The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOPIK 8.1
REAKSI PEMERINTAH NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR TERHADAP TINDAKAN BARAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by RAUDHAH, 2021-08-04 05:06:09

BAB 8 KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI CABARAN BARAT

TOPIK 8.1
REAKSI PEMERINTAH NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR TERHADAP TINDAKAN BARAT

Keywords: SEJARAH TINGKATAN 3 BAB 8

SEJARAH TINGKATAN 3

BAB 8
Kebijaksanaan Raja
dan Pembesar Melayu
Menangani Cabaran

Barat

KELAS SEJARAH CIKGU RAUDZAH

TEMA : KEDATANGAN KUASA ASING

TAJUK : Tindak Balas Masyarakat Tempatan

1.SK : 8.2 Kebijaksanaan Raja dan Pembesar
Melayu menangani cabaran Barat.

2.SP : 8.2.1 : Menerangkan reaksi pemerintah
negeri-negeri Melayu Utara dan Johor terhadap
tindakan Barat.

3.K8.2.5 : Menerangkan kepentingan sikap
bijaksana dalam mempertahankan kedaulatan
tanah air.

BAB 8
KEBIJAKSANAAN RAJA DAN PEMBESAR MELAYU MENANGANI CABARAN BARAT

TOPIK 8.1
REAKSI PEMERINTAH NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN

JOHOR TERHADAP TINDAKAN BARAT

TOPIK 8.1

REAKSI PEMERINTAH NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA
DAN JOHOR TERHADAP TINDAKAN BARAT

Pada akhir pembelajaran,murid akan dapat:

Menerangkan reaksi pemerintah Negeri-negeri
Melayu Utara dan Johor terhadap tindakan Barat

PENGENALAN

Penguasaan British ke atas Negeri-Negeri Melayu
Utara (NNMU) didorong oleh perkembangan politik
serantau yang melibatkan persaingan kuasa Barat
antara British dan Perancis
Kesungguhan British untuk meluaskan kuasa ke
atas NNMU berhasil melalui Perjanjian Bangkok
pada 10 Mac 1909 (telah pelajari dalam Bab 4)

1. PROTOKOL SEMPADAN PERJANJIAN BANGKOK
PECAHBELAHKAN NNMU

British meluaskan kuasa ke atas negeri-negeri Melayu melalui
Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909.
Kesannya telah Memecahbelahkan wilayah Negeri-negeri Melayu
Utara.
British dan Siam mementingkan kedudukan pengaruh masing-
masing.
Perubahan sempadan antara British dan Siam dilakukan tanpa
mengambil kira soal kebudayaan, geografi, etnik dan agama
penduduk tempatan.
Legeh dan lembah sungai dijadikan sebagai pembahagian atau
garisan sempadan melalui Protokol Sempadan Perjanjian
Bangkok yang dipersetujui antara British dan Siam.



2. REAKSI PEMERINTAH NEGERI-NEGERI MELAYU
UTARA TERHADAP PERJANJIAN BANGKOK

REAKSI PEMERINTAH PERLIS

Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1943)
Pemerintah Perlis.
Perlis kehilangan wilayah Pujoh (utara
sungai Perlis).
Siam mengambil wilayah Pujoh dan
dimasukkan ke dalam wilayah Setul.
Raja Syed Alwi membantah tindakan
tersebut kerana Pujoh telah ditadbir oleh
Kerajaan Perlis melalui Penghulu Kuala
Perlis.

Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara
Terhadap Perjanjian Bangkok

REAKSI PEMERINTAH KEDAH

Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1934).
Berasa tersinggung kerana tidak dibawa berunding
bersama.
Kedah kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau
Terutau, Buntang dan pulau-pulau sekitarnya kepada
Siam.
Baginda menegaskan bahawa sempadan baharu
Kedah dan Siam ditentukan mengikut kriteria
sempadan sedia ada.
Baginda juga amat murka dan tidak akan
memaafkan pihak yang menjual negeri Kedah seperti
menjual seekor kerbau.

Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara
Terhadap Perjanjian Bangkok

REAKSI PEMERINTAH terengganu

Sultan Zainal Abidin III.
Perjanjian Bangkok tidak diterima pelbagai pihak di
Terengganu terutama Sultan, ulama dan pembesar.
Sultan Zainal Abidin mengecam tindakan Siam
menyerahkan Terengganu kepada British tanpa
pengetahuan Baginda.
Siam tidak mempunyai hak ke atas Terengganu.
Kenyataan Baginda bahawa bunga emas dihantar
adalah sebagai tanda persahabatan bukan
menandakan Terengganu Jajahan Siam.
Baginda mempertahankan kedaulatan negeri dengan
mengemukakan bantahan kepada Gabenor Negeri-
negeri Selat pada 24 Mei 1909

Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara
Terhadap Perjanjian Bangkok

REAKSI PEMERINTAH kelantan

Sultan Muhammad IV
Baginda menolak Perjanjian Bangkok 1909 melalui
pertemuan bersama J.S. Mason dan wakil Siam di
Kota Baharu.
Sultan berasa kecewa kerana wilayah Tabal yang
merupakan daerah Kelantan diserahkan kepada Siam.
Tabal dihuni kira-kira 15 000 orang Melayu.
Sebahagian besar penduduk Tabal berhijrah ke
Kelantan kerana tidak mahu berada di bawah
pemerintahan Siam
Sungai Golok merupakan sempadan antarabangsa
antara Kelantan dan Siam selepas Perjanjian Bangkok.

Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara
Terhadap Perjanjian Bangkok

3. KEBIJAKSANAAN PEMERINTAH JOHOR
MENYEKAT KEMARAAN BRITISH

Kewibawaan Temenggung Daeng Ibrahim
(1825-1862)

Peka terhadap rancangan British yang ingin menguasai Johor dan
Perairan Selat Melaka.
Berusaha membina jati diri sebagai pemerintah yang Berdaulat.

Usaha Temenggung Daeng Ibrahim Memacu
pembangunandan kemakmuranNegeri Johor

1) JAMIN KESELAMATAN PERAIRAN

Memastikan perairan Johor dan Singapura selamat untuk perdagangan
Mendapat hadiah pedang emas daripada Ratu Victoria sebagai jasa
kerana beliau wujudkan keamanan perairan

2) ASASKAN BANDAR ISKANDAR PUTERI

Memindahkan pusat pentadbiran Johor dari Teluk Belanga, Singapura ke
Tanjung Puteri untuk mengelakkan tekanan British di NNS
Mengisytiharkan Tanjung Puteri sebagai ibu negeri Johor dan di namakan
sebagai Bandar Iskandar Puteri.

Usaha Temenggung Daeng Ibrahim Memacu
pembangunandan kemakmuranNegeri Johor

3) MODENKAN PENTADBIRAN NEGERI

Pelopor birokrasi moden
Mengukuhkan sistem tradisional dengan unsur baharu dari Barat dalam
sistem pentadbiran seperti pendidikan moden

4) MENGEKSPLOITASI HASIL HUTAN

Hasil hutan utama getah perca dijual kepada pedagang British
Perdagangan getah perca menguntungkan sehingga Temenggung
isytiharkannya sebagai monopoli Johor

Usaha Temenggung Daeng Ibrahim Memacu
pembangunandan kemakmuranNegeri Johor

5) MEMPERKENALKAN SISTEM KANGCU

Kemasukan orang Cina usahakan tanaman gambir dan lada hitam
Sekitar tahun 1860-an, Johor menjadi pengeluar gambir dan lada hitam
terkemuka di Alam Melayu

PANTUN SAYANGI NEGARA

Pergi ke hutan memetik pegaga,

Simpan sahaja di atas para,

Sayang-menyayang sesama keluarga,

Barulah tercapai misi negara.

Hidup muafakat hati sekata,

Barulah rezeki bertambah murah,

Sikap terbuka amalan kita,

Itulah Malaysia negara muhibah.

Berjalan ke hilir dengan si dia,

Duduk berehat memebaca majalah,

Saling menghormati amalam mulia,

Rakyat pasti tidak berbalah.

Membeli barang di pasar Selasa,

Terjumpa dengan keluarga soraya,

Rakyat hidup aman sentosa,

Negara pasti akan berjaya.

04 OGOS 2021

tamat topik 8.1
jumpa di lain topik

terima kasih ;)

cikgu raudzah


Click to View FlipBook Version