran dengan kon tersebut. lain. Selain daripada itu, alat ini juga mengelakkan
pemakainya dari tercampak keluar dari kenderaan.

Kegunaan Alat Keselamatan

Blok Berisi Air Papan Tanda Amaran Cermin Cembung Jalan

Ia kini pagar halangan perkara biasa, Papan tanda berfungsi untuk memberi Cermin cembung ini dipasang di sudut jalan
diperbuat daripada plastik. reka bentuk panduan, amaran, larangan dan maklumat untuk menambah jarak pandang pengemudi
itu mempunyai kelebihan yang besar kepada pengguna jalan raya. Ia biasanya kendaraan, teman-teman. Ini bertujuan untuk
berbanding dengan konkrit atau logam. diletakkan di kawasan yang mudah dilihat meningkatkan kewaspadaan dan keselamatan
Di samping itu mereka mudah untuk dengan menggunakan simbol yang mudah pengguna jalan.
pengangkutan dan pasang, kandang ini difahami, ringkas, jelas dan seragam bertujuan Cermin cembung adalah cermin yang memiliki
menyediakan keselamatan yang terbaik untuk memudahkan pengguna jalan raya untuk bentuk lengkung, dimana permukaan cermin yang
dalam kes kemalangan kereta. sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. memantulkan cahaya melengkung keluar.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya merupakan tanggungjawab pengguna jalan raya itu sendiri. Usaha untuk mengurangkan kadar
kecederaan dan kematian penunggang motosikal di jalan raya perlulah dibuat secara berterusan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita
sering melakukan kesilapan tetapi kesilapan yang melibatkan kehilangan nyawa orang lain haruslah dielakkan demi kesejahteraan bersama.

PENUTUP

Sumber Rujukan

● Bahan diakses pada 16 September melalui https://saffad.ump.edu.my/index.php/en/news/944-tip-keselamatan-jalan-raya

● Bahan diakses pada 16 September melalui
https://www.google.com/search?q=sign+jalan+raya&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwjJyNef-O7yAhW67HMBHbZ1AF0Q_AUoAXoEC
AMQAw&cshid=1631089243913881&biw=1366&bih=625&safe=active&ssui=on#imgrc=nqE4Y_1-83SpyM

● Bahan diakses pada 16 September
melaluihttps://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftorreslopezabogados.com.ar%2Fprepagas-que-hacer-con-un-aumento-ilegal%2F&psig
=AOvVaw1CfpyqXW4CGfSuoF55RwKt&ust=1631419496993000&source=images&cd=vfe&ved=0CAgQjRxqFwoTCKCbybCF9vICFQAAAAAdAA
AAABAJ

● Bahan diakses pada 16 September
melaluihttps://www.google.com/search?q=keselamatan+jalan+raya+background&rlz=1C1CHBD_enMY921MY921&source=lnms&tbm=isch&sa=X&v
ed=2ahUKEwiM47LMp_HyAhWTzDgGHWjQAJMQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1600&bih=757#imgrc=V1YqRLD49Bs48M

● Bahan diakses pada 16 September melalui
https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fmediamaklumat.com%2Fguna-telefon-bimbit-ketika-memandu%2F&psig=AOvVaw0YHhz_5
MrQlChSBVpDhHP4&ust=1631419332638000&source=images&cd=vfe&ved=0CAgQjRxqFwoTCIDHo-GE9vICFQAAAAAdAAAAABAD


Click to View FlipBook Version