The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amalsjelf, 2021-08-17 09:10:41

TKRS-PENGENALAN TKRS

TKRS-PENGENALAN TKRS

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS)

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang
menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri
Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak
Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin
khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-
pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk
memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS
merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif
serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal
penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa
ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet
Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB
Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006.

LOGO TKRS

Pengertian logo
• Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
• Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara
Malaysia.
• Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan
berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
• Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama
dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
• Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
• Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan
negara yang tercinta.
• Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara
Malaysia.
• Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

BENDERA TKRS

Warna Hijau melambangkan
a. Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk.
b. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan.
c. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulum KRS/TKRS.

Cogan kata KRS/TKRS ’ ILMU IMAN AMAL’
a. ILMU :

Asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS/TKRS.
b. IMAN :

Keimanan yang mendalam merupakan asas pembinaan diri.
c. AMAL :

Penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah
daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri.

LAGU TKRS

PAKAIAN RASMI TKRS
Lelaki

• Beret berwarna Sherwood Dark Green.
• Baju kemeja lengan pendek warna hijau muda ( L 109 )
• Seluar sekolah. (Ukuran kaki 20 cm - 30 cm)
• Tali wisel merah.
• Tali pinggang kanvas warna hijau berkepala emas dengan logo KRS.
• Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam

Perempuan panjang dan warna hijau
• Beret berwarna Sherwood Dark Green.

• Baju kemeja labuh paras bawah punggung, berlengan
muda ( L 109 ).

• Seluar /Kain Sekolah.
• Tali wisel merah.
• Kasut Kulit/PVC Hitam Bertali dan Berstokin Hitam

*Pemakaian Telekung mini berwarna Sherwood Dark Green.


Click to View FlipBook Version