KEEP CALM
AND
LETS START
Kelas Sejarah
Cikgu Raudzah
Topik 6.2 :
Pentadbiran Barat
Berkaitan
Dengan Ekonomi
STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :
7.6.2 Menghuraikan pentadbiran Barat berkaitan dengan
ekonomi
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Menjelaskan pentadbiran Barat dalam konteks perundangan,
jabatan dan agensi kerajaan, kewujudan syarikat perwakilan
dan kewujudan sistem kewangan dan insurans.
6.2 : Pentadbiran Barat Berkaitan
Dengan Ekonomi
1.Perundangan (Tanah & Buruh)
2.Jabatan dan Agensi Kerajaan
3.Kewujudan Syarikat Perwakilan
4.Kewujudan Sistem Kewangan dan
Insurans
1) PERUNDANGAN : TANAH
1.1 ) NEGERI-NEGERI MELAYU
Akta Tanah Simpanan Melayu
Residen boleh mengisytiharkan mana-
mana tanah dalam sesebuah negeri
sebagai hak orang Melayu
Tanah tersebut tidak boleh dijual, dipajak,
gadai atau dipindah milik kepada orang
bukan Melayu
Bertujuan melindungi kepentingan
ekonomi British
1.2 ) SARAWAK
Land Order
Pada tahun 1931, Land Order diisytiharkan untuk
memperuntukkan hak milik tanah simpanan peribumi
diwartakan.
Pada tahun 1933, Land Settlement Order dikuatkuasakan untuk
melindungi masyarakat peribumi Sarawak.
Pada tahun 1933, Land Order yang kedua dilaksanakan
Tanah Sarawak dibahagikan kepada kawasan tanah campuran,
kawasan tanah peribumi, Kawasan tanah adat peribumi dan
kawasan tanah pedalaman.
1.3 ) SABAH
Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi
Segala urus niaga dengan orang Eropah, ketua
peribumi mesti diberitahu terlebih dahulu.
Penduduk peribumi mempunyai hak untuk
memohon dan mendapatkan ganti rugi.
Pegawai Daerah bertanggungjawab menjaga hak
milik tanah peribumi Sabah.
perundangan : BURUH
1) SISTEM KONTRAK
Kemasukan buruh dari China oleh pihak majikan
Tambang perjalanan, makanan, pakaian dan tempat tinggal
disediakan oleh majikan
Kebanyakan dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih
timah
2) SISTEM KANGANI
Kemasukan buruh dari India oleh Kangani
Kangani bermaksud ketua, tandil, mandur atau penyelia di
ladang getah
Pemilik ladang menghantar kangani ke India untuk mencari
tenaga buruh
Tambang dan perjalanan buruh diuruskan oleh kangani
2) JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN
1) Jabatan Pertanian
bertanggungjawab memajukan tanaman ekonomi dan
membangunkan industri getah.
2) Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM)
membangunkan industri getah.
3) Jabatan Parit dan Tali Air
meningkatkan keberkesanan sistem pengairan
4) Jabatan Pos dan Telegraf dan Jabatan Kereta Api
Tanah Melayu
melicinkan sistem perhubungan dan pengangkutan
3. Kewujudan Syarikat Perwakilan
Memiliki rangkaian sistem kewangan, insurans,
syarikat perkapalan, pusat penyelidikan dan
menjalankan perdangan antarabangsa
Contohnya : Bousted and Company, Bousted
Butterry, Estate Agency, Harrison & Guthrie
4. Perwujudan Sistem Kewangan dan Insurans
Mata wang Sepanyol digunakan di negeri-negeri Melayu
dan negeri-negeri Selat
Lembaga Pesuruhjaya Wang ditubuhkan untuk
mengeluarkan wang kertas dibawah Ordinan VIII
Sistem insurans yang diperkenalkan seperti insurans
nyawa, kemalangan, kebakaran, perniagaan dan harta
tamat topik 6.2
stay positive...
Cikgu Raudzah