The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 8.2 :KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAUDHAH, 2021-07-13 19:49:28

BAB 8 TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

TOPIK 8.2 :KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM

Keywords: SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 8

BAB 8:

TAMADUN ISLAM
DAN

SUMBANGANNYA

KELAS SEJARAH CIKGU RAUDZAH

TOPIK 8.2

Kemunculan dan Perkembangan
Tamadun Islam

LATAR BELAKANG NABI MUHAMMAD SAW

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal tahun gajah
bersamaan 20 April 570 masihi.
Ayah baginda bernama Abdullah bin Abdul Mutalib (peniaga yang
berulang alik dari Makkah ke Syam. Meninggal dunia semasa Nabi berada
dalam kandungan ibunya)
Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Meninggal dunia semasa Nabi
berusia 6 tahun
Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh datuknya Abdul Mutalib,
selepas 2 tahun datuknya meninggal dunia dan Nabi dipelihara oleh bapa
saudaranya iaitu Abu Talib
Nabi Muhammmad SAW pernah berniaga ke Syam dan sekitar Kota Makkah
Menjalankan perniagaan milik Siti Khadijah.
Budi pekerti yang mulia dan amanah mewujudkan rasa hormat Siti Khadijah
kepada Nabi sehingga membawa kepada perkahwinan mereka

NABI MUHAMMAD SAW SEBAGAI PEMIMPIN
AGAMA ISLAM

Penerimaan wahyu pertama 17 Ramadhan
(6 Ogos 610M) di Gua Hira’ merupakan detik pertama
permulaan tamadun Islam.

Wahyu pertama dari surah al-Alaq
(ayat 1-5)

Bermula dengan perkataan iqra (bacalah)
Membaca dan menulis merupakan asas ilmu
pengetahuan untuk melahirkan tamadun
Melalui semangat iqra, maka lahirlah tamadun Islam yang
berkembang maju

GUA HIRA’, MAKKAH.

WAHYU KEDUA SURAH AL-MUDASSIR
(AYAT 1-7)

Merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW
sebagai Pesuruh Allah atau Rasulullah

Baginda diwajibkan menyampaikan ajaran Islam kepada
seluruh manusia

PENYEBARAN ISLAM OLEH NABI
MUHAMMAD SAW

PENYEBARAN ISLAM DI MADINAH

EMPAT SIFAT TERPUJI NABI
MUHAMMAD SAW

1. SIDDIQ – Berkata benar
2. TABLIGH – Menyampaikan
3. AMANAH – Dipercayai
4. FATANAH - Bijaksana

STRATEGI PENYEBARAN AGAMA ISLAM

Secara diplomasi dan menunjukkan nilai-
nilai yang baik
Menerusi warkah menyeru memeluk Islam
seperti melalui utusan / wakil ke Rom,
Parsi, Mesir dan Habsyah.
Tidak memaksa mereka memeluk Islam
Islam turut tersebar melalui pendakwah
yang berdagang

PENYEBARAN AGAMA ISLAM ZAMAN KHULAFA
AL- RASYIDIN

PENYEBARAN AGAMA ISLAM ZAMAN KHULAFA
AL- RASYIDIN

PENYEBARAN AGAMA ISLAM PADA ZAMAN
KERAJAAN ISLAM

FAKTOR PENYEBARAN AGAMA ISLAM



FAKTOR-FAKTOR PENYEBARAN ISLAM

Agama Islam mudah disebarkan dan diterima oleh masyarakat
disebabkan beberapa faktor. Antaranya termasuklah:

1) KESYUMULAN ISLAM
Keseimbangan rohani dan jasmani menjadikan Tamadun Islam
berjaya membentuk masyarakat yang maju.
Islam tidak menolak kemajuan di dunia dari segi pembandaran dan
pembangunan ekonomi, di samping mendidik akhlak yang baik.

2) PRINSIP KETERBUKAAN

Prinsip keterbukaan dan toleransi membolehkan Tamadun Islam
diterima umum.

3) PRINSIP KESAKSAMAAN

Tamadun Islam berdiri atas prinsip kesaksamaan dan
keadilan.
Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa di dunia berjaya
membentuk ummah yang bersaudara.

4) DAKWAH

Pendekatan berdakwah secara bijaksana dan berdiplomasi
telah berjaya menarik masyarakat lain untuk memeluk Islam.

5) HUBUNGAN DIPLOMATIK

Hubungan diplomatik antara kerajaan Islam dengan negara-
negara lain, seperti di Eropah telah menarik minat orang
Eropah untuk mengikuti perkembangan Islam.

6) PERDAGANGAN

Kegiatan perdagangan dan hubungan yang baik antara pedagang
Arab dengan pedagang negara luar di Asia dan Afrika, menyebabkan
Islam mudah diterima di negara tersebut.

7) PEMBUKAAN WILAYAH BAHARU

Sejak zaman Khulafa al-Rasyidin berlaku pembukaan wilayah baharu
yang menyebabkan agama Islam semakin tersebar.
Contohnya, Iraq, Syam (Syria) dan Mesir.



tamat topik 8.2
terima kasih!

Cikgu Raudzah


Click to View FlipBook Version