The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 8.5
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SENI BINA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAUDHAH, 2021-08-01 08:46:26

BAB 8 TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

TOPIK 8.5
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM DALAM BIDANG SENI BINA

Keywords: SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 8

BAB 8
TAMADUN ISLAM
DAN SUMBANGANNYA

KELAS SEJARAH CIKGU RAUDZAH

TOPIK 8.5

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

DALAM BIDANG SENI BINA

PENGENALAN

Seni bina merujuk kepada bidang seni untuk mendirikan bangunan,
reka bentuk, dan reka letak.
Seni bina Islam bermula dengan pembinaan Masjid Quba' pada zaman
Nabi Muhammad SAW.
Masjid tertua ini menjadi model pembinaan masjid pada masa kini.
Masjid berfungsi sebagai tempat beribadat dan menyampaikan segala
maklumat.

5 CIRI SENI BINA ISLAM

1.Binaan kukuh, selamat, dan tahan lama
2.Mempunyai ruang cahaya untuk keselesaan

beribadat.
3.Terdapat ruang memisahkan lelaki dan

wanita.
4.Reka bentuk ruang sesuai dengan iklim

setempat.
5.Berunsurkan luahan perasaan, hening dan

aman.

PEMBINAAN MENARA, MIHRAB
DAN MIMBAR

Menara
Dibina berbentuk tirus dan memuncak tinggi
Bertujuan memastikan laungan azan didengari dari jarak
yang jauh

Mihrab
Elemen penting dalam sesebuah masjid
Berfungsi sebagai penanda arah kiblat

Mimbar
Tempat imam membaca khutbah atau memberi ceramah
Kedudukannya tinggi untuk membolehkan imam menghadap jemaah

PEMBINAAN MENARA, MIHRAB
DAN MIMBAR

MENGGALAKKAN PERHIASAN INDAH

1.Seni bina Islam menunjukkan bentuk bangunan yang indah,
kubah yang menarik, arca yang mengagumkan, seni khat dan
ukiran yang kreatif.

2.Ukiran menjadi lebih berseni apabila dihiasi kaca bertatah batu
permata yang berfungsi untuk:

(a) Melengkapkan binaan
(b) Melahirkan ketenangan
(c) Menunjukkan keunikan seni bina Islam

MENGHASILKAN KEUNIKAN REKA BENTUK

1.Reka bentuk pintu berbentuk melengkung yang melambangkan
perasaan hormat dan tunduk menjemput masuk ke dalam masjid
atau institusi itu.

2.Identiti unik yang ketara ialah aspek penggunaan air dan cahaya
yang berfungsi untuk menimbulkan kesan dari segi penampilan
ruang.

MEMPUNYAI ELEMEN
ESTETIKA

1.Seni bina Islam turut
menggalakkan penghayatan
nilai estetika.

2.Binaan bangunan
diperindah dengan ukiran
arabes, motif kaligrafi,
geometri dan cakerawala
yang berfungsi untuk
memberikan keselesaan
dan ketenangan

MENYESUAIKAN REKA BENTUK DENGAN IKLIM
SETEMPAT

1.Seni bina Islam juga menerima budaya setempat dan disesuaikan dengan faktor
geografi terutamanya dalam aspek bentuk muka bumi, cuaca, keadaan angin
dan suhu.

2.Seni bina di Nusantara mempunyai tingkap yang tersusun dengan jumlah yang
banyak.

3.Keadaan ini disebabkan oleh iklim Nusantara yang panas dan lembap berserta
hujan yang kerap.

4.Fungsi tingkap yang banyak adalah untuk penyejukan dan pengudaraan.
Contohnya, pada Masjid Tengkera, Melaka

MENYESUAIKAN SENI BINA DENGAN BUDAYA
SETEMPAT

1.Terdapat juga seni bina dan elemen estetika yang mengikut kesesuaian budaya
dan seni bina tempatan. Contohnya, masjid di China yang mengambil inspirasi
rumah tradisional, kuil dan istana.

2.Hal ini dapat dilihat pada Masjid Huang Sheng Si di Guangzhou, Masjid Niu Jie,
Beijing dan Masjid Zhen-Jiao Si di Hangzhou.

Masjid Niu Jie, Beijing Masjid Huang Sheng Si di Guangzhou

MENYESUAIKAN SENI BINA DENGAN BUDAYA
SETEMPAT

1.Penggunaan kubah sebagai struktur utama bumbung dapat ditemui di masjid-

masjid pada zaman Turki Uthmaniyah.

2.Contohnya, Masjid Sultan Ahmet (Masjid Biru) yang mempunyai ruang solat

utama yang ditutupi kubah setengah lingkaran dan mempunyai banyak menara

di sisi masjid.

3.Fungsinya untuk keselamatan dengan memperkukuh sistem struktur daripada

rentangnya yang lebar.

Masjid Putrajaya Masjid Sultan Ahmet, Turki

MENYESUAIKAN SENI BINA DENGAN BUDAYA
SETEMPAT

1.Masjid di India juga mempunyai keunikannya dengan binaan pintu gerbang yang
besar berfungsi sebagai pintu masuk utama.

2.Ciri masjid di India juga dapat dikenali dengan mudah kerana menggunakan
bumbung berbentuk bawang dan lengkung yang menirus.

Masjid Moti, India.

PENUTUP BAB 8

1. Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam dikenal sebagai masyarakat
Jahiliah. Mereka mengamalkan pelbagai corak hidup, seperti mengamalkan
riba, tilik nasib dan perjudian

2. Penyebaran Islam bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW dan seterusnya
berkembang pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah
dan beberapa kerajaan Islam lain termasuklah Turki Uthmaniyah. Agama Islam
menekankan keimanan kepada Allah SWT dan kehidupan berharmoni.

3. Kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam penyebaran agama Islam,
pembinaan negara, pemerintahan yang adil dan mewujudkan masyarakat yang
harmoni patutlah dicontohi bagi membentuk masyarakat dan kehidupan yang
sejahtera.

4. Tamadun Islam telah menyinari dunia dalam pelbagai aspek sama ada politik,
ekonomi mahupun sosial.

5. Islam memberikan sumbangan yang besar dalam bidang seni bina yang
menjadi warisan dunia sehingga hari ini.

“Jangan
tertawakan orang

yang jatuh,
tetapi

bersyukurlah
kerana engkau
sendiri tidak
jatuh.” – HAMKA

Tamat Topik 8.5
Terima Kasih!

Cikgu Raudzah

SEMALAM ADALAH
KENANGAN,

HARI INI ADALAH
KURNIAAN,

ESOK ADALAH MASA
DEPAN

KELAS SEJARAH CIKGU RAUDZAH


Click to View FlipBook Version