SOALAN
TUGASAN
-PENGENALAN-
Pengurusan ini dapat ditakrifkan sebagai sesebuah organisasi yang melibatkan
perhubungan di antara pengurus dengan ahli-ahli organisasi bagi mencapai matlamat
(Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015). Bilik darjah pula didefinisikan sebagai suatu
tempat guru dan murid berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi
menambahkan ilmu pengetahuan. Menurut Hamzah dan Samuel (2016), pengurusan
bilik darjah pula bermaksud sebagai suatu cara atau tindakan yang digunakan bagi
menguruskan sesuatu aktiviti, pengajaran, susunan fizikal dan keadaan psikososial
di dalam bilik darjah bagi memastikan penggunaan masa yang lebih efesien serta
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra iaitu mengurangkan masalah
tingkah laku ketika berada di dalam bilik darjah. Antara pengurusan bilik darjah yang
boleh dilakukan oleh guru ialah menyusun kedudukan meja dan kerusi di dalam bilik
darjah supaya lebih kondusif. Susun atur ini merupakan salah satu ciri pembelajaran
abad ke-21. Oleh itu, pemilihan susun atur bilik darjah yang baik mampu memberi
kesan dalam perkembangan sosial dan emosi murid ketika berada di dalam bilik
darjah.
SUSUN ATUR BILIK DARJAH
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Berdasarkan gambar rajah 1, susun atur tempat
duduk tersebut merupakan susun atur bilik
darjah pembelajaran abad ke-21.
Susun atur tersebut ini dikenali sebagai gaya
susunan bilik darjah jenis bersemuka atau face to
face kerana murid-murid tersebut menghadap
antara sama lain ketika berada di dalam bilik
darjah.
-PENERAPAN KONSEP 6K-
Melalui susun atur bilik darjah
pembelajaran abad ke-21 ini, guru
dapat menerapkan konsep 6K semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
6K ini bermaksud enam kemahiran
yang perlu diterapkan dalam diri
murid-murid oleh guru (Isnen, 2017).
-PENERAPAN KONSEP 6K-
KOLABORASI
Susun atur secara berkumpulan seperti dalam rajah 1 dapat menerapkan konsep 6K
iaitu kolaborasi.
Kolaborasi bermaksud satu proses yang melibatkan beberapa individu secara dalam
kumpulan bagi mencapai hasil yang ingin dicapai.
Kolaborasi ini dapat diterapkan apabila murid-murid diletakkan oleh guru secara
dalam kumpulan.
Sebagai contohnya, guru meminta murid untuk menghasilkan jalur gemilang
menggunakan bahan kitar semula secara berkumpulan. Melalui tugasan ini, murid-
murid akan bekerjasama dalam satu pasukan bagi menghasilkan jalur gemilang
tersebut.
-PENERAPAN KONSEP 6K-
KOMUNIKASI
Komunikasi ini merupakan sesuatu perkara yang penting bagi memastikan murid-
murid mengeluarkan idea masing-masing, menyampaikan maklumat kepada
rakan yang lain.
Komunikasi ini merupakan kemahiran yang penting bagi memastikan
penyampaian maklumat berkesan dalam menyiapkan tugasan atau menyelasaikan
sesuatu masalah.
Sebagai contohnya, guru mengarahkan murid untuk melakukan perbincangan
berkaitan dengan sumbangan tokoh negara yang diminati.
Melalui tugasan ini, murid-murid akan berkomunikasi dengan menyatakan
sumbangan tokoh negara yang diminati dengan ahli kumpulan yang lain.
PERANAN GURU SEBAGAI PEMANGKIN
KREATIVITI BAGI MENGURUS PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF
KEDUDUKAN GURU YANG BERHAMPIRAN DENGAN
MURID
Berdasarkan rajah 1, susunan tempat duduk pembelajaran abad ke-21 tersebut
kedudukan guru yang berhampiran dengan murid amat penting bagi memberikan
peluang kepada guru untuk berinteraksi dengan murid-murid semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kedudukan guru yang berhampiran dengan murid juga dapat menjadikan guru
sebagai pemangkin kreativiti apabila guru dapat menambah baik hasil yang dilakukan
oleh murid.
RUANG TRAFIK YANG SELESA
Susunan bilik darjah dalam rajah 1 menunjukkan bahawa guru dan murid bebas
untuk bergerak dengan mudah dan tanpa halangan.
Hal ini menunjukkan bahawa kedudukan meja 1 dan meja 2 tidak terlalu dekat yang
dapat memudahkan guru untuk ke meja murid-murid yang lain iaitu meja 3, 4 dan 5
bagi melihat hasil yang dilakukan oleh murid serta memudahkan guru untuk
memberi bahan pembelajaran kepada semua murid.
Jelaslah bahawa ruang trafik yang selesa di dalam bilik darjah pembelajaran abad ke-
21 ini amat penting bagi memastikan peranan guru sebagai pemangkin kreativiti bagi
mengurus persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat dicapai.
PERANAN GURU UNTUK MEMBINA HUBUNGAN YANG
POSITIF DI DALAM BILIK DARJAH PERDANA DAN
PENDIDIKAN INKLUSIF.
BILIK DARJAH PERDANA
Guru perlulah menggunakan bahasa yang sopan agar murid-murid mudah memahami
perkara yang diajar.
Guru juga perlulah menghormati murid ketika berada di dalam kelas agar murid-murid juga
menghormati guru.
Guru juga perlulah mengingati nama murid serta memanggil murid dengan nama panggilan
kerana murid akan berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka (Syed Mustapa et al.,
2018).
Guru perlulah prihatin terhadap keperluan murid-murid agar hubungan baik dapat dibina.
Sebagai contohnya, guru perlulah prihatin sekiranya ada murid-murid yang tidak mampu
untuk membeli makanan atau peralatan sekolah.
BILIK DARJAH PENDIDIKAN INKLUSIF
Bagi membina hubungan di dalam bilik pendidikan inklusif ialah guru perlulah menyusun
bilik darjah seperti rajah 1 secara konsisten melibatkan murid-murid masalah penglihatan
agar murid-murid mengetahui kedudukan bahan-bahan dan alatan di dalam kelas.
Guru juga perlu memberikan tempat duduk di bahagian hadapan seperti meja 1 dan meja 3
dalam rajah 1 agar murid yang mengalami masalah pendengaran dapat mendengar dengan
jelas guru semasa memberikan arahan.
Terdapat dua jenis bilik
darjah pendid
ikan inklusif:
Inklusif penuh bermaksud murid Inklusif separa pula adalah di mana
berkeperluan khas yang terpilih akan
murid berkeperluan khas yang
mengikuti semua mata pelajaran terpilih akan mengikuti pembelajaran
di kelas biasa seperti di kelas biasa untuk mata pelajaran
murid biasa (Azam, 2017). tertentu sahaja.
SEBAB DAN AKIBAT PEMILIHAN SUSUN ATUR
BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21
DALAM RAJAH 1 IALAH
-SEB
AB-
Memudahkan murid-murid untuk berkomunikasi dengan rakan-
rakan di dalam kumpulan bagi menyelasaikan sesuatu tugasan.
Memudahkan murid-murid untuk melaksanakan aktiviti dalam
kumpulan atau kolaborasi semasa di dalam kelas.
Kedudukan meja murid 1, 2 dan 3 berhampiran dengan guru
yang memudahkan guru untuk berinteraksi dengan murid.
Kedudukan meja murid-murid yang berjarak dapat menjadikan
ruang trafik tidak sesak.
SEBAB DAN AKIBAT PEMILIHAN SUSUN ATUR
BILIK DARJAH PEMBELAJARAN ABAD KE-21
DALAM RAJAH 1 IALAH
-AKIB
AT-
Murid sukar untuk melihat guru kerana kedudukannya yang
membelakangi guru bagi kedudukan meja 1B, 1D, 2A, 2C,
4B, 4D, 5A dan 5C.
Murid pada meja 4 dan 5 jauh untuk berinteraksi dengan
guru kerana kedudukan sedikit jauh daripada guru.
-KESIMPULAN-
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah pembelajaran abad
ke-21 ini amat penting diaplikasikan kerana pembelajaran
abad ke-21 ini memberikan banyak manfaat kepada guru
dan murid-murid bilik darjah perdana serta murid-murid
pendidikan inklusif. Oleh itu, guru berperanan dalam
menyusun atur kedudukan kelas agar lebih sistematik dan
teratur.
-RUJUKAN-