The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ummiridhaab, 2021-03-09 10:40:02

Pengislaman Saidina Uthma Ibnu Affan

keje pai iman

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA
SURAT

1. Biodata Saidina Uthman Ibnu Affan 2-3

2. Pengislaman Saidina Uthman Ibnu 4-5
Affan

3. Rumusan 6
4. Sumber Rujukan 7
5 Tamat 8

BIODATA SAIDINA UTHMAN IBNU AFFAN R.A.

Uthman ibn Affan lahir di makkah pada tahun 47
sebelum Hijrah, enam tahun lebih muda dari
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, dan
merupakan seorang hartawan yang dengan
kedudukannya sebagai seorang ahli perniagaan yang
berjaya. Beliau digolongkan sebagai orang kenamaan
Quraisy yang meniti kehidupan mewah, dan elit yang
dihormati. Beliau juga seorang kacak, lemah lembut,
dan janggutnya perang. Nama beliau lengkap ialah
Uthman ibn Affan bin Abi’l As bin Umaiah, bin abd
sham. Ibu beliau bernama Arwa binti Kuraiz bin
Rabi’ah bin habib. Nasab atau keturunan beliau ialah
‘umaiyah’, satu kabilah Quraisy yang amat dihormati
dan disegani oleh masyarakat arab di makkah di
bandingkan dengan kabilah-kabilah arab yang lain.
Walaupun Uthman meniti cara hidup yang mewah,
namun beliau menghiaskan diri dengan akhlak yang
mulia, lembut, murah hati, serta sering
menghulurkan bantuan kepada golongan yang
miskin dan dhaif, dari hasil yang diperolehi.
Kelembutan dan kemurahan hatinya menyebabkan

beliau mendapat tempat di hati masyarakat. Beliau
mendapat jolokan istimewa iaitu “Dzu’Nurain”
(memiliki dua cahaya). Beliau menikahi dua orang
puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam Isteri
beliau yang pertama ialah Ruqaiah tapi Ruqaiah telah
meninggal dunia sewaktu peperangan Badr dan
kemudian beliau menikahi Ummu Kalthum juga putri
Rasululah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

PENGISLAMAN SAIDINA UTHMAN IBNU AFFAN
R.A.

Sebelum beliau memasuki Islam, Uthman bin Affan
dikenal sebagai pedagang besar dan dan terpandang.
Kekayaannya melimpah ruah. Dia memeluk islam
atas ajakan Abu Bakar as-Siddiq. Tapi sebelum beliau
memmeluk islam terdapat satu peristiwa yang
menyebabkan Uthman bin Affan memeluk islam.
Diriwayatkan pula bahawa ketika beristirehat di
Gurun Sahara yang luas dalam satu perjalanan
pulang dari Syria. Uthman dikejutkann dengan satu
suara dengan kata-kata seruan, “wahai manusia
yang lena! Bangkitlah! Ahmad (senama dengan
Muhammad) sudah pun tiba di makkah!”.
Sekembalinya, Uthman segera mendapatkan Abu
Bakar, yang terkenal dengan kearifannya dalam
bidang ta’bir mimpi; dan dengan segera Abu Bakar
membawanya untuk menemui Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wa sallam Setelah memeluk islam, dengan
penuh kerelaan dia menyerahkan sebahagian besar
hartanya bagi kepentingan perjuangan islam.

Sebagai contoh, pada saat terjadi perangan Tabuk
melawan kerajaan Byzantium, Rasulullash Sallallahu
‘alaihi wa sallam sebagai ketua pemerintahan dan
panglima pasukan merasa kekurangan dana dan
makanan untuk mempertahankan diri daripada
serangan pasukan musuh. Masalah tersebut
dikemukakan oleh Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa
sallam ke hadapan para sahabatnya. Hal ini di
tangani secara serius oleh para sahabat. Abu Bakar
telah menyumbangkan 4000 dinar iaitu seluruh
harta kekayaannya, Umar setengah hartanya,
sementara Uthman Affan menanggung sepertiga
pembiayaan dan dana perang seperti perbelanjaan
10, 000 tentera, 1000 ekor unta, 50 ekor kuda, dan
1000 Dinar (kepingan wang emas) bagi maksud
memperhebat kelengkapan pertemputan.
Sehubugan dengan itu, rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wa sallam berkata, “sesudah ini, apa yang dilakukan
oleh Uthman, tidak lagi mendatangkan mudarat ke
atas dirinya.

RUMUSAN

Kita sebagai umat Islam mestilah menjadikan Saidina
Uthman Ibnu Affan sebagai tokoh dalam hidup kita.
Kita patut mencontohi sifat peribadinya seperti
menjaga akhlak yang mulia, lembut, murah hati serta
selalu memberikan bantuan kepada golongan yang
miskin dan dhaif dari hasil yang diperolehinya.
Kelembutan dan kemurahan hatinya menyebabkan
beliau mendapat tempat di hati masyarakat. Jadi,
kesimpulannya Saidina Uthman Ibnu Affan dapat
dijadikan sebagai teladan dalam hidup kita. Tanpa
sikap yang pemurah di dalam peribadinya, umat
Islam pasti kalah di dalam peperangan Tabuk
melawan kerajaan Byzantium kerana kekurangan
unta dan makanan untuk berperang.

SUMBER RUJUKAN

1. Internet
2. Buku rujukan
3. Buku teks
4. Guru
5. Ibu Bapa

Tika fajarnya menyinsing,
Sinar mentari gah memancar,
Panji-panji Islam di tegakkan,
Gemaan Allahu Akhbar diagungkan,
Tanda kemenangan digenggaman,
Permulaan bagi segala perjuangan,
Tokoh-tokoh Islam yang terkenal,
Bukan hanya di suatu tenpat,
Bahkan di satu-satu tempat,
Kerajaan yang terulung,
Pencorak dunia Islam.

-Tamat-


Click to View FlipBook Version