KOLEJ KOMUNITI ARAU
SIJIL PEMPROSESAN DAN KAWALAN MUTU MAKANAN
MPU13012
PENDIDIKAN ISLAM
E-FOLIO (SUMATIF)
AHLI KUMPULAN 1:
1.NURUL FARWIZA NAJWA BINTI SHAFIEE
2. NURUL AIDA NABILA BINTI SUHAIMI
3.SITI NURHAFIZA BINTI MAZALAN
4.SITI NURUL FATIN SHABELLA BINTI ABDULLAH
KELAS : SPK 2
NAMA PENSYARAH: ENCIK SHARIHAN BIN SHAHIDAN
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN
KEPENTINGAN MUKA SURAT
1
2
PERKARA YANG MEMBATALKAN AKIDAH 3
SESEORANG MUSLIM
4
KESAN KEROSAKKAN AKIDAH 4
5
CARA MEMPERKUKUHKAN AKIDAH 5
RUMUSAN
RUJUKAN
PENDAHULUAN
Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul
(menyeluruh) lagi terperinci. Akidah maksud lain bagi iman,dengan maksud
tasdiq (membenarkan) .Tasdiq berlaku melalui tiqad dengan hati,berikrar
dengan lidah, serta mengamalkan dengan perbuatan segala ajaran yang dibawa
oleh Rasullullah SAW dari sisi ALLAH SWT. Cara hidup demikian tidak mungkin
wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Sabda Rasulullah SAW bermaksud
:
“ Iman itu ialah kamu beriman kepada ALLAH,malaikatnya,kitab-kitabnya,rasul-
rasulnya dan hari akhirat kepada ketentuan baik dan buruk.
(riwayat muslim)
Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia
memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...." (Surah
Yusuf : 40)
Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:
Katakanlah :
"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah
untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada
sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku
(di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah
diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162- 163)
Kepentingan Memelihara Aqidah
Aqidah seseorang perlu dijaga sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga
aqidahnya dijamin masuk syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran yang
bermaksud : “Wahai orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai
seorang muslim.Manakala hadis Rasulullah menyebut yang bermaksud :
Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap akan masuk syurga.
Akidah sebagai Penentu/ Pendorong
Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup
seseorang, Akidah adalah penggerak dan mencorakkan kehidupan. Akidah
yang Iemah mempengaruhi gaya hidup negatif seseorang. Biasanya mereka
yang tidak memiliki akidah yang jelas dan betul akan menghadapi berbagai
masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkaran,
sepcrti melakukan jenayah, keruntuhan akhlak dan lain-lain.
Penyelewengan dan kerosakan akidah
Akidah boleh menyeleweng dan rosak melalui beberapa bentuk di antaranya:
Pertama: Melalui percakapan ucapan seseorang yang mengeluarkan kata-kata
yang bertentangan dengan kosnep akidah Islam, seperti ucapan mengatakan
Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman dan sebagainya.
Kedua: Akidah boleh rosak melalui perbuatan seperti melakukan upacara-
upacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang bukan Islam
sama ada di lempat-tempat ibadah mereka atau di mana-mana sahaja yang
menunjukkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.
Ketiga: Melalui iktikad di dalam hati. Hati tidak yakin dengan Islam atau ragu
terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terdapa dalam al-Quran dan al-
Sunnah.
Antara Perkara – Perkara Yang Merosakkan Aqidah
Menyekutukan Allah (Syirik)
Menenung nasib dan bermain sihir (Amalan – amalan khurafat)
Bertawakal kepada makhluk (Bergantung nasib pada makhluk)
Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak
mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada
sistem Islam
Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
10.Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-
Quran.
KESAN KEROSAKKAN AKIDAH
DARI SEGI HATI:
Mempercayai alam ini tiada pencipta-Nya,kerasulan nabi Muhammad
adalah palsu,semua agama di dunia adalah sama,konsep dosa dan
pahala,syurga dan neraka adalah palsu belaka.Mempercayai adanya
kuasa lain selain daripada Allah yang boleh memberikan kesan dan
pertolongan.
DARI SEGI LIDAH :
Menginkari dan mempersendakan hokum ALLAH , menghina perkara
berkaitan rukun iman dan islam, mengatakan bahawa syariat islam
tidak sesuai dengan peredaran zaman , dan mempersendakan ayat-ayat
suci al-quran dan hadis Rasulullah SAW.
DARI SEGI PERBUATAN :
Melakukan upacara ibadah sama seperti yang dilakukan oleh orang
bukan islam, meletakkan al-quran atau ayat suci al-quran di tempat
najis dengan tujuan untuk menghina agama , dan menafikan kewajiban
solat atau mengubah solat .
Cara-cara Mengatasi kerosakan Aqidah
Bagi memastikan agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai
seorang muslim, maka mestilah seseorang itu mengambil tindakan-tindakan
seperti berikut:-
Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini
tanpa bantuan dari luar.
Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul
untuk mengaja dan memberi pedoman kepada manusia mengenal
Allah dan tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.
Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di
dunia ini adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.
Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi
mereka yang mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka
bagi mereka yang kafir.
Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang
adalah hak mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di
langgar.
RUMUSAN
Kesimpulannya,keempat-empat elemen ini merupakan asas –asas islam
yang sewajibnya kita hayati agar dapat menjadi muslim dan mukmin
yang seimbang. Tanpa salah satu daripadanya akan dipincangkan
kehidupan seseorang itu dan akan mudah terpengaruh dengan perkara-
perkara yang merosakkan akidah.
RUJUKAN
https://www.slideshare.net/shironeko/19245815-
perkarayangmerosakkanaqidah-1
https://www.slideshare.net/AntashaK/peranan-aqidah-
amp-kesannya