The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farida Othman, 2021-08-14 09:29:01

TM CA-2C

CA2C

CA-2C – FIBER OPTIC
CABLE NETWORK

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER OPTIK
DAN KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

TOPIK 2 : PEMASANGAN SUB SESALUR (SUB-DUCT)
TOPIK 3 : MENARIK KABEL FIBER OPTIK KE DALAM

SUB-DUCT
TOPIK 4 : MENARIK KABEL FIBER OPTIK KE ATAS TIANG
TOPIK 5 : PENYAMBUNGAN KABEL FIBER OPTIK

(SPLICING)
TOPIK 6 : PENGUJIAN KABEL FIBER OPTIK (TESTING)

PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER OPTIK
DAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA

Modul ini merangkumi topik-topik seperti
berikut:
✓ Pengenalan Kepada Kabel Fiber Optik
✓ Binaan Fiber Optik
✓ Jenis-Jenis Fiber Optik
✓ Jenis-Jenis Kabel Fiber Optik
✓ Jenis Kabel Dalaman Fiber Optik
✓ Keselamatan Di Tempat Kerja

PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER
OPTIK

Secara asasnya, rangkaian kabel pembekal servis
telekomunikasi berhad terdiri daripada:

Rangkaian Tempatan Rangkaian Simpang Rangkaian Jauh
(Local Network) (Junction Network) (Trunk Network)

Rangkaian antara Rangkaian simpang Rangkaian jauh adalah
Ibusawat pembekal adalah rangkaian rangkaian ibusawat
Servis telekomunikasi ibusawat pembekal pembekal servis
dengan permis servistelekomunikasi telekomunikasi yang
pelanggan. yang mempunyai jarak mempunyai jarak
Jarak antara ibusawat antara ibusawat tidak antara ibusawat lebih
pembekal servis lebih dari 40km dari 40km
Telekomunikasi
dengan permis
pelanggan tidak lebih
dari 5 km

Blok diagram di atas menunjukkan transmisi lengkap Kabel Fiber Optik untuk rangkaian tempatan
bermula dari COT (Central Office Terminal) sehingga ke RT (Remote Terminal) melalui terminal-
terminal Fiber Optik seperti FDF (Fiber Distribution Frame) dan FTB (Fiber Termination Box).

PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER
OPTIK

COT (Central Office Terminal)
❑ set peralatan fiber optic yang dipasang di setiap ibusawat pembekal servis telekomunikasi

atau kabin.
❑ Kabel ‘Patch Cord’ digunakan untuk menghubungkan peralatan COT dengan FDF, manakala

kabel ‘Fiber Cord’ pula digunakan untuk menyambung terminal FDF dan FTB.
❑ Di FTB, hujung kabel ‘Fiber Cord’ akan di ‘splice’ (sambung) dengan kabel luar samada

kabel itu dari kabel bawah tanah ataupun kabel atas tiang.
RT (Remote Terminal)
❑ set peralatan fiber optik yang biasanya dipasang di kawasan pelanggan. Biasanya RT terdiri

daripada Fiber optik ‘outdoor’ kabinet contohnya seperti kabinet FTTS (Fiber to the street).
❑ Pemasangan kabel fiber optik akan berakhir di RT.
❑ Di RT, kabel kuprum akan disambungkan hingga ke
❑ premis pelanggan. Keadaan ini bolehlah diistilahkan sebagai ‘last mile Copper’.

PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER
OPTIK

Kebaikan Kabel Gentian Optik

1. Susutan pemancaran rendah (Low Transmission Loss)
2. Jalur lebar yang luas (Wide Bandwidth)
3. Saiz kabel kecil & ringan (Small Cable size and Weight)
4. Tidak dipengaruhi oleh aruhan eletro – magnetic (Immunity to

electro-magnetic interference).
5. Tidak menghasilkan aruhan (Non- inductive).
6. Kos utk jangka masa panjang adalah rendah (Long term

cost advantage)

PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER
OPTIK

Antara sebab-sebab utama kabel fiber optik semakin mendapat
tempat sebagai medium transmisi utama berbanding kabel kuprum
ialah;

1. Susutan pemancaran rendah (Low Transmission Loss)
Penggunaan kabel fiber optik lebih sesuai untuk rangkaian jarak jauh selain rangkaian
tempatan kerana sifat susutan pemancarannya lebih rendah berbanding dengan kabel
kurprum. Secara teorinya, kabel kuprum hanya berkeupayaan mengekalkan kualiti isyaratnya
hanya sehingga 5 km jaraknya dari ibusawat. Manakala fiber optik mampu untuk pergi lebih
jauh lagi sehingga lebih 100km.

2. Jalur lebar yang luas (Wide Bandwidth)
Jalur lebar yang luas hanya mampu diberi oleh kabel
fiber optik berbanding kabel kuprum dan secara teori, saiz jalur lebar fiber optik boleh
mencecah terabit sesaat.

PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER
OPTIK

Antara sebab-sebab utama kabel fiber optik semakin mendapat
tempat sebagai medium transmisi utama berbanding kabel
kuprum ialah;

3. Saiz kabel kecil & ringan (Small Cable size and Weight)
Saiz teras fiber (Core) yang kecil
boleh menampung perkhidmatan sehingga 64 pelanggan (jika mengikut konsep GPON
(Gigabit Passive Optical Network)) manakala kabel kurprum pula hanya boleh beri
perkhidmatan 1 pasangan (pair) kuprum untuk 1 pelanggan sahaja.

4. Tidak dipengaruhi oleh aruhan eletro - magnetic (Immunity to electro-magnetic interference)
berbanding kabel kuprum yang menggunakan isyarat elektrik sebagai isyarat penghantaran,
kabel optik pula menggunakan isyarat cahaya yang langsung tidak dipengaruhi oleh aruhan
electro magnetic.

PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER
OPTIK

Antara sebab-sebab utama kabel fiber optik semakin mendapat
tempat sebagai medium transmisi utama berbanding kabel kuprum
ialah;

5. Tidak menghasilkan aruhan (Non- inductive)
sama keadaan seperti kenyataan (4), kabel fiber optik yang menggunakan isyarat
cahaya tidak menghasilkan aruhan yang boleh menjejaskan kualiti isyarat telekomunikasi
berbanding kabel kuprum yang boleh mengahasilkan aruhan, menyebabkan ‘cross-talk’
diantara talian.

6. Kos untuk jangka masa panjang adalah rendah (Long term cost advantage)
pelaburan dalam fiber optik mampu untuk memberi pulangan lumayan lantaran kos
penyelengaraannya yang rendah berbanding kuprum. Ketahanan kabel fiber optik ini
dianggarkan sehingga 20 tahun.

BINAAN FIBER OPTIK

Ultra Violet Curable Acrylate Coated Fiber

PENGENALAN KEPADA KABEL FIBER
OPTIK

❑ Binaan asas fiber optik terdiri dari 4 lapisan utama ❑ Pembalut utama pula adalah lapisan lutsinar yang
iaitu teras (core), ‘cladding’, pembalut pertama dan akan melindungi core dan cladding dari mudah
pembalut kedua.
❑ dirosakkan manakala pembalut kedua berfungsi
❑ Isyarat cahaya akan melalui ‘core’ fiber optik dan sebagai ‘nametag’ kepada fiber optik tersebut.
‘cladding’ akan berfungsi sebagai ‘guide’ kepada
isyarat cahaya tersebut agar tidak terbias keluar dan ❑ Pembalut kedua akan diwarnakan mengikut koda
menyebabkan kehilangan isayat cahaya tersebut. tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh pembekal
servis telekomunikasi.

❑ Di sini, konsep dalam hukum Snell iaitu sifat suatu ❑ Koda warna ini akan menentukan penomboran setiap
cahaya yang terbias apabila melalui dua sempadan ‘core’. Koda warna ini berbeza mengikut jenis kabel.
medium yang berbeza ketumpatan digunakan dalam
fiber optic. Anda boleh lihat jadual koda warna dalam topik Jenis

Kabel Fiber Optik nanti.

❑ Cahaya cuma akan terpantul hanya apabila sudut
cahaya melebihi sudut genting (Critical Angle).

BINAAN FIBER OPTIK

Ultra Violet Curable Acrylate Coated Fiber

Pembalut utama diperbuat dari Soft UV manakala Pembalut kedua diperbuat dari Hard UV. Ia
menunjukkan bahawa setiap lapisan bahagian fiber optik memiliki saiz-saiz tertentu mengikut jenis fiber
optik. Untuk fiber seperti di atas, ia adalah jenis Single Mode. Bagi fiber optik jenis ini, saiz ‘core’ adalah
10μm, ‘cladding’ 125μm, pembalut utama 190μm dan pembalut kedua 250μm. Biasanya semua
kabel-kabel fiber optik luaran (external) akan mempunyai ciri-ciri seperti di dalam gambarajah di atas.

BINAAN FIBER OPTIK

Nylon Coated Fiber

Gambarajah ini menunjukkan binaan gentian optic berpembalut ‘nylon’. Pembalut pertama disalut
dengan ‘silicon resin’ manakala pembalut kedua diperbuat dari bahan Nylon. Berbeza dari ‘UV acrylate
curable coated fiber’, fiber jenis ini memiliki saiz pembalut utama dan kedua yang berbeza. Saiz
pembalut utama ialah 400μm dan pembalut kedua ialah 900μm. Biasanya fiber jenis ini boleh dijumpai
pada ‘pigtail’ atau ‘patch cord’. Jenis fiber masih lagi berjenis Single Mode.

JENIS GENTIAN OPTIK

Jenis Gentian Optik Gambarajah Pergerakan Cahaya Bagi 3
Jenis Fiber Optik
1. Multimode Step Index (850nm & 1300nm)
2. Multimode Graded Index (850nm & 1300nm)

3. Singlemode Step Index (1300nm/1310nm &
1550nm)

JENIS GENTIAN OPTIK

Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan cahaya
di dalam ‘core’ fiber optik iaitu;

1. Perubahan indeks biasan bagi ‘core’ fiber optik.
* Step Index – tenaga cahaya bersifat tetap
* Graded Index – tenaga cahaya bersifat tinggi di tengah & berkurang

secara parabolic menghala ke cladding.

2. Garispusat ‘core’.
* Kecil – satu laluan cahaya. (Single mode)
* Besar – lebih dari satu laluan cahaya. (Multi mode)

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

1. Slotted Type; 1. Jenis Slotted
* Loose Fiber – tidak melebihi 12 core untuk kabel jenis ‘slotted’, setiap core fiber akan berada
* Ribbon Fiber – minima 24 core didalam slot jenis ini terbahagi kepada dua iaitu;

2. Loose Tube / Loose Buffer a. Loose fiber – bilangan maksimum fiber untuk jenis ini
* 6 fiber / tube (saiz < 36 Core) ialah 12 core
* 8 fiber / tube (saiz > 48 Core)
b. Ribbon fiber – bilangan minimum fiber untuk jenis ini
ialah 24 core

2. Jenis Loose Buffer Tube
untuk kabel jenis ‘loose buffer tube’, setiap core fiber
akan berada didalam tiub, untuk saiz kabel kurang dari 36
Core, bilangan fiber setiap tiub ialah 6 fiber setiap tiub,
manakala untuk saiz kabel lebih dari 48 core, bilangan
fiber setiap tiub ialah 8 fiber setiap tiub.

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – LOOSE FIBRE

Kabel fiber optik jenis slotted terdiri daripada 6
bahagian utama iaitu :

• fiber optik, ‘Filling compound’ seperti Jeli
petroleum, pembalut plastik atau kertas, kulit
kabel (sheath)

• ‘central strength member’ (tulang belakang
kepada kabel bagi mengelakkan kabel dari
mudah dilenturkan)

• kabel slot (bilangan slot dalam kabel jenis ini
mestilah 6 slot sahaja)

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – LOOSE FIBRE

3 jenis susunan fiber optik jenis ‘slotted single loose’

Terdapat 3 standard sususan iaitu 6 fiber, 8
fiber dan 12 fiber.

• Kedudukan susunan fiber mengikut koda
warna seperti yang dinyatakan pada jadual
koda warna pada

• slide berikut adalah merujuk kepada
gambarajah di atas. Arah susunan fiber tidak
tertakluk pada arah jam atau lawan jam.

• Nota : Penggunaan satu-satu kabel tersebut bergantung
kepada keperluan rangkaian (network). Jika sesuatu
rangkaian memerlukan hanya 6 core dan kebawah,
maka kabel jenis 6 fiber sudah mencukupi. Manakala jika
sesuatu rangkaian memerlukan lebih dari 12 core fiber,
maka rangkaian tersebut harus dipasang dengan kabel
jenis slotted ribbon

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – LOOSE FIBRE

Jadual Koda Warna Bagi Kabel Fiber Optik Jenis ‘Slotted
Single Loose’

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – RIBBON FIBRE

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – RIBBON FIBRE

Kabel ini terdiri daripada 7 bahagian utama iaitu Kabel jenis ini mempunyai ‘tanda’ yang
• rib identification marking dinamakan Rib Identification Marking.
• filling compound, central
• strength member Fungsi ‘rib identification marking’ adalah untuk
• Wrapping menentukan kedudukan slot kerana setiap
• kulit kabeL ribbon memiliki set koda warna yang sama
• ‘ribbon fiber’ untuk setiap slot.
• slot.
Adalah penting bagi seorang ‘splicer’ untuk
menentukan kedudukan slot supaya mereka
dapat menentukan nombor core kemudiannya.

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – RIBBON FIBRE

Keratan Rentas

• Kebiasaan ribbon fiber terdiri dari 4 core
fiber optik yang dilekapkan sekali dimana
kelebarannya adalah 1.1mm dan
ketebalan ribbon ialah 0.4mm.

• Setiap ribbon akan disusun berlapis-lapis
pada setiap slot secara seragam. Bagi
setiap slot, maksimum bilangan lapisan
adalah sebanyak 4 lapis.

• Setiap lapis dilabelkan sebagai Tape A
hingga Tape D.

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – RIBBON FIBRE

Keratan Rentas Bagi Kabel Fiber Optik Jenis Ribbon 96 Core

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – RIBBON FIBRE

❑ Bagi menentukan nombor core bagi kabel jenis di atas, ❑ Setelah selesai menomborkan slot, penentuan nombor
‘splicer’ perlulah kenalpasti kedudukan nombor slot. core dibuat. Core satu berkedudukan pada slot no 1
Memandangkan setiap slot akan diisi dengan ribbon fiber berwarna biru (sila rujuk jadual koda warna pada slid
yang sama set koda warnanya, maka mengenalpasti berikut), core 2 pula warna putih sebelah biru, core 3
kedudukan slot adalah penting. Kaedah untuk berwarna putih sebelah core warna merah jambu dan
menentukan kedudukan slot adalah berpandukan rib core 4 berwarna merah jambu. Manakala core ke 5
identification marking. berkedudukan pada ribbon pada slot no 2.

❑ Jika diperhatikan pada gambarajah, kedudukan rib ❑ Pengiraan ini berterusan sehingga habis lapisan
identification mark menjadikan slot-slot kabel ribbon pertama pada core 24. Core 25 pula akan bermula
terbahagi kepada 3 bahagian – 1 slot, 2 slot dan 3 slot. pada lapisan kedua (Tape B) dalam slot 1 dan akan
Slot yang pertama adalah pada bahagian 1 slot. Slot berakhir pada core 48 pada slot 6. Kaedah yang sama
kedua adalah dalam bahagian 2 slot dan duduk akan digunakan untuk penentuan core 49 sehingga
bersebelahan dengan slot yang pertama tadi. Maka slot 96.
ketiga dipilih pada slot yang berturutan bersebelahan
dengan slot kedua dan seterusnya sehingga slot ke-6.

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

SLOTTED TYPE – RIBBON FIBRE

Jadual Koda Warna Bagi Kabel Slotted Ribbon

• Daripada koda warna yang ditunjukkan, Tape
A merangkumi nombor core dari core 1
hingga core 24.

• Tape B pula merangkumi core dari core 25 –
core 48. Tape C merangkumi core dari core
49 – core 72

• manakala Tape D merangkumi core dari core
73 – core 96.

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

LOOSE BUFFER TUBE

Keratan Rentas Kabel Fiber Optik Jenis ‘Loose Buffer Tube’

• Kabel jenis ini terdiri 7 bahagian utama;
Petroleum Jelly/Thixotropic Jelly (Filling
Compound), Fiber optik,

• buffer tube, central strength, core wrapping
(pembalut plastic), 2 ripcords dan kulit kabel.
Manakala

• Filler pula akan diletakkan di dalam kabel jika
kabel tersebut memiliki kurang dari 6 tiub per
kabel.

• Fungsi Filler adalah untuk mengisi ruangan
kosong yang ada di dalam kabel. Ripcords
berfungsi untuk memudahkan splicer memotong
kulit kabel (dengan cara menarik ripcord
sepanjang kabel).

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

LOOSE BUFFER TUBE

• Daripada jadual di sebelah, dapat kita
lihat setiap tiub diisi dengan 6 fiber secara
terpisah (loose) dan setiap tiub diisi
dengan jumlah yang seragam dan sama
set koda warnanya.

• Penentuan nombor kedudukan core
adalah dengan merujuk pada kolum fiber
no. pada jadual di sebelah.

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

LOOSE BUFFER TUBE

• Daripada jadual di sebelah, dapat kita
lihat setiap tiub diisi dengan 6 fiber
secara terpisah (loose) dan setiap tiub
diisi dengan jumlah yang seragam dan
sama set koda warnanya.

• Penentuan nombor kedudukan core
adalah dengan merujuk pada kolum
fiber no. pada jadual di atas.

JENIS-JENIS KABEL FIBER OPTIK

LOOSE BUFFER TUBE

• Jadual di atas adalah sambungan dari
jadual koda warna loose buffer tube 48
core.

• Susunan warna adalah sama seperti
kabel 48 core tetapi untuk kabel 96 core,
terdapat penambahan bilangan tiub (dari
6 tiub ke 12 tiub).

JENIS KABEL DALAMAN FIBER OPTIK

FTB hingga Peralatan Fiber
Optik

Fiber Cord Cable – Antara FTB ke Patch Cord – antara FDF
ke Equipment
FDF
– Max. 24 core
– Warna Coklat – RT
– Warna Kuning – Junction
– Warna Amber – Trunk
– Panjang 3.5 m, 10m & 20m.

JENIS KABEL DALAMAN FIBER OPTIK

Ciri-ciri kabel ‘Fiber Cord’ Ciri-ciri kabel ‘patch cord’

Maksimum bilangan core ialah Kabel yang digunakan untuk
24 core per kabel menyambungkan terminal
FDF dan peralatan fiber.
Warna pembalut kabel berdasarkan
penggunaannya Kabel ‘patch cord’ kadangkala
❑ Coklat – RT (rangkaian tempatan) digunakan semasa pengujian
❑ Kuning – Simpang (Junction) kabel fiber optic dijalankan.
❑ Merah – Jauh (Trunk)

Panjang kabel
❑ 3.5 m
❑ 10 m
❑ 20 m

JENIS KABEL DALAMAN FIBER OPTIK

Keratan Rentas Kabel ‘Patch Cord’, ‘Fiber Cord’ (‘Pigtail’) Dan
Label Setiap Bahagian

Kabel dalaman terdiri daripada;
❑ ‘Fiber Cord’ (‘pigtail’)- ‘cord’ ini mempunyai satu

hujung ber’connector’ dan satu hujung lagi
❑ perlu di’splice’
❑ ‘Patch Cord’- ‘cord’ ini mempunyai ‘connector’di

kedua-dua hujungnya.
❑ ‘Cord Cable’ – kabel ini adalah sebilangan ‘fiber cord’

yang di’bundle’kan menjadi satu kabel

Berpandukan pada lukisan keratan rentas di atas, kabel
dalaman mempunyai 6 lapisan utama iaitu
❑ lapisan teras (core), Cladding, Primary Coating,

Secondary protection (Nylon), Reinforcement (Aramid
filament) dan kulit PVC.

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Jarak Kedudukan Papan Tanda Keselamatan Ketika
Bekerja Di Kawasan Jalan Raya

DI JALAN RAYA;
Memasang papan tanda pertama di tapak kerja. Jarak antara papan tanda pertama dengan tempat
kerja untuk :
1. Kawasan pembangunan jarak 70m ke 100m
2. Kawasan kenderaan laju jarak 100m ke 200m
3. Jalan ditutup separuh jarak 400m ke 500m
4. Selekoh 250m ke 400 m.

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Jarak Kedudukan Papan Tanda Keselamatan Ketika
Bekerja Di Kawasan Jalan Raya

MANHOLE (LURANG) 3 kategori gas merbahaya
1. Pasang pengadang di kawasan tapak kerja. a) Gas mudah meletup / terbakar
2. Buka penutup lurang - 50 mm . b) Gas menyesakan nafas
3. Uji kandungan gas dengan alat pengesan gas; c) Gas beracun Karbon dioksid

❑ Oksigen 19.5 % - 23.5% by volume of air. Jenis jenis gas;
❑ Karbon monoksida < 25 ppm a)Wap petrol-Methane
❑ Hidrogen Sulfida < 10 ppm b)Karbon monoksid &
❑ Flammable gas = 10 LEL(lower explosive c)Hydrogen sulphide

limit) • Keluarkan air & bersihkan lurang menggunakan
water pump

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Keselamatan Ketika Bekerja Di Kawasan Lurang

❑ Berpandukan kepada prosidur keselamatan, kawasan lurang perlulah dipasang dengan pengadang atau
‘barricades’ bagi mengelakkan pejalan kaki terjatuh ke dalam lurang secara tidak sengaja.

❑ Penutup lurang hendaklah dibuka secara berperingkat dengan dimulai dengan membuka sebanyak 50mm dahulu.
❑ Dengan menggunakan penguji gas, uji gas yang terdapat di dalam lurang tersebut.

Terdapat 4 pengujian yang perlu dilaksanakan seperti :
1. Pengujian Kandungan Oksigen.
Pastikan kandungan oksigen adalah dalam julat 19.5%-23.5%. Kalau kandungan Oksigen kurang dari 19.5%, ia
akan menyebabkan pekerja berada dalam keadaan menyesakkan nafas manakala jika kandungan Oksigen
melebihi 23.5%, ia akan menyebabkan mudah terbakar jika terdapat punca api berdekatan.

2. Pengujian Kandungan Karbon Monoksida (Gas Menyesakan Nafas).
Pastikan kandungan gas kurang dari 25ppm.

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Keselamatan Ketika Bekerja Di Kawasan Lurang

3. Pengujian Gas Beracun (Hidrogen Sulfida).
Pastikan kandungan gas ini kurang dari 10ppm.

4. Pengujian Gas Yang Mudah Terbakar.
Pastikan kandungan gas jenis ini kurang dari 10 LEL. Contoh gas mudah terbakar ini adalah gas Methane (wap
petrol). Selepas memeriksa kandungan gas dan kemudian kita mendapati lurang dipenuhi air, maka keluarkan air
tersebut dengan menggunakan water pump.

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Keselamatan Ketika Bekerja Di Kawasan Lurang

a) Periksa gas sekitar penutup lurang Prosidur yang betul untuk memeriksa gas di lurang
b) Periksa gas di atas paras air adalah seperti berikut;
c) Keringkan air dan periksa gas di dasar
a) Periksa gas sekitar penutup lurang, pastikan
lurang dan di celah kabel tiada gas mudah terbakar dikesan kerana gas
ini lebih ringan dari gas yang lain

b) Periksa gas di atas paras air dan akhir sekali;

c) Keringkan air dan periksa gas di dasar lurang
dan di celah kabel

Pastikan juga sebelum melaksanakan
pemeriksaan gas ini, pengesan gas mestilah
di’calibrate’ terlebih dahulu supaya bacaannya
lebih tepat dan penggeranya berfungsi dengan
baik.

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Cara Mengeluarkan Gas Dari Dalam Lurang

Terdapat 3 kaedah yang boleh digunakan untuk mengeluarkan gas yang terperangkap di dalam
lurang;
a) Gunakan ‘Blower’ atau ‘Exhaust fan’, kedua-dua alat ini boleh di pasang secara berfasa

(cascaded) jika lurang yang dibuka agak besar
b) Membuka lurang yang berdekatan, pastikan juga lurang yang dibuka sudah dipastikan tiada gas

merbahaya

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Peraturan Keselamatan Yang Perlu Dipatuhi Ketika Bekerja
Di Atas Tiang

DI ATAS TIANG
a) Uji ketahanan tiang
b) Pakai topi keselamatan
c) Pakai tali pinggang keselamatan/harness.
d) Tangga dalam keadaan baik dan selamat di gunakan.
e) Tangga disandar pada kecondongan 1/4 ke 3/8 dr

Panjang tangga
f) Ikat hujung atas tangga di tiang
g) Gunakan tali untuk menaikkan peralatan

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Peraturan Keselamatan Yang Perlu Dipatuhi
Ketika Bekerja Di Atas Tiang

Peraturan keselamatan ketika bekerja di atas tiang adalah seperti berikut;

a) Uji ketahanan tiang – kaedah menguji ketahanan tiang adalah dengan menyandarkan tangga pada tia
tersebut dan tolak tangga beberapa kali. Tiada perubahan kecondongan pada tiang tersebut
menandakan bahawa tiang tersebut selamat digunakan.

b) Pakai topi keselamatan – Topi keselamatan tersebut hendaklah yang berkualiti dan ada pengesahan
dari pihak SIRIM dan badan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

c) Pakai tali pinggang keselamatan/harness. – di sini ia bermaksud memakai ‘full body harness’ ketika
memanjat tangga.

d) Tangga dalam keadaan baik dan selamat di gunakan. – Tangga mestilah menepati ciri-ciri keselamata
yang digariskan dan hendaklah masih berkeadaan baik.

KESELAMATAN DITEMPAT KERJA

Peraturan Keselamatan Yang Perlu Dipatuhi
Ketika Bekerja Di Atas Tiang

Peraturan keselamatan ketika bekerja di atas tiang adalah seperti berikut;

d) Tangga disandar pada kecondongan 1/4 ke 3/8 dr panjang tangga
e) Ikat hujung atas tangga di tiang – tujuan utama adalah untuk mengelakkan tangga

mengelongsor dari permukaan tiang. Selain dari itu, tali tersebut akan digunakan untuk
mengangkat peralatan
f) Gunakan tali untuk menaikkan peralatan

PEMASANGAN SUB-SESALUR (SUB-DUCT)

Modul ini merangkumi topik-topik seperti
berikut:
✓ Jenis-jenis Sub-sesalur
▪ uPVC
▪ Corrugated

✓ Tatacara penyediaan sub sesalur dan
pemasangan

▪ uPVC
▪ Corrugated

PEMASANGAN SUB-SESALUR (SUB-DUCT)

Jenis-jenis Sub-sesalur (Sub-duct)

Terdapat tiga Jenis Sub-duct yang digunakan oleh Antara kegunaan subduct adalah seperti berikut;
pembekal servis telekomunikasi;
1. Memberi perlindungan tambahan kepada kabel
1. uPVC Sub-duct (saiz : 32mm x 6m ) berikutan syarat untuk pemasangan kabel ialah
2. Corrugated Sub-duct ( saiz : 40mm x 600m ) satu kabel untuk satu sub-sesalur
3. Maxcell flexible inner duct ( Saiz : 3cell, x 1Km, 2Km &
2. Menjimatkan kegunaan laluan
3Km )
3. Memudahkan kerja-kerja penarikan kabel

4. Penggunaan End-cap sub sesalur dapat
mencegah daripada di masuki sampah & kotoran

PEMASANGAN SUB-SESALUR (SUB-DUCT)

uPVC Sub-duct

• Sub sesalur jenis uPVC diperbuat dari PVC 32 mm
Diameter, hujungnya bersoket, panjang 6 m dan ia
mengikut spesifikasi British Standard Instruction (BSI).

• Bahan yang digunakan untuk menyambung satu sub
sesalur dengan sub sesalur yang lain ialah dengan
menggunakan S-Lon Solvent Cement No. 70

PEMASANGAN SUB-SESALUR (SUB-DUCT)

uPVC Sub-duct

Tatacara Pemasangan Sub Sesalur Jenis Upvc

1. Persediaan sasalur • Sebelum sub sesalur di pasang, penyediaan sesalur
2. Sesalur utama mesti dibersihkan dahulu utama hendaklah dibuat terlebih dahulu. Sesalur
3. Gunakan peralatan membersih :-
• utama ini mestilah dibersihkan dengan menggunakan
Rodding rod, Mandrel pemotong, rodding rod, mandrel pemotong, berus selinder
Berus selinder 108 mm, Piring getah
4. Uji sesalur dengan : • (saiz panjang 108mm) dan piring getah. Gambar
Mandrel penguji – panjang 457 mm & peralatan membersih sesalur adal didalam slid
diameter 83 mm
• berikutnya. Setelah pembersihan dilakukan, sesalur
tesebut hendaklah diuji dengan menggunakan

• Mandrel penguji (saiz – panjang 457mm, diameter 83mm)

PEMASANGAN SUB-SESALUR (SUB-DUCT)

uPVC Sub-duct

Alat Pembersih Sesalur

Alat pembersih sesalur terdiri dari 3 alat;
a) Mandrel Pemotong – Digunakan utk melicinkan permukaan
dalam sesalur.
b) Berus Selinder (saiz panjang 108mm) – Digunakan untuk
membersihkan bahagian-bahagian
serpihan akibat ‘dipotong’ oleh mandrel pemotong.
c) Piring Getah – digunakan untuk menarik keluar sampah-
sampah dari dalam sesalur.

Nota : Ketiga-tiga alat pembersih tersebut akan dipasang secara
SESIRI bermula dengan Mandrel Pemotong diikuti oleh Berus
Silinder dan Piring Getah dan akan ditarik ke dalam sesalur
secara serentak oleh tali penarik. Kebiasaannya proses
pembersihan ini dibuat untuk sesalur yang baru di pasang.

PEMASANGAN SUB-SESALUR (SUB-DUCT)

uPVC Sub-duct

Tatacara Penyediaan Sub Sesalur Jenis Upvc Sebelum
Dipasang.

Persediaan sub-duct sebelum ditarik • Untuk menyambung sub sesalur, dua sub sesalur
diperlukan. Bahagian spigot sub sesalur serta hujung
Menyambung sub-duct :
• sub sesalur yang lagi satu perlulah dibersihkan. Sapukan
❑ Bersihkan bahagian spigot sub-duct & juga solvent cement pada hujung permukaan luar
pada hujung sub-duct yang lain
• sub sesalur dan bahagian dalam spigot. Cantumkan ke
❑ Sapukan solvent cement. Cantumkan ke dua dua-dua hujung dengan menolak masuk bahagian
hujung dengan menolak masuk bahagian yang
hendak disambungkan itu • yang hendak disambungkan itu.

Mengikat sub-duct : • Bagi tujuan mengikat sub sesalur, kumpulkan 3 sub
sesalur dan ikat ketiga-tiganya dengan pita pelekat
❑ Kumpulkan 3 sub-duct & ikat dengan adhesive
tape pada jarak 1 m antara satu sama lain • PVC pada jarak 1 m antara satu sama lain.

PEMASANGAN SUB-SESALUR (SUB-DUCT)

uPVC Sub-duct

Menarik & Penamatan sub-duct

Menarik sub-duct ke dalam sesalur utama : Penamatan uPVC Sub-duct di dalam lurang :

❑ Menarik sub-duct boleh dilakukan dengan ❑ Masukkan setiap hujung sub-duct ke dalam lubang
menggunakan tenaga manusia atau winch PVC plate B (Flange holder).
menarik kabel, bergantung pada jarak antara
lubang sesalur ❑ Lekapkan PVC plate B ke dinding lurang dengan
menggunakan 2 expansion bolt (skru bolt).
❑ Pasangkan kili-kili (swivel) antara pencengkam
kabel & tali penarik sebelum menarik 3 sub ❑ Pasangkan End-cap di hujung sub-duct yang
sesalur secara serentak. belum di gunakan.

❑ Tarik 3 sub-duct serentak

PEMASANGAN SUB-SESALUR (SUB-DUCT)

uPVC Sub-duct

Penamatan sub-duct

Flange Holder atau Plet B digunakan untuk penamatan (termination) subsesalur di dalam lurang untuk
tujuan ‘memegang’ subsesalur tersebut agar tidak bergerak.

Ciri-ciri bagi Flange Holder atau B-Plate bagi sub sesalur jenis uPVC ialah;

1. Saiz Flange holder untuk digunakan di lurang - Plet PVC 122 mm x122mm x5mm dengan 2 lubang
10mm

2. Saiz Flange holder untuk digunakan di kabel Chamber - Plet PVC 122 mm x 122mm x 5mm dengan 4
lubang 10mm

3. Saiz bagi End-cap soket TS-CP - 32 mm


Click to View FlipBook Version