NOTA RINGKAS-Sejarah-Tg.4 - Bab 6 - (6.1) Kemasukan Pengaruh Komunis di Negara Kita
(6.1.a) Kemasukan Pengaruh Komunis dari China
1. Fahaman komunisme mula dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh cawangan
Parti Kuomintang (KMT) yang berpusat di China pada awal tahun 1920-an.
2. Pertubuhan Main School turut bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan
Parti Komunis China (PKC).
3. Perpecahan antara KMT dengan PKC membawa kepada penubuhan Parti Komunis Nanyang
(PKN) pada tahun 1928.
(6.1.b) Kemasukan Pengaruh Komunis dari Indonesia
1. Pada tahun 1920-an, pemimpin komunis dari Indonesia seperti Alimin, Winanta,Tan Malaka,
Sutan Perpateh menyebarkan fahaman komunis di Seberang Perai, Perak Utara dan Kedah.
2. Kegagalan Partai Komunis Indonesia (PKI) menguasai Pulau Jawa (1926) menyebabkan PKI
membuka cawangan di Tanah Melayu.
3. Tetapi, orang Melayu tidak tertarik dengan komunis kerana komunis menggunakan kekerasan.
(6.1.c) Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)
1. Kegagalan Parti Komunis Nanyang (PKN) dalam misi penyebaran ideologi
komunis telah menyebabkan Comintern yang berpusat di Moscow
mengarahkan penubuhan parti baharu, iaitu Parti Komunis Malaya (PKM)1930.
2. Pada 30 April 1930, Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan di Kuala Pilah,
Negeri Sembilan. PKM bergerak melalui kesatuan sekerja, pertubuhan,
penerbitan akhbar, dan sekolah Cina.
PKM pada Zaman Pendudukan Jepun (1941-1945)
1. PKM bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun
2. PKM menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Bintang Tiga pada 1942
3. PKM menerima bantuan latihan ketenteraan, senjata,kewangan dan perubatan daripada British
PKM selepas kekalahan Jepun (selepas 1945)
1. Kekosongan politik berlaku di Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun
kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu.
2. Keadaan kekosongan politik membolehkan PKM meluaskan pengaruh.
3. Bintang Tiga PKM melalui MPAJA keluar dari hutan dan melakukan keganasan
terhadap orang yang didakwa pernah bersubahat dengan Jepun.
4. MPAJA dibubarkan pada 01 Disember 1945 selepas Pentadbiran Tentera British
(BMA) mengambil alih pemerintahan.
Tetapi, PKM dibenarkan bergerak sebagai pertubuhan yang sah.
5. PKM menyusup dalam kesatuan sekerja. PKM berjaya menguasai 335 kesatuan
sekerja dan menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA.
6. Seterusnya, British meluluskan “Trade Union Ordinance No.9 of 1948 ” untuk
menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja, dan akhirnya mengharamkan PKM.
M/S -- 1
Latihan PBD - Sejarah - Tg.4 - Bab 6 (6.1) { Teks m/s 146 – 147 }
TP3: Mengklasifikasikan maklumat ancaman komunis dan pengisytiharan Darurat 1948
NAMA : _____________________________________ Kelas: 4 ( )
Lengkapkan jadual berikut untuk menerangkan Parti Komunis Malaya ( PKM )
Perkara Huraian
1. Penubuhan PKM (a) PKM ditubuhakan pada 30 April 1930 di ______________
2. PKM semasa Pendudukan (b) PKM menyebarkan fahaman komunis melalui __________
Jepun (1941 – 1945) (c) PKM bekerjasama dengan _____________________ untuk
memerangi Jepun.
3. PKM selepas Jepun
menyerah kalah (d) PKM membentuk __________________atau Bintang Tiga
(e) PKM menerima bantuan senjata, kewangan,bekalan logistik
dalam Perang Dunia II
dan perubatan daripada _________________
4. PKM selepas British
kembali ke Tanah Melayu (f) Keadaan _______________ wujud di Tanah Melayu kerana
kelewatan British kembali ke Tanah Melayu.
Keadaan ini membolehkan PKM meluaskan pengaruhnya.
(g) PKM meluaskan pengaruh melalui cawangan tenteranya
iaitu ______________________.
(h) PKM melakukan keganasan terhadap penduduk yang
didakwa bersubahat dengan _________________
semasa pendudukan Jepun.
(i) Selepas British kembali ke Tanah Melayu pada Sept 1945,
Pentadbiran Tentera British (BMA) telah membubarkan
_____________ atau Bintang Tiga pada 01 Disember 1945.
(j) Tetapi, PKM masih boleh bergerak sebagai pertubuhan
yang _____________________ di Tanah Melayu.
(k) PKM terus menguasai 335 _________________ dan
menyusup dalam PKMM, MDU dan PUTERA-AMCJA
menjelang bulan Disember 1947 hingga Mei 1948.
(l) Untuk menyekat pengaruh komunis dalam kesatuan sekerja,
maka British menguatkuasakan _____________________
Latihan Soalan Objektif - Sejarah - Tg.4 - Bab 6 (6.1)
1. Komunisme ialah ideologi yang diasaskan oleh ______________.
I. Karl Marx II. Alimin III. Soebakat IV. Friedrich Engels
A. I dan II B. I dan IV C. II dan III D. III dan IV
2. Mengapakah Partai Komunis Indonesia (PKI) gagal menyebarkan fahaman
komunis dalam kalangan orang Melayu di Tanah Melayu pada tahun 1920-an ?
A. Komunis menggunakan kekerasan B. Komunis memiliknegarakan ekonomi
C. Komunis menafikan hak orang Melayu D. PKI ingin menubuhkan Republik Komunis
3. Bagaimanakah PKM mengukuhkan kedudukannya di negara kita pada zaman
Pendudukan Jepun (1941-1945) ?
A. Menerima bantuan tentera Jepun B. Membubarkan Bintang Tiga
C. Bekerjasama dengan British D. Berperang dengan Comintern
M/S – 2
NOTA RINGKAS-Sejarah-Tg.4 - Bab 6 - (6.2) Ancaman Komunis di Negara Kita
1. Gerakan Komunis Antarabangsa telah menganjurkan dua persidangan
di Calcutta, India.
(I ) Kongres Belia Asia (19 Februari hingga 25 Februari 1948)
(II) Persidangan Parti Komunis India (Mac 1948)
2. Keputusan persidangan:
Pengikut komunis dikehendaki memperhebat perjuangan menentang kuasa
imperialis di setiap negara Asia.
3. Berikutan daripada itu, PKM telah melancarkan perjuangan bersenjata
untuk menubuhkan Republik Komunis di Tanah Melayu.
(6.2.a) Perisytiharan Darurat
1. Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput,
Perak telah menyebabkan Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent
mengisytiharkan darurat di negeri Perak dan Johor pada 17 Jun 1948.
2. Undang-Undang Darurat telah dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu
pada 18 Jun 1948.
(6.2.b) Tindakan Komunis
1. Sejak Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan, PKM mencetuskan huru-hara
di seluruh negara agar penduduk hilang keyakinan terhadap British.
2. Antara kegiatan yang dilakukan PKM termasuklah:
(2.a) Melumpuhkan Ekonomi
* lombong bijih timah dan ladang getah menjadi sasaran utama serangan komunis.
(2.b) Merosakkan Infrastruktur
* Komunis melakukan sabotaj terhadap kemudahan asas terutama
sistem pengangkutan dan perhubungan
* Komunis mensabotaj kemudahan telefon dan telegraf
(2.c) Mengancam Keselamatan Rakyat
* Contoh, pada malam 5 Julai 1949, komunis mencampakkan bom tangan
di Sheum Circus, Kampar, Perak.
Akibatnya, seramai 46 orang cedera parah dan 4 orang mati.
(2.d) Mengancam Pasukan Keselamatan
* PKM menyasarkan pasukan keselamatan dan menyerang balai polis.
Tindakan ini adalah untuk mencetuskan huru-hara, dan ingin menunjukkan
ketidakupayaan kerajaan dalam melindungi keselamatan penduduk.
* Pada 06 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney
menjadi mangsa serang hendap komunis di Jalan Kuala Kubu Bharu
dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
M/S – 3
Latihan PBD - Sejarah - Tg.4 - Bab 6 (6.2) Ancaman Komunis di Negara Kita
TP2: Menjelaskan ancaman komunis dan pengisytiharan Darurat 1948 beserta contoh. { Teks m/s 149 – 150 }
NAMA : _____________________________________ Kelas: 4 ( )
Bagaimanakah tindakan komunis menggugat keamanan negara kita selepas Perang Dunia Kedua?
lombong bijih timah infrasruktur ekonomi rakyat
keselamatan hilang keyakinan Undang-Undang Darurat ladang getah
Bukit Fraser Sir Henry Gurney
(a) Walaupun ____________________________ dikuatkuasakan di seluruh Tanah Melayu
sejak 18 Jun 1948, komunis tetap meneruskan aktiviti menggugat keamanan.
(b) Untuk memastikan kejayaan dalam perjuangan, komunis mencetuskan huru-hara
di seluruh negara agar penduduk _______________________ terhadap British
(c) Komunis Melumpuhkan (____________) (g) Komunis Merosakkan (____________)
PKM mensabotaj kemudahan asas terutama
(d) Lombong bijih timah dan _______________ sistem pengangkutan dan perhubungan.
menjadi sasaran utama serangan komunis Komunis juga mensabotaj kemudahan telefon
untuk melemahkan ekonomi British. dan telegraf.
(e) Contoh, dari tahun 1948 hingga 1956, (h) Komunis Mengancam Pasukan (___________)
komunis menyerang 80 ___________ di Perak, PKM menyasarkan pasukan keselamatan dan
Selangor dan Negeri Sembilan. menyerang balai polis.
(f) Komunis Mengancam Keselamatan (________) (i) Contoh, 06 Oktober 1951, Pesuruhjaya
PKM mensabotaj, menganiayah, merampas Tinggi British, __________________ diserang
harta benda dan membunuh penduduk yang hendap oleh komunis di Jalan Kuala Kubu Bharu
enggan bekersama dalam perjalanan ke ___________________.
Latihan Soalan Objektif - Sejarah - Tg.4 - Bab 6 (6.2)
1. Jawatankuasa Eksekutif Pusat PKM berhasrat menubuhkan Republik Komunis
di Tanah Melayu. Bagaimanakah hasrat PKM tersebut dicapai?
A. Melancarkan perjuangan bersenjata B. Menangkap pemimpin radikal
C. Mengadakan rundingan dengan British D. Memaksa sultan menandatangani dokumen
2. Jadual berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu.
Tarikh Peristiwa
16 Jun 1948 Pembunuhan tiga orang pengurus ladang British di Sungai Siput
Apakah kesan daripada peristiwa tersebut ?
A. Peningkatan kesedaran nasionalisme B. Pelantikan Pesuruhjaya Tinggi British
C. Bekerjasama dengan British D. Perisytiharan Darurat
3. Apakah tindakan komunis untuk melemahkan ekonomi British di Tanah Melayu ?
A. Mengenakan perintah berkurung B. Menyerang ladang getah
C. Melaksanakan Perang Saraf D. Menubuhkan Bintang Tiga
M/S – 4
NOTA RINGKAS-Sejarah-Tg.4 - Bab 6 - (6.3) Usaha Menangani Ancaman Komunis
Usaha (1). Menguatkuasakan Undang-Undang Darurat ( 18 Jun 1948 )
( i ) Menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis tanpa perbicaraan
(ii ) Pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman/memagar kampung /perintah berkurung
(iii ) Mewujudkan Kampung Baru / Memindahkan penduduk ke petempatan baharu
(iv ) Mengharamkan PKM & parti politik berfahaman radikal seperti AWAS,PETA,PERAM,PKMM
( v ) Menangkap pemimpin gerakan radikal seperti Ahmad Boestamam,Ishak Haji Muhammad
(vi ) Mengenakan hukuman mati terhadap mereka yang membawa senjata api dan bahan letupan
Usaha (2). Pemerkasaan Pasukan Keselamatan
(a) Tentera: Pasukan Askar Melayu / Pasukan Askar Komanwel / Sarawak Rangers
(b) Polis : Special Constables / Polis Hutan / Polis Wanita / Senoi Praaq /Auxiliary Police
(c) Sukarelawan: Home Guard (pasukan Pengawal Kampung)
Usaha (3). Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan ( 23 Julai 1948 )
(a) Tujuan pengenalan kad pengenalan adalah untuk mengawal pergerakan penduduk.
Juga,untuk memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis.
(b) Setiap penduduk yang berusia 12 tahun ke atas wajib mendaftarkan diri dengan kerajaan.
Usaha (4). Rancangan Briggs ( 1950 )
(a) Rancangan dilancarkan oleh Sir Henry Gurney. Pengarah Operasi ialah Sir Harold Rowdon Briggs
(c) Merupakan rancangan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke Kampung Baru
Penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah dari kampung halaman
ke sebuah petempatan baharu yang digelar sebagai “Kampung Baru”
(d) Tujuan Rancangan Briggs adalah untuk memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
Usaha (5). Tawaran Pengampunan ( 06 September 1949 )
(a) Tujuan: Memujuk anggota komunis menyerah diri
(b) Sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan
Usaha (6). Kempen Bulan Rakyat Menentang Penjahat ( mulai 22 Disember 1949 )
Kempen menggalakkan penduduk berbilang kaum bekerjasama untuk menetang komunis.
Usaha (7). Perintah Berkurung
Tujuan : Memudahkan pasukan keselamatan menjalankan operasi membanteras komunis.
Usaha (8). Perang Saraf ( 1952 )
(a) Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan dan senjata semata-mata tidak akan
berjaya menghapuskan pengaruh komunis. Oleh itu, beliau berusaha untuk memenangi hati
dan fikiran rakyat agar bersama-sama menentang komunis.
(b) Caranya ialah : Mengadakan lawatan dengan selalunya / melonggarkan syarat kewarganegaraan /mengadakan
Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur / menawarkan hadiah wang tunai / memenangi kepercayaan
orang asli / memajukan perkhidmatan penerangan / memperkenalkan Kawasan Hitam dan Kawasan Putih
Usaha (9). Rundingan Baling ( 28 Disember 1955 )
(a) Tujuan: untuk menamatkan ancaman komunis dan mencapai kemerdekaan.
(b) Pertemuan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman/Tan Cheng Lock/
David Marshall) dengan pemimpin PKM (Chin Peng / Chen Tien/ Rashid Maidin)
(c) Tempat pertemuan: Sekolah Inggeris, Baling, Kedah
(d) Rundingan Baling gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan menerima syarat PKM
M/S – 5
Latihan PBD - Sejarah - Tg.4 - Bab 6 (6.3) Usaha Menangani Ancaman Komunis
TP4: Mencerakinkan maklumat tentang ancaman komunis dan pengisytiharan Darurat 1948
NAMA : _____________________________________ Kelas: 4 ( ) { Teks m/s 152 – 160 }
Lengkapkan ruang kosong berikut dengan maklumat berkaitan dengan langkah yang diambil
untuk menangani ancaman komunis
memudahkan pihak keselamatan membezakan Min Yuen yang membekalkan makanan,senjata,
orang awam dengan komunis maklumat dan ubat-ubatan
membawa kad pengenalan ke mana-mana sahaja
yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa
untuk membanteras ancaman komunis komunis supaya menyerah diri
yang digelar sebagai “Kampung Baru” Iklan dan wayang gambar
usaha memenangi hati dan fikiran rakyat
diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil
keluar dari rumah dalam tempoh tertentu
USAHA MENANGANI ANCAMAN KOMUNIS
1. Pendaftaran Kebangsaan dan Kad Pengenalan
(a) Langkah ini diambil untuk mengawal pergerakan penduduk, dan _______________
___________________________________________________________________
(b) Setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke atas perlu
mendaftarkan diri dengan pihak berkuasa, serta dikehendaki __________________
___________________________________________________________________
2. Rancangan Briggs
(c) Bertujuan untuk memutuskan hubungan PKM dengan _______________________
(d) Mengikut langkah ini, penduduk setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah dari
kampung halaman ke sebuah petempatan baharu _________________________
3. Tawaran Pengampunan
(e) Pada 6 September 1949, Sir henry Gurney mengisytiharkan pengampunan kepada
_________________________________________________________________
(f ) Sebanyak 40 juta risalah dan 12 juta pas pengampunan _____________________
__________________________________________________________________
(g) _____________________________________________ turut digunakan untuk
membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya menyerah diri.
4. Perintah Berkurung
(h) Tindakan melarang penduduk __________________________________________
(i ) Tindakan ini juga dikenakan terhadap penduduk ____________________________
Contoh, pada bulan Mac 1952, penduduk Tanjung Malim dikenakan perintah berkurung selama 22 jam.
Sir Gerald Templer memaklumkan penduduk Tanjung Malim tentang hukuman terhadap sikap mereka
yang enggan memberikan sebarang maklumat tentang gerakan komunis kepada kerajaan.
5. Perang Saraf
(j ) Rancangan yang dilaksanakan untuk menghapuskan komunis melalui ___________
___________________________________________________________________
M/S – 6
NOTA RINGKAS-Sejarah-Tg.4 - Bab 6 - (6.4) Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
1…. Kesan dari aspek Politik
(a) Jumlah warganegara meningkat disebabkan oleh kelonggaran syarat kewarganegaraan
pada tahun 1952. Seramai lebih kurang 1.2 juta orang Cina, dan 180 ribu orang India
menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu.
(b) Malayan Chinese Association (MCA) ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 27 Februari 1949
Sumbangan MCA :
(a) Berganding bahu dengan kerajaan memerangi komunis
(b) Membantu kerajaan menempatkan 500 ribu orang penduduk semula ke Kampung Baru
(c) Mengumpulkan sejumlah $2.5 juta bagi memperbaik kehidupan penduduk Cina
di Kampung Baru menjelang pertengahan tahun 1953.
MCA menjalankan kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan.
(c) Mempercepat Kemerdekaan
-- Darurat menjadi faktor yang mendorong British bersedia untuk mempercepat kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.
-- Kemenangan besar Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dalam Pilihan Raya Umum 1955 telah
menjelaskan bahawa perpaduan rakyat Tanah Melayu dapat menamatkan pengaruh komunis.
-- British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Dengan ini, PKM tidak ada alasan lagi untuk meneruskan perjuangannya.
2…. Kesan dari aspek Sosioekonomi
(a) Kos Perbelanjaan Meningkat.
Contoh, anggaran purata kos darurat ialah sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari.
Kerajaan membelanjakan lebih $10 juta sebulan ( $20 juta setahun) untuk menentang komunis
(b) Membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada rakyat tempatan
(c) Hubungan kaum menjadi renggang
(d) Darurat menyebabkan banyak anggota pasukan keselamatan,komunis & orang awam terkorban
* Penamatan Darurat
(a) Zaman darurat yang berlanjutan selama 12 tahun. ( 1948 hingga 1960 )
(b) Zaman darurat ditamatkan dengan rasminya di seluruh Persekutuan Tanah Melayu
pada 31 Julai 1960.
M/S – 7
Latihan PBD - Sejarah - Tg.4 - Bab 6 (6.4) Kesan Zaman Darurat terhadap Negara Kita
TP4: Mencerakinkan maklumat tentang ancaman komunis dan pengisytiharan Darurat 1948
NAMA : _____________________________________ Kelas: 4 ( ) { Teks m/s 152 – 160 }
Padankan maklumat untuk menerangkan “kesan zaman darurat” terhadap negara kita
Kesan Penduduk menghadapi kesukaran
Merenggangkan Hubungan Kaum untuk bergerak dan memperoleh
bekalan keperluan
Kesan Rancangan penempatan semula
Meningkatkan Kos Perbelanjaan Kampung Baru didominasikanoleh
kaum tertentu.
Kesan Kerajaan membelanjakan lebih $10
Menyebabkan Penderitaan dan juta sebulan ($20 juta setahun)
Kesengsaraan kepada Rakyat untuk menentang komunis
Kesan British memberikan kemerdekaan kepada
Penubuhan Malayan Chinese Persekutuan Tanah Melayu agar PKM
Association (MCA) pada tahun 1949 tidak ada alasan untuk meneruskan
Kesan perjuangannya.
Mempercepat Kemerdekaan
Menyakinkan British bahawa bukan
semua orang Cina menyokong
komunis
Latihan Soalan Objektif - Sejarah - Tg.4 - Bab 6 (6.4)
1. Yang manakah yang berkaitan dengan langkah Sir Henry Gurney untuk menawan
hati penduduk Cina supaya tidak menyokong komunis?
A. Memberikan hak kerakyatan jus soli B. Penubuhan MCA (Malayan Chinese Association)
C. Menawarkan hadiah D. Pengampunan beramai-ramai
2. Mengapakah rancangan penempatan semula Kampung Baru merenggangkan
hubungan kaum?
A. Penguasaan komunis terhadap Kampung Baru
B. Banyak orang di Kampung Baru menyertai komunis
C. Penempatan Kampung Baru didominasikan kaum Cina
D. Orang Melayu tidak dibenarkan tinggal di Kampung Baru
3. Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu hingga $300 ribu sehari
untuk pertahanan tahun 1948 hingga tahun 1960
Mengapakah keadaan sedemikian berlaku ?
A. Menamatkan konfrontasi B. Membendung rusuhan kaum
C. Menghapuskan kegiatan lanun D. Membanteras ancaman komunis
M/S – 8