PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
05050 ALOR SETAR
MESYUARAT AGUNG PIBG KE – 38
TARIKH : 10 APRIL 2021
HARI : SABTU
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TINGKAT 8,
JALAN TUNKU IBRAHIM,
ALOR SETAR.
DIRASMIKAN OLEH :
PUAN AZIMAH BINTI HAJI MAHMUD
TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH,
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
PPD KOTA SETAR.
1
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
05050 ALOR SETAR
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID
05050 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1. Isi Kandungan 2
2. Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 3
3. Atur Cara Majlis Dan Agenda Mesyuarat Agung PIBG 5
4. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2019 – 2021 7
5. Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG sesi 2019-2021 8
6. Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 9
7. Kata Aluan Yang Dipertua PIBG 11
8. Kata Aluan Penasihat PIBG 13
9. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 16
10. Laporan Kegiatan Dan Sumbangan PIBG 29
11. Penyata Kewangan PIBG Tahun 2019 31
12. Usul-usul 33
13. Cadangan 34
14. Catatan 35
15. Sekalung Budi 36
2
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
05050 ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR. KEDAH DARUL AMAN
TEL. / FAKS : 04-7710312
Ruj. Kami : PIBG /60/002/4 ( )
Tarikh : 18 Mac 2021
YB/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 BAGI TAHUN 2020.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah
Kebangsaan Jalan Pegawai kali ke 38 yang ditangguhkan pada tahun lalu akan diadakan seperti ketetapan
berikut:
Tarikh : 10 April 2021 ( Sabtu )
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Tingkat 8, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.
3. Semua ibubapa/waris dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.
4. Bersama-sama ini disertakan borang jawapan kehadiran Tuan/Puan ke Mesyuarat Agung
Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai. Sila kembalikan keratan kehadiran
selewat-lewatnya pada atau sebelum 25 Mac 2021 (Khamis) kepada guru kelas anak masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
............................................................
(ELMI AZRI BIN MAT JAMIAL)
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai
(Keratan untuk dikembalikan)
Puan Setiausaha, ...... Mac 2021
Merujuk perkara di atas, saya ………………………………………………………… waris kepada
......................................................... murid kelas ………………..…. akan hadir/tidak dapat hadir pada mesyuarat
tersebut.
3. Saya tidak dapat hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 dan bersama-sama ini saya
sertakan wang sumbangan ketidakhadiran mesyuarat sebanyak RM10.00.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………………………..........
(Nama : ………………………………………..)
Tel : ………………………………………..
3
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
05050 ALOR SETAR
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID, 05050 ALOR SETAR. KEDAH DARUL AMAN
TEL. / FAKS : 04-7710312
Ruj. Kami : PIBG /60/002/4 ( )
Tarikh : 18 Mac 2021
YB/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 BAGI TAHUN 2021
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah
Kebangsaan Jalan Pegawai kali ke-39 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 10 April 2021 ( Sabtu )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Tingkat 8, Bangunan Tunku, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.
3. Semua ibubapa/waris dengan segala hormatnya dijemput hadir ke mesyuarat tersebut.
4. Bersama-sama ini disertakan borang kemukakan usul (jika ada). Kembalikan keratan usul
selewat-lewatnya pada atau sebelum 25 Mac 2021 (Khamis) kepada guru kelas anak masing-masing.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan amanah,
....................................................
(ELMI AZRI BIN MAT JAMIAL)
Yang Di Pertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai
(Keratan untuk dikembalikan)
Puan Setiausaha, ...... Mac 2021
Merujuk perkara di atas, saya ………………………………………………………… waris kepada
......................................................... murid kelas ………………..…. akan hadir/tidak dapat hadir pada mesyuarat
tersebut.
2. Usul-usul daripada saya adalah seperti berikut :
………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………….……………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
………………………………………………......
(Nama : ………………………………………..)
Tel : ………………………………………..
4
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 & 39
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID
05050 ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN
ATURCARA MAJLIS
8.00 pagi : Pendaftaran.
9.00 pagi : Ketibaan para jemputan
:
: Ketibaan Tetamu Kehormat
:
Bacaan Doa.
:
: Ucapan Aluan Pengerusi Majlis.
Ucapan Yang Dipertua PIBG oleh Encik Elmi Azri Bin Mat
Jamial.
Ucapan Guru Besar
Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-38
dan ke-39 oleh Puan Azimah bt Hj Mahmud, Timbalan
Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pengurusan Sekolah,
PPD Kota Setar.
: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 dimulakan.
10.30 pagi : Rehat
11.00 pagi : Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 dimulakan.
1.00 tengah : Mesyuarat ditangguhkan.
hari
5
AGENDA MESYUARAT AGUNG
1. Aluan/Pesanan Pengerusi.
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat ke-37
3. Perkara-Perkara Berbangkit.
4. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan Jawatan Kuasa PIBG sesi
2019-2020.
5. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan.
6. Membentang-Membahas-Menerima dan Menolak Usul-Usul.
7. Ucapan Penangguhan
6
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
05050 ALOR SETAR
.
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2019-2021
PENASIHAT
TUAN HJ. MOHAMAD FAUZI B. CHE BAKAR
YANG DIPERTUA
ENCIK ELMI AZRI B. MAT JAMIAL
NAIB YANG DIPERTUA
PN. SARAHANAS BT. AMINAL RASHID
SETIAUSAHA
PUAN NORAZLINA BINTI AZIZ @ KHALID
BENDAHARI
PUAN NUR SYAZWANI BINTI SHABUDIN
AJK WARIS AJK GURU
EN.ANDI SYAFAWI B. MD ISA PN OOI WAN CHIEW
EN. MOHD SHAFAROL WAHID MAT SAAD PN HAFIZAH BT ABDUL RAZAK
EN. EN ABD RASHID B AHMAD PN ROS HANITA BT OTHMAN
EN. MOHD RIZAL B ZAKARIA EN MUHAMAD RIDZUAN B DOHAT
PN. ZURASYIMA BT ZAHARI EN MAHIZAN B MUHAMAD
PN. NURUL SOFIAH BT ABU BAKAR
PN. FARIDAH BT DAUD
PN SITI SARAH BT BAHARUDDIN
PEMERIKSA KIRA-KIRA
EN RAZALI B OTHMAN
PN. NAJWA BT RAMELI
7
SENARAI KEHADIRAN KE MESYUARAT AJK PIBG SESI 2019-2021
TAHUN 2019 2020 2021
MESYUARAT AJK KALI
12 3 4 1 2 3 1 2
BIL
2/4
21/4
18/6
15/10
15/1
8/3
8/7
16/3
30/3
NAMA /TARIKH MESYUARAT
1. TN. HJ. MOHAMAD FAUZI BIN CHE BAKAR (GURU / 0 / / / 0 / / /
BESAR)
2. EN. ELMI AZRI BIN MAT JAMIAL (YDP) // / / / / / / /
3. PN. SARAHANAS BT MOHD AMINAL RASHID // / / /0/ / /
(NYDP)
4. PN. NORAZLINA BINTI AZIZ @ // / / / / / / /
KHALID(SETIAUSAHA)
5. PN NUR SYAZWANI BT SHABUDIN (BENDAHARI) / / / / 0 / / / /
6. PN KHARIMA BT ZAINAL ABIDIN (PEN KANAN - - - - - - - 00
PENTADBIRAN)
7. USTAZ BADRUD-DIN BIN HAMID (PEN KANAN / 0 0 0 / / 0 Naik
PENTADBIRAN)
pangkat
8. EN. MOHD NASRIN BIN DATO’ SUDIN (PEN /00000 / 00
KANAN HEM)
9. PN. NAZREYANA BT MD NORDIN(PEN KANAN 0/ / /0/0/0
KOKURIKULUM)
10. EN RAZALI B OTHMAN (PEMERIKSA KIRA KiRA - / 0 0 0 0 0 / 0 0
GURU)
11. EN MUHAMAD RIDZUAN B DOHAT (AJK GURU) /00000 / 00
12. EN MAHIZAN B MUHAMAD (AJK GURU) /0 / 000 / 00
13. PN ROS HANITA BT OTHMAN (AJK GURU) /00000 / 00
14. PN HAFIZAH BT ABDUL RAZAK (AJK GURU) /000 / 0000
15. PN OOI WAN CHIEW (AJK GURU) /00000 / / 0
16. PN NAJWA BT RAMELI (PEMERIKSA KIRA-KIRA - / / 0 / / / / / 0
WARIS)
17. PN SITI SARAH BT BAHARUDDIN (AJK WARIS) 0/0/ / /0/0
18. PN. FARIDAH BT DAUD (AJK WARIS) 0/ 0000000
19. EN MOHD SHAFAROL WAHID BIN MAT SAAD (AJK / / 0 / 0 / 0 0 /
WARIS)
20. EN ABD RASHID B AHMAD (AJK WARIS) /00 / / / 0 / 0
21. MOHD RIZAL B ZAKARIA (AJK WARIS) 0/0/ /0/0/
22. PN ZURASYIMA BT ZAHARI (AJK WARIS) // / / / / / / /
23. NURUL SOFIAH BT ABU BAKAR (AJK WARIS) // / / / / / /0
24 EN. ANDI SYAFAWI BIN MD ISA (AJK WARIS) // / / / / / / /
25. PN MAIZUN BT MAT ZIN (AJK WARIS) 0/ / - - - - - -
26. EN MOHD NURHAFFIZ B HARUN (AJK WARIS) / / 00 / - - - -
27. WAN MASHITAH BT WAN MOHD RAHIM(AJK 0000 - - - - -
WARIS)
8
JAWATANKUASA PENGELOLA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
10 APRIL 2021 (SABTU)
PENGERUSI BERSAMA : ENCIK ELMI AZRI B. MAT JAMIAL
GURU BESAR : TUAN HJ. MOHAMAD FAUZI B. CHE BAKAR
NAIB PENGERUSI : PN. KHARIMA BT ZAINAL ABIDIN
PENYELARAS : PUAN NAZREYANA BT. MD. NORDIN
SETIAUSAHA : EN. MOHD NASRIN B. DATO’ SUDIN
BENDAHARI : PN. NORAZLINA BINTI AZIZ @ KHALID
: PN. NUR SYAZWANI BT. SHABUDIN
SAMBUTAN PENGACARA
Semua AJK PIBG (Wakil Ibu Bapa) Pn. Shakirah Bt. Abdul Hamid (K)
Tuan Hj. Mohd Fauzi B. Che Bakar Pn. Siti Norazizah Bt. Marzuki
Puan Kharima Bt Zainal Abidin BANNER/BACKDROP
Puan Nazreyana Bt. Md. Nordin En. Hayazi B. Ismail (K)
Encik Mohd Nasrin B. Dato’ Sudin Nurul Sofiah Abu Bakar
PENCATAT PENDAFTARAN - MY SEJAHTERA
En. Mohd Nizam B. Ahmad (K) Pn Rosmiza bt Sulaiman. (K)
Pn Norazlina Aziz @ Khalid (MAT 38) Pn NurFadhlinallyani Bt. Abdullah
Pn. Hafizah Bt Abdul Razak (MAT 38) Pn. Sharipah Bt. Abdullah
Pn Ooi Wan Chiew (MAT 38) Pn. Zanariah Bt. Ismail
Pn. Sarimah Bt. Abdullah (MAT 39) Pn. Kamariah Bt. Chik
Pn. Hariani Khadir (MAT 39) Pn. Zuriati Bt. Salleh
Pn. Hanani Bt. Hashim (MAT 39) En Mohd Shafarol Wahid Mat Saad
BACAAN DOA SIARAYA
En. Shukor B. Abdul (K). En. Ahmad Zamri B. Bahari (K)
En. Mahizan B. Muhammad En. Razali B. Othman
TENTATIF PROGRAM & BUKU MESYUARAT CENDERAHATI
(QR CODE) Pn. Nor Hayati bt Nor Aziz (K)
Pn. Siti Natrah Bt. Halim (K) Pn. Rosnita Bt. Yusof
Pn. Hafidzah Bt. Ghazali Pn. Marlianawati bt Mat Desa
Pn. Nur Syazwani binti Shabudin
FOTOGRAFI URUSETIA
En. Muhammad Ridzuan B. Dohat (K) En. Mahizan B. Muhammad(K)
En. Mohd Adzwan B Azizan Pn. Zafiroh Bt. Abd Ghani
Pn. Raha Elliana Bt. Md Rejab
Pn Nurul Ashikin bt Othman
9
PERSIAPAN TEMPAT/DEWAN JAMUAN WARIS
En. Mohd Zainuddin B. Mohd Kori(K) Pn. Maizatul Hanim Bt. Md Taib (K)
En. Ibrahim B. Othman Pn. Nor Amizaton Bt Abd. Rahman
En. Azhar B. Ahmad Pn. Suzana Bt Abdullah
En. Shahrul Nizam B. Saad Pn. Khairiyah Bt. Salim
Pn Sutinah Bt Abdullah
DOKUMENTASI Siti Kholijah Bt. Md Taib
Pn Normi bt Ab Rahman(K - MAT 38) Pn. Khairulbariah Bt. Khalid
Pn. Noor Shahida bt Md Iesha (MAT 38) Pn. Sazlyna Bt. Saad
Pn. Khairizad Bt. Othman (K- MAT 39)
Pn. Norazimah Bt Azizan (MAT 39) JAMUAN VIP
Cik Noor Mahazni Bt. Hayadin (K)
ALATAN (MASK, HAND SANITIZER, ALAT Pn. Wahidah Bt. Yaakob
SUKAT SUHU) Pn. Roshida Bt. Ismail
En. Ahmad Shather B. Omar (K ) Pn. Ku Siti Nor Hafizoh Ku Mohd
En. Fisol B. Fadzil Pn. Che Fariza Bt. Mat Usof
En. Saad B. Harun
En. Helmi B. Ariffin PERSIAPAN PENTAS
Pn. Fazhimah Bt. Haji Ismail (K)
Pn. Mazliana Bt Mahadzir
Pn. Noraida Bt. Awang @ Yusoff
Pn. Siti Nafizah Bt. Ramli
Pn Ros Hanita Bt. Othman
10
KATA-KATA ALUAN YDP PIBG SK JALAN PEGAWAI
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT
kerana dengan izin-Nya dapat kita bertemu semula dalam wadah Mesyuarat
Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Jalan Pegawai. Uniknya
mesyuarat kita pada kali ini menggabungkan MAT tahun 2020 yang tertangguh
dan MAT tahun 2021. Selain itu, mesyuarat kali ini juga julung kalinya
diadakan di luar premis sekolah bagi memenuhi prasyarat yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Terlebih dahulu, saya ingin
merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih kepada ibu bapa, guru
serta tetamu jemputan yang menghadiri mesyuarat ini. Tidak lupa juga ucapan
tahniah kepada anak-anak, ibu bapa dan guru atas segala kejayaan yang telah
diraih oleh warga SK Jalan Pegawai, di peringkat daerah, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa dalam bidang akademik, ko-akademik dan kokurikulum
sepanjang tahun 2020. InsyaAllah, dengan kerjasama dan sokongan padu semua
pihak, lebih banyak kejayaan akan dicipta dan direalisasikan pada tahun ini.
Tahun 2020 dan 2021 merupakan tahun yang amat mencabar bagi penduduk
seluruh dunia secara amnya dan juga negara kita akibat penularan pandemik
Covid-19. Kesan dari pandemik ini dapat dirasai dalam setiap aspek kehidupan
seperti ekonomi, kesihatan, cara hidup dan tidak ketinggalan, pendidikan.
Pengenalan norma baharu bagi mengekang penularan virus Covid-19 juga
sentiasa dicanang dan diperingatkan supaya kita patuh kepada Standard
Operating Procedure atau SOP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kini,
sekolah telah dibuka semula sepenuhnya di Malaysia setelah anak-anak kita
berada di rumah sepanjang tempoh PKP dan mengikuti Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Oleh itu, saya menyeru dan berharap agar semua waris murid SK Jalan Pegawai
agar sentiasa cakna dengan tahap kesihatan anak sebelum menghantar mereka ke
sekolah setiap hari. Sekiranya anak kurang sihat dan bergejala, dapatkan rawatan
segera di pusat kesihatan kerajaan dan elakkan dari menghantar anak ke sekolah.
Di pihak sekolah pula, pematuhan SOP yang ketat seperti saringan suhu,
pemakaian pelitup muka, kawalan pergerakan murid, makan semasa rehat dan
lain-lain lagi sememangnya diamalkan bagi memastikan keselamatan dan
kesihatan anak-anak kita terjaga. Penambahbaikan yang telah dilakukan untuk
tahun ini ialah proses penyuraian murid sewaktu balik untuk mengelakkan murid
dari berkumpul di luar kawasan sekolah yang juga menuntut kerjasama waris
untuk mengambil anak masing-masing mengikut masa dan jadual yang telah
ditetapkan oleh pihak sekolah.
11
Selain itu, tempoh PKP yang lama dan berulang-ulang pada tahun lepas dan
awal tahun ini sedikit-sebanyak turut memberi impak kepada proses
pembelajaran anak-anak kita. Sepanjang tempoh mereka berada di rumah,
mereka tidak dapat bersama dengan rakan dan tidak dapat belajar secara
bersemuka dengan guru mereka. Disini mungkin berlaku defisit dari segi ilmu
dan kemahiran yang sepatutnya mereka kuasai. Oleh itu, salah satu cabaran kita
buat masa ini ialah memastikan anak-anak kita dapat “catch-up”dan
mengurangkan defisit yang saya nyatakan tadi. Mungkin perkara ini kita akan
bincangkan bersama dengan pihak pentadbir dan guru setelah keadaan semakin
pulih nanti.
Pada masa yang sama, saya berharap agar kaedah PdP yang digunakan semasa
PdPR seperti penggunaan modul, peranti, Google Classroom/Meet,
pembelajaran berasaskan projek dan penggunaan aplikasi seperti Youtube,
Whatsapp/Telegram dan lain-lain dapat diteruskan dan diperkemaskan, mungkin
untuk menyokong pembelajaran murid dan untuk pemulihan atau pengayaan.
Antara hikmah dari pandemik yang berlaku ini ialah ia telah membuka ruang
dan peluang kepada guru dan murid untuk meneroka kaedah baharu untuk
memberi dan menerima ilmu. Dan kaedah-kaedah inilah antara asas bagi
pendidikan di masa hadapan.
Seterusnya, sentiasa pantau motivasi dan semangat belajar anak-anak kita kerana
setelah berada dirumah untuk tempoh masa yang lama, mungkin keinginan
(desire) dan kesungguhan (drive) mereka untuk belajar turut terjejas. Berilah
mereka suntikan motivasi dan galakan untuk mereka kembali bersama rakan-
rakan dan guru, belajar dalam kelas masing-masing. Pada masa yang sama,
sentiasa ingatkan anak-anak kita tentang kepentingan mematuhi SOP dan
mengikut norma baharu untuk meminimakan kemungkinan jangkitan dikalangan
warga SKJP. Syukur alhamdulillah setakat hari ini kita berada dalam
perlindungan Allah SWT dan keadaan masih terkawal di sekolah kita.
Akhir kalam, saya mewakili ahli jawatankuasa PIBG SK Jalan Pegawai Sesi
2019-2021 mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang
telah diberikan. Kami juga memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan yang
berlaku dalam tempoh dua tahun ini. Saya juga ingin mengambil peluang disini
untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan
Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam. Selamat Bermesyuarat!
Sekian. Terima kasih.
Elmi Azri bin Mat Jamial
Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Jalan Pegawai
12
KATA ALUAN PENASIHAT PIBG
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera diucapkan kepada guru, waris, ibu bapa serta seluruh warga SK
Jalan Pegawai.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia dan izin-Nya
kita dapat mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 khusus bagi
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih pada semua ibubapa yang dapat hadir
pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 ini. Kehadiran ibubapa menunjukkan
komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Kebangsaan
Jalan Pegawai untuk mencapai kecemerlangan di bidang akademik,
kokurikulum dan sahsiah pelajar.
Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga termasuk ibu
bapa SK Jalan Pegawai mesti bekerja kuat dengan mengamalkan ciri dan
semangat kerja secara berpasukan. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di
tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan untuk melahirkan
pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi dan juga rohani.
Saudara saudari yang saya kasihi, penularan wabak COVID-19 telah banyak
mengubah amalan pendidikan di negara kita. Sepanjang tempoh perintah
kawalan pergerakan dilaksanakan, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi
dijalankan secara bersemuka. Sebaliknya, guru menggunakan pelbagai kaedah
lain untuk berhubung dengan pelajar.
13
Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh,
semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan ibu bapa dan
guru serta seluruh warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang
mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat “Melestarikan Pendidikan
Terbilang”.
Visi SK Jalan Pegawai adalah untuk menjadi sebuah sekolah cemerlang
kurikulum, korikulum dan sahsiah murid. Sehubungan itu, pihak sekolah
berazam untuk memastikan sekolah ini mampu mencapai matlamat untuk
menjadi sebuah Institusi Pendidikan yang boleh dibanggakan melalui:-
• Meningkatkan prestasi kurikulum yang cemerlang.
• Meningkatkan kokurikulum yang cemerlang.
• Membentuk generasi yang mempunyai sahsiah dan berakhlak mulia serta
mempunyai daya ketahanan yang tinggi.
• Menggembleng seluruh tenaga dan sumber yang ada dalam suasana sekolah
yang selamat, kondusif dan ceria.
• Mengurus dengan cekap dan berkesan serta meningkatkan semangat bekerja
secara berpasukan.
• Menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
• Mengurus Kewangan secara akauntabiliti.
• Mencungkil dan mengasah bakat pelajar sehingga mampu mencapai tahap
yang tertinggi
• Menjamin hubungan baik dengan komuniti.
Sekalung terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada pihak PIBG sekolah ini
yang sentiasa menyokong segala usaha dan program sekolah demi memastikan
kejayaan para pelajar di sekolah ini. Hubungan mesra dan saling bertolak ansur
di kalangan ibu bapa dan warga sekolah telah berjaya memupuk semangat
permuafakatan yang baik ke arah kecemerlangan dan kemenjadian murid di SK
Jalan Pegawai ini.
14
Saya mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG telah banyak menabur jasa
buah fikiran dan juga sumbangan bagi menjayakan aktiviti serta pelbagai
program sekolah. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa
yang telah memberi pelbagai sumbangan terhadap sekolah serta memberi
kepercayaan kepada guru-guru di sekolah ini untuk mendidik anak-anak tuan-
tuan dan puan-puan agar menjadi insan yang cemerlang dalam semua bidang.
Sesungguhnya setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dan usaha yang
bersungguh-sungguh daripada semua pihak. Sertiap dugaan masalah yang
dihadapi perlu diselesaikan dengan cara yang terbaik dan berhemah. Selagi
prinsip hidup kita berada di landasan yang betul, usah digusar dengan anugerah
Tuhan. Sekiranya ada sebarang dugaan daripadaNya anggaplah itu untuk
mematangkan kita dan mengajar kita untuk bangun menjadi insan yang
sempurna.
Sekianlah wabillahi taufiq walhidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Tn Hj Mohamad Fauzi Che Bakar
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai
15
PERSATUAN IBU BAPA - GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
05050 ALOR SETAR
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 37
Tarikh : 20 Mac 2019. Tempat : Dewan Terbuka SKJP.
Masa : 4 :15 petang. Kehadiran : 395 orang.
AGENDA MESYUARAT :
AGENDA 1 : ALUAN PENGERUSI
1.1 YDP PIBG mengucapkan salam dan mengalu-alukan kedatangan waris dan
semua guru.
1.2 YDP PIBG memaklumkan bahawa mesyuarat ini mendapat kerjasama dari
pelbagai pihak serta menyatakan peluang untuk berinteraksi diberi kepada
semua ahli dan mengharapkan ahli yang ingin berbuat demikian menyebut
nama dan kelas anak. YDP PIBG juga memohon segala perkara dapat
disegerakan kerana akan diadakan pemilihan AJK PIBG baharu bagi sesi
2019/2021.
1.3 Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak sekolah yang memberikan
kerjasama sepenuhnya kepada PIBG dan waris. Penghargaan juga kepada
semua ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2017/2019, pihak penaja jamuan ringan
pada hari mesyuarat serta penyumbang cabutan bertuah.
1.4 YDP PIBG juga mengharapkan agar semua waris dapat menunggu sehingga
mesyuarat selesai.
16
AGENDA 2: MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG
KALI KE 36
Setiausaha membentangkan minit Mesyuarat Agung ke 36 untuk disemak
dan disahkan. Terdapat ralat dari segi susunan nombor pada muka surat 19
dan muka surat 20. En Abdul Rashid b Ahmad waris kepada Amni Najihah
kelas 6 Afdal mencadangkan agar minit mesyuarat tersebut disahkan.
Cadangan disokong oleh Puan Faridah bt Daud.
AGENDA 3 : PERKARA BERBANGKIT
3.1 Peti cadangan PIBG – Pengerusi memohon perkara ini dikeluarkan dari
perkara berbangkit kerana ibu bapa serta waris boleh berhubung terus
dengan pihak sekolah melalui guru atau facebook SKJP.
3.2 Kesesakan semasa rehat di kantin – Kesesakan diminimakan dengan rehat
dua kali, Tahap 1 dan Tahap 2. Terdapat perubahan dari segi susunan meja
dan ada ruang yang lebih selesa untuk murid-murid duduk dan berjalan di
antara ruang tersebut.
3.3 Tempat menunggu untuk pelajar – Tempat menunggu pelajar terhad namun
pondok menunggu sedia ada telah dibuat penambahbaikan untuk lebih
keselesaan. Akan diusahakan juga ruangan di sebelah pondok pengawal
untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.
3.4 Dewan Tertutup – Cadangan untuk dijadikan dewan tertutup tidak dapat
dilaksanakan kerana kekurangan dana dan terpaksa ditangguhkan.
Misalnya kos untuk penghawa dingin dan lain-lain.
3.5 Nama mata pelajaran dalam jadual waktu ditulis dalam bentuk “shortform”.
Untuk penyelesaian, petunjuk untuk setiap mata pelajaran disediakan di
bahagian bawah jadual waktu tersebut.
17
3.6 Harga makanan di kantin mahal – Pengusaha lama telah bertukar kepada
pengusaha kantin baru. AJK PIBG telah membuat pemantauan pada Februari
lalu dan beberapa teguran telah diberikan kepada pengusaha.
3.7 Penjaja di luar kawasan sekolah – YDP PIBG memaklumkan perkara ini akan
dibincangkan di peringkat usul, namun begitu waris diminta menasihati
anak-anak serta menerangkan tentang makanan yang sihat. Pihak kantin juga
telah diberi panduan tentang jualan makanan yang bersesuaian.PIBG juga
telah menghantar surat kepada pihak kesihatan dan MBAS untuk melakukan
operasi di luar kawasan sekolah.
AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN JAWATANKUASA TAHUNAN
PIBG SKJP SESI 2018– 2019
4.1 Pengerusi membentangkan laporan kegiatan dan aktiviti PIBG bagi tahun
2018. Aktiviti ini dapat dijalankan hasil daripada sumbangan waris-waris
kepada PIBG untuk kepentingan murid itu sendiri. Misalnya:
- Penyelenggaraan sekolah
- Squash
- Majlis Anugerah Cemerlang
- Gotong Royong Perdana.
- Pentas yang selesa untuk murid membuat latihan
- Penapis air Coway
- Pondok menunggu
4.2 Pengerusi juga mengalu-alukan jika ada waris yang ingin menambah atau
menyumbang penapis air untuk kegunaan murid.
AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31
DISEMBER 2018
5.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG untuk tahun 2018. YDP
menjelaskan bahawa terdapat 2 akaun iaitu akaun surau dan akaun PIBG.
(Rujuk M/S 27-30) dan Penyata Kewangan Surau m/s 31.
18
5.2 Pn Munirah Zaini bertanyakan jumlah denda RM10 bagi yang tidak hadir
mesyuarat serta berkaitan sumbangan PIBG berjumlah RM50. Pengerusi
memaklumkan wang RM10 merupakan sumbangan dan bukannya denda
jika waris tidak hadir ke mesyuarat dan bayaran boleh dibuat pada bila-bila
masa.
5.3 Pengerusi juga menyatakan sumbangan PIBG akan mula dikutip bermula 1
April 2019 sehingga akhir tahun dan waris boleh berbuat demikian mengikut
kemampuan iaitu secara beransur-ansur hingga selesai bayaran penuh atau
membuat bayaran secara “lump sum”. Ahli mesyuarat juga bersetuju jumlah
kutipan sumbangan PIBG Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai tahun 2019
masih terpakai mengikut kadar yang sama. Sumbangan PIBG tersebut
dipecahkan kepada:
-RM15.00 - Sumbangan PIBG
-RM15.00 - Sumbangan surau (waris Muslim sahaja)
-RM10.00 - Sumbangan Sukan dan Kokurikulum
-RM10.00 - Sumbangan Keceriaan dan Penyelenggaraan
RM50 untuk bilangan anak seorang. RM85 untuk bilangan anak 2 orang dan
RM120 untuk bilangan anak seramai 3 orang. Untuk waris yang mempunyai
bilangan anak 3 dan ke atas bayaran ditetapkan pada RM120.
5.4 Puan Munirah bt Jahili mencadangkan agar Penyata kewangan PIBG dan
Penyata Kewangan Surau disahkan. Puan Wan Mashitah bt Wan Rahim
menyokong agar kedua-dua penyata tersebut diterima.
5.5 Bendahari membentangkan baki akaun PIBG dan akaun surau serta
memaklumkan kutipan dana akan diteruskan sehingga kos mencukupi untuk
pembinaan surau.
AGENDA 6 : MEMBENTANG, MEMBAHAS DAN MENERIMA USUL-USUL
6.1 Terdapat 5 cadangan yang telah digabungkan untuk dibentang dan
dibahaskan. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas respon dari waris
19
yang semakin menggalakkan. Banyak cadangan atau nasihat yang
disuarakan, tetapi Pengerusi telah merangkumkannya supaya lebih ringkas.
6.1.1 Makanan di kantin
Penjualan makanan yang menggunakan lidi membahayakan para pelajar.
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada waris yang prihatin dan
tindakan telah diambil dengan menggantikannya dengan penggunaan beg
plastik. Pengerusi juga memklumkan PIBG telah memantau keadaan kantin
dan ia dalam keadaan memuaskan. Cadangan untuk penambahbaikkan juga
telah disuarakan. Susunan gerai telah diubah kepada kedudukan asal untuk
menyenangkan murid membeli.Guru Besar juga telah bertemu dengan
pengusaha kantin berkenaan teguran waris dan beliau akan cuba perbaiki
dan mempertingkatkannya pada masa depan.
6.1.2 Jualan dan penjaja di luar kawasan sekolah
Ada murid yang keluar membeli hingga ke Maktab Mahmud. Pengerusi
memaklumkan bahawa ada penjaja diluar kawasan sekolah terdiri dari waris
sekolah ini juga.Pihak sekolah mahupun PIBG tidak mempunyai kuasa untuk
menghalang tetapi akan cuba selesaikan dengan menghantar surat kepada
MBAS untuk diambil tindakan. Guru Besar juga menyatakan tindakan dengan
meminta bantuan pihak MBAS adalah melalui surat. Pihak pengawal sekolah
juga tidak dapat menghalang murid untuk membeli di luar kawasan sekolah
kerana bilangan murid yang ramai.
6.1.3 Kesesakan lalu lintas di luar kawasan sekolah.
Pengerusi memaklumkan isu ini dibangkitkan setiap tahun kerana bilangan
murid yang ramai.Penyelesaiannya murid Tahap 1 pulang pada pukul 12.45
tengah hari. (ada waktu giliran) manakala Tahap 2 pulang pukul 1.15 tengah
hari bagi mengelakkkan kesesakan. Waris diminta menggunakan sepenuhnya
“drop off” yang disediakan. Pihak waris diminta tidak meletakkan kereta
sesuka hati misalnya memberhentikan kereta dan menghantar anak hingga
ke kelas. Ini akan mengganggu lalu lintas ketika itu. Encik Abdul Rashid b
Ahmad mencadangkan agar petak kuning diperbesarkan hingga ke luar.
20
Beliau turut mencadangkan ada kolaborasi dengan pihak polis agar pihak
yang parkir kereta di petak kuning di saman. Pengerusi akan cuba membuat
permohonan namun menyatakan permohonan bantuan pihak polis agak
sukar kecuali untuk kes-kes tertentu, misalnya untuk merentas
desa.Permohonan untuk polis membuat rondaan setiap hari agak sukar. Guru
Besar turut menyatakan perkara yang yang sama iaitu tidak boleh meletak
kereta di petak kuning. Guru Besar menyatakan akan membuat permohonan
untuk memperbesarkan petak kuning daripada JKR. Guru Besar turut
memaklumkan berkenaan tiga peringkat murid pulang iaitu Tahap 1, tahap 2
dan Tahun 6. (Kelas tambahan)
6.1.4 Kebersihan tandas
Cadangan supaya disediakan cangkuk di tandas murid bagi tujuan
menyangkut pakaian. PIBG akan mengeluarkan dana bagi tujuan tersebut
dan pihak sekolah akan cuba usahakan bagi memudahkan murid namun
mohon ia dijaga dengan baik. Pembersihan tandas dilakukan oleh pekerja
sebanyak tiga kali sehari. Penggunaan yang berterusan menyebabkan tandas
kembali kotor. Pengerusi meminta jika ada isu berkaitan, diminta waris
berurusan dengan pihak sekolah.
6.1.5 Isu Akademik
6.1.5.1 Loker/almari
Isu utama ialah tiada tempat yang sesuai dan kos yang tinggi kerana bilangan
murid yang ramai. Namun begitu, ia masih boleh dilaksanakan dengan syarat
mengenakan bayaran pada setiap bulan untuk kos dan penyelenggaraannya.
6.1.5.2 Penyimpanan beg sekolah semasa KAFA
Ia merupakan idea yang baik tetapi ada kekangannya dari segi tempat dan
keselamatan barang di dalam beg.
6.1.5.3 Klinik matapelajaran
Guru Besar memaklumkan pihak sekolah telah mengadakan Program Sinar
Pagi untuk Tahap 1 dan Tahap 2 iaitu program membaca selama setengah
21
jam bermula pukul 7.15 pagi hingga 7.45 pagi. Berikut jadual Program Sinar
Pagi:
Isnin- Bahasa Melayu
Selasa – Matematik
Rabu – Bahasa Inggeris
Khamis – Sains
Program ini diterajui oleh guru-guru yang telah ditugaskan.
6.1.5.4 Beg berat
Bekas minuman murid agak besar. Guru Besar mencadangkan murid tidak
perlu membawa air dari rumah sebaliknya mengisi air di mesin Coway. Ini
bagi mengurangkan beban berat beg.
6.1.5.5 Kelas DLP
Masalah melibatkan 30 orang murid Kelas DLP Tahun 6 UPSR ialah buku
teks yang dibekalkan hanya 9 buah sahaja bagi sesi 2018 dan sesi 2019 tidak
dijalankan kelas DLP kerana kurang sambutan dari waris.
6.1.5.6 Isu Komunikasi
Waris boleh dapatkan maklumat tentang sekolah dengan perkembangan
terkini melalui SYNC dan facebook SKJP BEST yang sentiasa dikemaskini oleh
En Mohd Nizam b Ahmad.
6.1.5.7 Wujudkan group WhatsApp waris dan guru Tahun 6.
Guru Besar memaklumkan kesukaran untuk mewujudkan group Whatsapp
kerana bimbang tersasar dari tujuan asal misalnya ada yang akan mengambil
peluang untuk berurusniaga. Tambahan lagi bilangan murid dan waris yang
ramai adalah kurang sesuai diwujudkan kumpulan ini. Guru Besar meminta
berbincang dengan guru itu sendiri jika ada sebarang masalah. Pengerusi
pula mencadangkan waris- waris untuk wujudkan group whatsapp sendiri
atau berbincang antara waris- waris dan menghantar wakil untuk berjumpa
guru atau pihak sekolah. Pengerusi turut memaklumkan jika ada sebarang
program, surat akan dikeluarkan untuk makluman semua.
22
AGENDA 7 : PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2017-2019 DAN PELANTIKAN AJK PIBG
BAHARU SESI 2019-2021
7.1 Pengerusi mengumumkan pembubaran AJK PIBG sesi 2017-2019. Pengerusi
turut memaklumkan AJK yang dilantik bertugas secara sukarela, ikhlas dan
tiada bayaran. Pengerusi memohon En. Mohd Nasrin b Dato Sudin menjadi
pengerusi sementara bagi lantikan seterusnya iaitu lantikan sesi 2019-2021.
7.2 Pencalonan AJK PIBG sesi 2019/2021 adalah seperti berikut:-
YANG DIPERTUA PIBG
En Mohd Shafarol Wahid bin Mat Saad mencadangkan semula En Elmi Azri
b Mat Jamial.
Sokongan : En Mohd Nurhaffiz bin Harun
Cadangan ditutup : En Abdul Rashid b Ahmad
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
En Elmi Azri b Mat Jamial mencadangkan Pn Sarahanas bt Mohd Aminal
Rashid.
Sokongan : Pn Siti Sarah bt Baharuddin
Cadangan ditutup : Pn Faridah bt Daud
7.3 Guru Besar memaklumkan pelantikan AJK PIBG (Guru) sesi 2019-2021 seperti
berikut:
SETIAUSAHA PIBG
Pn Norazlina binti Aziz @ Khalid
BENDAHARI
Pn Nur Syazwani bt Shabudin
23
AJK GURU
1.En Razali b Othman – Pemeriksa Kira-Kira
2.En Badrud-din b Hamid (PK 1)
3.En Mohd Nasrin b Dato Sudin (PK HEM)
4. Pn Nazreyana bt Md. Nordin (PK KOKO)
5. En. Muhamad Ridzuan b Dohat (AJK Guru)
6.En Mahizan b Muhamad (AJK Guru)
7.Pn Ros Hanita bt Othman (AJK Guru)
8.Pn Hafizah bt Abdul Razak (AJK Guru)
9.Pn Ooi Wan Chiew (AJK Guru)
7.4 Pencalonan AJK PIBG (WARIS) sesi 2019/2021 seperti berikut:-
En Elmi Azri b Mat Jamial mencadangkan En Andi Shafawi b Md Isa.
Sokongan : Pn Sarahanas bt Mohd Aminal Rashid
Sokongan diterima sebulat suara.
En Abd Rashid b Ahmad mencadangkan En Mohd Shafarol Wahid bin Mat
Saad.
Sokongan : En Azhar b Ahmad
Sokongan diterima sebulat suara.
Pn Nazreyana bt Md Nordin mencadangkan En Abdul Rashid b Ahmad
Sokongan : En Mohd Zainuddin b Mohd Khori
Sokongan diterima sebulat suara.
En Shafarol Wahid bin Mat Saad mencadangkan En Mohd Rizal bin Zakaria.
Sokongan En Ibrahim b Othman
Sokongan diterima sebulat suara.
24
En Azhar mencadangkan Pn Zurasyima Zahari
Sokongan En Ibrahim b Othman
Sokongan diterima sebulat suara.
Pn Siti Sarah Baharuddin mencadangkan Puan Maizun Mat Zin
Sokongan: En Mohd Zainuddin b Mohd Khori
Sokongan diterima sebulat suara.
Pn Maizun Mat Zin mencadangkan Pn Siti Sarah Baharuddin
Sokongan : En Mohamad Fauzi b Che Bakar
Sokongan diterima sebulat suara.
Pn Faridah Daud mencadangkan Pn Wan Mashitah Wan Mohd Rahim
Sokongan En Mohd NurHaffiz b Harun
Sokongan diterima sebulat suara.
Pn. Nurul Sofiah Abu Bakar mencadangkan dirinya sendiri.
Sokongan En Mohd Nasrin b Dato Sudin
Sokongan diterima sebulat suara.
En Mohamad Fauzi b Che Bakar mencadangkan Pn Najwa bt Rameli selaku
Pemeriksa Kira-Kira dari kalangan waris.
Sokongan Pn Faridah bt Daud
Sokongan diterima sebulat suara.
25
7.5 Berikut adalah senarai lengkap AJK PIBG sesi 2019/2021
Penasihat : En Mohamad Fauzi b Che Bakar
Yang DiPertua PIBG : En Elmi Azri b Mat Jamial
Naib YDP PIBG : Pn Sarahanas bt Mohd Aminal Rashid
Setiausaha : Pn Norazlina bt Aziz @ Khalid
Bendahari : Pn Nur Syazwani bt Shabudin
AJK Guru : En Badrud-Din b Hamid (PK 1)
En Mohd Nasrin b Dato Sudin (PK HEM)
Pn Nazreyana bt Md. Nordin (PK KOKO)
En. Muhamad Ridzuan b Dohat (AJK Guru)
En Mahizan b Muhamad (AJK Guru)
Pn Ros Hanita bt Othman (AJK Guru)
Pn Hafizah bt Abdul Razak (AJK Guru)
Pn Ooi Wan Chiew (AJK Guru)
AJK Ibu Bapa :
En Andi Shafawi b Md Isa
En Mohd Shafarol Wahid bin Mat Saad
En Abdul Rashid b Ahmad
En Mohd Rizal Zakaria
En Mohd Nurhaffiz Harun
Pn Zurasyima Zahari
Puan Maizun Mat Zin
Pn Siti Sarah Baharuddin
Pn Wan Mashitah Wan Mohd Rahim
Nurul Sofiah Abu Bakar
Pn Faridah bt Daud
Pemeriksa Kira-Kira : Pn Najwa bt Rameli (waris)
En Razali b Othman (guru)
26
AGENDA 8: HAL-HAL LAIN
8.1 Pengerusi sesi 2019/2021, Encik Elmi Azri B Mat Jamial memohon kebenaran dari ahli
mesyuarat untuk meminda tandatangan pemegang akaun PIBG di Bank Islam Malaysia (no.
Akaun : 02011010046584) kepada setiausaha bagi sesi 2019/2021 iaitu Puan Norazlina bt
Aziz @ Khalid dan Bendahari yang baharu iaitu Puan Nur Syazwani bt Shabudin untuk
membolehkan urusan pembukaan PIBG dijalankan seperti biasa. Permohonan ini diluluskan
sebulat suara oleh semua yang hadir.
8.2 Pengerusi PIBG sesi 2019/2021, Encik Elmi Azri b Mat Jamial juga memohon kebenaran dari
Ahli Mesyuarat untuk membuka akaun CIMB Islamic di Persiaran Sultan Abdul Hamid untuk
menguruskan dana untuk pembinaan surau SK Jalan Pegawai. Beliau juga memohon untuk
penama-penama berikut diberi kebenaran untuk menguruskan akaun ini:
Elmi Azri b Mat Jamial (YDP PIBG)
Norazlina binti Aziz @ Khalid (Setiausaha PIBG)
Nur Syazwani bt Shabudin (Bendahari PIBG)
8.3 Syarat tandatangan yang dipersetujui adalah salah dua daripada tiga penama di atas.
8.4 Permohonan ini diluluskan sebulat suara oleh semua yang hadir.
AGENDA 9 : UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada waris yang menunggu sehingga
habis mesyuarat. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada waris yang hadir dan
memberi cadangan serta pendapat. Sekiranya ada cadangan dan pendapat bolehlah
berhubung terus dengan YDP PIBG. Sekiranya ada waris yang ingin menyumbang
amat dialu-alukan.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.18 petang.
27
DICATAT OLEH : Disemak oleh :
Puan Sharipah Bt. Abdullah
Puan Fadhlinallyani Bt. Abdullah
Puan Nur Syazwani Bt. Shabudin
Pn Khairulbariah bt Khalid
Disediakan oleh :
(NORAZLINA AZIZ @ KHALID) (ELMI AZRI BIN MAT JAMIAL)
Setiausaha PIBG SKJP 2019-2021 Yang Dipertua PIBG SKJP 2019/2021
28
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID
05050 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
LAPORAN KEGIATAN PIBG SESI 2019-2020
1. Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-37 20 Mac 2019
2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat 2 April 2019
3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Kelima 21 April 2019
4. Mesyuarat AJK PIBG Kali Keenam 18 Jun 2019
5. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketujuh 15 Oktober 2019
29
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
PERSIARAN SULTAN ABDUL HAMID
05050 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG
1. Sumbangan Kejohanan Olahraga 2019.
2. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-37
3. Mesyuarat AJK PIBG April 2019 hingga Mac 2020.
4. Sumbangan Hari Guru Peringkat Daerah 2019.
5. Sumbangan Hari Guru Peringkat Sekolah 2019.
6. Sumbangan hari Usahawan Muda 2019.
7. Sumbangan Panitia Agama Islam (Program sepanjang bulan Ramadan).
8. Sumbangan Family Fun Run 2019.
9. Sumbangan untuk murid pidato (Nur Aqidah Mohd Asri).
10.Sumbangan untuk murid squash ke Macau dan Hong Kong.
11.Sumbangan Sambutan Hari Raya 2019.
12.Sumbangan murid cemerlang UPSR 2019.
13.Majlis Graduasi Tahun 6 2019
14. Baik pulih pondok bacaan
30
31
32
USUL
1. Makanan di kantin
Kualiti makanan
Jumlah / kuantiti makanan
Harga makanan.
2. Tandas – perlu baik pulih tandas.
3. Isu akademik:
Selaraskan ujian KAFA dan Ujian Sekolah agar tidak berlaku
pertindihan tarikh yang sama.
Masa rehat / riadah terhad.
Tingkatkan program untuk pelajar yang lemah.
Kelas Tasmik tidak dijalankan pada hari pembelajaran KAFA.
4. Kesesakan semasa waktu pulang.
5. Sedia locker untuk pelajar (kotak plastik untuk permulaan)
6. Pemasangan CCTV.
7. Murid-murid yang lewat tiba di sekolah akan diambil nama. Mohon
pengecualian pada hari hujan.
8. Mohon lampu di koridor dan tangga dibuka terutamanya di bangunan Tahun 2.
33
CADANGAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
34
CATATAN
35
SEKALUNG BUDI
Yang Dipertua dan Ahli-ahli JawatanKuasa
Persatuan Ibu bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai
MERAKAMKAN
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih
KEPADA
ENCIK ELMI AZRI BIN MAT JAMIAL
YANG DIPERTUA PIBG
GURU BESAR, GURU-GURU, KAKITANGAN
SKJP
SERTA
Semua Pihak Yang Menghulurkan bakti
Kerjasama dan Sokongan
Dalam Menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai
Kali ke-38 ini.
36