BENGKEL
PENINGKATAN PROFESIONALISME
PENGETUA DAN GURU
MATA PELAJARAN SAINS SUKAN
SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK
21 OKTOBER 2014 (SELASA)
DEWAN BANQUET
KOMPLEKS KEMENTERIAN DALAM NEGERI
IPOH, PERAK
BIODATAKU
SHAMSUDIN BIN ABDUL GANI
Bac. Sp. Sc (Hons.) UM
SMK DATO’ HAJI MOHD TAIB, CHEMOR
Penglibatan:
JURULATIH UTAMA PBS KEBANGSAAN
PJPK TINGKATAN 1 & 3
JURULATIH UTAMA PENGOPERASIAN PBS
PENGERUSI TEKNIK & PEMBANGUNAN
BOLA SEPAK MSSD KINTA UTARA
PENGERUSI PERMAINAN (BOLA SEPAK
SENIOR) PSKPP PERAK
PANEL PEMURNIAN KSSR PJPK
TAHUN 3 & DSP TINGKATAN 2 (PPK)
PUNCA KUASA
SPI Bil. 1 Tahun 2002 - Pelaksanaan Mata Pelajaran
Sains Sukan
• Pelaksanaan mata pelajaran Sains Sukan berkuatkuasa mulai sesi
persekolahan tahun 2002.
• Semua permohonan untuk menawarkan mata pelajaran Sains
Sukan hendaklah dikemukakan kepada JPN dan mendapat
kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri.
• Peruntukan masa bagi mata pelajaran Sains Sukan adalah 4 waktu
seminggu.
• Mata pelajaran Sains Sukan hendaklah diajar oleh guru yang
berkelulusan ijazah Pendidikan Jasmani atau yang setaraf
dengannya.
• Sekolah boleh membuka kelas Sains Sukan dengan bilangan murid
sekirang-kurangnya 15 orang; dan
• Sekolah perlu mempunyai peralatan yang sesuai dengan kehendak
kurikulum Sains Sukan.
Pengenalan
Sains Sukan ialah mata pelajaran elektif bagi
murid Tingkatan 4, 5 dan Pra Universiti (Tingkatan 6)
Matlamat
Sains Sukan bertujuan untuk melahirkan
murid yang menguasai pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman asas
sains sukan melalui amalan teori dan praktis
dalam bidang sukan serta memupuk dan
meningkatkan penghayatan nilai
sebagai persediaan di bidang kerjaya.
Objektif
Kurikulum ini membolehkan murid:
1. Mengetahui konsep, sejarah dan perkembangan
Sains Sukan;
2. Memupuk semangat patriotisme melalui sukan;
3. Memahami pengurusan dan pengelolaan sukan;
4. Memahami kesan psikologi dan sosiologi sukan
yang mempengaruhi gerak laku manusia
dan prestasi sukan;
Objektif
5. Memahami hubung kait antara sistem tubuh
badan dengan pergerakan;
6. Memahami kesan senaman ke atas fisiologi tubuh
badan dan kaitannya dengan prestasi sukan;
7. Mengamalkan aktiviti fizikal dan memahami
kesannya terhadap kehidupan dan kesihatan diri;
8. Memahami dan mengaplikasi prinsip dan
kaedah latihan;
Objektif
9. Mengaplikasi kaedah pengukuran dan
penilaian dalam mengkaji komponen
kecergasan;
10. Memahami dan mengamalkan prinsip asas
keselamatan dan mengurangkan risiko
kecederaan sukan; dan
11. Memahami pembelajaran proses lakuan
motor dan asas kawalan pergerakan.
Konsep Sains Sukan
Satu bidang ilmu pengetahuan untuk mengurus dan
memahami seluruh faktor gerak laku manusia
dalam aktiviti sukan dan cara untuk meningkatkan
prestasi lakuan motor manusia ke tahap yang optimum.
Bidang ini wujud selari dengan
perkembangan teknologi moden dan dilaksanakan
secara terancang dan sistematik.
Definisi Sains Sukan
Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan
untuk mengurus dan memahami seluruh faktor gerak
laku manusia dalam aktiviti sukan dan cara untuk
meningkatkan prestasi lakuan motor manusia ke
tahap yang optimum. Bidang ini wujud selari dengan
perkembangan teknologi moden dan dilaksanakan
secara terancang dan sistematik.
Sukatan Pelajaran KBSM Sains Sukan, 2002
Disiplin dalam Sains Sukan
Disiplin ilmu yang menggabungjalinkan
kajian gerak laku manusia secara teori dan amali.
Disiplin ini merangkumi aspek-aspek falsafah dan dasar,
anatomi dan fisiologi manusia, fisiologi senam,
pemakanan sukan, psikologi sukan, sosiologi sukan,
biomekanik dan kawalan motor, kecederaan dan
rehabilitasi, prinsip dan kaedah latihan sukan serta
pengurusan sukan.
Sukatan Pelajaran KBSM Sains Sukan, 2002
Bidang Ilmu yang Mengaplikasikan
Prinsip Sains dalam Sukan.
sistem tuas dalam fungsi fisiologi tubuh
penghasilan daya dalam meningkatkan
sumber tenaga untuk kemahiran
pergerakan
keseimbangan dalam
lakuan
Kepentingan Sains Sukan
Bidang yang penting dalam
meningkatkan prestasi sukan melalui
kajian-kajian saintifik
Memberi kesan kepada bidang lain
seperti kesihatan, rekreasi,
ekonomi dan kerjaya
Kewajaran Mata Pelajaran
Sains Sukan di sekolah
Beberapa institusi pengajian tinggi (IPTA/IPTS)
di Malaysia telah menawarkan
kursus Sains Sukan
di peringkat diploma/ijazah/sarjana/PhD.
Menyedari kepentingan ini
adalah wajar kurikulum Sains Sukan
diwujudkan di sekolah.
Kandungan Mata Pelajaran
Sains Sukan
Subdisiplin Sains Sukan
ANATOMI
Anatomi
Bidang pengajian tentang struktur tubuh badan dan
hubungan antara satu bahagian tubuh dengan
bahagian tubuh yang lain.
Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek
kuno "ana" (asingkan) dan "tomy" (potong)
Bidang yang melihat organ dan sistem melalui mata
kasar (anatomi makro) atau melihat tisu dan sel melalui
mikroskop (anatomi mikro)
Subdisiplin Sains Sukan
FISIOLOGI
Fisiologi Sukan
Bidang kajian terhadap pelbagai sistem di dalam
tubuh dan hubungannya antara satu sistem dengan
satu sistem yang lain.
Contohnya sistem kardiovaskular,
sistem rangka, sistem otot rangka, sistem saraf, sistem
endokrina (hormon), sistem respiratori (pernafasan),
sistem penghadaman, sistem uninari
dan sistem reproduktif
Subdisiplin Sains Sukan
BIOMEKANIK
Biomekanik
Disiplin pengetahuan yang menghubungkaitkan
ilmu fizik dan ilmu biologi
Istilah "bio" (merujuk kepada istilah biologi atau sistem
biologi), manakala "mekanik" merujuk kepada aspek
pergerakan yang berkaitan dengan sistem biologi
tersebut
Berfokus kepada aplikasi daya yang dapat
menghasilkan pergerakan oleh anggota dan jasad
Subdisiplin Sains Sukan
PEMBELAJARAN
MOTOR
Pembelajaran Motor
Disiplin ilmu yang membincangkan aspek-aspek
perkembangan dan peningkatan aspek fizikal
seperti kekuatan otot, koordinasi motor
dan saiz fizikal.
Merujuk kepada perubahan keupayaan motor manusia
yang berlaku secara semula jadi sepanjang hayat
yang melibatkan proses tumbesaran,
kematangan dan penuaan.
Subdisiplin Sains Sukan
PEMAKANAN
SUKAN
Pemakanan Sukan
Bidang pengajian tentang proses pengambilan
makanan dan cecair secara seimbang serta
hubungannya dengan prestasi atlet.
Pengambilan makanan yang teratur membantu
persediaan fizikal atlet dari aspek membekalkan
tenaga,
membina dan memulih otot yang cedera,
mengawal berat badan dan komposisi badan,
menjana kesihatan, melambatkan kelesuan
dan menyokong prestasi fizikal
Subdisiplin Sains Sukan
PRINSIP DAN
KAEDAH LATIHAN
Prinsip Latihan
Prinsip latihan merupakan aspek yang perlu diberi
perhatian semasa merancang program latihan fizikal.
Prinsip-prinsip latihan seperti prinsip perbezaan
individu,
prinsip lebih beban, prinsip kekhususan, prinsip
kebolehbalikan, dan prinsip kepelbagaian latihan
Kaedah Latihan Fizikal
Bertujuan untuk meningkatkan fungsi utama fisiologi tubuh
dan komponen kecergasan fizikal
Diklasfikasikan berdasarkan sistem
tenaga aerobik dan sistem tenaga anaerobik
Kaedah latihan berbeza mengikut
sistem tenaga yang digunakan
Contoh:
Sistem Tenaga Aerobik (LSD, Fartlek dan Jeda Jarak Jauh)
Sistem Tenaga Anaerobik (Jeda Jarak Dekat; Latihan Litar dan
Latihan Beban)
Subdisiplin Sains Sukan
KECEDERAAN DAN
REHABILITASI
Kecederaan sukan
Kecederaan sukan ialah luka atau kerosakan yang
berlaku ke atas otot, tendon, ligamen, rawan, tulang dan
tisu-tisu sistem muskulaskeletel yang diperolehi melalui
penglibatan aktiviti sukan
Rehabilitasi
Mengembalikan bahagian yang cedera kepada keadaan
asal melalui proses pemulihan (menguatkan otot,
tendon, ligamen/memulihkan tahap
kecergasan/meningkatkan julat
pergerakan/mengembalikan keyakinan) dan fisioterapi
(mempercepatkan kadar penyembuhan/menyediakan
atlet untuk beraksi atau berlatih)
Subdisiplin Sains Sukan
PENGURUSAN
SUKAN
Pengurusan Sukan
Merupakan proses mengurus sumber manusia dan
peralatan bagi mencapai sesuatu objektif
dalam aktiviti sukan
Melibatkan perancangan, pengelolaan, pengarahan,
pengawalan pengurusan kewangan,
kepimpinan dan penilaian.
Subdisiplin Sains Sukan
PSIKOLOGI
SUKAN
Psikologi Sukan
Bidang yang mengkaji tentang tingkah laku fizikal
serta proses kognitif dan afektif dalam sukan
dan pergerakan
Melibatkan perubahan tingkah laku dan
proses mental yang berlaku
dalam kalangan atlet, pegawai, penonton,
dan mereka yang terlibat secara tidak langsung
dalam sukan
Subdisiplin Sains Sukan
SOSIOLOGI
SUKAN
Sosiologi Sukan
Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi
untuk memahami interaksi yang wujud antara
individu dalam pasukan dan mereka yang berkaitan
dengannya seperti penonton, pengurusan dan media.
Bidang yang signifikan dengan undang-undang dan
peraturan pertandingan, tahap keseriusan
menghadapi pertandingan seperti menang-kalah tidak
ditentukan lebih awal dan penekanan terhadap
kemahiran fizikal yang tinggi.
Hala Tuju Lepasan SPM yang
mengambil mata pelajaran
Sains Sukan
IPTA/IPTS yang menawarkan Pengajian
Sains Sukan
Dasar dan prosedur pemilihan kemasukan ke
IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
• Dasar penentuan aliran:
– pemohon dibahagikan kepada dua (2) aliran iaitu Aliran Sains dan
Aliran Sastera
– Kaedah penentuan aliran menggunakan 4 daripada 5 mata
pelajaran utama
– Aliran Sains:
• Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi ATAU
mata pelajaran berikut:
• Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/
Reka Cipta/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/ERT/Sains
Pertanian/IT/Prinsip akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas/Pengurusan
Makanan/Sains Sukan
– Aliran Sastera:
• Calon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik
dimasukkan ke Aliran Sastera
• Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi
dengan mengguna pakai 90% markah akademik dan
10% markah kokurikulum
• Kaedah pengiraan markah akademik Aliran Sains:
– 90% markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
• Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi ATAU mata
pelajaran berikut:
• Pengajian Kejuruteraan Awam/ Elektrik & Elektronik/ Mekanikal/ Reka
Cipta/Lukisan Kejuruteraan/Teknologi Kejuruteraan/ERT/Sains
Pertanian/IT/Prinsip Akaun/Perdagangan/Ekonomi Asas/Pengurusan
Makanan/Sains Sukan; dan
– 30% markah daripada 3 mata pelajaran terbaik lain yang diambil
• Kaedah pengiraan markah akademik Aliras Sastera:
– 90% markah daripada 5 mata pelajaran berikut:
• Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/Pendidikan Al-
Quran dan As-Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah/Pengetahun Moral; dan
– 30% markah daripada 3 mata pelajaran terbaik lain yang diambil
– Contoh pengiraan:
Markah 5 MP + Markah 3 MP x 90
120
Program Ijazah Pertama di IPTA
Universiti Program Bidang
UPSI ISMP • Pendidikan Sains Sukan dan Pendidikan
Jasmani
UTM ISM Sains dan
UITM Pendidikan • Rehabiltasi Sukan
UM ISM • Pendidikan Sains Kejurulatihan (open
USM
UMS ISM market)
• Sains Sukan
• Sains Sukan
• Pengurusan Sukan
Pengurusan Sukan
Psikologi dan kejurulatihan sukan
Fisiologi sukan dan terapi atlet
ISM Sains Kesihatan Sains senaman dan sukan
ISM Sains Sukan
Kerjaya dalam Bidang Sains Sukan
• Pensyarah sukan/ Guru sukan/ Wartawan
sukan/ Penyelidik sukan/ Juru perunding/
Jurulatih Kecergasan/ Penolong Pegawai
Sukan/ Jurupulih anggota/ Pegawai
Pemasaran Sukan/ Pakar Sains sukan
dsbnya
SEKIAN & TERIMA KASIH