The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by a194356, 2022-11-08 12:52:07

PERBEZAAN ANTARA FASAKH DAN KHUKUK

PERBEZAAN ANTARA FASAKH DAN KHUKUK

..
…………………………………………….

PERBEZAAN ANTARA FASAKH
DAN KHULUK

……………………………………………………………………………………
PENSYARAH:

DR. NURUL ILYANA BINTI MUHD ADNAN
DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD FAIQ BIN MOHD ALIP (A194317)
AZRIL BIN ABDUL KADIR (A194356)

FASAKH

PENGERTIAN FASAKH

BAHASA • Rosak atau putus.
ISTILAH • Penceraian iaitu merosak atau merombak hubungan

pernikahan antara suami isteri.

Dalam buku yang berjudul Soal Jawab Fiqh Harian mengatakan bahawa fasakh beerti
membatalkan perkahwinan pasangan suami isteri melalui kuasa kadi disebabkan mempunyai
sebab-sebab tertentu.

Dalam buku yang berjudul Asas Kekeluargaan Islam mengatakan bahawa fasakh ialah
pembatalan akan perkahwinan disebabkan kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau
disebabkan kecacatan mendatang yang menghalang daripada kekalnya perkahwinan.

Dalam buku yang berjudul Hukum Perkahwinan Dalam Islam pula mengatakan bahawa
fasakh ialah si isteri menuntut pada Mahkamah Syariah supaya dibatalkan pernikahannya.
Fasakh ini bertujuan untuk memelihara hak perempuan serta menolak dan menjauhkan si isteri
daripada kemudharatan. Si isteri yang telah cukup umrnya boleh meminta fasakh.

DALIL FASAKH
Firman Allah S.W.T:

‫وإن اﻣﺮأة ﺧﺎﻓﺖ ﻣﻦ ﺑﻌﻠﮭﺎ ﻧﺸﻮزا أو إﻋﺮاﺿﺎ ﻓﻼ ﺟﻨﺎح ﻋﻠﯿﮭﻤﺎ أن ﯾﺼﻠﺤﺎ ﺑﯿﻨﮭﻤﺎ ﺻﻠﺤﺎ واﻟﺼﻠﺢ ﺧﯿﺮ وأﺣﻀﺮت اﻷﻧﻔﺲ‬
‫اﻟﺸﺢ وإن ﺗﺤﺴﻨﻮا وﺗﺘﻘﻮا ﻓﺈن ﷲ ﻛﺎن ﺑﻤﺎ ﺗﻌﻤﻠﻮن ﺧﺒﯿﺮ‬

Maksudnya:
Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya nusyuz (kebencian) atau
tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka suami isteri membuat perdamaian di
antara mereka berdua kerana perdamaian itu lebih baik bagi mereka daripada bercerai-berai.
Sedang sifat bakhil kedekut itu memang tabiat semula jadi yang ada pada manusia. Dan jika
berlaku baik dalam pergaulan dan mencegah diri daripada melakukan kezaliman, maka
sesungguhnya Allah Maha Mendalam Pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan.

(Surah Al-Nisa’: Ayat 128)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

‫ﻓﺮ ﻣﻦ اﻟﻤﺠﺬوم ﻛﻤﺎ ﺗﻔﺮ ﻣﻦ اﻷﺳﺪ‬

Maksudnya:
Larilah dari orang yang terkena kusta sebagaimana kamu lari daripada singa.

(Riwayat Al-Bukhari)

Dalil-dalil di atas adalah dalil-dalil yang menjadi asas perundangan bagi fasakh yang telah
diambil dalam Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W.

HUKUM FASAKH

Isteri diharuskan meminta fasakh bagi menjaga kemaslahatan kedua belah pihak.
Fasakh adalah hak suami dan isteri.Perpisahan melalui cara fasakh dikira talak ba’in

sughro dan iddahnya ialah tiga kali suci haid.

PENDAPAT MENURUT MAZHAB SEBAB BERLAKUNYA FASAKH
Mazhab Syafie :

Antara penceraian yang dianggap fasakh:
Disebabkan kesukaran suami membayar mahar atau nafkah pakaian dan tempat tinggal
setelah diberi tempoh tiga hari oleh kadi.
Li’an.
Penceraian disebabkan kecacatan (aib).
Penceraian disebabkan salah seorang suami atau isteri menganut agama Islam yang sebelum
ini kedua-duanya bukan beragama Islam.
Penceraian disebabkan murtad sama ada ianya dilakukan oleh suami atau isteri.
Penceraian disebabkan tidak ada kesetaraan di anatara suami isteri.

Mazhab Hanbali :

Antara penceraian yang dianggap fasakh:
1) Khulu’ yang menggunakan selain perkataan talak atau niatnya.
2) Salah seorang daripada suami atau isteri menjadi murtad.
3) Cerai disebabkan kecacatan (aib) dan tidak terfasakh kecuali dengan keputusan hakim.
4) Cerai dengan keputusan hakim disebabkan tidak mampu membayar mahar, nafkah atau
sebagainya.
5) Apabila salah seorang suami atau isteri memeluk Islam maka nikah mereka terfasakh
apabila tamat iddah atau pun isteri memeluk Islam semasa dia masih dalam iddah dan
suaminya juga memeluk agama Islam maka pernikahan mereka tetap kekal dan tidak
terfasakh.
6) Penceraian disebabkan li’an. Hal ini kerana li’an itu menjadikan pernikahan mereka adalah
haram selama-lamanya walaupun hakim tidak menghukum sedemikian.

Mazhab Maliki :

Antara penceraian yang dianggap fsasakh:

1) Akad fasid yang dipersetujui kerosakannya. Misalnya seorang lelaki bernikah dengan
perempuan yang masih dalam tempoh iddah disebabkan suami yang terdahulu atau berakad
dengan perempuan yang diharamkan bernikah dengannya.
2) Penceraian disebabkan bernikah mut’ah. Hal ini adalah menurut qaul muktamad kerana
ianya telah dipersetujui oleh Imam-Imam Mazhab dan pendapat yang mengatakan harus ialah
pendapat yang ganjil serta tidak dapat dipegang kebenarannya.
Penceraian disebabkan penyusuan.
Penceraian disebabkan li’an. Li’an menyebabkan keharaman buat selama-lamanya iaitu bekas
isteri tidak boleh berkahwin semula dengannya walau dalam apa-apa jalan sekalipun. Hal ini
bukanlah talak.
5) Penceraian disebabkan menjadi tawanan perang iaitu wanita kafir harbi yang ditawan yang
mana suaminya itu juga merupakan kafir harbi. Apabila wanita itu menjadi tawanan perang
maka dia tidak lagi dikira sebagai isteri kepada lelaki itu dan diharuskan kepada lelaki lain
untuk mengahwininya setelah berlakunya satu kali haid.

SEBAB-SEBAB FASAKH :

1. Terdapat aib (kecacatan) pada isteri ataupun pada suami.
2. Terdapat gharar (pembohongan, unsur yang diragui atau ketidak tentuan).
3. Suami tidak mampu menyerahkan mas kahwin secara tunai.
4. Suami tidak mampu memberikan nafkah.
5. Suami ghaib.
6. Hamba yang telah merdeka.
7. Suami hilang (mafqud).
8. Perbutatan yang membawa kemudharatan.

Cara melakukan Fasakh
1.Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh.
2. Membuat aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka.
3.Jika dapat dibuktikan pengaduan yang doberiakn adalah betul, pihak kadi boleh mengambil
tindakan membatalkannya.
4.Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk kembali melainkan
dengan akad nikah yang baru.

Hikmah Fasakh

1. Mengelakkan isteri dianiayai dan diseksa oleh suami.
2. Menunjukkan keadilan Allah kepada hambanya. Jika suami diberikan talak, isteri diberikan
fasakh.
3. Memberi peluang isteri berpisah daripada suaminya dan memulakan hidup baru.
4. Memberi ketenangan jiwa kepada pasangan tersebut setelah berpisah.

http://al83-perkahwinan.blogspot.com/2008/03/fasakh.html?m=1

Contoh Situasi Yang Membolehkan Fasakh

Farhan dan Aliya telah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun. Sepanjang
perkahwinan tersebut Aliya tidak hidup bahagia kerana Farhan sering kali mengabaikan
tanggungjawabnya sebagai seorang suami kerana tidak memberi nafkah zahir kepada
isterinya. Apabila Aliya menasihati dan menegur perbuatan tersebut, Aliya dipukul oleh
Farhan sehingga menyebabkan kecederaan dan sering kali berlakunya perbalahan
antara mereka. Aliya meminta cerai daripada suaminya akan tetapi Farhan tidak
menghiraukan permintaannya itu. Oleh itu, Aliya mengambil keputusan untuk membuat
tuntutan fasakh daripada mahkamah dan pihak mahkamah meluluskan permohonan
tuntutan fasakh tersebut.

Berdasarkan situasi di atas, menurut pandangan imam Syafi'i Rahimullah fasakh
tersebut diterima oleh kerana seorang suami tidak memberi nafkah kepada isteri serta
menzalimi isterinya itu.



KHULUK

PENGERTIAN KHULUK

BAHASA

• Mencabut/Menanggalkan

ISTILAH

• Pembubaran perkahwinan yang diperoleh oleh seorang isteri dengan membayar kepada
suaminya dengan sesuatu benda yang berharga di mane kadar benda tersebut adalah
berdasarkan persetujuan antara suami dan isteri berkenaan atau berdasarkan kepada
keputusan kadi.

o Khuluk juga dikenali sebagai tebus talak yang dikira sebagai ganti rugi kepada suami berkenaan.
o Khuluk adalah satu bentuk talak kerana ia adalah perceraian yang berlaku dengan adanya tebusan yang

diberikan oleh isteri kepada suaminya.

PENGERTIAN KHULUK BERDASARKAN 4 MAZHAB

Menurut Imam Syafie khuluk ialah Menurut Imam Abu Hanlfah pula,
perceraian dengan bayaran ganti khuluk ialah menghilangkan rnilik
dengan menggunakan lafaz talak nikah atas persetujuan isteri dengan
atau khuluk
menggunakan lafaz khuluk atau
perkataan lain yang sarna
maknanya.

Imam Malik pula mentakrifkan Menurut Imam Hanbal pula,
khuluk sebagai talak dengan khuluk ialah perpisahan di antara
suami isteri dengan bayaran ganti
bayaran ganti, sarna ada dibayar yang diambil daripada isteri atau
oleh isteri atau walinya atau
lainnya, atau pun perceraian selain darinya dengan
dengan lafaz khuluk menggunakan lafaz yang khusus

Contoh lafaz Khuluk: Ceraikan saya dengan
tebus talak RM
Aku talakkan kau 1,000.00
dengan bayaran RM
1,000.00

APAKAH HUKUM KHULUK?
(Hukumnya adalah harus)

Keharusan khuluk adalah berdasarkan hadis Imam Bukhari meriwayatkan dari
Ibn Abbas r.a, ia berkata bahawa isteri Thabit b. Qais datang kepada Nabi saw,
seraya berkata: “Ya Rasulullah, aku sama sekali tidak mencela Thabit b. Qais

dalam masalah akhlak dan ketaatannya dalam beragama. Hanya sahaja aku
tidak menyukai kekufuran dalam Islam ( kerana tidak berbakti kepada suami )”.

Nabi saw berkta: “Apakah engkau bersedia mengembalikan kebun yang
diberikan kepadamu?” ia menjawab: “Ya” setelah ia mengembalikan kebun itu,

Nabi berkata kepada Thabit: “Terimalah kebun itu dan ceraikan ia”

APAKAH SYARAT-SYARAT KHULUK?

SUAMI ISTERI LAZAZ BAYARAN
KHULUK KHULUK

ADAKAH KHULUK MENGURANGKAN BILANGAN TALAK?

Imam al-Syafie mengatakan bahawa khulu’ ialah talak ba’in yang
mengurangkan bilangan talak. Hal ini kerana, ayat yang berkaitan dengan
khulu’ terletak di antara dua ayat talak. Maka ia menunjukkan bahawa khulu’
berkait dan termasuk dalam jenis talak.

FIRMAN ALLAH TAALA:

‫ءَاﺗـَﻴْـﺘُ ُﻤﻮ ُﻫ ﱠﻦ‬ ٓ‫ِﳑﱠﺎ‬ ‫ﺗَﺄْ ُﺧ ُﺬو ۟ا‬ ‫أَن‬ ‫ﻟَ ُﻜ ْﻢ‬ ‫َﳛِ ﻞﱡ‬ ‫َوَﻻ‬ ۗ ‫ﺑِﺈِ ْﺣ َﺴـٰ ٍۢﻦ‬ ‫ﺗَ ْﺴﺮِﻳ ٌۢﺢ‬ ‫أَ ْو‬ ‫ِﲟَﻌْ ُﺮو ٍف‬ ۢ ۖ ‫ﻣَ ﱠﺮﺗَﺎ ِن‬ ‫ٱﻟﻄﱠﻠَـٰ ُﻖ‬
‫ﻓَِﺈ ْﻣ َﺴﺎ ٌك‬
‫َﺷﻴْـًٔﺎ إِﱠﻻٓ أَن َﳜَﺎﻓَﺎٓ أَﱠﻻ ﻳُﻘِﻴ َﻤﺎ ُﺣ ُﺪودَ ٱﻟﻠﱠﻪِ ۖ ﻓَِﺈ ْن ِﺧ ْﻔﺘُ ْﻢ أَﱠﻻ ﻳُﻘِﻴ َﻤﺎ ُﺣ ُﺪودَ ٱﻟﻠﱠﻪِ ﻓَ َﻼ ُﺟﻨَﺎ َح ﻋَﻠَﻴْ ِﻬ َﻤﺎ ﻓِﻴ َﻤﺎ‬
٢٢٩ ‫ٱﻓْـﺘَ َﺪ ْت ﺑِﻪِۦ ۗ ﺗِﻠْ َﻚ ُﺣ ُﺪودُ ٱﻟﻠﱠﻪِ ﻓَ َﻼ ﺗـَﻌْﺘَ ُﺪو َﻫﺎ ۚ َوﻣَﻦ ﻳـَﺘَـﻌَ ﱠﺪ ُﺣ ُﺪودَ ٱﻟﻠﱠﻪِ ﻓَﺄُ ۟وﻟَـٰٓﺌِ َﻚ ُﻫﻢُ ٱﻟﻈﱠـٰﻠِ ُﻤﻮ َن‬

TEMPOH IDDAH BAGI PEMBUBARAN PERKAHWINAN SECARA KHULUK.

iddah wanita yang di khuluk atau tebus talak itu adalah selama tiga kali suci.
Ia berdasarkan kepada firman Allah saw:

‫واﳌﻄﻠﻘﺖ ﻳﱰﺑﺼﻦ ﺑﺄﻧﻔﺴﻬﻦ ﺛﻠﺜﺔ ﻗﺮوء‬

Maksudnya: “Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu
dengan menahan diri mereka ( dari berkahwin ) selama tiga kali suci ( dari

1. Mengelakkan HIKMAH KHULUK. 3. Memberi
isteri nusyuz keinsafan kepada
kepada suami. 2. Penghormatan
kepada kaum suami supaya
perempuan menyedari
kerana mereka
kesilapan dan
mempunyai hak kesalahannya
untuk bertindak terhadap isteri
demi kebaikan
mengikut masa depan.
peraturan yang
telah ditetapkan

oleh syarak.

APAKAH KESAN KHULUK TERHADAP PASANGAN?

Suami juga tidak
boleh berkahwin

dengan bekas
isterinya kecuali

Contoh Situasi Yang Membolehkan KHULUK

Pengalaman pada zaman Rasulullah SAW juga turut dijadikan sebagai sandaran hukum berkenaan
khuluk.Ibn Abbas meriwayatkan satu Hadis bagaimana Jamilah binti Abdullah, isteri kepada

Thabit bin Qais mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan kesusahan hatinya jika meneruskan
kehidupan berumah tangga bersama Thabit. Wanita ini menyatakan bahawa Thabit tidak

mempunyai masalah akhlak mahupun dalam perkara-perkara bersangkutan agama, akan tetapi
beliau bimbang akanmenjadi seorang hamba Allah yang berdosa disebabkan tidak mampu
memenuhi tuntutan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Baginda Rasulullah SAW

mendorongkan kepada beliau jalan penyelesaian dengan cara mengembalikan semula sebidang
tanah kebun yang diberikan oleh Thabit sebagai mahar pada waktu pernikahan. Persetujuan di
pihak Jamilah dilanjutkan dengan saranan Rasulullah kepada Thabit untuk menerima semula
mahar tersebut, dan berakhirlah kemelut perkahwinan antara Jamilah dengan Thabit dengan baik.

Dalil-dalil ini memberi bukti bahawa tidak wujud kuasa monopoli perceraian oleh kaum lelaki walaupun
mereka digelar sebagai sahib al-talaq, iaitu tuan punya talak. Khuluk seharusnya dilihat sebagai pengimbang

kepada kuasa talak yang diberi dan diamanahkan kepada pihak suami.

Perbezaan Antara Fasakh Dan Khuluk

Bil. FASAKH KHULUK

1 Suami isteri berhak menuntut atas sebab yang Hak isteri meminta untuk berpisah daripada suami

munasabah dengan sebab persetujuan

2 Tiada sebarang bayaran dikenakan sekiranya Isteri dikenakan bayaran ganti rugi kepada suami
suami atau isteri difasakhkan

3 Fasakh tidak mengurangkan jumlah talak Khuluk akan mengurangkan jumlah talak

4 Sekiranya isteri difasakhkan berhak mendapat Isteri tidak mendapat hak mut’ah
hak mut’ah

SENARAI RUJUKAN

INTERNET:

1. http://epuldsaisal.blogspot.com/2017/04/perbahasan-fasakh-dalam-4-
mazhab.html?m=1

2. http://kelantan.jksm.gov.my/jksn/index.php/mengenai-kami/ketua-pendaftar/21-
joomla/components/206-fasakh

3. http://mizzzzchumellll.blogspot.com/2017/04/pendahuluan-sakinah-mawaddah-dan-
kasih_18.html?m=1

4. https://www.pa-blitar.go.id/informasi-pengadilan/164-penyelesaian-perceraian-
dengan-khulu-dan-akibat-hukumnya.html

5. https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3883-al-kafi-1477-adakah-khulu-
tebus-talak-mengurangkan-bilangan-talak

BUKU:

1. Soal Jawab Fiqh Harian
2. Asas Kekeluargaan Islam
3. Hukum Perkahwinan Dalam Islam
4. Pengajian Fiqh Muamalat, Munakahat, Mirath & Jenayah
5. ‫ﻓﺴﺦ اﻟﻨﻜﺎح واﻟﻘﻀﺎﯾﺎ اﻟﻤﺘﻌﻠﻘﺔ ﺑﮫ دراﺳﺔ ﻣﻘﺎرﻧﺔ ﺑﯿﻦ اﻟﻤﺬاھﺐ اﻟﻔﻘﮭﯿﺔ‬
6. ‫ﺗﮭﺬﯾﺐ ﺷﺮح ﻣﺘﻦ اﻟﺰﺑﺪ ﻻﺑﻦ رﺳﻼن ﻓﻲ اﻟﻔﻘﮫ اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ‬


Click to View FlipBook Version