The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farhana anuar, 2020-06-22 23:20:28

BAB 2 : APLIKASI TEKNOLOGI

2.1 Teknologi Pembuatan

2.1
TEKNOLOGI PEMBUATAN

2.1.1 Mengenal Pasti Teknologi
Pembuatan Produk

• Teknologi pembuatan produk ialah satu
kaedah menghasilkan produk sama ada
menggunakan alatan tangan atau mesin.

• Gambar menunjukkan sebuah periuk nasi yang
terhasil daripada penggunaan teknologi
pembuatan. Periuk nasi elektrik tersebut
mempunyai kawalan mikrokomputer yang
mampu memasak pelbagai jenis makanan
berbanding dengan periuk nasi konvensional
yang boleh memasak nasi sahaja.

2

Teknologi Pembuatan Produk

Kaedah Konvensional Kaedah Moden

Menggunakan teknologi asas Menggunakan aplikasi
yang dikendalikan oleh teknologi seperti mesin
individu dengan pencetak 3D, pen 3D dan
menggunakan tangan.
robotik.
Menggunakan tangan dan
peralatan asas seperti gergaji Dapat menjimatkan kos, masa
dan bahan.
tangan, tukul, pahat dan
sebagainya.

Jenis produk yang dihasilkan Pembinaan produk lebih cepat 3
terhad dan mengambil masa dan tepat tanpa membazirkan
yang lama untuk disiapkan.
tenaga manusia.

2.1.2 Menghuraikan Proses Pembuatan Produk
Berdasarkan Teknologi Pembuatan Konvensional
dengan Pembuatan Moden

1. Proses pembuatan produk ialah satu kaedah dan
teknik tentang sumber tenaga, kerja, mesin dan bahan
yang ada diubah untuk menghasilkan produk yang
siap.

2. Pelbagai peringkat pembinaan seperti pemotongan,
pembinaan, tuangan, pemasangan, pembersihan dan
kemasan perlu dilalui oleh bahan tersebut sebelum
produk dapat digunakan.

4

3. Proses pembuatan produk bermula daripada proses
perancangan dan kaji selidik. Lakaran atau lukisan
mock-up dan model dibuat untuk melihat produk dari
segi rupa bentuk.

4. Seterusnya, proses penilaian atau pengujian akan
dilakukan ke atas mock-up dan model tersebut
sebelum proses pembinaan produk dilakukan dengan
menggunakan kaedah konvensional atau kaedah
moden.

5. Satu aliran kerja yang perlu disediakan untuk
menghasilkan sesuatu produk adalah seperti berikut.

5

Perancangan
Kaji Selidik
Lakaran/Lukisan

Mock-up Model

Penilaian/Pengujian Kaedah Moden
Pembinaan Produk
6
Kaedah Konvensional

Carta alir dalam proses pembuatan

Kaedah Konvensional Kaedah Moden

• Penggunaan tangan sebagai • Penggunaan mesin yang
sumber tenaga untuk digerakkan oleh tenaga elektrik
menggerakkan alatan tangan. untuk menghasilkan produk.

• Contoh : • Contoh :
✓Memutar skru menggunakan ✓Memutar skru menggunakan
pemutar skru; pemutar skru tanpa wayar;
✓Meratakan permukaan kayu ✓Melicinkan permukaan kayu
menggunakan ketam kayu; menggunakan mesin pelelas;
✓Memotong kayu menggunakan ✓Memotong kayu menggunakan
gergaji tangan atau gergaji mesin gergaji;
putting; ✓Mengecat menggunakan mesin
✓Mengecat menggunakan berus penyembur cat.
cat.
7

6. Mock-up ialah model olokan yang dibuat untuk
memberikan gambaran reka bentuk produk secara
tiga dimensi. Mock-up dibuat tanpa ukuran serta skala
sebenar dengan menggunakan kertas bod, foam,
polistirena dan mounting board.

7. Model ialah persembahan ringkas tiga dimensi yang
menyerupai produk sebenar. Saiz dan bahan model
tidak semestinya sama dengan produk sebenar.
Terdapat dua jenis model, iaitu model statik dan
model berfungsi.

8

Aspek Elemen Perbezaan2.1.3 Membanding Beza Teknologi Pembuatan
Kaedah Konvensional danKonvensional dengan Pembuatan Moden dalam
Proses Penghasilan Produk
Moden
Masa
Hasil
Kos
Tenaga Kerja
Kuantiti
Kualiti
Estetika

9

Aspek Kaedah Konvensional Kaedah Moden
Masa Lama untuk disiapkan Dapat disiapkan dengan cepat
Bentuk seragam antara satu
Hasil Bentuk yang tidak seragam dengan yang lain
Kos rendah untuk pengeluaran
Kos Kos pembuatan yang tinggi berskala besar
Memerlukan pengendali mesin
Tenaga Kerja Kemahiran mereka bentuk yang mahir
tinggi
Kuantiti Kuantiti pengeluaran yang banyak
Kualiti Kuantiti pengeluaran yang
Estetika terhad Mempunyai piawai yang ditetapkan
Nilai estetika yang terhad
Tiada piawai tertentu

Nilai estetika yang tinggi

10

2.1.4 Membuat Lakaran Model 3D
Bermaklumat

1) Lakaran 3D produk dihasilkan untuk mendapatkan visual idea daripada pereka bentuk.

2) Lakaran 3D memberikan gambaran sebenar objek yang ingin dibina.

3) Lakaran ini mempunyai lebih daripada satu permukaan kerana menunjukkan tiga ukuran dimensi
iaitu panjang, lebar dan tinggi.

4) Elemen dan prinsip reka bentuk diambil kira semasa membuat lakaran.

5) Lakaran mestilah mengandungi maklumat seperti saiz, warna, bahan dan sebagainya.

6) Beberapa lakaran perlu dihasilkan dan lakaran yang terbaik, iaitu lakaran yang memenuhi kriteria
yang ditetapkan akan dipilih.

7) Lakaran idea dimanipulasikan daripada keadaan sekeliling seperti bentuk alam semula jadi atau
geometri.

8) Rajah-rajah yang berikut menunjukkan beberapa lakaran idea reka bentuk rak buku dan alat
tulis.

11

Lakaran 1 Lakaran 2
Lakaran 3 Lakaran 4

12

2.1.5 Menganalisis Lakaran Model 3D

1) Lakaran reka bentuk perlu dianalisis terlebih dahulu sebelum
produk dihasilkan.

2) Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan bagi
mendapatkan hasil produk seperti yang dikehendaki.

3) Tujuan utama analisis dilakukan pada lakaran adalah untuk
mengenal pasti kesesuaian:

➢Kefungsian
➢Elemen reka bentuk
➢Prinsip reka bentuk

13

4) Contoh aspek analisis boleh dilakukan berpandukan jadual seperti yang
berikut.

Bil Aspek Ya Tidak Catatan

1 Adakah rupa bentuk menepati kehendak projek
brief?

2 Adakah cadangan bahan yang digunakan sesuai
dengan produk?

3 Apakah warna yang digunakan dapat menarik
perhatian pelanggan?

4 Adakah saiz produk sesuai dengan fungsi produk?

5 Adakah tekstur pada permukaan produk
mempengaruhi fungsi penggunaan produk?

6 Adakah rupa bentuk produk tidak berbahaya
terhadap pengguna?

Keputusan:

14

2.1.6 Membuat Acuan Model 3D

(a) Tuangan

• Proses di mana bahan yang diperlukan dipanaskan
sehingga lebur dan dituangkan ke dalam acuan
yang sedia ada.

(b) Acuan

• Proses menuang bahan ke dalam acuan yang
menyerupai produk sebenar melalui proses
injection moulding dan dibiarkan mengeras.

15

(c) Pembentukan

• Proses mengubah sesuatu bahan menjadi bentuk lain yang
dikehendaki dan boleh digunakan untuk membina satu
produk.

(d) Pemesinan

• Proses ini menggunakan mesin untuk membuang bahagian
yang tidak dikehendaki supaya menjadi bentuk yang
diperlukan.

(e) Sambungan

• Proses menggabungkan beberapa bahagian produk mengikut
bentuk dan fungsi yang dikehendaki.

16

• Asas kepada pembinaan sesuatu produk ialah model.
• Model ialah satu objek yang seakan-akan menyerupai reka bentuk produk yang sebenar.

Jenis Model

Model statik Model berfungsi

• Dihasilkan untuk melihat • Dihasilkan untuk menilai
rupa bentuk sebenar kefungsian beberapa
produk yang akan bahagian pada produk.
dihasilkan.
• Boleh dinilai kefungsian
• Tiada bahagian yang dari segi kesesuaian
boleh digerakkan. cantuman, pergerakan
dan jenis bahan yang
• Dinilai dari segi warna, digunakan.
saiz, rupa bentuk dan
pembuatan proses.

17

• Proses menghasilkan acuan model 3D dengan kaedah tuangan ditunjukkan melalui carta alir
seperti yang berikut.

1. Menghasilkan model awal 3D

2. Membuat acuan

3. Tuangan

18

• Model awal 3D ialah model yang digunakan untuk

(A) mendapatkan rupa bentuk luaran dalam proses pembinaan
acuan.

Menghasilkan • Bahan-bahan seperti plastik, tanah liat, lilin dan kayu boleh
digunakan untuk menghasilkan model tersebut.
model awal
3D • Mesin pencetak 3D digunakan untuk menghasilkan model awal
3D kerana kaedah ini lebih mudah, lebih tepat dan mengambil

masa yang singkat untuk menghasilkan model tersebut.

Mesin Pencetak 3D 19

• Acuan adalah bekas tuangan untuk sesuatu

(B) bahan yang hendak dibentuk.

• Bahan-bahan seperti tanah liat, pasir dan

Membuat plaster of paris digunakan.

acuan • Kayu, zink, kulit kerang, botol dan simen juga

boleh digunakan untuk menghasilkan acuan.

Plaster of paris Pasir

20

(C) • Terdiri daripada tuangan panas dan tuangan sejuk.
Tuangan
• Tuangan panas ialah satu kaedah yang
menggunakan haba bagi mencairkan bahan tuangan
seperti plastik, timah, tembaga dan besi keluli.

• Tuangan sejuk tidak menggunakan haba untuk
mencairkan bahan tuangan seperti plaster of paris
dan resin epoxy.

Contoh tuangan panas bahan keluli Contoh tuangan sejuk 21
Menggunakan plaster of paris

Proses Menghasilkan Acuan Menggunakan Plaster of Paris

1. Sediakan plaster of 2. Campurkan dengan 3. Letakkan di dalam
paris air sehingga menjadi bekas

pes

4. Sapukan lapisan 5. Celupkan separuh 6. Biarkan sehingga
minyak pada model bahagian model awal 3D kering
ke bahagian dalam pes
awal 3D
plaster of paris

7. Ulang Langkah satu 8. Tanggalkan model 9. Bersihkan acuan yang
hingga Langkah enam awal 3D dengan berhati- terbentuk

hati 22

2.1.7 Membuat Model 3D Berdasarkan
Proses Kerja

(a) Kaedah konvensional (b) Kaedah moden

Acuan dan tuangan Pen 3D atau pencetak 3D
• Bahan yang boleh
• Pen 3D dapat menghasilkan model
digunakan adalah 3D sama seperti pencetak 3D.
seperti plaster of
paris, getah, • Pen 3D menggunakan haba untuk
plastik, campuran mencairkan bahan mencetak
epoxy resin dan seperti acrylonitrile butadiene
epoxy hardener. styrene (ABS), polylactic acid (PLA)
dan thermal polyurethane (TPU).

• Bahan mencetak menjadi cair
apabila dipanaskan dan keluar
melalui hujung pen 3D

23

Langkah-langkah tuangan menggunakan epoxy resin dan epoxy hardener

Sediakan acuan Sediakan epoxy Sediakan sukatan dan epoxy resin
resin dan epoxy epoxy hardener dengan nisbah
50:50 dan tuang exopy resin ke
hardener dalam bekas mengikut sukatan

Kemudian, tuang Kacau campuran Tuangkan
pula epoxy kedua-dua bahan campuran bahan
sehingga sebati itu ke dalam acuan
hardener ke dalam
bekas

Biarkan bahan tersebut
mengeras dan keluarkan
hasil tuangan daripada

acuan

24

Langkah-langkah pemasangan pen 3D

Sambungkan pen 3D Pilih bahan mencetak Panaskan elemen
kepada sumber pemanas pada pen
kuasa

Masukkan bahan Uji bahan mencetak
mencetak pada pen dengan menekan
butang penyalur
bahan mencetak

25

Melukis Model dengan Menggunakan Pen 3D

Lakarkan model 3D Mulakan lakaran
dengan berpandukan bahagian dasar atau

lakaran yang telah tapak sehingga
dihasilkan menjadi sebuah

model siap

Biarkan seketika
sehingga model 3D

itu menyejuk

26

2.1.8 Membuat Kemasan Model 3D Menggunakan
Konsep Electrostatic dan Electroplating

• Tujuan kemasan dilakukan ke • Kaedah-kaedah kemasan berserta bahan
atas produk adalah seperti binaan:
yang berikut:
Kaedah Bahan Bahan
a) Melindungi permukaan Kemasan Binaan Kemasan
produk daripada karat
dan calar Sembur Kayu, keluli, Cat, lekar
plastik
b) Menambah nilai estetik Cat licau,
pada produk Sapu Kayu, keluli syelek
Pelekat
c) Mudah dibersihkan Pelekat Kayu, MDF
d) Lebih tahan lama dan Keluli Perak, emas
Electroplating
selamat digunakan (saduran)

27

(A) • Electrostatic ialah suatu kajian sains yang digunakan untuk
menjelaskan cas-cas elektrik yang static.
Konsep
Electrostatic • Statik bermaksud tidak bergerak, iaitu cas elektrik berada
pada permukaan atau di tempat cas itu terhasil.

• Cas-cas yang terhasil terdiri daripada cas positif dan cas
negatif.

28

• Electroplating atau sadur elektrik ialah suatu kaedah kemasan (B)
yang digunakan untuk membuat saduran pada permukaan bagi
menghilangkan kelemahan sesuatu bahan. Konsep
Electroplating
• Kaedah ini sesuai pada bahan pembuatan yang menggunakan
logam sebagai bahan asas.

• Kaedah ini memerlukan kekonduksian elektrik untuk melakukan
proses penyaduran.

1. Proses electroplating dilakukan dengan cara mengalirkan
arus elektrik melalui larutan antara logam atau bahan lain
yang konduktif.

2. Dua plat logam (anod dan katod) dihubungkan pada kutub
positif dan kutub negatif pada terminal sumber arus DC.

3. Logam yang dihubungkan pada kutub positif dikenali
sebagai anod dan pada kutub negatif pula dikenali sebagai
katod.

29

Bahan-bahan untuk Proses Electroplating

Bikar Kepingan bar tembaga

• Bekas untuk menakung elektrolit dan • Bahan yang menyaluti objek yang akan
merendam produk serta bahan saduran disadur
supaya proses electroplating boleh
berlaku Wayar berserta klip buaya

Sel 9 Voltan • Mengalirkan arus elektrik agar proses
electroplating berlaku
• Punca kuasa elektrik

Cecair elektrolit

• Larutan yang membenarkan arus elektrik bertindak balas
dengan bahan saduran dan bahan yang disadur

• Jika bahan saduran tembaga digunakan, cecair elektrolit yang
digunakan ialah kuprum sulfat

30

2.1.9 Menilai Model 3D yang Telah Dihasilkan

• Model 3D yang telah siap dihasilkan, perlu dinilai untuk mengatasi kelemahan yang mungkin
akan timbul.

• Model 3D akan dinilai dari segi prinsip dan elemen reka bentuk.

• Jadual berikut menunjukkan contoh borang penilaian reka bentuk produk.

Elemen reka Tanda Kriteria Prinsip reka Tanda
bentuk Ya (√) Tidak (X) bentuk Kriteria

Garisan Keseimbangan Ya (√) Tidak (X)
Rupa Pengulangan
Bentuk 31
Tekstur Kontras
Saiz Kepelbagaian
Warna
Ruang Kesatuan
Keringkasan

Harmoni

2.1.10 Menjana Idea untuk Penghasilan Reka
Bentuk Produk yang Lebih Efisien

• Setiap produk yang dihasilkan perlu sentiasa ditambah baik supaya dapat bersaing
dengan produk yang sama yang dihasilkan oleh pengeluar lain.

• Penambahbaikan produk yang berterusan perlu dilakukan supaya produk akan
menjadi lebih kompetitif dan mempunyai kelebihan dalam pasaran.

• Pereka bentuk harus mencari idea yang lebih kreatif bagi menambah baik produk
dari segi kualiti, fungsi, estetik dan reka bentuk.

32


Click to View FlipBook Version