The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Skrap digital Hariz 6IB

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zunaidah771127035776, 2021-11-06 10:54:10

LUMBA LARI

Buku Skrap digital Hariz 6IB

SEKOLAH KEBANGSAAN BULOH KASAP
SEGAMAT, JOHOR
JBA 7008

********************************

BUKU SKRAP
SUKAN OLAHRAGA

TAJUK: LUMBA LARI

********************************
NAMA : HARIZ BIN ABDULLAH
KELAS : 6 IBNU BATTUTA

1. Biodata Pelajar…………………….. 1
2. Penghargaan……………………….. 2
3. Pengenalan………………………… 3
4. Sejarah Permainan………………… 4
5. Tokoh-tokoh Sukan……………….. 5
6. Peraturan Permainan………………. 6
7. Bagaimana permainan dijalankan…. 7
8. Penutup……………………………. 8
9. Sumber rujukan……………………. 9

BIODATA PELAJAR

NAMA : HARIZ BIN ABDULLAH
KELAS : 6 IBNU BATTUTA
TARIKH LAHIR : 29 OKTOBER 2009
HOBI : BERSUKAN
CITA-CITA : GURU
NAMA AYAH : ABDULLAH BIN OTHMAN
NAMA IBU : NURIDAH BINTI SAKIMIN
ALAMAT RUMAH : No. 13, JALAN SEJATI 4,
TAMAN TASIK SEJATI BULOH
KASAP, 85000 SEGAMAT,
JOHOR.

PENGHARGAAN

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada
guru Pendidikan Jasmani iaitu Pn. Zunaidah kerana
tidak jemu mendidik saya dan rakan-rakan yang
lain.

Selain itu, terima kasih juga kepada ibu bapa
dan seluruh keluarga saya yang banyak membantu
dalam menyiapkan tugasan buku skrap ini. Akhir
kata, terima kasih kepada semua, semoga tugasan
ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya
tentang subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan.

PENGENALAN

Sukan Lumba Lari mempunyai banyak acara
seperti 100 m,200 m,4x100 m dan lain-lain. Sukan
ini juga melambangkan keupayaan dan kemahiran
asas manusia sebagai makhluk yang mempunyai
fikiran. Kemahiran ini diperkembangkan dan
diperbaiki sehingga menjadi acara sukan yang
kemudiannya dipertandingkan.

Dari masa ke semasa, kebolehan manusia menjadi
satu acara pertandingan yang menarik, sehingga
mampu menarik minat ramai orang dari serata
dunia sejak dahulu lagi. Dari situ lahirlah istilah
olahraga yang meragkumi pelbagai acara lumba
lari. Mereka yang melibatkan diri di dalam olahraga
ini dikenali sebagai olahragawan(lelaki) dan
olahragawati(perempuan).

SEJARAH PERMAINAN

Sukan Lumba Lari merupakan sukan terawal
dipertandingkan dalam olahraga iaitu sebelum
Tahun 1880an. Tiada cara pengukuran masa
pertandingan yang standard ditetapkan bagi sukan
ini. Ketika ini gaya permulaan menggunakan gaya
berdiri. Pada tahun 1884, gaya dekam telah
diperkenalkan di Scotland. Di samping itu, pada
Tahun 1896 apabila Sukan Olimpik Moden di
Greece dilakukan, olahraga telah menjadi acara
wajib sehingga sekarang.

TOKOH – TOKOH SUKAN

Zaidatul Husniah Zulkifli yang dikenali sebagai
ratu pecut negara telah melakar kejayaan dengan
meraih pingat perak bagi acara 100m dan 200m
wanita Sukan SEA 2017. Beliau juga telah
memecahkan rekod G Shanti dalam kejohanan ASA
Speed Series 2, Bloemfontein, Afrika Selatan dan
telah mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Selain itu,
beliau pernah mewakili negara di Temasya Olimpik
di Rio 2016 menerusi tiket wild card.

Tokoh sukan lumba lari yang kedua ialah Khairul
Hafiz Jantan. Beliau telah dinobatkan sebagai Raja
Pecut Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas
berjaya menamatkan saingan akhir 100m di tempat
pertama. Beliau meraih pingat emas dengan hasil
catatan 10.38 saat. Hasil kejayaan tersebut, beliau
dimahkotakan sebagai manusia terpantas di Asia
Tenggara. Seterusnya, antara kejayaan yang beliau
perolehi ialah dengan memenangi pingat emas
acara 100m lelaki di kejohanan Olahraga Remaja
Asia ke-17(2016) di Ho Chi Min City, Vietnam.
Selain itu, beliau juga memenangi pingat emas
acara 200m lelaki di Kejohanan Olahraga Terbuka
di Filipina 2016.

PERATURAN PERMAINAN

 Blok permulaan hendaklah tegar dan

diperbuat tanpa spring yang boleh membantu
pelari.

 Sebelum permulaan, pelari hendaklah

memanaskan badan terlebih dahulu.

 Semasa berada di garisan permulaan, pelari

tidak dibenarkan menyentuh garisan
permulaan.

 Apabila memulakan larian dengan cara

gaya dekam, kedua-dua tanah hendaklah
menyentuh tanah.

 Pelumba yang memulakan larian sebelum

tembakan pistol pelepas oleh pegawai pelepas
dikira batal.

 Pelari hendaklah berlari dalam lorong

sendiri dari awal hingga akhir.

 Peserta yang terlebih dahulu sampai ke

garisan penamat dikira sebagai pemenang.

BAGAIMANA PERMAINAN
DIJALANKAN

Fasa Permulaan: Memulakan larian tanpa blok
permulaan

1.Berdiri rapat kepada garisan dan kira dua atau
setengah tapak kaki.
2.Hujung tapak kaki belakang selari dengan tumit
tapak kaki hadapan.
3.Ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku
penumbuk.

Fasa Permulaan: Memulakan larian dengan blok
permulaan

1.Blok permulaan adalah rapat dengan garisan
permulaan

Fasa Larian:Pecutan
1.Selepas bunyi tembakan pistol,pergerakan ke
hadapan dimulakan dengan hayunan pergerakan
yang kuat bahagian tangan dan kaki.

Kelajuan Maksimum Dan Pengekalan Kelajuan:
1.Fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan
60 meter iaitu pada awal larian

Larian Di Selekoh:
1.Pelari perlu merendahkan badan ke dalam sedikit
untuk memastikan larian selekoh berkesan untuk
mengimbangi kuasa ‘centrifugal’.

Fasa Penamat:
1.Pelari perlu berlari pecut sehingga melewati
garisan penamat.
2.Cara paling baik untuk menamatkan larian
dengan menonjolkan bahagian dada ke hadapan.

PENUTUP

Saya sangat bersyukur kerana berjaya menyiapkan
tugasan buku skrap ini. Saya berharap kerja buku
skrap ini dapat menambahkan ilmu saya dalam
kehidupan seharian. Tambahan pula, saya dapat
maklumat tambahan berkenaan sukan ini melalui
pencarian di internet dan bahan-bahan lain. Semoga
buku skrap ini bermanfaat untuk diri sendiri, rakan-
rakan dan lain-lain.

SUMBER RUJUKAN

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Lari_pecut

https://ms.wikipedia.org/wiki/Olahraga

https://www.slideshare.net/hassannordinibrahim/la
tihan-lari-pecut

https://ms.wikipedia.org/wiki/Lari_100_meter

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3/20
16/07/177458/khairul-hafiz-pecah-rekod-100-
meter-kebangsaan

https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/3/20
17/03/257727/kenali-zaidatul-husniah


Click to View FlipBook Version