The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by husliza_yas, 2022-03-16 18:30:26

BUKU PENGURUSAN 17 mac - Copy

BUKU PENGURUSAN 17 mac - Copy

SMK SULTAN IBRAHIM
KULAI, JOHOR

Kandungan Mukasurat
Bil. Perkara 1
1. Halaman Kandungan 2
2. Sekapur Sirih 3
3. Visi dan Misi 4
4. Falsafah pendidikan Kebangsaan 5
5. Falsafah dan Matlamat Sekolah 6
6. Objektif Sekolah dan Piagam Pelanggan 7
7. Ketetapan Sekolah 10
8. Budaya Kerja Warga Pendidik SMKSI 13
9. Latar Belakang Sekolah 14
10. Pencapaian Akademik 16
11. Panduan Am Untuk Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana(AKP) 25
12. Dilarang Tetapi Boleh Buat Dengan Kebenaran 29
13. Peranan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) 35
14. Majlis Pengurusan Pentadbiran Sekolah 38
15. Maklumat Guru dan AKP 44
16. Surat Aku Janji 45
17. Surat Pelantikan Rasmi Tugas Khas dan AKP sesi 2022/2023
18. Surat Pelantikan Ketua Pentaksir/Pentaksir Pentaksiran 46
Berasaskan Sekolah 2022/2023
19. Majlis Pengurusan Dan Pentadbiran 47
20. Majlis Pengurusan Kurikulum 62
21. Pakej Mata Pelajaran Tingkatan 4 dan 5 71
22. Waktu Persekolahan 73
23. Jadual Pencerapan Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc)Guru 74
24. Jadual Penyemakan Rancangan Pengajaran Harian ( e-Rph) Guru
25. Takwim SMK Sultan Ibrahim 2022/2023 84
26. Majlis Pengurusan HEM 89
27. Pelan SMK Sultan Ibrahim 109
28. Jadual Bertugas Mingguan 124
29. Senarai Buku Tulis dan Koperasi 125
30. Penggal Persekolahan Sesi 2022/2023 139
31. Jadual Cuti Perayaan dan Hari Kelepasan Am 140
32. Majlis Pengurusan Kokurikulum 141
33. Majlis Pengurusan Pentadbiran Pra-U 142
34. Majlis Pengurusan Program Pendidikan Khas dan Integrasi(PPKI) 165
35. Lampiran 177
36. Jadual pembayaran Gaji 2022/23
37. Catatan Mesyuarat 187
188

1

SEKAPUR SIRIH

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam SSI Gemilang.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya saya masih
diberi peluang menitipkan sepatah dua kata dalam Buku Pengurusan Sekolah 2022 ini.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan buku pengurusan yang akan menjadi
panduan kepada semua sepanjang sesi persekolahan kali ini.

Banyak perkara telah berlaku dan banyak situasi telah berubah sepanjang tahun 2021. Sesi
PdPr yang lebih lama daripada sesi bersemuka, tekanan ekonomi keluarga, tekanan emosi murid
antara perkara yang menyebabkan anak-anak murid kita hilang fokus dalam pelajaran. Seiring
dengan itu juga, tanggungjawab kita sebagai pendidik menjadi semakin besar dan mencabar.
Antara cabaran besar kita sekarang adalah bagaimana ingin menarik mereka kembali ke sekolah
dan mengekalkan fokus mereka supaya pembelajaran mereka tidak terganggu.

‘Memanusiakan manusia’ bukan sesuatu yang mudah. Tapi itulah salah satu fungsi kita di
sekolah. Menggantikan ibubapa buat sementara, mendidik, membimbing murid supaya mereka
berada di landasan yang betul kearah menjadi warganegara yang berguna kepada bangsa, agama
dan negara. Bagi menuju kearah itu, ada 10 sifat yang ingin kita terapkan kepada anak-anak murid
kita di SMKSI mulai tahun ini. Sifat-sifat ini adalah Inquirer, Knowledgeable, Thinker, Communicator,
Principled, Open-minded, Caring, Risk-taker, Balanced dan Reflective.

Akhir kata, saya menaruh sepenuh keyakinan atas kebolehan rakan-rakan guru serta
kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap tugas-tugas professional di sekolah
akan menghasilkan sekolah yang cemerlang dan melahirkan murid-murid yang berjaya dari segi
sahsiah dan akademik. Saya menyeru kepada semua untuk sama-sama berganding bahu bagi
merealisasikan misi SMKSI Gemilang tahun ini.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas dari,

………………………….….
NORAINI BT MOHD NOR

PENGETUA
SMK SULTAN IBRAHIM, KULAI

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmoni dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.

”Membina Ilmu,
Menyempurnakan Akhlak”

3

VISI

“PENDIDIKAN BERKUALITI
INSAN TERDIDIK

MISI

“MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK

MEMBANGUNAKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA”

4

FALSAFAH SEKOLAH

« Pendidikan di SMK Sulatan Ibrahim adalah satu proses yang berterusan ke arah
perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal bagi membentuk
individu yang beriman, berilmu, berakhlak, bertakwa dan beramal soleh untuk membina
masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain. »

MATLAMAT SEKOLAH

Matlamat Strategik SMK Sultan Ibrahim:
❖ Meningkatkan kualiti pengurusan kepimpinan dan organisasi
❖ Meningkatkan prestasi keseluruhan dalam kurikulum bagi pelajar Tingkatan Enam,

murid Arus Perdana dan murid Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI)
❖ Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum
❖ Meningkatkan nilai dan sahsiah murid dan mengurangkan kes salah laku disiplin
❖ Meningkatkan tahap pencapaian pengurusan kewangan
❖ Meningkatkan tahap kualiti pengurusan pejabat
❖ Meningkatkan tahap pengurusan kemudahan fizikal dan infrastruktur
❖ Meningkatkan tahap kompetensi dan profesionalisme guru dan Anggota Kakitangan

Sokongan
❖ Meningkatkan tahap pengurusan perhubungan luar dan komuniti





5

OBJEKTIF SEKOLAH

❖ Melaksanakan Dasar Pendidikan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
❖ Menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran
❖ Melaksanakan strategi yang berkesan untuk peningkatan sahsiah, prestasi akademik dan

kokurikulum murid
❖ Membuka ruang dan peluang kepada semua warga sekolah meningkatkan potensi diri
❖ Menghasilkan murid yang terampil, cekap dan mempunyai kemampuan yang tinggi dalam

menyelesaikan masalah
❖ Memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang moden dengan penggunaan teknologi

maklumat
❖ Membina hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti setempat


PIAGAM PELANGGAN

Kami warga SMK Sultan Ibrahim, Kulai dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan
menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
❖ Memastikan semua murid mendapat tempat dan kemudahan persekolahan
❖ Mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid
❖ Memastikan semua guru proaktif dan kreatif dalam melaksanakan tugas mendidik dan

membimbing murid
❖ Memastikan Anggota Kakitangan Sokongan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
❖ Menjalinkan hubungan baik dengan pemegang taruh
❖ Memastikan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih, selamat, selesa dan ceria
❖ Mewujudkan iklim yang kondusif sesuai untuk proses pembelajaran
❖ Menyempurnakan segala arahan PPD, JPN dan KPM diselesaikan dalam masa yang ditetapkan

6

KETETAPAN SEKOLAH

Ketetapan Sekolah ini merupakan fokus khas untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ibrahim. Ia meliputi Ketetapan Akademik, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Kewangan, Pengurusan
dan Pentadbiran Sekolah, Pengurusan Fizikal, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan
Hubungan Luar. Ketetapan ini merupakan sasaran sekolah ke arah kecemerlangan dan
kegemilangan serta mendokong visi dan misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
menjelang tahun 2025.

KETETAPAN AKADEMIK

1. Memastikan pencapaian keputusan PT3, SPM dan STPM lebih baik dari tahun sebelumnya.
2. Memastikan semua murid fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
3. Memastikan semua murid menengah rendah menguasai kemahiran asas Matematik
4. Memperkasa SKPMg2 Standard 4 (Pembelajaran dan Pemudahcaraan).
5. Memastikan 100 peratus guru dicerap dalam PdPc menggunakan Instrumen Standard 4

dalam SKPMg2 dan mencapai sekurang-kurangnya skor 85%.
6. Memastikan guru menyemak buku latihan murid secara konsisten.
7. Memastikan guru-guru DG41 melaksanakan Kajian Tindakan
8. Memastikan guru-guru DG44 dan DG48 menghasikan projek inovasi
9. Memastikan guru-guru Tingkatan 6 mengadakan penyelidikan dan penulisan jurnal.
17. Memastikan penggunaan Pusat Sumber Sekolah pada tahap maksimum untuk peningkatan

kecemerlangan murid.

KETETAPAN HAL EHWAL MURID

1. Memperkasa etos sekolah berimej, berkualiti dan berkesan.
2. Melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama, berketrampilan, berbudi

bahasa, besyukur, berterima kasih dan bertaqwa.
3. Memperkasa program pembangunan modal insan dan membina budaya Malaysia dalam

kalangan murid.
4. Memperkasa budaya sekolah penyayang.
5. Memperkasa Program 3K – Sekolah Selamat, Sekolah Bersih dan Sekolah Sihat.
6. Memantapkan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah.
7. Memperkasa Sistem Mentor-mentee dan Unit Bimbingan dan Kaunseling.
8. Memastikan setiap masalah murid (dan lain-lain yang berkaitan) ditangani dengan bijak dan

berhemah berdasarkan surat pekeliling sedia ada.
9. Memastikan setiap orang guru memainkan peranan sebagai guru disiplin.
10. Memperkasa pengurusan bilik darjah supaya suasana PdPc lebih kondusif.
11. Memperkasa pengurusan buku teks dan bilik BOSS.
12. Memperkasa pengurusan biasiswa.
13. Memperkasa SSDM, e-kehadiran dan e-lapor.

7

KETETAPAN KOKURIKULUM

1. Memperkasa pengurusan kokurikulum sekolah.
2. Memperkasa 1 Murid 1 Sukan.
3. Memastikan aktiviti kokurikulum dilaksanakan dengan sistematik, terancang, berjadual dan

berkesan.
4. Memastikan semua murid diberi peluang menyertai aktiviti dan pertandingan di peringkat

sekolah.
5. Mengadakan program berkonsepkan sukan/aktiviti untuk semua dan sukan/aktiviti untuk

menang.
6. Memperkasa RIMUP.
7. Memastikan segala peraturan berkaitan aktiviti kokurikulum difahami dan dipatuhi.

KETETAPAN KEWANGAN

1. Memperkasa pengurusan kewangan.
2. Memastikan laporan Audit Tahunan 2022 pada tahap baik.
3. Mengamalkan integriti, kecekapan dan kesempurnaan dalam pengurusan kewangan.
4. Mengamalkan dan akur prosedur dan tatacara pengurusan kewangan.
5. Membahagi dan menguruskan wang kerajaan (PCG) mengikut garis panduan KPM.
6. Sifar aduan/teguran tentang pengurusan kewangan.

KETETAPAN PENGURUSAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN

1. Memperkasa pengurusan perkhidmatan sekolah (E-Operasi, Hrmis,EMIS, Apdm ect)
2. Memperkasa SKPMg2 dan mengisi secara on line pada tarikh yang ditetapkan.
3. Mengamalkan gaya kepimpinan Instruksional Leadership dan Transformational Leadership.
4. Memastikan pengurusan perkhidmatan diurus dengan baik, efisien dan dikemaskini.
5. Memastikan sekolah mempunyai kemudahan yang mencukupi, berfungsi dan selamat.
6. Memastikan dewan, bilik-bilik khas, makmal sains dan komputer dalam keadaan selamat,

bersih dan berfungsi.
7. Memastikan rekod perkhidmatan guru dan staf direkod secara sistematik dan teratur.
8. Memastikan rekod cuti guru dan staf direkod secara sistematik, tepat dan jitu tanpa

kecacatan.
9. Memperkasa Latihan Dalam Perkhidmatan mengikut Needs Analysis.
10. Pengurusan dan pentadbiran sekolah berlandaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia

Gelombang Ke-2 (SKPMg2).

8

KETETAPAN PENGURUSAN KEMUDAHAN DAN FIZIKAL
1. Memastikan segala kemudahan dan keperluan fizikal semua aktiviti dan pengurusan sekolah

disediakan dengan sempurna.
2. Memastikan semua kemudahan dan keperluan fizikal ada, bersih dan berfungsi.
3. Menguruskan penyelenggaraan pengurusan aset mengikut pekeliling yang ditetapkan.

KETETAPAN PENGURUSAN ORGANISASI

1. Memastikan semua warga sekolah memahami dan menghayati visi dan misi sekolah.
2. Memastikan semua jawatankuasa berfungsi mengikut garis panduan yang ditetapkan.
3. Semua jawatankuasa menjalankan fungsi dengan semangat kerja sepasukan dan saling

berkerjasama.

KETETAPAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1. Semua warga SMKSI menerima input pembangunan sumber manusia dari semasa ke

semasa melalui Komuniti Pembangunan Profesional (PLC).
2. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) memenuhi keperluan pekeliling semasa.

KETETAPAN PENGURUSAN HUBUNGAN LUAR DAN KOMUNITI
1. Memperbanyakkan lagi hubungan pintar dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan

kerajaan.
2. Menjalinkan hubungan dengan sekolah-sekolah primer, kluster dan sekolah berhampiran.
3. Mengikut sarana sekolah dan sarana ibubapa.
4. Mempunyai hubungan baik lagi padu dengan PPD, JPNJ dan KPM.

9

BUDAYA KERJA WARGA PENDIDIK SMK SULTAN IBRAHIM

Dalam usaha memenuhi cita-cita negara (melalui Falsafah Pendidikan Negara dan
pengisian Wawasan Pendidikan dan dalam usaha memenuhi hasrat sekolah melalui falsafah,
matlamat, objektif dan dasar sekolah), kami, warga SMK Sultan Ibrahim Kulai, percaya bahawa
sekolah ini memerlukan warga pendidikan yang bertanggungjawab, berilmu, mempunyai komitmen
yang tinggi terhadap kerja dan bersemangat waja dan demikian, bersetuju untuk mengamalkan
budaya kerja cemerlang pada setiap masa.

Dengan ini bererti bahawa di sekolah ini, kami berjanji;

1 Menunaikan tugas yang diamanahkan kepada kami dengan penuh dedikasi dan
BERTANGGUNGJAWAB dengan;
1.1 Sentiasa MEMATUHI PERATURAN dan MENEPATI MASA dalam menjalankan
dan menyempurnakan tugas.
1.2 Mengutamakan KERJA SECARA BERPASUKAN serta sentiasa ingin
berkerjasama dan memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang
memerlukannya.
1.3 Menginsafi bahawa kemajuan atau kegagalan sekolah ini adalah
TANGGUNGJAWAB yang dipikul BERSAMA.

2 Sentiasa berusaha untuk menjadi pendidik BERILMU dengan;

2.1 MEMPERTINGKAT ILMU yang ada untuk keberkesanan pengajaran.
2.2 Mengusahakan pendekatan bekerja secara KREATIF dan INOVATIF untuk

meninggalkan amalan bekerja yang bersifat rutin dan kurang berkesan.
2.3 MENGAMALKAN SIFAT PENYAYANG serta mengutamakan kebajikan dan

kepentingan peribadi kami sendiri.

3 Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dengan;

3.1 Menghasilkan KERJA YANG BERKUALITI.
3.2 Memiliki sikap, keinginan dan amalan SENTIASA BERUSAHA sendiri untuk

meningkatkan mutu kerja demi peningkatan prestasi diri dan sekolah secara
berterusan.
3.3 Paradigma ‘menunggu arahan’ akan kami gantikan dengan paradigma KOMITMEN
TINGGI.

4 BERSEMANGAT TINGGI untuk berusaha ke arah kecemerlangan prestasi akademik,
kokurikulum, disiplin dan pembentukan iklim sekolah yang baik dengan;

4.1 Sentiasa BERMOTIVASI dan BERCITA-CITA untuk melaksanakan tanggungjawab
dengan sempurna.

4.2 Bekerja dengan penuh KEIKHLASAN dan KESABARAN.

10

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK Sultan Ibrahim merupakan sekolah tertua di Daerah Kulai, dan mempunyai sejarah
perkembangannya yang tersendiri.

Di awal tahun kemerdekaan murid-murid yang mahu meneruskan pelajarannya ke peringkat
sekolah menengah, terpaksa ke bandar Johor Bahru kerana tiada sekolah menengah di Daerah
Kulai pada ketika itu. Oleh kerana keperluan sekolah yang amat mendesak, En. J. Swantson telah
berusaha untuk mendapatkan tempat yang sesuai bagi murid-murid menyambung pelajarannya ke
sekolah menengah di daerah Kulai. Kemudian, pada tahun 1961, kelas-kelas peralihan telah di
dibuka dan ditempatkan di Sekolah Rendah Inggeris Kulai di bawah naungan En. J Swantson. Walau
bagaimanapun oleh kerana sekolah ini tidak dapat menampung sejumlah murid, maka pada tahun
1962, murid-murid ini telah dipindahkan pula ke sebuah sekolah di Jalan Kota Tinggi yang ketika
itu di gelar sebagai Sekolah Perkuburan kerana sekolah tersebut berhampiran dengan tanah
perkuburan cina.

Pada tahun 1964, apabila pertambahan bilangan murid sekolah menengah yang semakin
ramai, maka murid-murid ini ditumpangkan pula di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kulai.
Akhirnya pada tahun 1965, sebuah sekolah menengah telah berjaya dibina dan diberi nama Sultan
Ibrahim School. Maka pada bulan Jun 1965, semua murid sekolah menengah di bandar Kulai
termasuk murid yang tinggal di Saleng, Senai dan Kelapa Sawit telah memulakan persekolahannya
di Sultan Ibrahim School.

Pengetua pertama sekolah ini ialah En. M.G Parry. Di awal pembukaannya, sekolah ini
hanya mempunyai 3 blok bangunan iaitu Blok A, B dan C. Semua blok bangunan ini masih kekal
hingga ke hari ini. Sejajar dengan perkembangan semasa, nama Sultan Ibrahim School telah ditukar
kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ibrahim Kulai.

Kini setelah 50 tahun berlalu, sekolah ini telah mengalami perubahan fizikal yang besar
dengan mempunyai 9 blok bangunan termasuk bangunan makmal komputer. Sekolah ini juga telah
dilengkapi dengan sebuah dewan serba guna, surau dan tembok pagar batu, hasil daripada
sumbangan ibu bapa, guru-guru, badan korporat dan orang perseorangan.

Antara kemudahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang disediakan di sekolah
ini ialah 46 buah bilik darjah, sebuah perpustakaan, 9 makmal sains, bengkel kemahiran hidup, bilik
kaunseling, bilik seminar, bilik mesyuarat, bilik dokumentasi, dan makmal komputer.

“Fide Et Fiducia” merupakan moto asal sekolah ini, tetapi mulai tahun 1980 moto ini telah
diganti dengan Usaha Jaya Budi. Satu rangkaian kata-kata yang mudah difahami tetapi mempunyai
pengertian yang sungguh bermakna untuk dijadikan asas pegangan warga sekolah sepanjang
masa.

Manakala ‘Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera’ dipilih sebagai visi
sekolah yang terbaru. Visi ini digunakan untuk panduan bagi murid-murid mencapai kegemilangan
yang berterusan di sekolah ini. Visi ini adalah visi yang digunakan di seluruh negera.

Selari dengan visi yang dipilih, misi SMK Sultan Ibrahim adalah ‘Melestarikan Sistem
Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara’. Misi ini dipilih berdasarkan kemampuan dan kecemerlangan yang ditunjukkan oleh murid-
murid dan juga tenaga pengajarnya. Misi ini bertujuan sebagai jambatan untuk melihat ke mana
arah tuju di masa hadapan.

11

Setiap perlaksanaan mempunyai matlamat. Sasaran dan matlamat sekolah ini yang ingin
dicapai pada tahun 2023 adalah akan mempunyai barisan pemimpin sekolah yang berbudaya
cemerlang dengan penekanan kepada mutu kerja dan produktiviti yang tinggi.

Selain itu mempunyai guru yang intelek, berkualiti tinggi, berpandangan jauh dan progresif
dengan penekanan kepada pangajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah matlamat yang
ingin dicapai.

Sejajar dengan itu, melahirkan murid-murid yang berkualiti dari aspek potensi individu dalam
bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah diri sesuai dengan keperluan pasaran kerjaya global
pada hari ini merupakan harapan pada masa hadapan.

SENARAI PENGETUA YANG TELAH MENABUR BAKTI

DI SMK SULTAN IBRAHIM

BIL PENGETUA TAHUN

1. En. M.G Parry 1 Mac 1965 – 30 April 1973
2. En. Goh Tieng Huat 1 Mei 1973 – 13 September 1979

3. En. A.L Chandrasegaran 1 Februari 1980 – 30 Disember 1991

4. Cik Tan Mui Khim 16 April 1992 – 30 Jun 1997
5. En. Chua Yock Chuan 1 Julai 1997 – 4 Ogos 2001
6. En. Siow Yee Woo 1 Disember 2001 – 30 Jun 2004

7. En. Khoo Teng Leong 1 Julai 2004 – 13 Jun 2005

8. En. Teo Gey Chen 1 Julai 2005 – 29 Oktober 2006
9. En. Lee Hock Lai 1 November 2006 – 8 Ogos 2008
10. Pn. Chong Lian How 16 September 2008 – 21 Mac 2011

11. Pn. Wong Yee Khoon 16 Jun 2011 - 30 Mei 2014

12. Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Sani 16 Oktober 2014 – 18 Januari 2021

13. Pn. Noraini bt Mohd Nor 19 Januari 2021 - Kini

KEMUDAHAN YANG ADA DI SMK SULTAN IBRAHIM

BIL KEMUDAHAN JUMLAH BIL KEMUDAHAN JUMLAH
1. Bilik Darjah 46 1
2. Makmal Sains 9 14. Bilik Unit Penilaian 1
3. Bilik Sumber 1 1
4. Perpustakaan 1 15. Bilik PBSMR / PT3 1

5. Bilik Mesyuarat 2 16. Koperasi 1

6. Bilik Masakan 2 17. Surau 1
7. Bilik Jahitan 2 1
8. Bengkel Kemahiran Hidup 3 18. Bilik Pendidikan Seni 1
9. Bilik Guru 2 Visual 1

10. Bilik Pengawas 1 19. Dewan 1

11. Stor PJK 1 20. Bilik Kaunseling 1
12. Bilik Pendidikan Khas 3 1
13. Bilik Boss 2 21. Makmal Komputer 5

22. Kantin

23. Gelanggang Bola
Keranjang

24. Padang

25. Astaka

26. Pondok Bacaan

12

ENROLMEN PELAJAR MENGIKUT KAUM DAN JANTINA

TAHUN MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
LP LP LP LP L P Semua
2012 235 269 444 545 105 129 41 788 944 1732
2013 233 247 476 533 97 132 50 811 912 1723
2014 231 268 478 533 105 127 41 818 929 1747
2015 267 301 463 540 111 129 52 846 972 1818
2016 279 329 470 497 97 113 64 852 943 1795
2017 282 354 486 471 106 108 24 11 898 942 1840
2018 306 365 473 466 110 111 37 892 949 1841
2019 326 361 448 446 104 110 58 883 925 1808
2020 344 372 434 443 103 103 9 11 890 929 1819
2021 339 368 421 457 108 116 20 18 888 959 1847
2022

BILANGAN KELAS

TAHUN TINGKATAN JUMLAH

PEND. KHAS PERALIHAN 1 2 3 4 5 6

2012 5 2 8 8 7 7 8 11 56

2013 5 2 8 8 8 7 7 12 57

2014 5 3 9 8 8 7 7 12 59

2015 5 2 9 10 9 8 8 12 63

2016 5 2 10 9 10 8 8 12 64

2017 5 2 11 9 9 10 9 12 67

2018 4 2 12 11 9 9 10 12 69

2019 4 2 11 12 11 9 9 12 69

2020 4 2 11 11 12 10 9 12 71

2021 5 2 10 11 11 10 10 12 71

2022 5 2 10 10 11 10 10 12 70

13

PENCAPAIAN AKADEMIK PT3, SPM, DAN STPM:
PERATUS LULUS

TAHUN PMR/PT3 SPM STPM

% GPS % PNGK

2010 56.80 73.16 5.65 100 2.66
2011 60.07
2012 57.02 78.39 5.85 100 2.88
2013 69.45
2014 30.23 80.40 5.68 100 2.83
2015 34.15
2016 34.74 77.73 5.52 99.45 3.09
2017 34.40
2018 33.50 78.17 5.69 98.40 2.89
2019 39.20
2020 Ditangguhkan 77.69 5.71 100 2.89
2021 Ditangguhkan
83.56 5.08 98.14 3.02

77.90 4.92 100 3.10

86.83 4.68 100 2.98

88.72 4.59 98.04 2.89

92.25 4.86 100 3.04

14

MURID CEMERLANG SPM

TAHUN BIL. CALON BILANGAN MATA PELAJARAN
CEMERLAN
2012 11A
2013 G 9A
2014 1 9A
2015 6 11A, 9A
2016 1 11A, 10A, 9A
2017 2 11A, 10A, 9A
2018 5 11A, 10A, 9A
2019 8 11A, 10A, 9A
2020 7 11A, 10A, 9A
2021 10
7

MURID CEMERLANG STPM

TAHUN BILANGAN CALON BILANGAN MATA
CEMERLANG PELAJARAN
2012 8 4A
2013 15 4A
2014 4 4A
2015 6 4A
2016 5 4A
2017 7 4A
2018 3 4A
2019 6 4A
2020 6 4A

15

A) PANDUAN AM UNTUK GURU DAN ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

1. Waktu Bekerja
1.1 Semua Pegawai mesti akur dengan waktu bekerja yang telah ditetapkan.
1.2 Pegawai bertanggungjawab untuk merekod masa hadir dan masa balik di dalam
Sistem Pepatih MySekolah.
1.3 Pegawai yang tidak dapat hadir bertugas atau hadir lewat atas sebab-sebab yang
munasabah, mesti memaklumkan kepada Pengetua / Penolong Kanan
Pentadbiran atau mana-mana penolong kanan yang berkenaan dengan segera.
1.4 Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu bekerja melainkan jika
urusan tersebut melibatkan agensi Kerajaan atau Badan Berkanun yang
berkenaan.

2. Urusan Keluar Masuk Semasa Waktu Bekerja
2.1 Urusan keluar / masuk Pegawai semasa waktu bekerja mesti mendapat
kebenaran Pengetua terlebih dahulu.
2.2 Pegawai mesti mengimbas sistem Pepatih MySekolah sebelum keluar dan
mengimbas semula sebaik sahaja tiba di sekolah selepas urusan selesai.
2.3 Pegawai mesti menyelesaikan urusan dalam masa 4 jam waktu bekerja. Jika
lebih dari 4 jam, Pegawai dinasihatkan untuk mengambil Cuti Rehat / Cuti Rehat
Khas.

3. Cuti Rehat Khas / Cuti Rehat
3.1 Permohonan cuti mesti dikemukakan lebih awal sekiranya tarikh yang diperlukan
untuk cuti diketahui terlebih dahulu. Contoh: menghantar anak ke asrama, majlis
konvokesyen dan lain-lain
3.2 Permohonan cuti kerana kecemasan seperti kematian dan kemalangan boleh
dimaklumkan melalui panggilan telefon atau Telegram kepada Pengetua.
3.3 Permohonan cuti mesti dibuat dalam sistem HRMIS sebaik sahaja kebenaran
diperoleh daripada Pengetua.

4. Cuti Sakit
4.1 Pegawai mesti mendapatkan rawatan jika sakit dan elakkan mengambil Cuti
Rehat / Cuti Rehat Khas.
4.2 Pegawai juga mesti mendapatkan rawatan pada waktu pagi dan memaklumkan
di dalam Telegram Keberadaan Guru sebaik sahaja mendapat cuti sakit.
4.3 Pegawai TIDAK BOLEH mengisytiharkan cuti sakit selagi belum mendapat sijil
Cuti Sakit daripada doktor.
4.4 Pegawai mesti merekod Cuti Sakit di dalam sistem HRMIS dan menyerahkan sijil
Cuti Sakit untuk kelulusan Pengetua.

5. Cuti Kuarantin

16

5.1 Cuti Kuarantin adalah tertakluk kepada Surat Arahan / Pekeliling Perkhidmatan
yang terkini.

5.2 Cuti Kuarantin layak diberi kepada Pegawai bagi keperluan menjaga anak yang
perlu pengasingan kerana penyakit berjangkit.

6. Cuti Separuh Gaji / Cuti Tanpa Gaji
6.1 Kelulusan Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji adalah tertakluk kepada
keperluan perkhidmatan semasa.
6.2 Pegawai diminta merujuk kepada Surat Pekeliling berkenaan bagi meneliti kesan
ke atas perkhidmatan jika cuti ini diambil.

7. Cuti Ke Luar Negara
7.1 Pegawai yang mahu bercuti ke luar negara mesti mendapat kebenaran daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
7.2 Permohonan mesti dibuat sekurang-kurangnya empat minggu sebelum tarikh
bercuti.
7.3 Pegawai yang mahu bercuti pada hari persekolahan kerana mengikut pakej
percutian percuma perniagaan mereka adalah tidak dibenarkan.

8. Pakaian dan Imej Diri
8.1 Pegawai hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion dan jabatan
yang diwakili.
8.2 Pakaian untuk penjawat awam di negeri Johor disarankan seperti berikut
(SUKJ.BKP.100-1/7/1/Jld.2 ( ):

HARI PAKAIAN (LELAKI) PAKAIAN (WANITA)
Baju Korporat Baju Korporat / Baju Kurung
Ahad Johor dan bertudung
Isnin Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan
Selasa bertudung
Rabu Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan
Khamis bertudung
Pakaian Pejabat Baju Kurung Johor dan
bertudung
Baju Melayu Teluk Belanga
(Sepersalinan), Bersamping Baju Kurung Johor dan
Berdagang Luar, bertudung
Bersongkok dan Bersepatu

8.3 Pegawai juga boleh mengenakan pakaian lain yang bersesuaian seperti baju
kurung moden, kebaya, blouse berlengan dan skirt labuh melepasi lutut (bagi
Pegawai bukan Islam).

8.4 Pakaian Pegawai lelaki dipadankan dengan sepatu kulit berwarna gelap. Sepatu
bertutup, bertumit dan berwarna bitam, coklat gelap atau nude untuk Pegawai
wanita.

8.5 Pakaian sukan hanya untuk guru yang mengajar PJK sahaja atau ketika
menghadiri aktiviti yang memerlukan pergerakan yang bebas dan tidak terbatas.

17

8.6 Tanda nama mesti dipakai sepanjang masa berada di sekolah. Tanda nama
Pegawai awam adalah seperti dinyatakan dalam Pekeliling Am Bil.8 Tahun 1983
seperti berikut:
a) Huruf berwarna putih berlatarbelakang hitam
b) Ukuran 7.5cm x 2.5cm
c) Hanya satu nama sahaja digunakan
d) Tiada logo jabatan atau gelaran dimasukkan
e) Menggunakan huruf rumi sahaja

B) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM ( KELAKUAN DAN TATATERTIB ) 1993

1. PENDAHULUAN

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993

- Dibuat di bawah Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan
- Menggantikan Perintah Am Bab 'D'
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- P.U.(A) 396
-
2. TUJUAN

Memastikan pegawai awam:
i. melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
ii. meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
iii. menjaga imej perkhidmatan awam; dan
iv. yang melakukan kesalahan 1 melanggar peraturan dihukum.

3. TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB
Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib ) 1993

(1) Adalah menjadi tugas tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan
tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dalam tiap-tiap
hal pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.

(2) Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas
pegawai bawahannya, atau tidak mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang
melakukan pelanggaran tatatertib, hendaklah disifatkan cuai dalam melaksanakan tugasnya
dan tidak bertanggungjawab, dan dia boleh dikenakan tindakan tatatertib.

4. TATAKELAKUAN BAGI PEGAWAI AWAM

Peraturan 4, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah
menetapkan tatakelakuan dan peraturan-peraturan yang harus diikuti oleh seseorang
pegawai perkhidmatan awam. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan

18

Tatatertib) 1993 menyenaraikan tatakelakuan-tatakelakuan dalam perkhidmatan awam
seperti berikut:

i) Peraturan 4.(1): Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa
memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan
Kerajaan

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(1)

o bersubahat dengan musuh negara
o membocorkan rahsia Kerajaan
o Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan Kerajaan
o melanggar undang-undang atau peraturan kerajaan dengan tujuan untuk

menentang kerajaan.

ii) Peraturan 4.(2)(a) : Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas
awamnya demi kepentingan peribadinya

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(a)

o menguruskan hal-hal perniagaan/pelaburan sendiri/ isteri/ anak/ saudara-mara
dalam waktu pejabat/tugas rasmi.

o menyebelahi dan memberi keutamaan kepada saudara mara atau rakan-rakan
atau orang yang rapat dengannya dalam menimbangkan sesuatu permohonan.

iii) Peraturan 4.(2)(b) : Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan
sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya
bercanggah dengan tugas awamnya;

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(b)

o menguruskan tender/sebut harga sedangkan pegawai mengetahui ada di antara
mereka yang mengemukakan tender/sebut harga terdiri daripada saudara
maranya

o tidak mengelakkan dirinya daripada menerima hadiah daripada syarikat atau
peniaga atau individu

o tidak mengelakkan dirinya daripada terlalu rapat dengan mereka yang akan dapat
keuntungan daripada mengetahui tugas rasminya.

iv) Peraturan 4.(2)(c): Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa
cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa-

(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya
sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri.

19

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(c)

menggunakan dan memandu kenderaan jabatan untuk kegunaan sendiri seperti pergi ke
pejabat dan balik dari pejabat, menghantar anak ke sekolah dan lain-lain

o menggunakan kakitangan jabatan / alat/ barang- barang jabatan untuk hal-hal
persendiriannya seperti membersihkan tanah, kawasan rumah, mengangkat
perabut rumah dan lain-lain

v) Peraturan 4.(2)(d): Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang
boleh memburukkan atau mencemarkan nama baik perkhidmatan awam

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(d)
o terlibat dalam penyalahgunaan dadah
o berjudi
o disabitkan kesalahan jenayah / mahkamah syariah.
o guru menghukum murid keterlaluan hingga menyebabkan tuntutan saman
o berkelakuan tidak senonoh.

vi) Peraturan 4.(2)(e): Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang
berusaha;

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(e)
o lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan tugas-tugasnya.
o gagal mengemas kini buku persediaan mengajar / buku tunai
o bersikap malas dalam menjalankan tugas-tugasnya.

vii) Peraturan 4.(2)(f): Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanah;

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(f)

o membuat tuntutan palsu mengenai tuntutan perjalanan dan lain-lain
o pura-pura sakit atau uzur
o tidak melaporkan harta atau pelaburan yang dipunyai olehnya, isteri, suami atau anak

atau orang yang diberi kuasa untuk menguruskan hartanya
o menyalah guna wang awam
o tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan menipu Ketua Jabatan dan

Lembaga Tatatertib yang berkenaan mengenai keterhutangan kewangan yang serius

viii) Peraturan 4.(2)(g): Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab;

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(g)
o menghasut kakitangan Kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan

tugas
o tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa sebab-sebab yang munasabah

20

o mengambil cuti rehat / cuti rehat khas pada saat perkhidmatannya sangat-sangat
diperlukan

o bersikap acuh tak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya
o menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasi terhadap Jabatan dan

Kerajaan amnya
o mengikuti kursus pengajian tanpa mendapat kebenaran pihak yang berkuasa terlebih

dahulu.

ix) Peraturan 4.(2)(h): Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau

cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong
atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap
perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau
tuntutan mana-mana pegawai lain";

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(h)

o meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi
Lembaga Kenaikan Pangkat untuk menaikkan pangkatnya

o meminta ahli politik untuk menyokong permohonannya mendapat tanah kerajaan
atau rumah atau sesuatu jawatan

o menggunakan pengaruh luar dalam soal pertukaran dan penempatan.

x) Peraturan 4.(2)(i): Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau
berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah.

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(i)
o membantah atau melawan pegawai atasan.
o enggan / tidak mahu mengikuti / menjalankan / melaksanakan arahan lisan /

tulisan pegawai kanannya berhubung dengan tugas rasminya
o sengaja melanggar arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam

pekeliling atau surat arahan.

xi) Peraturan 4.(2)(j): Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanakan
tugas-tugasnya.

Contoh Pelanggaran Peraturan 4(2)(j)
o guru tidak masuk kelas tanpa kebenaran ketua jabatan
o seringkali datang Iewat atau balik awal tanpa kebenaran ketua jabatan
o memandu kenderaan kerajaan dengan terlalu laju hingga menyebabkan

kemalangan

21

LARANGAN-LARANGAN PEGAWAI AWAM

a) PERATURAN 4A – GANGGUAN SEKSUAL
i) Dilarang melakukan gangguan seksual iaitu:
a) cubaan merapati / meminta layanan seksual
b) melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang waras
tersinggung, terhina dan terugut
ii) Bentuk perbuatan bersifat seksual:
(a) secara lisan, bertulis dan lain-lain
(b) tidak terhad di tempat kerja / waktu kerja selagi mencemarkan imej Perkhidmatan
Awam
Contoh Pelanggaran Peraturan 4A

o bercerita / jenaka / isyarat yang lucah
o menyentuh anggota sensitif badan

b) PERATURAN 7 - MENYALAHGUNA DADAH

i) Tidak boleh menggunakan / mengambil / menyalahgunakan / menagih dadah berbahaya
ii) Pegawai boleh diambil tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja
iii) Perkhidmatan pegawai boleh ditamatkan atas kepentingan perkhidmatan awam
c) PERATURAN 9 – MENERIMA / MEMBERI KERAIAN

i) Tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya bercanggah dengan tatakelakuan
Peraturan 4

Contoh Pelanggaran Peraturan 9
o Kontraktor meraikan Ketua Jabatan yang menjadi ahli Lembaga Tender (Keraian =

Belanja makan, hotel, tambang bercuti dan Iain-Iain)

d) PERATURAN 11 - MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN /
PENDAPATAN YANG SAH

Pegawai tidak boleh:
i) menyenggara taraf hidup melebihi emoluman /pendapatan yang sah
ii) menguasai / memiliki sumber kewangan atau harta yang tidak seimbang atau tak

munasabah dengan emolumen pendapatan yang sah.

Contoh Pelanggaran Peraturan 11
o Pegawai berkereta mewah yang diketahui bukan dari pusaka dan lain-lain

e) PERATURAN 12 - MEMINJAM WANG / MENJADI PENJAMIN
Pegawai tidak boleh meminjam wang / menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang:
i) Tertakluk kepada kuasa rasminya
ii) Ada urusan rasmi
iii) Tinggal / memiliki tanah / menjalankan perniagaan dalam kawasan rasmi

22

iv) Menjalankan perniagaan memberi pinjam wang

Contoh Pelanggaran Peraturan 12
o Pegawai di Jabatan meminjam wang dari kontraktor yang menjalankan projek jabatan

f) PERATURAN 13: KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS
Tanggungan hutang menyebabkan kesulitan kewangan yang serius, iaitu:
i) agregat hutang / tanggungan tak bercagar lebih 10 kali emolument bulanannya kecuali
pinjaman pendidikan
ii) penghutang penghakiman (judgement debtor) dan tidak dijelaskan dalam tempoh 1
bulan
iii) bankrap atau pemakan gaji tak solven (insolvent)

Contoh Pelanggaran Peraturan 13

o penjamin yang gagal membayar hutang peminjam dalam tempoh satu bulan dari
perintah mahkamah

o peminjam diisytihar bankrap oleh mahkamah dan gaji dipegang / urus oleh
Amanah Raya. Gaji tidak mencukupi untuk melepaskan tanggungan.

g) PERATURAN 15 - MEMINJAMKAN WANG

Pegawai tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah.
Contoh Pelanggaran Peraturan 15

o Pegawai memberikan pinjaman dengan mengenakan faedah atau bunga

h) PERATURAN 16 - TIDAK BOLEH TERLIBAT DALAM PASARAN HADAPAN

Pegawai tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan sebagai pembeli atau
penjual dalam pasaran tempatan atau luar negeri.

Contoh Pelanggaran Peraturan 16
o Terlibat dalam pasaran komoditi / pasaran hadapan

i) PERATURAN 17 - CABUTAN NO BERTUAH / LOTERI
Pegawai tidak boleh mengadakan cabutan nombor bertuah atau membeli loteri.

Contoh Pelanggaran Peraturan 17
o menggunakan harta persendirian untuk refel atau loteri
o berjudi

j) PERATURAN 18 - PENERBITAN BUKU DAN KARYA
Pegawai tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau karya lain
berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.

Contoh Pelanggaran Peraturan 18

23

o menulis/menerbit buku menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia
besar, rahsia dan sulit)

k) PERATURAN 20 - PENYUNTING AKHBAR/ MAJALAH/JURNAL
Pegawai tidak boleh menjadi penyunting akhbar / majalah / jurnal kecuali penerbitan:
i) jabatan
ii) profesional
iii) pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik
iv) diluluskan secara bertulis oleh Ketua Jabatan

Contoh Pelanggaran Peraturan 20

o menjadi penyunting akhbar harian
o menjadi penyunting akhbar parti politik

l) PERATURAN 21- KEGIATAN POLITIK

Pegawai KPT/KPDP dilarang mengambil bahagian dalam politik atau memakai
lambang parti politik, khususnya tidak boleh:

i) membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik
ii) menerbit / mengedar buku / artikel / risalah mengenai politik
iii) merayu undi
iv) agen pilihanraya tempat mengundi
v) bertanding apa-apa jawatan
vi) memegang apa-apa jawatan
Contoh Pelanggaran Peraturan 21

o berkempen bagi pihak parti politik
o mengedar risalah parti politik
o memegang jawatan dalam parti politik

m) PERATURAN 24 - TIDAK HADIR BERTUGAS

Pegawai yang tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab
yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib. Ketidakhadiran termasuklah tidak
hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu
dikehenadki bertugas.
Contoh Pelanggaran Peraturan 24

o pegawai 'hilang' selepas mengetik kad perakam waktu di waktu pagi, kemudian
muncul di waktu petang untuk mengetik pada waktu pulang

o tidak patuhi waktu berperingkat

24

DILARANG TETAPI BOLEH BUAT DENGAN KEBENARAN

n) PERATURAN 5 - PEKERJAAN LUAR
Pegawai tidak boleh membuat kerja luar, kecuali:
i) dibenarkan oleh Ketua Jabatan dianggap tugas rasmi
ii) bagi faedah dirinya / saudara-mara badan yang bukan mencari keuntungan
dengan kebenaran Ketua Jabatan
Contoh Pelanggaran Peraturan 5
o memandu teksi selepas waktu pejabat tanpa kebenaran
o mengajar di pusat-pusat tuisyen tanpa kebenaran
o pensyarah sambilan tanpa kebenaran
o kerja di pam minyak tanpa kebenaran

o) PERATURAN 6 – PAKAIAN

Semasa bertugas, pegawai hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya yang
ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam.

Contoh Pelanggaran Peraturan 6
o memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
o memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain
o tidak memakai pakaian seragam kepada yang dikehendaki memakainya.

p) PERATURAN 8 – HADIAH
Pegawai dilarang memberi / menerima hadiah, jika-
i) ada kena mengena dengan pelaksanaan tugas
ii) bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah
Kebenaran Ketua Jabatan perlu diperoleh, jika-

i) pegawai meragui tentang bentuk, amaun atau nilai hadiah
ii) penerimaan hadiah sukar ditolak

Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran –
i) pegawainya menerima surat pujian sempena persaraan / pertukaran
ii) pungutan spontan oleh pegawai bagi maksud hadiah sempena persaraan,

pertukaran perkahwinan atau peristiwa lain

Contoh Pelanggaran Peraturan 8
o menerima hadiah dari orang yang ada kepentingan

25

q) PERATURAN 10 - PEMUNYAAN HARTA
Pegawai perlu mendapatkan kebenaran Ketua Jabatan jika hendak memperoleh harta
yang tidak sejajar dengan tatakelakuan laporan harta:-
i) pada tarikh dilantik
ii) pada masa dikehendaki oleh Kerajaan
iii) memperolehi harta baru
iv) pelupusan harta
Contoh Pelanggaran Peraturan 10
o tidak melaporkan pembelian rumah, kereta dan lain-lain
o tidak melaporkan pelupusan kereta, rumah dan lain-lain

r) PERATURAN 19 - PERNYATAAN AWAM
Pegawai tidak boleh membuat pernyataan awam kecuali mendapat kebenaran Menteri
yang berkenaan.
Contoh Pelanggaran Peraturan 19
o ceramah yang memburukkan Pentadbiran Kerajaan
o membuat ulasan / penjelasan mengenai sesuatu peristiwa tanpa kebenaran
Menteri

s) PERATURAN 21 - KEGIATAN POLITIK PEGAWAI KUMPULAN SOKONGAN
Kumpulan sokongan boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa parti politik setelah
mendapat kebenaran secara bertulis daripada:
i) Guna Sama - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
ii) Bukan Guna Sama - Ketua Setiausaha

Contoh Pelanggaran Peraturan 21
Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh bergiat aktif dalam aktiviti politik
semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib jika mendapat
kelulusan KPPA atau KSU.

t) PERATURAN 22 - MEMBAWA PERBICARAAN UNDANG-UNDANG
BANTUAN GUAMAN
Pegawai mesti mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha

Contoh Pelanggaran Peraturan 22
o pegawai tanpa kebenaran melantik peguam untuk perbicaraan mahkamah dalam kes

berkaitan dengan tugas rasmi

PEMATUHAN DAN PENGHAYATAN TATAKELAKUAN INI AKAN:
• Mewujudkan perkhidmatan awam yang "Bersih, Cekap dan Amanah".
• Menghalang penyelewengan.
• Menghalang perbuatan rasuah

Tatakelakuan pegawai awam tidak semata-mata bersifat menghukum tetap lebih
kepada
▪ Preventif
▪ Pengajaran
▪ Amaran/peringatan

26

C) JENIS-JENIS TINDAKAN YANG BOLEH DIKENAKAN KE ATAS PEGAWAI

1. Tindakan dalam bentuk pembetulan dan pembaikan (korektif)
1.1 Nasihat lisan (tidak formal)
1.2 Amaran lisan
1.3 Amaran bertulis secara pentadbiran

2. Tindakan lain secara pentadbiran
2.1 Merujuk Pegawai ke Lembaga Perubatan
2.2 Merujuk Pegawai kepada Perkhidmatan Kaunselor Organisasi
2.3 Merujuk Pegawai kepada Hospital

3. Tindakan dalam bentuk hukuman (punitive)
3.1 Tindakan tatatertib (buang kerja, turun pangkat, turun gaji, tahan gaji) – laporan

disediakan oleh sekolah dan tindakan oleh Lembaga Tatatertib
3.2 Tindakan perundangan (denda, penjara) – diurus oleh pihak berkuasa
3.3 Dinasihatkan untuk bersara awal (jika telah mencapai umur persaraan)

D) PANDUAN KHUSUS UNTUK GURU

1. Rekod Mengajar (eRPH)
1.1 eRPH mesti ditulis setiap hari dengan legkap untuk disemak oleh Pentadbir pada

setiap hari Khamis.
1.2 eRPH juga perlu dimuat naik dalam OneDrive dan dikongsi dengan Pengetua,

Penolong Kanan Pentadbiran (bagi semua guru Arus Perdana), Penolong Kanan
Tingkatan 6 (bagi guru Tingkatan 6), Penolong Kanan Petang (bagi guru Arus
Perdana sesi petang) dan Penyelia Pendidikan Khas (bagi guru PPKI).
1.3 eRPH juga mesti dikongsi dengan Guru Kanan Mata Pelajaran yang berkenaan.

2. Jadual Waktu Mengajar
2.1 Guru mesti cakna dengan jadual waktu masing-masing dan masuk ke bilik darjah

mengikut masa yang ditetapkan.
2.2 Guru juga mesti masuk ke kelas yang ditetapkan dalam jadual guru ganti.

3. In Loco Parentis (sebagai ganti ibu bapa)
3.1 Apabila murid berada dalam kawasan sekolah, guru-guru dengan sendirinya akan

menjadi pengganti ibubapa.
3.2 Tanggungjawab melindungi murid yang disebut sebagai ‘the duty of care’ merupakan

tanggungjawab melindungi mereka daripada risiko yang boleh dijangka
mendatangkan mudarat.
3.3 Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan guru untuk ‘melakukan sesuatu’
atau ‘tidak melakukan sesuatu’ yang boleh dilihat sebagai mendatangkan risiko
kecederaan kepada murid-murid.

27

3.4 Guru bertanggungjawab berada di dalam kelas semasa murid berada di dalamnya
atau di mana-mana lokasi yang dipertanggungjawabkan kepada guru tersebut.

3.5 Meninggalkan bilik darjah tanpa kawalan boleh mengakibatkan kemalangan berlaku
dan mendedahkan guru serta sekolah kepada dakwaan mahkamah.

4. Penguatkuasaan Disiplin
4.1 Semua guru adalah guru disiplin yang bertanggungjawab mendisiplinkan murid di

sekolah.
4.2 Guru perlu berusaha menyelesaikan masalah disiplin dengan berhemah dan teliti.

Sekiranya gagal, guru boleh melaporkan perkara tersebut kepada Guru Disiplin atau
Penolong Kanan HEM.
5. Sahsiah Terpuji
5.1 Adalah menjadi tugas guru untuk menunjukkan sahsiah dan budi pekerti yang terpuji
sebagai suri teladan kepada murid-murid.
5.2 Guru mesti sepanjang masa menjaga lisan dan perbuatan semasa berhadapan
dengan murid-murid, ibu bapa dan masyarakat setempat.

28

PERANAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)

1) TUGAS UTAMA (UMUM) GURU MATA PELAJARAN AKADEMIK / GURU MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN

1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan antara 22 hingga 30 waktu
seminggu bagi jadual 40 minit satu waktu ATAU 29 hingga 40 waktu seminggu bagi
jadual 30 minit satu waktu.

2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran dan
pentaksiran semasa serta melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan
susulan yang sewajarnya.

3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
5. Memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai jawatankuasa dengan

kelulusan PGB dari semasa ke semasa.
6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengiring dan mengawasi kelakuan dan

keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks
sukan, tempat-tempat lawatan dan sebagainya.
7. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
semasa.

(A) PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

1. Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar.

2. Memiliki, memahami, mentafsir dan menghuraikan kandungan sukatan pelajaran.
3. Menyediakan rancangan pegajaran tahunan (RPT) dan rancangan pengajaran harian

(RPH) bagi mata pelajaran yang diajar serta mengemaskinikan untuk semakan PGB
mengikut masa-masa yang ditetapkan.
4. Melaksanakan PdP berdasarkan RPH bagi mata pelajaran yang diajar.
5. Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan murid
serta menyerahkannya kepada PGB untuk semakan.
6. Membuat refleksi, merancang penambahbaikan dan melaksanakan program/aktiviti
pemulihan dan pengayaan dalam pelaksanaan PdP.
7. Mengadakan sudut mata pelajaran berkenaan dalam bilik darjah dan bilik khas yang
diajar dengan bantuan murid.
8. Menyedia dan membangunkan sumber pendidikan secara kreatif dan inovatif.
9. Melaksanakan tugas sebagai guru ganti (relief) sebagaimana diarahkan oleh
PGB/pentadbir mengikut keperluan.

(B) PENGURUSAN PENTAKSIRAN

1. Merancang penilaian dan pentaksiran murid/program/aktiviti berdasarkan pekeliling
terkini yang sedang berkuat kuasa.

29

2. Melaksanakan penilaian dan pentaksiran serta perekodan pencapaian dalam bentuk
bertulis atau aplikasi yang bersesuaian serta mudah diakses.

3. Memantau dan menganalisis perkembangan dan pencapaian murid/program/aktiviti
4. Merancang cadangan penambahbaikan program/aktiviti intervensi berdasarkan data

penilaian dan pentaksiran (data-driven decision making)
5. Merangka strategi/idea baharu dalam pelaksanaan penilaian dan pentaksiran

murid/program/aktiviti.
6. Menyediakan pelaporan kepada pihak yang berkepentingan.
7. Membantu mengurus dan memastikan murid-murid menduduki peperiksaan khas

yang disediakan oleh agensi luar KPM seperti peperiksaan bahasa antarabangsa
yang disediakan oleh kedutaan berkaitan.

(C) PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

1. Memastikan persekitaran, keselamatan dan kesihatan murid diutamakan sepanjang
aktiviti di dalam dan luar bilik darjah.

2. Memastikan persekitaran dan iklim sekolah kondusif serta infrastruktur dan peralatan
dalam keadaan selamat untuk aktiviti murid.

3. Menguatkuasakan peraturan dan disiplin sekolah serta melapor kes murid yang
memerlukan tindakan susulan kepada Lembaga Disiplin Sekolah dan Unit Bimbingan
dan Kaunseling.

4. Membantu Guru Kelas (PM01) dan JK Pengurusan HEM (JM25) mengenal pasti jenis
bantuan dan murid yang layak menerima.

5. Mengenal pasti keperluan murid dalam aspek sahsiah, psikososial, kesejahteraan
mental dan kerjaya murid.

6. Membantu perancangan program/aktiviti pembangunan sahsiah, psikososial,
kesejahteraan mental dan kerjaya murid. Semua guru ialah guru bimbingan dan guru
disiplin.

(D) PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. Merancang dan menyediakan takwim pelaksanaan aktiviti kokurikulum (kelab
persatuan, badan beruniform dan sukan permainan) berdasarkan takwim
persekolahan yang telah ditetapkan.

2. Melaksana, memantau, merekod dan menganalisis kemajuan murid mengikut unit
kokurikulum yang ditugaskan.

3 . Menilai keberkesanan program/aktiviti kokurikulum.
4. Membuat penambahbaikan program/aktiviti kokurikulum dan mencungkil bakat

murid.
5. Membimbing dan melatih murid bagi peningkatan potensi.
6. Menyelaraskan dan mengurus penyertaan murid bagi peningkatan murid dalam

aktiviti koakademik dan kokurikulum diperingkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.

30

7. Mendokumenkan semua program perjumpaan, pelibatan dan pencapaian aktiviti
berkaitan yang disertai untuk simpanan sekolah.

(E) PENINGKATAN KENDIRI DAN PROFESIONALISME

1. Memastikan sasaran bilangan minimum hari berkursus dicapai.
2. Meneroka dan merancang pembangunan kendiri sebagai persediaan laluan kerjaya

dan kenaikan pangkat.
3. Melibatkan diri dalam pembelajaran profesional secara formal dan tidak formal untuk

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran PdP.
4. Merancang dan melibatkan diri dalam program/aktiviti Komuniti Pembelajaran

Profesional (Professional Learning Community - PLC).
5. Melibatkan diri dalam pembudayaan penyelidikan/kajian tindakan untuk peningkatan

kendiri dan organisasi.
6. Menghadiri mesyuarat/bengkel/taklimat mengenai mata pelajaran berkenaan yang

diarahkan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah.
7. Menyediakan laporan/minit curai tentang mesyuarat/bengkel/taklimat yang dihadiri
kepada PGB/pentadbir.
8. Melaksanakan penataran (latihan personel) hasil kursus kepada ahli berkenaan.
9. Melestarikan hubungan kerjasama dengan ibu bapa/penjaga, komuniti dan agensi
luar.

(F) BIMBINGAN DAN PEMENTORAN (Fungsi Tambahan bagi guru yang telah
berkhidmat lebih 5 tahun)

1. Menyumbang khidmat konsultasi berkaitan dengan idea/program/aktiviti yang
mempunyai nilai tambah dalam pelaksanaan PdP, pengurusan kokurikulum dan hal
ehwal murid, serta bidang kepakaran pada peringkat daerah/negeri/ kebangsaan.

2. Mencetus dan memudah cara inovasi dan pembentukan konsep idea/program/aktiviti
yang mempunyai nilai tambah dalam pelaksanaan PdP dan pengurusan kokurikulum
serta hal ehwal murid.

(G) BIMBINGAN KEPAKARAN (Fungsi Tambahan bagi Guru Cemerlang)

1. Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran kepakaran
mengikut surat pekeliling ikhtisas KPM (SPI) terkini.

2. Memimpin dan membantu tugas kurikulum berkaitan dengan mata pelajaran
kepakaran atau bidang pengkhususannya.

3. Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata
pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususannya.

4. Menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) daripada perkara berikut setiap tahun
iaitu kajian tindakan, penulisan ilmiah, modul pembelajaran, inovasi dan penemuan
baharu dalam mata pelajaran kepakarannya atau bidang pengkhususannya.

31

5. Membentang penghasilan di para empat (4) kepada pengurusan sekolah dan
dibudayakan sebagai amalan terbaik sekolah.

6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke
semasa.

2) TUGAS KHUSUS GURU KELAS
1. Merekod dan mengemaskinikan kehadiran serta butiran peribadi murid.
2. Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor

sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
3. Melaksanakan tindakan berikut bagi kes-kes ponteng sekolah seperti :

a. Surat Amaran Pertama pada hari ketiga (3) tidak hadir berturut-turut atau
pada hari kesepuluh tidak hadir bukan berturut-turut.

b. Surat Amaran Kedua pada tujuh (7) hari selepas Amaran Pertama tidakhadir
berturut-turut atau sepuluh (10) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir
bukan berturut-turut.

c. Surat Amaran Terakhir pada tujuh (7) hari selepas Amaran Kedua tidak hadir
berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Kedua tidak hadir bukan berturut-
turut.

d. Surat Buang Sekolah (bertandatangan PGB) secara berdaftar pada 14 hari
selepas Amaran Terakhir (31 hari) tidak hadir berturut-turut atau 20 hari
selepas Amaran Terakhir (60 hari) tidak hadir bukan berturut-turut.


4. Memaklumkan kepada guru admin APDM untuk mengeluarkan nama murid dari
sistem selepas Surat Buang Sekolah dikeluarkan.

5. Sekiranya murid tidak hadir selama 60 hari persekolahan, namanya dikeluarkan dari
buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujuk kepada PGB terlebih dahulu.

6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas mengikut suara
ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan
kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan mengurus pertukaran murid.

7. Mengurus pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid.
8. Membantu PGB dalam pengurusan pendidikan dan kebajikan, mengirim surat-surat

jemputan kepada ibu bapa/penjaga, sijil-sijil dan surat akuan.
9. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan

memberitahu murid.
10. Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanam semangat

rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
11. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada GPKHEM

seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain.
12. Merekod dan mengemaskinikan butiran maklumat murid pindah masuk dan pindah

keluar di dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan Buku Daftar
Kemasukan Murid/sistem yang berkuat kuasa sekarang.
13. Mengurus fail peribadi murid yang mengandungi dokumen berikut baharu jika ada
pertukaran:
a. Rekod Prestasi Murid
b. Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian dan Buku Rekod Kesihatan Murid

c. Buku Maklumat Kokurikulum dan PAJSK
.
d. Laporan SSDM dan Borang Laporan Psikometrik

32




































Click to View FlipBook Version