SK Buloh Kasap, Segamat
KM 165 JALAN ABDULLAH, BULOH KASAP
85010 SEGAMAT, JOHOR
JBA 7008
07-9442543
****************************************************************
HOT GREEN SEAT
*****************************************************************
ZUNAIDAH BINTI ZAKARIA (771127 03 5776)
KHALIMATUS SA’ADIAH BINTI KASMURI (841115 01 6464)
NURRUNIESYAK BINTI REHAN (790806 01 5068)
JAMAAH BINTI ABU BAKAR (730609 08 6372)
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 ABSTRAK ................................................................................. 3
2.0 OBJEKTIF ................................................................................. 4
3.0 SDGs YANG DICAPAI BAGI TEMPOH 4 TAHUN (2016-2020)
3.1 Senarai SDGs yang berjaya dicapai................................. 5
3.2 Inisiatif/Aktiviti yang telah dijalankan ........................... 6
3.3 Laporan / Gambar ......................................................... 7 - 13
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
4.1 Isu / Kekangan di sekolah ............................................. 14
4.2 Action Plan ................................................................... 14
4.3 Senarai Rujukan ........................................................... 15
4.4 Maklumat dari rujukan dan digunakan dalam
menghasilkan penambahbaikan dan cadangan
Action Plan.................................................................... 16
4.5 Peranan dan tindakan sekolah, guru, pelajar dan
pihak luar bagi Action Plan yang dicadangkan................ 17
4.6 Impak cadangan Action Plan ......................................... 18
5.0 KESIMPULAN........................................................................... 18
2
1.0 ABSTRAK
HOT GREEN SEAT
Zunaidah binti Zakaria (Guru Penasihat)
Nurruniesyak binti Rehan (Guru Penasihat)
Jamaah binti Abu Bakar (Guru Penasihat)
Khalimatus Sa’adiah binti Kasmuri (Guru Penasihat)
Siti Ruhana Qistina binti Mohd Ismail (Murid)
Putera Ashriel Iezzwar bin Zakaria (Murid)
Fakhrul Imran bin Sulaiman (Murid)
SK Buloh Kasap, 165, Jalan Abdullah, Buloh Kasap, 85010 Segamat, Johor
‘Hot Seat’ merupakan salah satu aktiviti pembelajaran Abad 21 yang kian mendapat
tempat di kalangan murid. Ianya merupakan aktiviti susulan selepas murid membuat
bacaan dan kajian secara individu atau berkumpulan. Seorang murid akan duduk di
kerusi yang disediakan dan menjadi ‘pakar’ atau ‘watak’. ‘Pakar’ atau ‘watak’ akan
menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh murid lain. Memandangkan aktiviti ini
mendapat tindakbalas positif di kalangan murid, kumpulan kami berhasrat membuat
keunikan pada ‘kerusi’ yang menjadi ‘hot seat’ dalam aktiviti ini. ‘Hot Seat’ yang
bertemakan ‘Bumi Hijau’ dihasilkan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti botol
mineral dan kain perca. Projek ini secara tidak langsung menggalakkan murid supaya
lebih peka dengan alam sekitar yang mana salah satu cara memulihara alam sekitar
ialah dengan cara mengitar semula bahan yang ada. Ianya juga menggalakkan murid
menjadi lebih kreatif dalam menghasilkan produk yang boleh digunapakai oleh semua.
Kumpulan ini bersepakat menggalakkan setiap kelas di dalam sekolah ini
menggunapakai bahan-bahan terbuang sebagai bahan bantu belajar dengan
menggunakan ‘Hot Green Chair’ ini sebagai contoh.
Kata kunci: bahan kitar semula, PAK21, Bumi Hijau, bahan terbuang, lampu LED,
kreatif
Bahasa Pembentangan: Bahasa Melayu
3
2.0 OBJEKTIF
1. Menjana pemikiran kritis, kreatif, inovatif dan berdaya usaha dalam
merekabentuk dan menghasilkan produk berkualiti yang boleh diguna bersama
menggunakan bahan-bahan terbuang.
2. Mengaplikasikan dapatan daripada pdp dalam kelas untuk menarik minat murid
menggunakan “Hot Seat’ dengan lebih meluas.
3. Memupuk sikap memulihara alam sekitar dengan cara mengitar semula bahan
terbuang selaras dengan kempen sekolah lestari dan rendah karbon.
4
3.0 SDGs YANG DICAPAI DALAM TEMPOH 4 TAHUN ( 2016-2020)
3.1 SENARAI SDGs YANG BERJAYA DICAPAI
BIL TARIKH TEMPAT AKTIVITI PENERANGAN QR CODE
1 20 Jun 2019 SK Buloh Kasap, Showcase Kelestarian Johan
Segamat, Johor PBL/KmR 2019
2 25 Jun 2019 SMK Dato’ Ahmad Pameran KMR PBL TS25 Peserta
Arshad, Segamat, sempena Karnival
Johor Kokurikulum
3 27 Julai 2019 Institut Latihan Seminar Amalan Terbaik Peserta peringkat
Perindustrian, dan Inovasi 2019 (SATI Kebangsaan
Pedas 2019)
4 21-22 Ogos IPGK Perempuan Pertandingan Intervensi Anugerah Perak/
2019 Melayu Amalan Bilik Darjah Peringkat
(iabD) Kebangsaan
2nd Digitalised
Hotel Ansari, International Invention,
5 29 Ogos 2019 Bandar Seri Alam, Innovation and Design Anugerah Emas
Masai, Johor Johor 2019 (DIIID JOHOR
2019) Anjuran UTM
6 11 November Dewan SJKC Showcase TS25 Daerah Pempamer
2019 Jementah Segamat Tahun 2019
5
3.2 INISIATIF / AKTIVITI YANG DIJALANKAN
TARIKH AKTIVITI CATATAN
Guru Pembimbing
14 FEB 2019 Mengenalpasti isu dan permasalahan. Kelas 5 Ibnu Battuta
15 FEB 2019 Bengkel bersama murid. Pembahagian
tugas. Kerja Kumpulan 5 Ibnu Battuta
01 APRIL Mencari maklumat melalui internet dan
2019 bahan rujukan Kerja Kumpulan 5 Ibnu Battuta
Pembentangan Perkembangan projek
07 APRIL Kerja Kumpulan 5 Ibnu Battuta
2019 Penyediaan model dan alatan ,
pengujian Guru pembimbing
14-15 APRIL Pembentangan bersama pentadbir
2019 Guru Pembimbing dan murid
Dokumentasi
15 APRIL Guru m/pelajaran
2019 Pengujian penggunaan di dalam kelas.
Guru pembimbing dan Kumpulan
28 APRIL Penyediaan Pameran yang berjaya
2019 Guru Kelas, Pendamping,
Sukarelawan Dalam Kelas
05- 15 MEI (SDK)/ Persatuan Ibubapa dan
2019 Komuniti (PIBK)
Guru Pembimbing dan murid
20 JUN 2019
Guru Pembimbing dan murid
03 OGOS Pertandingan mencipta ‘Hot Seat ‘ bagi
2019 setiap kelas.
Jun 2019 - Pameran (jemputan pempamer)
sekarang Pertandingan-pertandingan kelestarian
Jun 2019 -
sekarang
6
3.3 LAPORAN / GAMBAR
ISU
Peningkatan
pembuangan botol
mineral
terutamanya bila
ada majlis di
sekolah.
PERKONGSIAN
IDEA
7
PELAKSANAAN
PROJEK
Proses memasukkan kain perca ke
dalam botol mineral.
Botol-botol yang Proses mencantumkan
telah siap di botol-botol mineral
masukkan kain menggunakan loytape.
perca.
8
Hasil cantuman Tapak botol ditoreh menggunakan
botol-botol. pisau bagi memudahkan proses
mencantum tempat menyandar.
Hasilnya…. Murid menjahit
Kemudian alas ‘hot seat’
dikemaskan menggunakan
menggunakan kain perca dan
memasukkan
loytape. span terpakai.
9
Lajmpu LED dipasang
pada ‘hot seat’.
Proses penyediaan
tapak ‘hot seat’
INILAH HASILNYA..
‘HOT GREEN SEAT’
KAMI.
10
JOHAN
PERTANDINGAN
INOVASI PERINGKAT
SEKOLAH
20 Jun 2019
SK Buloh Kasap,
Segamat, Johor
11
SEKITAR PAMERAN DI
SMK DATO’AHMAD
ARSHAD
25 Jun 2019
SMK Dato’ Ahmad
Arshad, Segamat
12
SEKITAR PAMERAN DI SEMINAR
AMALAN TERBAIK DAN INOVASI 2019
(SATI 2019) PERINGKAT KEBANGSAAN
27 Julai 2019
Institut Latihan
Perindustrian, Pedas
13
4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN ACTION PLAN
4.1 Isu / Kengkangan di sekolah
Kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti punca murid kurang berminat dalam PDPc
khususnya penggunaan kaedah ‘Hot Seat’. Ini juga bagi mengumpul idea tentang
pendapat murid berkenaan ciri-ciri ‘Hot Seat’ yang boleh menarik minat mereka
dalam proses PDPc yang lebih seronok dan berkesan.
Bertemakan projek Bumi Hijau bagi merealisasikan idea sekolah lestari dan
masyarakat rendah karbon, ianya bertujuan mempromosi sikap kitar semula di
kalangan warga sekolah dan masyarakat sekeliling secara amnya.
Projek ini juga bertujuan bagi mencungkil kreativiti di kalangan murid di samping
memupuk sikap cintakan alam sekitar.
4.2 Action Plan
Kajian ini dibataskan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Buloh Kasap,
Segamat, Johor. Ianya merangkumi semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6
yang terlibat dalam PDPc abad ke 21 khususnya dalam penggunaan ‘hot seat’ di
kelas masing-masing.
Murid akan berkerjasama dalam mencari idea bagi menyelesaikan isu sampah di
sekolah dan cara mengitar semula bahan tersebut menjadi ‘hot seat’.
“Hot Seat tersebut akan digunakan secara optimum di dalam kelas bagi semua
matapelajaran yang di ajar di sekolah. Contohnya dalam matapelajaran;
MATEMATIK
13.1 Operasi bergabung melibatkan jisim
(i) Menambah dan menolak jisim melibatkan kilogram dan gram, tanpa dan dengan
penukaran unit.
(ii) Mendarab dan membahagi jisim melibatkan kilogram dan gram tanpa dan
dengan penukaran unit.
1.3.2 Penyelesaian masalah melibatkan jisim
(iii) Menyelesaikan masalah harian melibatkan operasi bergabung berkaitan jisim.
14
4.3 Senarai Rujukan
1. http://jpnkedah.moe.gov.my/images/files/Surat_Hebahan/Pembelajaran_abad_2
1.pdf
2. Majalah Pendidik, November 2016
3. http://eprints.ums.edu.my/359/1/Amalan%20kitar%20semula%20di%20kalangan
%20pelajar.pdf
4. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL.6/1997: Amalan Kebersihan Di Sekolah.
Kementerain Pendidikan Malaysia. https://www.moe.gov.my/…/pekeliling/..
15
4.4. Maklumat dari rujukan dan digunakan dalam menghasilkan
penambahbaikan dan cadangan action plan
“Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet,
perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT dalam bilik darjah. Sebenarnya
Pembelajaran Abad ke-21 bermaksud guru menggunakan kaedah PdP
berpusatkan murid (student-centred) serta menekankan elemen membina
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid” Tan Sri Dr. Khair
Mohamad Yusof, KPPM.
Kajian Kementerian Alam Sekitar mendapatl purata untuk setiap lsi rumah
Semenanjung Malaysia menyimpan bahan kitar semula dalam rumah adalah
sebanyak 0.07 kilogram sehari dan hanya 3 hingga 5 peratus sahaja sisa pepejal
yang telah dibuang akan dihantar ke kilang pemprosesan kitar semula manakala
95 hingga 97 peratus bahan yang dikutip dilupuskan di tapak pelupusan sisa
pepejal (BERNAMA, 2013). Hasil kajian Ini mengambarkan bahawa seorang rakyat
Malaysia lebih cenderung untuk menyimpan bahan kitar semula dl dalam rumah
dengan jangka masa yang lama berbanding menghantamya ke pusat kitar semula.
Oleh sebab itu, Latif et aI., (2012) menegaskan bahawa budaya kitar semula pertu
disemai dalam kalangan lsi rumah dan juga organisasl bagl mengelakkan kadar
pembuangan dan penumpukan sisa pepejal di negara Inl bertambah kronik.
Seterusnya Saripah et al., (2012) menjelaskan bahawa kurangnya penerapan kitar
semula dikalangan rakyat Malaysia adalah berkait rapat dengan amalan Individu.
Pihak sekolah sememangnya amat menekankan kesedaran kitar semula
dikalangan murid dan warga sekolah. Melalui aktiviti 3R- Reduce, Reuse dan
Recycle (Mengurangkan sisa, menggunakan semula sisa dan kitar semula sisa,
murid secara tidak langsung menanam sikap sayangi alam sekitar di kalangan
warga sekolah dan menjana idea-idea keatif yang boleh meningkatkan kreativiti
dan inovasi yang boleh dimanfaatkan bersama.
16
4.5 Peranan dan tindakan sekolah, guru, pelajar dan pihak luar
bagi Action Plan yang dicadangkan
Penglibatan yang memberangsangkan daripada pihak sekolah setakat ini mampu
menerapkan nilai-nilai cintakan alam sekitar dan dalam masa yang sama kreatif
dalam mencari idea baru dalam menggunapakai bahan-bahan terbuang.
Bahan-bahan terpakai seperti tin, kain perca dan botol plastik juga dikumpul
daripada masyarakat sekitar. Secara tidak langsung, kami berjaya
mempromosikan program kitar semula kepada masyarakat luar amnya.
Pihak sekolah dengan kerjasama Persatuan Ibubapa dan Komuniti (PIBK) telah
berjaya menghasilkan satu “hot seat” bagi setiap kelas (18 kelas perdana,
prasekolah dan kelas pendidikan khas) dengan menggunakan bahan-bahan
terpakai. Antara,
17
4.6 Impak cadangan Action Plan kepada pencapaian SDGs
Dengan kejayaan ini, murid-murid dan rakan-rakan guru yang lain akan lebih
teruja dan berminat menggunakan kaedah ‘Hot Seat’ semasa proses PDPc dan
dalam masa yang sama, prihatin dengan pemuliharan alam sekitar.
Dengan terhasilnya produk ini, akan menjadi perangsang bagi kami dan rakan-
rakan menghasilkan lebih banyak idea-idea segar dan mempromosi kelestarian
alam sekitar.
Projek ini berupaya melahirkan generasi yang kreatif dan cintakan alam sekitar.
Warga sekolah khususnya akan lebih peka dengan alam sekitar yang mana salah
satu cara memulihara alam sekitar ialah dengan cara mengitar semula bahan yang
ada. Secara tidak langsung, sikap ini akan dibawa ke dalam kehidupan seharian
yang mana akan memberi kesan kepada gaya hidup masyarakat sekeliling amnya.
5.0 KESIMPULAN
Dengan terhasilnya produk ini, diharap warga sekolah khususnya akan lebih teruja
dan berminat menggunakan kaedah ‘Hot Seat’ semasa proses PDPc dan dalam
masa yang sama, prihatin dengan pemuliharan alam sekitar. Ianya menjadi salah
satu perangsang dalam menjadikan impian sekolah lestari dan masyarakat rendah
karbon tercapai.
18