The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azer_husna, 2021-09-28 08:08:00

ORGAN PERNAFASAN HAIWAN

SAINS TAHUN 4
UNIT 3 : HAIWAN

ORGAN
PERNAFASAN
HAIWAN

UNIT 3 : HAIWAN

ORGAN PERNAFASAN HAIWAN

• Haiwan perlu bernafas untuk hidup.

• Haiwan yang berbeza mempunyai organ pernafasan
yang berbeza.

• Organ pernafasan haiwan ialah peparu, insang,
spirakel dan kulit lembap.

Organ Pernafasan: PEPARU

• Kebanyakan haiwan darat kelawar gajah
bernafas melalui peparu.
burung
• Contoh haiwan darat yang
bernafas melalui peparu ular landak
ialah burung, monyet, ular,
lembu, arnab, landak,
kelawar dan gajah.

lembu monyet

Organ Pernafasan: PEPARU

• Haiwan akuatik seperti ikan lumba-lumba platipus
paus, ikan lumba-lumba,
platipus, buaya dan penyu
bernafas melalui peparu.

penyu ikan paus

buaya

Organ Pernafasan: INSANG

• Hampir semua haiwan yang ikan berudu
hidup di dalam air (haiwan udang ketam
akuatik) bernafas melalui
insang.

• Contoh haiwan yang
bernafas melalui insang
ialah ikan, udang, berudu
dan ketam.

Organ Pernafasan: SPIRAKEL

• Serangga bernafas melalui beluncas belalang
spirakel, iaitu liang halus yang
terdapat pada abdomennya. rama-rama

• Udara masuk melalui spirakel lipas semut
dan diangkut ke sel-sel melalui
trakea, iaitu saluran udara
halus yang bercabang ke
seluruh badan.

• Contoh haiwan yang bernafas
melalui spirakel ialah belalang,
rama-rama, semut, beluncas,
lipas dan mentadak.

Organ Pernafasan: KULIT LEMBAP

• Haiwan seperti cacing cacing lintah
tanah, lintah, pacat dan
siput bernafas melalui kulit
lembap.

• Oksigen meresap masuk ke
dalam badan haiwan ini
menerusi kulit yang lembap
dan nipis.

pacat siput

Organ Pernafasan :
PEPARU dan KULIT LEMBAP

• Haiwan seperti katak, kodok, salamander, sesilia
dan neut bernafas melalui peparu dan kulit lembap.

• Haiwan ini bernafas melalui peparu ketika di darat
dan bernafas melalui kulit lembap ketika di dalam
air.

LATIHAN ULANG KAJI 5

Jawab semua soalan.

1. Namakan organ pernafasan bagi haiwan yang berikut.

a) Gajah - f) Penyu -

b) Salamander - g) Udang -

c) Ketam - h) Semut -

d) Beluncas - i) Paus -

e) Cacing- j) Katak -

LATIHAN ULANG KAJI 5

2. (a) Namakan dua jenis haiwan yang mempunyai
dua organ pernafasan.
(i) _____________________
(ii)_____________________

(b) Namakan dua organ pernafasan tersebut.
(i) _____________________
(ii) _____________________

SEKIAN, TERIMA KASIH

Oleh AZRATUL HUSNA BT AZUDDIN


Click to View FlipBook Version