Kelestarian
Dibah suai daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelestarian
Kelestarian (juga dikenali sebagai mampan) adalah proses mengekalkan perubahan dalam
cara yang seimbang, iaitu eksploitasi sumber, arah pelaburan, orientasi pembangunan teknologi
dan perubahan institusi yang kesemuanya harmoni, dan juga meningkatkan potensi masa kini dan
masa depan untuk memenuhi keperluan dan aspirasi manusia.
Pembangunan lestari ( sustainable development ) adalah pembangunan yang memenuhi
keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi
keperluan mereka sendiri.
Pembangunan Lestari
Definisi :
Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi
keperluan pada masa ini, tanpa menjejaskan keupayaan generasi
akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.
Buku Teks Geografi (KSSM) – Tingkatan 3 … m/s.172
APA ITU GEOPARK..?
Perkataan “geo” bersangkutan dengan ilmu sains bumi.
“Geologi” berkaitan dengan kajian batu atau perbatuan dari sudut sejarahnya, formasi pembentukan,
komposisi, struktur dan juga landskap yang terhasil daripada proses semula jadi evolusi alam.
Geopark merujuk kepada sesuatu kawasan, tidak kira kecil atau besarnya. Kawasan ini mempunyai
unsur-unsur seperti sejarah batu, formasi menarik pelbagai jenis batu, landskap unik dan indah. Apa-apa
yang terdapat di dalamnya mempunyai nilai warisan yang boleh dihayati dan wajar dipelihara.
Bagaimanakah Timbulnya ilham Langkawi Geopark?
Langkawi telah dikaji oleh para akademik dan pencinta alam sejak lebih 35 tahun. Data dan maklumat
biodiversiti (flora dan fauna) darat dan laut boleh dikatakan cukup lumayan. Terdapat lebih 90 tapak kajian
geologi atau geosites yang didaftarkan.
LADA (Langkawi Development Authority) dan UKM telah menjalin kerjasama melalui Perjanjian Persefahaman
(MOU) sejak tahun 1996.
Ahli geologi mengesahkan bahawa geologi Langkawi adalah unik dan mempunyai nilai warisan yang tinggi.
Di manakah Langkawi Geopark ?
Langkawi Geopark meliputi keseluruhan Langkawi. Kesemuanya 99 pulau, setiap tunggul batu yang
terserlah di muka laut, segenap hutan belantara dan setiap pelosok kampung dan desa berada dalam
Langkawi Geopark.
Langkawi Geopark dengan UNESCO
Pengiktirafan Langkawi Geopark di dalam senarai geopark dunia di bawah UNESCO secara langsung
menjadikan Langkawi Geopark terkenal.
Dibah suai daripada ……..
https://m.facebook.com/nt/screen/?params=%7B%22note_id%22%3A1242049826171234%7D&path=%2Fnotes%2Fnote%2F
Deklarasi Langkawi
Okt 1989
Anugerah Langkawi
diberikan kepada warganegara
Malaysia yang menunjukkan
komitmen dan sumbangan besar
dalam bidang alam sekitar
Anugerah Langkawi dimulakan
pada tahun 1991
Dasar Teknologi Hijau Negara (2019)
Sidang Kemuncak Bumi 1992 , Rio de Janerio di Brazil
Dibah suai daripada https://www.un.org/en/conferences/environment/rio1992
The United Nations Conference on Environment and Development (UNCED), also known as the
'Earth Summit', was held in Rio de Janeiro, Brazil, from 3-14 June 1992.
One of the major results of the UNCED Conference was Agenda 21, a daring program of action
calling for new strategies to invest in the future to achieve overall sustainable development
in the 21st century.
Agenda 21
Dibah suai daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Agenda_21
Deklarasi Agenda 21 merupakan perjanjian atau panduan yang dibentuk ekoran
daripada Sidang Kemuncak Bumi (UNCED) di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.
Agenda ini menggariskan beberapa perkara yang harus dilaksanakan oleh negara-negara
anggota PBB (yang menerima pakai Agenda 21 ini)
Terdapat 40 bab dalam Agenda 21 yang dibahagikan kepada empat bahagian. Semuanya
tercatat dalam dokumen yang melebihi 900 muka surat.
Protokol Kyoto 1997
Dibah suai daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Protokol_Kyoto
Protokol Kyoto merupakan persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC), { SIDANG KEMUNCAK BUMI }
yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global.
Nama rasmi protokol ini ialah Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on
Climate Change (Protokol Kyoto berkenaan Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim).
Protokol ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997.
Pada tahun 1997, Protokol Kyoto telah membuat kesimpulan dan menubuhkan kewajipan secara sah
mengikat bagi negara-negara maju untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau mereka dalam tempoh
2008-2012.
Negara-negara yang bersetuju untuk melaksanakan protokol ini berkomitmen untuk mengurangkan
pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain di negara masing-masing.
Sidang Kemuncak
Bumi
Friday, 10 July 2015
ISU ANTARTIKA DAN MALAYSIA
http://pabmhigh.blogspot.com/2015/07/isu-antartika-dan-malaysia-nota-p3.html
Y.A.B. Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohammed menimbulkan isu Antartika ketika berucap di sesi
ke-37 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bulan September 1982.
Lanjutan daripada desakan itu, satu ketetapan telah diambil dalam sesi ke-38 PBB supaya
Setiausaha Agung membuat satu kajian yang menyeluruh mengenai isu Antartika termasuk 'Antartika
Treaty System' dan pengagihan sumber-sumber asli yang terdapat di kutub Antartika
Malaysia mengganggap benua Antartika sebagai penting dari segi pengaruhnya terhadap 'ecology'
dan alam keliling dan cuaca dunia.
Di Antartika misalnya terdapat 90 peratus daripada air tawar dunia yang terdapat dalam bentuk air
batu dan salji.
Mengandungi potensi bekalan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan mentah galian seperti besi,
arang, uranium, pelambam, nikel, kobalt, zeng, tembaga, timah, emas, perak, platinum, kromium, minyak
dan gas.
Terdapat haiwan dan tumbuhan yang jarang terdapat di tempat-tempat lain.
Antartika dianggap strategik dari segi perhubungan memandangkan kedudukannya yang dikelilingi
oleh empat buah lautan.
Malaysia menyeru supaya Benua Antartika dijadikan warisan bersama untuk faedah bersama
(common heritage for the common benefit ) bagi seluruh dunia.
Matlamat
Matlamat konsep warisan bersama yang disuarakan oleh Malaysia ialah:-
(a) Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.
(b) 'Ecology' dan alam sekitar dipertahankan.
(c) Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik dan lain-lain.
(d) Antartika digunakan untuk menggalakkan 'disarmament', 'denuclearisation'
dan 'demilitarisation'.
Strategi Pelaksanaan
Malaysia memasukkan isu pengagihan bahan-bahan galian di Antartika dalam agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu pada tahun 1985.
Rumusan
Cadangan Malaysia untuk membuat Antartika sebagai Warisan Bersama untuk faedah bersama seluruh benua.