BAB 8:
KEBIJAKSANAAN RAJA
DAN PEMBESAR MELAYU
MENANGANI CABARAN
BARAT
KELAS SEJARAH CIKGU RAUDZAH
TOPIK 8.2
TINDAKAN RAJA MELAYU
DALAM MENANGANI
CABARAN BARAT
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
Menghuraikan tindakan raja Melayu dalam menangani
cabaran Barat
PENGENALAN
Raja-raja Melayu guna pelbagai strategi lindungi kepentingan
bangsa dan kedaulatan negeri dalam menghadapi cabaran
peluasan kuasa Barat
Raja-raja Melayu berperanan sebagai jurubicara, zahirkan
suara bela nasib dan melindungi kepentingan bangsa melalui
Durbar
Tindakan Raja Melayu
menangani cabaran Barat
1. Tuntutan Raja Melayu melalui Durbar
2. Diplomasi Menangani Tekanan British
3.Keengganan Pemerintah Negeri-negeri Melayu
Utara Menerima Penasihat British
4. Menggubal Undang-Undang Tubuh
5. Raja Menerajui Pemodenan Negeri
1. Tuntutan Raja Melayu melalui Durbar
Durbar ialah wadah pertemuan Raja-raja Melayu dengan pihak
British untuk membangkitkan isu-isu masyarakat tempatan
yang terjejas akibat dasar pentadbiran British
Durbar atau persidangan Raja-raja Melayu berperanan sebagai:
1. Jurubicara
2. Menzahirkan suara membela nasib bangsa
3.Melindungi kepentingan bangsa
Antara Durbar yang dilaksanakan
1.Kuala Lumpur 1903
2. Pekan, Pahang 1932
3.Klang, Selangor 1937
4.Seri Menanti Negeri Sembilan 1939
1. Tuntutan Raja Melayu melalui Durbar
DURBAR DI KUALA LUMPUR 1903
1.Sultan Idris Murshidul Adzam Shah mengkritik pemusatan
kuasa ResidenJeneral
2. Mendesak mengembalikan kuasa institusi raja
3.Mendesak bilangan pegawai Melayu ditambah
4.Melantik pegawai Melayu jawatan yang lebih tinggi dalam
perkhidmatan kerajaan Persekutuan
5. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad
ibni Yamtuan Antah menuntut Bahasa Melayu digunakan
sebagai Bahasa rasmi Persekutuan Tanah Melayu
1. Tuntutan Raja Melayu melalui Durbar
DURBAR DI PEKAN, PAHANG (1932)
Sultan Iskandar shah (Sultan Perak) mendesak kuasa
pemerintahan negeri dikembalikan
DURBAR DI Klang, Selangor (1937)
•Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan) menggesa British
memberikan peluang kepada buruh daripada rumpun alam
Melayu
• Sultan Pahang, mendesak British memberikan perhatian
kepada orang Melayu yang tidak mempunyai pekerjaan atau
tanah
1. Tuntutan Raja Melayu melalui Durbar
DURBAR DI SERI MENANTI, NEGERI SEMBILAN (1939)
1.Sultan Hisamuddin Alam Shah (sultan Selangor)
mencadangkan penubuhan Malay Girls College.
2. Meningkatkan pendidikan kaum wanita
Peranan Raja-raja Melayu melalui Durbar lambangkan
kepekaan dan tanggungjawab Raja-raja Melayu lindungi
rakyat-penting semasa orang Melayu tidak punyai suara atau
perwakilan dalam pentadbiran British
2. Diplomasi Menangani Tekanan British
A. DIPLOMASI SULTAN ABU BAKAR JOHOR
1. HUBUNGAN BAIK DENGAN KERAJAAN NNS
British kekalkan Teluk Belanga, Singapura sebagai milik
Kesultanan Johor
Baginda dan kerabatnya menetap di Singapura sehingga
tahun 1889 sebelum berpindah ke Johor
2. Bertemu Dengan Ratu Victoria (England)
Pada tahun 1868 - baginda dikurniakan gelaran Maharaja
Johor
Meredakan tekanan Gabenor NNS
Diberi kepercayaan untuk menyelesaikan pertikaian di NNM
2. Diplomasi Menangani Tekanan British
A. DIPLOMASI SULTAN ABU BAKAR JOHOR
3. TUBUHKAN LEMBAGA PENASIHAT JOHOR (LONDON)
Melantik pegawai British yang berpengaruh.
Berperanan menasihati baginda dalam pentadbiran
Kebijaksanaan diplomasi dan dasar persahabatan Sultan
Abu Bakar dengan British berjaya kekalkan kedaulatan
Kesultanan Johor sehingga 1914
2. Diplomasi Menangani Tekanan British
B. DIPLOMASI SULTAN ZAINAL ABIDIN III TERENGGANU
1. KEBIJAKSANAAN DALAM RUNDINGAN
Berani mempertahankan kedaulatan negeri.
Berunding dengan Gabenor Negeri-negeri Selat selepas
Perjanjian Bangkok 1909
2. Menandatangani Perjanjian British-Terengganu (22 April 1910)
Hasil rundingan perjanjian telah meminda Perjanjian Bangkok.
Baginda menandatangani perjanjian sekirannya British mengakui
Terengganu negeri yang merdeka
Terengganu hanya menerima wakil British
Wakil British tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran negeri.
3. KEENGGANAN PEMERINTAH NNMU
TERIMA PENASIHAT BRITISH
PENASIHAT BRITISH DI PERLIS
15 Julai 1909 - British lantik Meadow Frost
sebagai Penasihat British di Perlis
British dan Perlis tidak terikat dengan
sebarang perjanjian rasmi
28 April 1930 - Perjanjian Perlis-British, Perlis
negeri Melayu terakhir rasmi terima naungan
British Syed Hamzah Jamalullail,
perjanjian tingkatkan kawalan Penasihat Naib Presiden Majlis
British terhadap pentadbiran negeri melalui Mesyuarat Negeri Perlis
(1930)
Majlis Mesyuarat Negeri Perlis
3. KEENGGANAN PEMERINTAH NNMU TERIMA
PENASIHAT BRITISH
PENASIHAT BRITISH DI KEDAH
15 Julai 1909 - British hantar W.G. Maxwell sebagai Penasihat British
di Kedah
Tidak terima W.G. Maxwell telah menimbulkan pergeseran dengan
Majlis Mesyuarat Negeri Kedah diketuai oleh Tunku Mahmud
Punca konflik- tindakan W.G. Maxwell melampaui batas kerana
mencampuri urusan pentadbiran negeri
Majlis Mesyuarat Negeri Kedah menentang langkah W.G. Maxwell
yang menuntut surat rasmi mesti melalui Residen Jeneral dan ditulis
dalam bahasa Inggeris
Tindakan W.G. Maxwell tepikan nama Kedah dalam surat rasmi dan
kibar bendera Union Jack di kediamannya mencabar identiti negeri
1 November 1923 - konflik bawa kepada Perjanjian Kedah-British
Kedah secara rasmi menjadi naungan British
3. KEENGGANAN PEMERINTAH NNMU TERIMA
PENASIHAT BRITISH
PENASIHAT BRITISH DI TERENGGANU
1910 - Sultan Zainal Abidin III enggan terima Penasihat British dan hanya
terima pelantikan wakil British tidak berkuasa dalam pentadbiran negeri
24 Mei 1919 - Sultan Muhammad II yang baru menaiki takhta didesak
tandatangan Perjanjian Terengganu-British
Status wakil British bertukar jadi Penasihat British - British boleh campur
tangan dalam segala hal pentadbiran negeri kecuali agama Islam dan adat
Melayu
Penasihat British pertama di Terengganu ialah J.L. Humphreys
Sultan Muhammad II lebih banyak berunding dengan pembesar negeri
berbanding merujuk Penasihat British
Tindakan ini timbulkan kemarahan British dan dianggap penghalang dasar
British di Terengganu
1920- baginda diturunkan takhta dan digantikan dengan Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah
3. KEENGGANAN PEMERINTAH NNMU TERIMA
PENASIHAT BRITISH
PENASIHAT BRITISH DI KELANTAN
Sultan Muhammad IV tidak terima Perjanjian Bangkok. British
berunding untuk wujudkan perjanjian lain
1910 - perjanjian antara British dengan Kelantan ditandatangani.
Antara kandungan perjanjian tersebut:
1. J.S. Mason Penasihat British di Kelantan
2. Sultan Kelantan perlu ikut dan laksanakan nasihat Penasihat
British dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat
Melayu
3. Sultan Kelantan tidak dibenarkan buat hubungan dengan
kuasa luar tanpa melalui Penasihat British
Sultan Muhammad IV
4. MENGGUBAL UNDANG-UNDANG TUBUH
A (I) UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR
14 April 1895 - Sultan Abu Bakar masyhurkan perlembagaan negeri
iaitu Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
Pengenalan undang-undang ini jadikan Johor sebagai negeri Melayu
pertama yang amalkan sistem raja berperlembagaan dan mempunyai
unsur demokratik
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri ialah dokumen perjanjian
bertulis tentang pembentukan secara rasmi dasar pemerintahan
sesebuah kerajaan Melayu
4. MENGGUBAL UNDANG-UNDANG TUBUH
B (I) UNDANG-UNDANG BAGI DIRI KERAJAAN
TERENGGANU
02 November 1911 - Sultan Zainal Abidin III menggubal
Undang-Undang Tubuh bertulis pertama di Terengganu
Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Itqan Al-
Muluk Bi Ta ‘dil Al-Suluk) bermaksud “keyakinan kepada
pemerintah berdasarkan keadilan”
Mengandungi 53 fasal
Antara kandungannya: soal kuasa sultan, tugas pembesar,
kesetiaan rakyat dan peraturan dalam negeri
5. RAJA MENERAJUI PEMODENAN NEGERI
A. PEMODENAN JOHOR
Sultan Abu Bakar dengan Majlis Jemaah Menteri yang cekap dan
taat setia -teruskan pemodenan pentadbiran dipelopori oleh
Temenggung Daeng Ibrahim
Antaranya dalam aspek pentadbiran, kewangan, undang-undang,
pelajaran, kesihatan, tanah, polis dan tentera
Sultan Abu Bakar dan pembesar berwibawa (Dato’ Jaafar bin
Muhamad, Dato’ Abdul Rahman bin Andak, Dato’ Mohammad Salleh
bin Perang dan Dato’ Muhammad Ibrahim bin Munsyi Abdullah)
tubuhkan pelbagai jabatan uruskan pembangunan rakyat dan
negeri
Jabatan-jabatan ini beroperasi dengan begitu cekap dan berkesan
sehingga pihak British tidak punya ruang untuk campur tangan
Pada abad ke-19 , Sultan Abu Bakar berjaya meletakkan Johor
sebagai negeri yang moden berbanding dengan negeri Melayu lain
sehingga baginda digelar “Bapa Pemodenan Johor"
5. RAJA MENERAJUI PEMODENAN NEGERI
B. PEMODENAN KEDAH
Pada tahun 1882-1943, Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang
dikenali sebagai “Bapa Kedah Moden” kerana Kedah melalui arus
pembangunan dan pemodenan semasa pemerintahan baginda.
Baginda dibantu pembesar negeri berkebolehan seperti Tunku
Abdul Aziz, Tunku Mahmud, Tunku Ibrahim dan Wan Muhammad
Saman untuk jayakan pembangunan negeri.
Akhir abad ke-19, Kedah mewujudkan Jabatan Perbendaharaan,
Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Audit, Pejabat Besar Pos dan
Telekom, Mahkamah Keadilan dan Pasukan Polis Kedah
Kedah dapat kembangkan sistem politik tersusun sebelum
campur tangan British kerana Kedah mempunyai pegawai
berpengalaman dan mainkan peranan berkesan dalam sistem
pentadbiran.
5. RAJA MENERAJUI PEMODENAN NEGERI
C. PEMODENAN TERENGGANU
Pada tahun 1912, Sultan Zainal Abidin III dan Yang Dipertuan Muda
Tengku Muhammad lakukan pembaharuan dan pemodenan dalam
pentadbiran dengan menubuhkan Jemaah Mesyuarat Kerajaan dan
Jemaah Menteri
Penubuhan badan-badan ini telah membawa kepada penubuhan
jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Setiausaha Kerajaan,
Pejabat Perbendaharaan, Pejabat Pesuruhjaya Keadilan, Pejabat
Agama dan Pelajaran, Pejabat Kerja Raya dan Pejabat Pesuruhjaya
Hutan
Langkah ini adalah usaha untuk menutup ruang penglibatan British
dalam pentadbiran kerana menerusi institusi-institusi inilah
lazimnya British lakukan campur tangan di dalam sesebuah negeri
KESIMPULAN
Kesepakatan dan kerjasama raja-raja Melayu menangani
peluasan kuasa Barat dapat pertahankan kedudukan
institusi raja sebagai pelindung bangsa
Peranan dan tindakan raja-raja Melayu mencerminkan
kepentingan sikap bijaksana dalam mempertahankan
kedaulatan tanah air
Kita wajar hargai peranan dan kebijaksanaan pemerintah
terdahulu dalam usaha jamin kesejahteraan rakyat
dengan tanamkan kepentingan sikap taat setia kepada
pemerintah
TAMAT
TOPIK 8.2
BERSATU TEGUH
BERCERAI ROBOH
Cikgu Raudzah