The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Group 9
Penghayatan Etika dan Peradaban
Group assignment

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainatsya000, 2023-10-06 09:24:48

Wawasan Budaya Malaysia

Group 9
Penghayatan Etika dan Peradaban
Group assignment

Keywords: Group 9

MALAYSIA WARISAN BUDAYA "Patriotisme Budaya, Keluhuran Perpaduan, Kekuatan Negara " WARISAN BUDAYA


Nurul Ainatasya Binti A Ghani (mc220918502) AHLI KUMPULAN Muralitharan Nadson (mc230923501) Fazly bin Marijal (mc230923632)


ISI KANDUNGAN 01 02 03 04 05 06 07 PENGENALAN CIRI -CIRI BUDAYA CABARAN ELEMEN BUDAYA TRADISIONAL BAGAIMANA SENI DAN BUDAYA MEMUPUK ETIKA DAN PERADABAN KESIMPULAN RUJUKAN ELEMEN WARISAN BUDAYA DARI PELBAGAI PERSEPEKTIF


Masyarakat di negara kita terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama. Setiap kaum di negara ini mempunyai adat resam, budaya dan kepercayaan tersendiri. Contoh yang dapat dilihat adalah kepelbagaian dari segi muzik, jenis-jenis alatan muzik, tarian, adat perkahwinan dan juga perayaan yang disambut oleh setiap kaum. Sebagai sebuah negara majmuk, kepelbagaian ini telah menjadi salah satu teras identiti negara kita yang dikenali di serata dunia. Kajian oleh Kantar Profiles Audience Network pada tahun 2022 yang disiarkan di laman sesawang usnews.com menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke 42 terbaik dari 193 negara yang mempunyai amalan kepelbagaian budaya serta adat resam. Ini menunjukkan bahawa dunia mengenali negara ini sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum serta kebudayaan. Oleh yang demikian, adalah satu kewajiban kita sebagai rakyat negara ini untuk mengekalkan serta memelihara kebudayaan setiap kaum serta saling mempromosikan kebudayaan dan etika peradaban sesama kita bagi memupuk semangat setiakawan, perpaduan serta kebersamaan antara satu sama lain. PENGENALAN “Warisan budaya ialah peninggalan artifak fizikal dan ciri tidak ketara sesebuah kelompok atau masyarakat yang diwarisi daripada generasi terdahulu, pada masa kini serta dipelihara untuk generasi akan datang. Warisan-warisan ini termasuk budaya yang tampak ketara (misalnya bangunan, monumen, buku, hasil seni dan artifak), yang tidak ketara (seperti cerita rakyat, tradisi, bahasa, and pengetahuan), serta warisan semulajadi (termasuk ciri muka bumi dan biodiversiti yang penting)” Apakah itu warisan budaya?


CIRI-CIRI BUDAYA Budaya diamalkan oleh masyarakat yang hidup bersama dalam satu kelompok melalui interaksi, komunikasi, ibadah, pekerjaan atau aktiviti seharihari. Budaya diwarisi dari nenek moyang. Peralihan budaya itu melibatkan bahasa, tradisi, pengetahuan, pengalaman ritual-ritual tertentu mahupun penurunan pengetahuan kesenian. Ia menjadi teras dalam kehidupan suatu kaum yang mana mengamalkan budaya ini sebagai tunjang kehidupannya. Merupakan perkongsian suatu masyarakat Diwarisi secara turun temurun Manusia tidak dilahirkan bersama budaya dan adat resam tetapi ia dilahirkan dalam adat, budaya dan norma masyarakatnya. Dalam erti kata lain, manusia diajar mengenai budaya dan proses ini akan berlangsung seumur hidupnya. Diperolehi melalui proses pembelajaran Wujudnya nilai-nilai terentu seperti nilai baik hati, lemah lembut, saling hormatmenghormati, saling bekerjasama, saling memerlukan. Nilai-nilai ini dapat mencakup etika, keyakinan dan pandangan dunia yang membentuk perilaku dan interaksi sosial. Kewujudan nilai-nilai tertentu


ELEMEN WARISAN / BUDAYA DARI PERSEPEKTIF SENI, MUZIK, TARIAN, PAKAIAN TRADISIONAL DAN MAKANAN


Seni Khat Seni Berliang Periuk (Seramik) Seni Khat Tenunam Songket Seni Batik Lukisan Kolam Seni Mehendi Seni Toranam Seni Bunga Malai Porselin Putih Kaligrafi Tanglung Sulaman Xiang Mangavol (tenunan) Terendak Anyaman Tikar Ukiran kayu Manik Orang Ulu Pua Kumbu Iban Songket Melayu 'l/ MELAYU INDIA CINA SABAH SARAWAK Kraf tangan warisan


Ghazal•Gambus•Hadrah•Kompang•Gamulan•Caklempong - Dolak•Sitar•Veena•Tabla•Gandharva OrkestraGuzheng•Teochew•muzikZheng•ErHu Kulintangan•Gongsembilan•Sompoton•Togunnggak•Turali BangsiNineng•Sape•TabohIban•GendangMelayuSarawak•Engkerurai ALat muzik MELAYU INDIA CINA SABAH SARAWAK


Zapin Joget Mak Inang BharataNatyam KuchiPudi Odissi Kathakali Banghra TarianKipas TarianTanglung TarianSinga TarianNaga TarianTeratai ZapinBrunei KudaPasu Mongigol Magalai Labuk Magunatip Daling-daling Bakanjar RoyongMelayu Ngajat JogetSerampang Baru Tarian warisan SARAWAK CINA SABAH INDIA MELAYU


Paka - ian tradisional MELAYU : INDIA : CINA : SABAH : SARAWAK : Kurung johor Kurungpahang Kurungpahang Kurungibusoko Kebayaselangor Sari Dhoti Hanfu Cheongsam Suttang Zongshan Sinuangga&gaung Sinipak Dusunlotud Badusipak Tahol Alal timbang Tudungkeringkam Ngepaniban Bajuetnikbidayuh Bajuetnikkayan


Makanan warisan Nasi lemak Ubi rebus Rendang Cencalok Murukku Tosai Vadai Biryani CharKueyTeow Bak Chang DingBianHu Kuihbulan Ambuyat Ayamliku Linopot Pinasakan Ayampansoh Umai LaksaSarawak Ulatmulong Latok Sagol Putumayam Idli Lemang Tapai Cendol Ketupat Otak-otak MELAYU INDIA CINA SABAH SARAWAK


CABARAN ELEMEN BUDAYA TRADISIONAL DALAM MEMBENTUK ETIKA DAN PERADABAN Cabaran Dalaman Cabaran Global Penyusutan warisan budaya Masyarakat beranggapan bahawa budaya yang diamalkan oleh nenek moyang mereka adalah budaya kuno yang tidak sesuai diamalkan dalam masyarakat moden hari ini. Contohnya adalah seperti budaya memuja semangat padi di kalangan petani di Borneo semakin pupus kerana ini dianggap bercanggah dengan ajaran dan anutan agama masing-masing. Perubahan Nilai dan Norma Dalam beberapa keadaan, nilai-nilai tradisional tidak lagi relevan dan bercanggah dengan tradisi moden. Pemodenan Kepesatan pembangunan dunia turut member kesan kepada kelangsungan budaya dalam negara ini. Isu pemodenan bukan benda baru. Selepas merdeka misalnya, negara ini mengadaptasi sistem kerajaan British dalam pentadbiran negara. Pada hari ini kita dapat melihat sendiri bagaimana anak muda dengan mudahnya terpengaruh dengan budaya barat yang dilihat melalui media sosial. Muzik barat seperti Black Metal menular di kalangan anak-anak muda. Komersialisasi Unsur-unsur budaya tarian, seni visual, pakaian dan makanan sering dikomersialkan. Ini mengurangkan nilai budaya yang tulen dan mewujudkan ketegangan di antara pengekalan budaya lama atau memenuhi tuntutan pasaran. Contoh yang mudah kita lihat semakin banyak baju tradisi yang diubahsuai dari reka bentuk tradisional supaya lebih mudah dikomersialkan. Dalam muzik umpamanya, muzik gamelan digabungkan dengan muzik rap.


01 DIALOG BUDAYA Muzik tradisional, tarian, pakaian dan makanan yang berasal daripada pelbagai kumpulan etnik atau budaya sering menjadi sumber perbincangan budaya. Orang dari pelbagai latar belakang boleh bercakap tentang komponen budaya ini, berkongsi maklumat dan memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang tradisi masing-masing. Melalui dialog ini, toleransi pelbagai kaum boleh dikekalkan. 02 WADAH PERTEMUAN DAN PERMUAFAKATAN Acara seni, seperti persembahan muzik atau tarian, selalunya menarik minat masyarakat yang pelbagai. Ini boleh membantu memudahkan pertemuan dan perayaan bersama di mana orang daripada pelbagai kumpulan boleh berkumpul, berinteraksi dan meraikan kepelbagaian budaya. Contohnya Rainforest World Music Festival yang merupakan acara tahunan di Sarawak. Contoh lain seperti, Sounds of Malaysia, Program Jangkauan Orkestra Tradisional Malaysia yang dianjurkan oleh Istana Budaya. 03 MEMBINA HUBUNGAN EMOSI Tarian dan muzik sering mempunyai kuasa emosi yang kuat. Ia mempunyai keupayaan untuk menghasilkan pengalaman perkongsian yang mendalam, yang boleh meningkatkan hubungan antara individu dan kumpulan. Sebagai contoh, sambutan Hari Kaamatan di Sabah yang disambut secara besarbesaran di mana seluruh masyarakat tanpa mengira agama dan kaum bersama meraikan sambutan Pesta Menuai. Dalam pesta ini pelbagai aktiviti tarian dan muzik tradisional dipersembahkan kepada pengunjung yang. 04 MENGGALAKKAN KETERBUKAAN DAN PENERIMAAN Penggunaan pakaian dan makanan tradisional pada acara kebudayaan boleh membantu orang menjadi lebih terbuka dan menerima kepelbagaian. Ia menerima warisan budaya setiap kumpulan dan melihat perbezaan sebagai aset. Perkara ini boleh dilihat ketika sambutan Hari Kemerdekaan di mana semua kaum di Malaysia akan menggayakan pakaian tradisi masingmasing dalam perarakan kemerdekaan yang diadakan setiap tahun di seluruh negara. BAGAIMANA SENI DAN BUDAYA MEMUPUK ETIKA DAN PERADABAN?


Malaysia adalah negara berbilang kaum yang kaya dengan warisan budaya yang dipegang oleh setiap suku dan etnik. Setiap kaum mempunyai budaya, adat resam, kepercayaan agama dan tradisi yang telah diwarisi. Dari segi kesenian, kita boleh melihat bahawa setiap kaum mempunyai kelebihan tersendiri. Seni boleh membantu masyarakat hidup bersama dan mencipta identiti negara mereka sendiri. Walau bagaimanapun, kita masih menghadapi cabaran dalam membina negara yang harmoni. Salah satu cara kita mempromosi perpaduan antara kaum yang beretika adalah melalui kesenian dan kepelbagaian budaya tradisional setiap kaum dengan cara bersatu padu, saling toleransi dan meraikan kepelbagaian. Kesimpulan


http://studentsrepo.um.edu.my/6124/2/ BAB_DUA_KONSEP.pdf Rujukan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=warisan&d=102572& https://www.usnews.com/news/bestcountries/Malaysia https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=etika https://prpm.dbp.gov.my/Cari1? keyword=peradaban


Click to View FlipBook Version