The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jenis-jenis ayat (ayat silaan,ayat suruhan,ayat larangan,ayat tanya)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-92013796, 2020-03-30 11:20:25

Jenis-jenis ayat

Jenis-jenis ayat (ayat silaan,ayat suruhan,ayat larangan,ayat tanya)

Keywords: JENIS AYAT

JENIS-JENIS AYAT

AYAT PENYATA

•Apa itu ayat penyata?

AYAT PENYATA

• Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan sesuatu untuk tujuan
memberi keterangan kepada pendengar

• Contoh ayat penyata:
a) Doktor Ruslan bekerja di Hospital Besar Pulau Pinang
b) Saya belajar di Kolej Vokasional Keningau
c) Saya seorang pelajar

AYAT TANYA

•Apa tu Ayat tanya?

Contoh Kata Tanya :
Siapa

Bagaimana
Bila
Mana
Apa

AYAT TANYA

a) Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu
perkara

• Contoh ayat tanya ialah:
a) Siapa nama awak?

b) Kenapa kamu sedih?
c) Dimana kamu tinggal?

AYAT SERUAN

• Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti marah, terkejut,
geram, sakit, gembira dan sebagainya.

(!)• Tanda seru digunakan dalam semua ayat seruan dan diletakkan di bahagian akhir ayat.

• Antara kata seru yang sering digunakan ialah: amboi, aduh, cis, wah, eh, oh

• Contoh ayat seru ialah:
a) Wah, tingginya markah ujian kamu!
b) Aduh, sakitnya kaki saya!
c) Cis, berani kamu pijak kaki saya!

AYAT PERINTAH

•Apa itu ayat perintah?

AYAT PERINTAH

• Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk mendapat tindak balas daripada
orang lain dengan melakukan sesuatu yang diperintah

• Ayat perintah dibahagikan kepada 4 iaitu:
i. Ayat suruhan
ii. Ayat permintaan
iii. Ayat larangan
iv. Ayat silaan

AYAT SURUHAN

• Ayat yang bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan arahan
kepada pendengar.

• Secara umumnya,ayat ini mempunyai susunan yang terdiri daripada
subjek iaitu kata ganti nama diri orang kedua diikuti
predikat.Namun,subjek kebiasaanya digugurkan.

Contoh :
“ tutup pintu itu”

• Ayat yang sama boleh dilengkapi oleh subjek seperti berikut :
“ Awak tutup pintu itu”

• Partikel –lah boleh digunakan di bahagian prediket ayat suruhan,contohnya :
“Tutuplah pintu itu”

AYAT PERMINTAAN

Apa tu ayat Permintaan?
• Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong

dengan tujuan memohon pertolongan atau permintaan.
• Contoh ayat permintaan :
i. Minta kamu semua bertenang.
ii. Minta tuan benarkan kami masuk.
iii. Tolong tutup pintu itu.
iv. Tolong hantar latihan ini

AYAT LARANGAN

• Ayat larangan bermaksud ayat yang menggunakan kata larangan seperti :
i. Jangan
ii. Usah
iii. Dilarang
Contoh ayat :
i. Jangan duduk di sini.
ii. Usah kau pedulikan dia.
iii. Dilarang merokok

AYAT SILAAN

• Ayat silaan ialah ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang.
Lazimnya digunakan pada permulaan ayat.

• Menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.
• Contoh ayat :
i. Sila lapangkan masa untuk menghadiri majlis kesyukuran kami.
ii. Jemputlah makan yang disediakan.

TAMAT


Click to View FlipBook Version