The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Qaseh Adryana, 2023-07-17 21:36:02

sejarah f2 3.1 bahasa dan tulisan

sejarah f2 3.1 bahasa dan tulisan

by Qaseh Adryana Binti Hairulbadrishah 2ASK MAJAPAHIT SRIVIJAYA KEDAH TUA SEJARAH TINGKATAN 2 3.1 Bahasa dan Tulisan JULY 15, 2023 ANGKOR FUNAN CHAMPA


Qaseh Saya Qaseh Adryana Binti Hairulbadrishah dari kelas 2 ASK akan berkongsi tentang bahasa dan tulisan masyarakat Alam Melayu HAI, SEMUA!!!


PENGENALAN Sifat keterbukaan masyarakat kerajaan Alam Melayu membolehkan sistem tulisan berkembang dalam kerajaan Funan, Champa, Srivijaya, Angkor, Majapahit dan Kedah Tua. Penggunaan bahasa juga sama. KANDUNGAN FUNAN CHAMPA ANGKOR DAN MAJAPAHIT SRIVIJAYA KEDAH TUA TAMBAHAN


FUNAN Kerajaan Funan menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa utama. Hal ini dibuktikan dengan penemuan batu bersurat Funan bertarikh abad kedua. Tulisan masyarakat Funan berasaskan tulisan orang Hu yang menggunakan tulisan orang India. Funan menggunakan kalendar Saka yang berasal dari India.


• Masyarakat kerajaan Champa menuturkan bahasa Melayu Champa dan bahasa Sanskrit. • Dalam aspek tulisan, masyarakat kerajaan Champa menggunakan tulisan Palava dan tulisan Champa Kuno. • Agama Islam tersebar di Champa sejak abad kelapan. Oleh itu, bahasa Melayu Champa menjadi bahasa utama seiring dengan perkembangan tulisan Jawi.


SRIVIJAYA • Masyarakat kerajaan Srivijaya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam urusan pentadbiran dan harian. • Batu bersurat dijumpai ditulis dalam bahasa Melayu dengan pengaruh bahasa Sanskrit menggunakan tulisan Palava.


ANGKOR • Masyarakat kerajaan Angkor menggunakan bahasa Sanskrit dan Khmer. • Terdapat dua jenis tulisan yang ditemukan pada dinding candi, iaitu tulisan Palava dan tulisan Khmer. MAJAPAHIT • Bahasa utama masyarakat kerajaan Majapahit ialah Jawa Kuno. Masyarakat kerajaan ini menggunakan tulisan Kawi. • Selepas tersebarnya agama Islam, masyarakat kerajaan Majapahit mula menggunakan hurufhuruf Arab dalam sistem tulisan mereka. Tulisan yang menggunakan huruf Arab bagi menulis bahasa Jawa dikenali sebagai tulisan Pegon.


BAHASA DAN TULISAN Glosari • Penemuan batubatu bersurat menunjukkan penggunaan bahasa Sanskrit dan tulisan Palava di Kedah Tua. Dokumentasi: himpunan atau kumpulan bahan bertulis yang dapat digunakan sebagai bukti atau keterangan bagi sesuatu kajian. Tulisan Kawi: tulisan ini berasal dari India. Perkataan Kawi diambil daripada istilah Kavi dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair. KEDAH TUA


TAMBAHAN Ekoran pertembungan pelbagai budaya, bahasa Melayu telah menerima pengaruh beberapa bahasa asing sehingga memperkaya lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu. Antara pengaruh bahasa asing terhadap bahasa Melayu adalah seperti di bawah :


SEKIAN TERIMA KASIH Nasi goreng rasa gurih, Dimakan di dekat Kualanamu; Ku ucap terima kasih , Kerana sudi membaca dan beri perhatianmu.


Click to View FlipBook Version