BAB 1
PENYELESAIAN MASALAH SECARA
INVENTIF
DISEDIAKAN OLEH : SITI FARHANA BINTI CHE ANUAR (SMA NAHDZAH)
1.1 Pengenalpastian Masalah
1.1.1 Mengenal Pasti Masalah Bukan Inventif dan Inventif
(A) Maksud masalah bukan inventif
Masalah yang tidak mempunyai kesan sampingan
apabila usaha penambahbaikan berlaku.
2
Contoh masalah bukan inventif
Mentol di rumah yang terbakar dapat
diselesaikan dengan menukarkan mentol yang
baharu. Masalah ini dapat diselesaikan tanpa
kesan sampingan.
3
1. Mengenal pasti masalah (mentol rumah terbakar)
2. Proses penambahbaikan alatan (menukar mentol yang baharu)
3. Alatan dapat digunakan (mentol dapat digunakan semula)
4. Tiada kesan sampingan
4
(B) Maksud masalah inventif
Masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha
penambahbaikan berlaku.
Contoh masalah inventif
Pensel yang tumpul dapat diselesaikan dengan mengasah pensel
tersebut tetapi pensel tersebut akan menjadi semakin pendek.
5
1.1.2 Menerangkan Proses Penyelesaian Masalah Bukan
Inventif dan Inventif
(A) Masalah Bukan Inventif
Proses penyelesaian masalah
bukan inventif
Suatu proses penyelesaian masalah biasa yang dialami dalam
kehidupan seharian.
6
Carta alir proses penyelesaian masalah Mula
secara inventif
1 1. Mengenal pasti masalah yang dihadapi
2 2. Menyenaraikan pilihan yang ada bagi menyelesaikan masalah
3 3. Membuat pilihan yang sesuai daripada senarai pilihan yang ada
4. Melaksanakan pilihan yang telah dibuat
4 5. Menilai penyelesaian masalah sama ada Berjaya atau tidak
5 Tidak
Selesai
Ya
✓ Sekiranya, masalah yang dihadapi berjaya diselesaikan, maka proses penyelesaian masalah telah selesai.
✓ Jika sebaliknya, rujuk semula langkah 2 dan jalan penyelesaian yang ada dan cuba membuat pilihan yang lain. 7
(B) Masalah Inventif
❑Teori Penyelesaian Masalah Secara Inventif (TRIZ) adalah suatu kaedah bagi
mencipta inovasi dalam produk, system, kaedah dan sebagainya secara sistematik.
❑Caranya adalah dengan menyatakan sesuatu masalah secara umum, kemudian
menggunakan kaedah penyelesaian secara umum, sesudah itu memfokus kepada
masalah khusus dan penyelesaian khusus.
❑Contoh masalah khusus yang diubah menjadi masalah umum secara inventif.
Masalah khusus Meja kayu bergoyang apabila dilanggar.
Masalah umum secara inventif Meja kayu ditukar kepada meja besi.
Meja akan menjadi kukuh tetapi berat.
8
Masalah 3. Kaedah Penyelesaian
Umum TRIZ Penyelesaian Umum
2. Model Masalah 4. Model Penyelesaian
Masalah 1. Analisis Meringkaskan Penyelesaian
Khusus Masalah Khusus
Halangan Penyelesaian
9
❑Fasa penyelesaian masalah inventif adalah seperti berikut:
Fasa pertama: • Boleh dikesan melalui proses kerja
Menganalisis punca masalah yang dikenal sebagai analisis fungsi
Fasa kedua: • Menggunakan konsep percanggahan
Memodelkan masalah fizikal
Fasa ketiga: • Menggunakan kaedah pemisahan
Kaedah penyelesaian ruang dan masa
Fasa keempat: • Memilih kaedah penyelesaian
Memilih model penyelesaian spesifik, iaitu prinsip inventif
10
1.2 Analisis Fungsi
• Bertujuan membantu mengenal pasti sistem yang terdapat pada sesuatu
produk.
• Sistem adalah beberapa elemen yang berkaitan antara satu dengan yang
lain dalam pembinaan produk supaya produk dapat berfungsi dengan
baik.
• Apabila analisis fungsi dibuat, fungsi pada setiap komponen yang
melengkapkan sesuatu produk itu akan dinyatakan.
11
1.2.1 Membuat hubung kait antara produk dengan objek dari segi
fungsinya
• Merupakan suatu sistem bagi itu sendiri
Produk
• Tugas yang dilakukan oleh produk untuk merubah objek
Fungsi sasaran
• Merupakan penerima kesan akibat daripada kefungsian
Objek sesuatu produk
12
Hubung kait antara produk dengan objek dari segi fungsinya
Produk Fungsi Objek
(Sistem) (Tindakan) (Penerima kesan)
Menjalankan fungsi Parameter yang berubah
disebabkan tindakan yang
dijalankan
13
Contoh beberapa produk, fungsi dan objek
Produk Fungsi Objek
(Sistem) (Tindakan) (Penerima Kesan)
Memegang
Meja Memegang Buku
Cawan Memegang Air
Klip Memegang Kertas
Mengangkut Dakwat
Pen Menyimpan Manusia
Kereta Buku
Beg
14
1.2.2 Melukis Sistem Fungsi
• Komponen berfungsi menjalankan tugas yang tertentu bagi
melengkapkan sistem fungsi produk.
• Komponen ialah bahagian kecil yang berfungsi menyokong sesuatu
produk.
• Bagi melukis sistem fungsi, semua komponen bagi produk tersebut
perlu disenaraikan satu persatu.
15
Contoh produk : meja
16
Komponen-komponen sebuah meja dan fungsinya
Komponen Fungsi Objek
Muka meja Memegang Buku
Kaki meja Memegang Muka meja
Memegang Kaki meja / muka meja
Skru Memegang Kaki meja
Lantai
17
Lukisan model fungsi
18
Contoh produk : rak kotak serba guna
19
1. Komponen yang terlibat
Komponen Fungsi Objek
Badan kotak Memegang
serba guna Memegang Alat tulis
Penutup kotak
serba guna Memegang Badan kotak
serba guna
Engsel Badan dan
penutup kotak
serba guna
20
2. Lukisan model fungsi
Badan kotak Memegang Penutup kotak Memegang Alat tulis
serbaguna serba guna
Memegang Memegang
Engsel
21
• Model fungsi boleh digunakan untuk menggambarkan keseluruhan hubung kait antara komponen
dengan kesannya dalam satu sistem.
• Berdasarkan model tersebut, garisan kelembapan, kaki meja, muka meja dan paku adalah
bermasalah.
• Ini adalah disebabkan paku yang digunakan untuk mengikat muka meja dengan kaki meja telah
berkarat
22
(A) Masalah Fungsi dan Punca Masalah
• Dalam penyelesaian masalah secara inventif, masalah dapat dikenal
pasti melalui analisis komponen produk.
• Kaedah ini dapat mengesan masalah dan mencari alternatif
penyelesaian.
• Punca masalah boleh dicari dengan mengikuti dua langkah berikut:
1. Mengenal pasti masalah pada model fungsi
2. Mengenal pasti masalah pada komponen yang terlibat
23
Masalah Punca masalah
Meja bergoyang dan tidak stabil
Paku yang memegang muka meja dan kaki meja
mengalami masalah iaitu berkarat.
Mengenal pasti punca masalah 24
(B) Analisis Berantai Punca dan Kesan
• Tujuan analisis ini adalah untuk memahami rantaian punca dan
kesan bagi sesuatu masalah.
• Soalan perlu ditanya beberapa kali sebelum punca masalah dapat
dikesan.
• Halangan yang menjadi punca masalah terdiri daripada:
25
Halangan • Panas
semula jadi • Hujan
• Kelembapan
Halangan sifat • Kebolehan manusia
asas objek
Halangan • Graviti
sains dan fizik • Momentum
26
• Punca dan kesan yang dicari mestilah melibatkan objek dan parameter.
• Kesimpulan:
• Meja bergoyang kerana paku yang
memegang antara kaki meja dengan muka
meja telah berkarat dan patah kerana
kelembapan cuaca semula jadi (supersistem)
27
1.3 Percanggahan Fizikal
1.3.1 Mengenal Pasti dan Menganalisis Percanggahan Fizikal
• Percanggahan fizikal ialah situasi yang berlawanan antara satu dengan yang lain yang diperlukan
dalam suatu objek.
• Contohnya, fizikal yang berat berlawanan dengan fizikal yang ringan.
• Terdapat dua kaedah penyelesaian masalah secara inventif:
1) Kaedah pemisahan ruang
2) Kaedah pemisahan masa
• Contoh percanggahan fizikal meja: Parameter Percanggahan Fizikal
Saiz Besar – kecil
Beban Berat – ringan
Ketinggian Tinggi – rendah
28
Penentuan Kaedah Penyelesaian Masalah Inventif Secara Pemisahan
• Penentuan kaedah penyelesaian masalah inventif secara pemisahan
digunakan untuk menentukan pilihan sama ada kaedah pemisahan
ruang atau kaedah pemisahan masa.
Pemisahan ruang Pemisahan masa
Jika percanggahan fizikal Jika percanggahan fizikal berlaku pada
berlaku pada masa yang sama masa yang berlainan
Tiada perubahan fizikal setelah Terdapat perubahan fizikal setelah ujian
ujian penentuan dilakukan penentuan dilakukan
29
• Contoh pemilihan kaedah pemisahan ruang atau masa
Contoh Percanggahan Contoh Situasi Soalan Penentuan Kaedah Jenis Kaedah
Pemisahan Ruang/Masa Pemisahan
Objek Fizikal Ruang/Masa
Kerusi Tinggi lawan Kerusi perlu tinggi Adakah kerusi perlu tinggi dan Ruang
Khemah rendah untuk murid yang rendah pada masa yang sama?
tinggi dan perlu Jawapan : Ya kerana terdapat Masa
Besar lawan rendah untuk murid
kecil murid yang berlainan 30
yang rendah ketinggian dalam kelas.
Khemah perlu besar Adakah khemah perlu besar
semasa digunakan dan kecil pada masa yang
dan perlu kecil sama?
semasa disimpan. Jawapan : Tidak kerana
khemah digunakan dan
disimpan pada masa yang
berlainan
1.3.2 Mencadangkan Pemilihan Prinsip Inventif
Prinsip inventif bagi kaedah pemisahan ruang
Cadangan Prinsip Penerangan Konsep Contoh
Inventif
a) Membahagikan objek kepada beberapa bahagian Perabot yang dijual menggunakan
Pembahagian kecil konsep Do it Yourself (DIY)
(Segmentation)
b) Menjadikan objek mudah dileraikan Pemisahan unit pendingin hawa
Pengekstrakan c) Meningkatkan darjah kebolehbahagian di dalam dan di luar bangunan
(Taking out / d) Perubahan ke peringkat lebih kecil supaya bunyi bising dan haba
panas dapat diasingkan
extraction) Memisahkan atau mengeluarkan bahagian yang Bekas menyimpan makanan
mendatangkan gangguan daripada objek pelbagai petak berbeza dan
pelbagai fungsi
Kualiti setempat a) Mengubah struktur objek dan pengaruh luaran
(Local quality) daripada seragam menjadi tidak seragam 31
b) Menjadikan setiap bahagian objek memenuhi
fungsi berbeza yang berguna
Cadangan Prinsip Penerangan Konsep Contoh
Inventif
Penyarangan Meletakkan atau memasukkan satu objek ke dalam Antena radio yang boleh
(Nested doll) satu objek yang sama tetapi berlainan saiz dipanjangkan dan dipendekkan
Filem nipis dan Membalut, melapik atau membungkus objek Pelindung cahaya cermin kereta
cangkerang boleh menggunakan lapisan filem nipis dan cangkerang
boleh lentur
lentur
(Flexible shells and
thin films)
Pengantara a) Mengadakan bahagian baharu antara dua objek Sarung tangan ketuhar menjadi
(Intermediary) b) Menggunakan objek atau proses pengantara pengantara tangan dengan objek
c) Mencantumkan dua objek secara sementara panas
Tidak simetri Mengubah bentuk satu objek daripada simetri menjadi Menukar bentuk bulat jam
(Asymmetry)
tidak simetri dinding ke bentuk tidak sekata
32
Prinsip inventif bagi kaedah pemisahan masa
Cadangan Prinsip Penerangan Konsep Contoh
Inventif
a) Meja makan berempat boleh
Kedinamikan a) Memecahkan satu objek kepada bahagian kecil dibesarkan menjadi meja
(Dynamization) yang boleh bergerak makan berlapan
b) Mengubah sesuatu bahagian objek daripada tidak b) Stereng kereta yang boleh
bergerak kepada bahagian yang bergerak dan diubah ketinggiannya
sebaliknya
Beg udara di dalam kereta untuk
Tindakan awal Melakukan tindakan awal untuk mengawal risiko mengurangkan risiko kecederaan
(Prelimenary ketika kemalangan
action) Lampu jalan menyala berkala
mengikut waktu siang dan
Tindakan berkala Menukar tindakan berterusan kepada tindakan malam
(Periodic action) berkala
33
Cadangan Prinsip Penerangan Konsep Contoh
Inventif
Jika tindakan tidak berhasil, lakukan tindakan yang Proses menabur serbuk gula di
Tindakan keterlaluan sama tetapi secara berlebihan atau berkurangan atas donut untuk mengurang atau
(Partial or excessive agar dapat memudahkan penyelesaian menambahkan kemanisan
Menggunakan prinsip terma (pengembangan atau Pemutus litar yang menggunakan
action) pengecutan) terhadap sesuatu bahan prinsip terma pemula lampu
pendarfluor
Pengembangan terma Membuang bahagian yang telah menjalankan Kapsul ubat yang boleh larut
(Thermal expansion) fungsinya
Jana kuasa elektrik, mesin pelelas
Pembuangan dan Menjalankan sesuatu kerja secara berterusan
pemulihan
(Discarding and
recovering)
Tindakan berterusan
yang berfaedah
(Continuity of useful
action)
34
1.3.3 Menjustifikasikan Cadangan Perubahan Reka Bentuk
Berdasarkan Pemilihan Prinsip Inventif
Cadangan perubahan reka bentuk berdasarkan kaedah penyelesaian
masalah secara inventif secara pemisahan
Objek Percanggahan Situasi Soalan Penentuan Kaedah Jenis Kaedah
Meja Fizikal Pemisahan Ruang / Masa Pemisahan Ruang
Adakah meja perlu berat dan ringan / Masa
pada masa yang sama?
Meja perlu berat
Berat lawan ringan untuk menampung Jawapan : Tidak kerana meja Masa
beban yang banyak digunakan untuk menampung
dan perlu ringan beban dan dialihkan pada masa 35
untuk mudah yang berlainan
dialihkan
Cadangan perubahan reka bentuk
Prinsip Inventif yang Dipilih Cadangan Perubahan Reka Bentuk
Kedinamikan (Dynamization)
A – Kaki meja jenis boleh ditanggalkan
daripada cantuman dengan muka meja
yang menggunakan konsep ikatan skru
boleh pasang buka
B – Memasang roda pada hujung kaki meja
agar mudah digerakkan
36
1.3.4 Menghasilkan Lakaran Produk Berfokuskan Bahagian yang
Mempunyai Masalah Inventif
• Perubahan pertama reka bentuk meja yang dicadangkan adalah dengan
memasang kaki meja yang boleh ditanggalkan daripada muka meja.
• Meja ini menggunakan konsep skru yang boleh pasang buka apabila hendak
dialihkan.
37
• Perubahan kedua yang dicadangkan adalah dengan memasang roda pada
hujung kaki meja agar mudah digerakkan.
• Apabila meja hendak dialihkan hanya seorang tenaga pekerja diperlukan untuk
menolak meja itu.
• Apabila meja hendak digunakan maka roda meja perlu dikuncikan supaya tidak
bergerak.
38