The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 8.4 : SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAUDHAH, 2021-07-30 13:39:14

BAB 8 : TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

TOPIK 8.4 : SUMBANGAN TAMADUN ISLAM KEPADA DUNIA

Keywords: SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 8

BAB 8
TAMADUN ISLAM & SUMBANGANNYA

KELAS SEJARAH CIKGU RAUDZAH

TOPIK 8.4
Sumbangan Tamadun Islam

kepada Dunia

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM
KEPADA DUNIA

POLITIK
EKONOMI

SOSIAL

POLITIK

Islam pentingkan corak hidup yang sejahtera
dan makmur.
Islam juga pentingkan :

1. Kehidupan bernegara
2. Pemerintahan dan cara hidup berteraskan

keadilan

3. Konsep ummah
4. Sistem syura.

1. KEHIDUPAN BERNEGARA

1.Semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW:
Baginda merupakan ketua negara yang
bertanggungjawab mentadbir Madinah
Selesaikan masalah rakyat melalui perlembagaan

2. Jawatan khalifah selepas kewafatan Nabi Muhammad
SAW berperanan:

untuk tegakkan agama Islam
tadbir mengikut hukum syariah Islam
3. Kerjasama antarabangsa dijalinkan bagi tujuan dakwah
dan silaturahim
4. Penerokaan wilayah baharu naikkan lagi imej Islam

2. Pemerintahan dan Cara Hidup

Berteraskan Keadilan

Cara pemerintahan yang adil kepada semua
penduduk meskipun berbeza agama dan
keturunan
Keadilan dan toleransi antara kaum membawa
kedamaian kepada negara

3. KONSEP UMMAH

Mewujudkan konsep masyarakat yang lebih dikenali sebagai
ummah.
Masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan.
Setiap anggota masyarakat mempunyai tanggungjawab yang
sama, iaitu bekerjasama bagi memajukan negara.

4. SISTEM SYURA

Mesyuarat yang diadakan untuk capai keputusan ikut suara ahli
yang terbanyak
Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW
Diteruskan oleh kepimpinan Islam selepasnya
Diamalkan bagi capai keputusan secara muafakat

EKONOMI

1. AMALAN EKONOMI ISLAM

Tekankan beberapa amalan dalam sistem ekonomi untuk mendidik jiwa
manusia agar berdisiplin, amanah dan berjiwa bersih
Mewujudkan sistem zakat
Sistem wakaf untuk bangunkan umat Islam
Mengadakan sistem mata wang dirham dan perak untuk jalankan aktiviti
ekonomi
Mengadakan kutipan sistem cukai iaitu bayaran dalam bentuk wang oleh
sesebuah kerajaan atau negara bagi individu atau syarikat yang tujuan
asalnya adalah untuk biayai segala keperluan negara
Sistem cukai yang dilaksanakan seperti cukai tanah (al-Kharaj), cukai
perlindungan (suh al-Jizyah), cukai diri (jizyah al-Ru’us) dan cukai
perdagangan (al-’Usyr)
Melarang amalan riba kerana riba boleh menindas dan menghancurkan
konsep keadilan dalam masyarakat

1. AMALAN EKONOMI ISLAM

Mencegah penindasan dan penipuan semasa berniaga seperti
mengurangkan timbangan, boros, kedekut, membazir, ambil
keuntungan berlipat kali ganda dan tidak amanah
Menggalakkan manusia hasilkan produk yang bermutu dan lakukan
penyelidikan dalam bangunkan ekonomi contohnya seperti dalam
bidang pertanian
Tidak menyekat umatnya daripada jalankan perdagangan selagimana
ianya mengikut hukum syarak, seperti keluarkan zakat dan jaga
kebajikan masyarakat
Menghulurkan bantuan dan bersedekah di samping amalkan sikap
berjimat cermat

Amalan bersedekah mampu membentuk
masyarakat yang sejahtera

2. Institusi Baitulmal (Institusi Kewangan)

Fungsinya seperti perbendaharaan negara yang mengurus kewangan
untuk pembangunan negara.
Sistem ini telah diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan
diteruskan oleh pemimpin-pemimpin lain sehingga kini.

3. Memesatkan 4. Menyediakan

gedung-gedung kemudahan asas

perniagaan Dalam bidang pertanian - orang Islam
telah perluas pembinaan sistem
Kedatangan Islam ke Sepanyol saliran
telah menyebabkan Sistem pengairan telah diperbaik
terbinanya gedung-gedung untuk tingkatkan hasil pertanian.
perniagaan Contohnya, sistem pengairan Naurah
Beroperasi mengimport di Syria
barang-barang dari seluruh Kemudahan jambatan dan jalan raya
pelosok dunia yang lebih baik juga dibina seperti di
Sepanyol.

SOSIAL

1. Islam Mengangkat Kedudukan Dan Maruah

Wanita

•Islam memuliakan dan mengangkat martabat wanita
•Diberi peluang mendapatkan pendidikan dan menghadiri
majlis ilmu
•Siti Aisyah Binti Abu Bakar as-Sidiq = wanita yang luas
ilmunya sehingga menjadi periwayat hadis dan rujukan
wanita dan para sahabat tentang masalah dan hukum
agama
•Sahafiah Binti Abdul Muthalib keluar berperang dan
merawat tentera yang tercedera dalam Perang Uhud

2. Menggalakkan Penyelidikan Saintifik

Perkembangan sains dan teknologi telah membantu
industri pengeluaran barangan seperti industri kertas
yang diperkenalkan di Itali, Perancis, dan negara Eropah
lain.
Teknik membuat kertas telah diperkenalkan dengan
menggunakan campuran kain linen pisang tali (hem),
dan kapas.
Pengenalan kaedah penyelidikan pertanian seperti
sistem pengairan, pemilihan benih dan baja bermutu,
serta teknik cantuman untuk menghasilkan bunga dan
buah.
Perkembangan dalam penyelidikan saintifik dalam
bidang fizik, astronomi, kimia, dan perubatan.



3.Kewujudan Pusat Kegiatan Intelektual

(i) Kewujudan pusat pendidikan

Semasa kerajaan Bani Umaiyah, masjid menjadi institusi
pendidikan seperti di Kufah, Damsyik, dan Basrah.
Istana khalifah turut menjadi pusat kegiatan pendidikan dengan
menyediakan tempat belajar dan perpustakaan.

(II) Pusat intelektual di Cordoba dan

Toledo, Sepanyol

Perkembangan kegiatan intelektual di Cordoba dan Toledo,
Sepanyol:
(i) Pengkaji dan pelajar dari seluruh pelosok Eropah datang
belajar di universiti Islam dalam bidang falsafah dan sains.
(ii) Kegiatan penterjemahan yang dilakukan oleh sarjana Islam
telah menambah baik ilmu pengetahuan sains dan falsafah dari
zaman Yunani.
(iii) Perkembangan pesat tamadun Islam di Sepanyol telah
melahirkan budaya ilmu yang cemerlang hasil hubungan antara
orang Islam, Yahudi, dan Kristian.

TAHUKAH ANDA

Terdapat orang Kristian di Sepanyol yang terpengaruh dengan
cara hidup masyarakat Arab, seperti dalam berpakaian, makanan
dan hubungan sosial. Mereka digelar Musta’rab (yang menjadi
Arab) atau Mozarab. Melalui golongan inilah Tamadun Islam dan
Arab tersebar kepada masyarakat Eropah, terutama dari segi
hubungan sosial.

4. Kemunculan Ilmuan Islam

JABIR BIN HAYYAN (GEBER) - ILMU SAINS DAN KIMIA
Menghasilkan 80 buah karya berkaitan perubatan dan kimia
Himpunan penulisan dikenali sebagai korpus Jabir
Kebanyakan karya diterjemah dalam bahasa Latin

IBN SINA (AVICENNA) - PERUBATAN
Merupakan tokoh perubatan dan ahli falsafah
Karya terkenal al-Qanun fi al-Tib
Ahli falsafah Barat, Albert the Great terpengaruh dengan karya Ibn Sina

AL-KINDI - FALSAFAH
Menghasilkan lebih 270 buah karya
Mencakupi pelbagai bidang seperti logik, muzik dan perubatan
Roger Bacon & Descartes pengkaji Eropah terpengaruh dengan idea
Al-Kindi

AL- BATTANI (ALBATEGNIUS) - AHLI ASTRONOMI DAN FALAK
Memperkenalkan asas ilmu trigonometri
Menulis buku astronomi dan mencipta alat ukuran masa

AL-BIRUNI - AHLI GEOGRAFI
•Kajian utama dalam bidang kartografi (peta) dan geografi.
•Kebanyakan orang Eropah belayar menggunakan peta yang dicipta oleh
tokoh ini.

AL-KHAWARIZMI - MATEMATIK

Pengasas ilmu algebra
Pengasas kitab Hisab al-Jabr wa al Muqabbalah yang telah diterjemahkan
ke dalam pelbagai bahasa
Terjemahan dalam bahasa Latin dilakukan oleh Gerald of Cremona dan
menjadi teks di universiti Barat

IBN BATTUTA - PELAYARAN
Pernah belayar sampai ke India dan Alam Melayu
Buku pelayaran beliau menjadi rujukan pelayar lain selepas itu.

PENUTUP TOPIK 8.4

Secara keseluruhannya, Tamadun Islam telah
memberikan sumbangan yang besar dalam peradaban
dunia. Tamadun Islam telah membuka minda masyarakat
untuk mengkaji corak hidup yang sejahtera, di samping
memajukan pelbagai bidang sama ada politik, ekonomi
mahupun sosial. Masyarakat kini perlu menghargai
sumbangan yang bermanfaat dalam pelbagai bidang
khususnya keilmuan kerana ilmu tersebut berterusan
dikaji hingga kini

Safety Matters

Practice social distancing. Stay 1 meters apart!

Observe proper hand hygiene. Wash frequently and
disinfect frequently touched surfaces.

Mask up! Cover your nose and mouth when in public areas.

Treat every moment as a chance to
keep yourself and your families safe.

STAY SAFE - MCO 3.0
@ AUGUST , 2021

TERIMA KASIH
TAMAT TOPIK 8.4

CIKGU RAUDZAH


Click to View FlipBook Version