KUMPULAN 5
HUSNA AIN DIYANA BINTI JAFRI 02DKM22F1090 ROSYAMINA BINTI ROSLI 02DKM22F1111 NUR FARAH IDAYU BINTI HAIRUL NIZAM 02DKM22F1116 NURUL FAKHRIAH BINTI NOR HAKIMI 02DKM22F1050 NURUL NAJWA BINTI ROSLAN 02DKM22F1101
PENGENALAN ( APA ITU PENDAKAP GIGI ? ) JENIS JENIS BRACES ( PENDAKAP GIGI ) HUKUM MEMAKAI PENDAKAP GIGI KESIMPULAN
Setiap individu menginginkan rupa yang cantik pada diri mereka. Ini termasuklah keadaan gigi dan mulut. Namun begitu, sebahagian daripada masyarakat mempunyai masalah gigi tidak terurus dan gigitan tidak rata. Oleh sebab itu terdapatnya rawatan ortodontik iaitu pendakap gigi (braces) yang digunakan untuk membetulkan masalah gigi yang tidak terurus. Pendakap gigi adalah satu alat untuk membetulkan dan meluruskan gigi serta membaiki kedudukan gigitan gigi di dalam sesebuah rahang
1. Mengembalikan fungsi dan peranan setiap gigi yang tidak tersusun, jarang atau kedudukan jauh dari deretan gigi ke susunan yang sempurna. 2. Membantu mengembalikan keyakinan diri dengan memberikan deretan gigi yang tersusun rapi. 3. Mengekalkan atau membetulkan jarak antara gigi yang telah dicabut atau kekurangan gigi (anodontia). 4. Membantu mendapatkan gigitan yang baik dan berfungsi.
Metal braces atau dikenali sebagai pendakap gigi tradisional merupakan salah satu daripada jenis braces yang sering dipakai oleh orang ramai. Metal braces ini sering dipakai oleh kanak-kanak dan remaja. Metal braces dipasang pada setiap permukaan gigi anda dengan menggunakan wayar sebagai penghubung dan pengikat. Bagi yang menggunakan metal braces, rawatan susulan akan dilakukan 4 hingga 8 minggu sekali bergantung kepada doktor gigi anda. Secara purata, harga jenis braces metal ini adalah dalam lingkungan RM 4,000 hingga RM 5,000. Ini termasuk sekali bayaran bagi setiap rawatan susulan sepanjang tempoh anda memakai braces tersebut.
Ceramic braces adalah braces yang sangat popular di kalangan remaja dan orang dewasa. Kelebihan ceramic braces adalah warna braces tersebut tidak menonjol berbanding dengan metal braces. Saiz ceramic braces juga lebih kecil berbanding metal braces dan sangat tahan lasak. Harga bagi ceramic braces ialah sekitar RM 6,500 higga RM 8,500. Ia agak mahal sedikit berbanding metal braces.
Self-ligating braces adalah dalam kategori yang mempunyai fungsi sama seperti metal dan ceramic braces. Perbezaan utama self-ligating braces dengan braces jenis metal dan ceramic adalah seperti berikut; Menggunakan klip dan sistem doors opener/closure Menggunakan klip berbanding pengikat elastic rubber Rawatan susulan bagi yang memakai self-ligating braces juga kurang disebabkan sistem self-ligating braces adalah sangat mudah untuk dialihkan. Rawatan susulan juga tidak akan memakan masa yang lama. Harga bagi self-ligating braces adalah sekitar RM 7,000 hingga RM 12,000.
Invisalign atau clear aligner adalah salah satu braces yang menjadi trend pada zaman sekarang. Antara sebab kenapa invisalign dan clear aligner ini menjadi kegemaran orang ramai adalah kerana; Warnanya yang transparent Memudahkan proses berus gigi dan floss Rawatan susulan yang lebih sedikit Mudah dicabut Pemakaian invisalign atau clear aligners adalah sangat mudah dan cepat. Doktor gigi anda akan membuat satu model 3D struktur gigi anda dan menghasilkan satu pendakap gigi berdasarkan struktur dan susunan gigi yang betul.
ْو ِش َما ِت َوالنها ِم َص ُم ْستَ ْ َوا ِش َما ِت َوال ْ ال َن هَّللاُ َعَ ل ِ ُمتَفَل ْ ُمتَنَ ِ م َصا ِت َوال ْ ُح ْس ِن ا ِت َوال ْ َجا ِت ِلل َق هَّللاِ ْ ِ َرا ِت َخل ُمغَي ْ ال Maksudnya, “Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim NO. 3966). Memakai kawat gigi (Pendakap gigi) Jika memakai pendakap gigi niatnya nak cantik maka haram kerana di anggap merubah ciptaan Allah SWT. Tetapi jika tujuannya merawat gigi yang jongang maka di haruskan. Memulihkan gigi yang cacat kerana merawatsesuatu yang rosak adalah di galakkan di dalam Islam. Pendakap gigi jika untuk merawat gigi supaya normal (tujuan kesihatan) maka ulama mengatakan diharuskan. Nabi SAW bersabda :
Namun pemakaian pendakap gigi dihukumkan harus sekiranya ianya bertujuan selain daripada tujuan diatas. Hukumnya harus apabila ia dilakukan untuk menutup keaiban yang ada pada wajah seseorang. Contohnya, kedudukan gigi yang terlalu berbeza daripada orang ramai sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang yang melihatnya. Ia juga dibenarkan apabila dilakukan atas sebab kesihatan, atau sebab keperluan, contohnya susunan gigi yang menyebabkan sukar untuk mengunyah makanan atau menyebabkan masalah kesihatan di dalam mulut. Syeikh Faizal alMoulawi , Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata : Pendakap gigi bagi tujuan kesihatan adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan. Ia akan menjadi lebih terlarang apabila ia dilakukan untuk menipu manusia lain supaya kelihatan lebih muda dan lebih cantik.Contohnya memakai pendapat gigi agar kelihatan lebih cantik ketika mahu meminang seorang wanita dan sebagainya. Dr. Abdullah al-Faqih dan komiti fatwanya menyatakan : Jika seseorang melakukannya untuk menipu atau memperdaya sesiapa yang melihatnya , sama ada ia bertujuan untuk perkahwinan atau sebagainya, maka ia terlarang.
Konklusi daripada perbincangan ini, terdapat dua hukum daripada pemakaian pendakap gigi. Pertama, HARAM bagi sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa masalah pada gigi dan memakainya hanya tujuan kecantikan dan trend.Nascaya yang menyokong kuat hukum ini melalui hadis Baginda Muhammad s.a.w berkaitan dengan mengubah ciptaan Allah. Dan menjadi satu kebimbangan kepada golongan remaja yang gemar memakai fake braces, di mana hanya akan mendatangkan lebih kemudaratan berbanding kebaikan. Namun, jika mempunyai sebab tertentu seperti cacat sejak lahir atau mengalami kecederaan akibat kemalangan, kedudukan gigi yang tidak stabil dan memudaratkan, maka diHARUSkan untuk mendapatkan rawatan ortodontik dan braces.
http://antitahigigi.blogspot.com/2011/07/hukum-memakaibraces-pendakap-gigi.html https://fitrahislami.wordpress.com/2015/10/23/hukummemakai-pendakap-gigi/ http://kumpulansatudisb.blogspot.com/ http://www.imedik.org/pemakaian-pendakap-gigi-ataubraces/ https://www.kifarahmedia.com/apa-hukum-pakai-bracesatau-pendakap-gigi-mengikut-hukum-islam/ https://1stdentalclinic.com/jeni-jenis-pendakap-gigi-braces/ http://www.hmetro.com.my/node/34596 http://archieve.islamonline.net/?p=152
KUMPULAN 5