The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nor_najwahani, 2018-08-01 23:35:02

MASTER PAGE

MASTER PAGE

1.0 PENGENALAN

Program ini berhasarat untuk melaksanakan khidmat bakti di sebuah rumah anak yatin
di Melaka. Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim
adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga
merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.

Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka
merupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-
duanya yang merupakan tempat mencurahkan kasih sayang. Di samping itu, rata-rata mereka
berasal daripada keluarga yang susah dan memerlukan perhatian .

Oleh hal yang demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di
tempat yang dicadangkan ini. Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat
kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat. Juga
diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti
setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

2.0 MATLAMAT PROJEK
Projek ini berhasrat mendedahkan pelajar kepada pengaplikasian pengetahuan, kemahiran
dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar Politeknik. Selain memberi sumbangan kepada
masyarakat dan negara ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

3.0 OBJEKTIF PROJEK
Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat; 3.1 Menunjukkan kecaknaan terhadap
kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat. 3.2
Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang
positif. 3.3 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan. 3.4 Memupuk semangat kecintaan
terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding
bahu dengan badan bukan kerajaan dalam menjaga kebajikan anak-anak yatim

MASA TENTATIF PROGRAM LOKASI
ACARA

8.00 – 8.30 pm - Selawat Nabi
- Persembahan Nasyid Dari Pelajar-
Dataran Sementara Sraik
Pelajar Sraik.

8.30 – 10.00 pm - Kembara Amal Dilancarkan Pentas Utama
10.00 – 11.00 pm
- Persembahan Dari Penyanyi

Jempuran ( Kumpulan Rabbani)
Pelancaran Dana / Jualan / Kutipan


Click to View FlipBook Version