The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by THIVEISHNATH A/L GOBINATH Moe, 2023-12-14 10:35:10

kerja lapangan

kerja lapangan

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JAMBUL JALAN BUKIT GAMBIER, 11700 GELUGOR,PULAU PINANG SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2 2023 TAJUK: PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN HARAPAN,GEORGETOWN,PULAU PINANG NAMA : THIVEISHNATH A/L GOBINATH TINGKATAN : 2 ADARA NAMA GURU : ENCIK AHMAD IQBAR BIN OMAR


TARIKH HARI PERKARA CATATAN 1/12/2023 Guru Mata Pelajaran Mendengar Taklimat Kerja Lapangan Geografi, Tingkatan 2 dalam kelas JUMAAT 5/12/2023 SELASA Perbincangan tentang : - Tajuk Kajian - Jadual kerja / Pengagihan kerja - Penghargaan - Pendahuluan - Objektif kajian - Kawasan kajian - Penentuan Kaedah Kajian - Borang Soal Selidik - Hasil Kerja Lapangan - Rumusan - Rujukan - Sediakan lampiran Guru Mata Pelajaran 6/12/2023 (PdPR) (1JAM ) RABU Murid menyediakan borang soal selidik,menulis pendahuluan, penghargaan, objektif kajian dan kaedah kajian KHAMIS - JUMAAT 7/12/2023 – 8/12/2023 Murid melakukan soal selidik Mencari dan mengumpul maklumat (Pdpr) ISNIN - Menghuraikan konsep - Menganalisis maklumat/ data dalam bentuk Peta Bulatan - Melukis Peta Bulatan 11/12/2023 (PdPR) 12/12/2023 SELASA (PdPR) (2 Jam 30 Minit) - Mentafsir Peta Bulatan yang dilukis - Menghuraikan faktor yang mempengaruhi pembinaan jalan pengangkutan di kawasan kajian - Menghuraikan kesan pengangkutan di kawasan kajian


13/12/2023 RABU - Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan pengangkutan di kawasan kajian - Membuat rumusan tentang tajuk kajian (PdPR) (1 Jam) 14/12/2023 KHAMIS Murid mengemaskini dan menghantar laporan


ISI KANDUNGAN M/S 5.0 KAEDAH KAJIAN 2.0 PENDAHULUAN 4.0 KAWASAN KAJIAN DAN PETA LAKAR 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 1.0 PENGHARGAAN 6.0 HASIL KAJIAN 7.0 RUMUSAN 9.0 LAMPIRAN 8.0 RUJUKAN 15 13 7-12 4-5 2 6 3 14 1


1.0 PENGHARGAAN Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2. Setinggi – tinggi penghargaan kepada Pengetua Cemerlang SMK Bukit Jambul, Puan Hajah Zaharah kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Encik Ahmad Iqbar Bin Omar kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Gobinath A/L Pandian yang memberi bantuan kewangan untuk menjayakan kerja lapangan ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber yang sudi menjawab soalan – soalan dalam borang temu bual. 1


2.0 PENDAHULUAN Saya telah menjalankan kajian tentang pengangkutan awam di Taman Harapan,Georgetown,Pulau Pinang. Saya memilih tajuk ini kerana kebanyakan penduduk di sini menggunakan pengangkutan awam seperti Bas Rapid, Teksi dan e-panggilan(e-hailing) untuk ke sesuatu tempat. Saya menjalankan kajian ini selama 15 hari bermula bermula pada 1 Disember 2023 hingga 15 Disember 2023. Penulisan laporan kerja lapangan dilakukan di rumah (Pengajaran dan Pembelajaraan di Rumah, PDPR) pada waktu pengajaran dan pembelajaraan Geografi. 2


3.0 OBJEKTIF KAJIAN Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Harapan, Georgetown, Pulau Pinang, bertujuan untuk: 3.1 Mentakrif dan menghuraikan konsep pengangkutan awam. 3.2 Menyatakan dan menghuraikan jenis pengangkutan awam. 3.3 Menyatakan dan menghuraikan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian, 3.4 Menghuraikan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian. 3.5 Menghuraikan cadangan untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di kawasan di kawasan kajian. 3


4.0 KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya adalah di sekitar Taman Harapan, Georgetown, Pulau Pinang. Lingkungan kawasan kajian ini adalah lebih kurang tiga kilometer persegi. Kawasan ini terletak dalam daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Jumlah penduduk di kawasan kajian ini adalah lebih kurang 2,000 orang. Bentuk muka bumi kawasan ini adalah terdiri daripada tanah pamah yang rata. Jarak kawasan kajian dari bandar Georgetown ialah tiga kilometer. Jika menaiki bas, tambangnya ialah RM 3.00 manakala jika menaiki teksi, tambangnya ialah RM 20. 4


PETA LAKAR


5.0 KAEDAH KAJIAN Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut: 5.1 Pemerhatian – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis pengangkutan awam di Kawasan kajian 5.2 Temu Bual – Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian. Selain itu, kaedah ini digunakan untuk mengetahui masalah dan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam. 5.3 Rujukan – Rujukan buku di perpustakaan dan Internet digunakan untuk mengetahui konsep pengangkutan awam. 6


6.0 HASIL KAJIAN 6.1 KONSEP PENGANGKUTAN AWAM Menurut Wikipedia ,Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ,pengangkutan awam dapat didefinasikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti teksi, bas dan kereta api yang digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentudengan kadar tambang yang telah ditetapkan. 7


6.2 JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN Melalui pemerhatian saya, jenis pengangkutan awam di Taman Harapan,Georgetown,Pulau Pinang ialah perkhidmatan teksi, perkhidmatan bas dan perkhidmatan e-panggilan(ehailing).Pengangkutan bas di sini terdiri daripada bas rapid, bas persiaran dan bas sekolah. Perkhidmatan bas sekolah di sini agak penting untuk murid ke sekolah pada setiap hari persekolahan. Perkhidmatan bas rapid dan bas persiaran juga penting untuk para pekerja untuk ke tempat kerja dan sebagainya. Selain itu, teksi di Taman Harapan termasuklah teksi bertambang iaitu seorang pemandu memandu kenderaan yang digunakan untuk mengangkut seseorang atau sebilangan kecil penumpang ke destinasi yang dipilih oleh penumpang. Penduduk di Taman Harapan juga menggunakan satu aplikasi dipanggil perkhidmatan e-panggilan untuk menaiki kenderaan penumpang seperti Grab dan sebagainya. 8


6.3 KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN Kepentingan pengangkutan awam di Taman Harapan, Georgetown, Pulau Pinang adalah seperti yang berikut: a) Mengurangkan kesesakan lalu lintas Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Penggunaan pengangkutan awam seperti teksi, e- panggilan, bas dan sebagainya dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. b) Melahirkan masyarakat yang produktif dan menjana pendapatan Melalui soal selidik, ada responden yang menyatakan dengan adanya pengangkutan awam telah membuka banyak peluang pekerjaan dan menjana ekonomi sesekeluarga. c) Menjimatkan kos Melalui pemerhatian saya, penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan kos. Pengguna dapat menjimatkan kos penggunaan kereta seperti kos bahan api dan juga kos parkir kereta. 9


6.4 MASALAH PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN a) Masalah kemalangan di jalan raya Masalah kemalangan di jalan raya turut meningkat disebabkan oleh sikap cuai pemandu yang memandu secara bahaya dan tidak berhati-hati. Mereka berbuat sedemikian kerana mengejar jadual perjalanan dan berlumba-lumba untuk mendapatkan penumpang tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. b) Pencemaran udara Berdasarkan pemerhatian saya, pengangkutan awam di kawasan kajian telah menyebabkan pencemaran udara. Bas-bas ini menggunakan minyak diesel sebagai bahan api. Bas-bas ini mengeluarkan asap yang banyak yang mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk dan boleh mendatangkan penyakit. c) Kos bahan api meningkat Melalui soal selidi, salah satu responden telah menyatakan bahawa, kenaikan kos bahan api telah menyebabkan tambang pengangkutan awam turut meningkat. Peningkatan ini telah membebankan penduduk yang sering menggunakan bas awam ini. 10


GURU JIRAN IBU BAPA RESPONDEN 11 Masalah pengangkutan awam di Taman Harapan KOS BAHAN API MENINGKAT PENCEMARAN UDARA MASALAH KEMALANGAN


6.5 CADANGAN MENGURANGKAN MASALH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI KAWASAN KAJIAN a) Menguat kuasakan undang-undang Menurut Puan Kalaiselvi Nachamuthu, beliau menyatakan bahawa kerajaan memainkan peranan yang agak penting dalam mengatasi masalah ini dengan memberi hukuman berat kepada para pemandu bas yang tidak mematuhi undang- undang. Tindakan ini adalah untuk mendisiplinkan pemandu bas. b) Menyelenggarakan pengangkutan awam dengan kerap Berdasarkan temu bual bersama Encik Gobinath Pandian, beliau cadangkan bahawa pihak berkuasa perlu menyelenggarakan pengangkutan awam seperti bas untuk memastikan pengangkutan awam dalam keadaan baik dan selamat. Hal ini juga dapat memastikan kesalamatan para pengguna pengangkutan awam dan dapat mengurangkan kemalangan. c) Kempen Alam Sekitar Menurut Encik Devandiran Naidu, beliau menyatakan bahawa pihak kerajaan atau pihak swasta perlu menganjur kempen Alam Sekitar untuk memberi pendedahan kepada generasi muda. Selain itu, bas-bas yang banyak mengeluarkan asap perlu mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar pelepasan asap. 12


7.0 RUMUSAN Kesimpulannya, jenis pengangkutan awam utama di Taman Harapan,Georgetown,Pulau Pinang ialah e-panggilan(e-hailing).e-panggilan(e-hailing)ini mempunyai banyak kepentingan kepada penduduk di kawasan kajian. Antaranya adalah untuk menjimatkan kos, melahirkan masyarakat yang produktif dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pelbagai masalah pengangkutan awam dihadapi di kawasan kajian. Antaranya ialah kos bahan api meningkat, pencemaran udara dan masalah kemalangan di jalan raya. Pelbagai langkah diambil untuk mengatasi masalh pengangkutan awam. Antaranya ialah menguat kuasakan undang-undang, menyelenggarakan pengangkutan awam dengan kerap dan penganjuran kempen alam sekitar. Saya bersyukur kerana dapat menjalankan kajian ini dan berharap kajian ini dapat memberi manfaat kepada penduduk, syarikat pengangkutan awam dan masyarakat umumnya. Dapatan kajian ini diharap dapat mewujudkan masyarakat yang bertanggungjawab. 13


8.0 RUJUKAN a) Buku Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM b) Orang Sumber Encik Gobinath Pandian,49 tahun Encik Devandiran Naidu,39 tahun Puan Kalaiselvi Nachamuthu,48 tahun 14


9.0 Lampiran


15


Click to View FlipBook Version