LANGKAH-LANGKAH BERJIMAT-CERMAT
Berjimat-cermat merupakan amalan yang mulia.Kita perlulah
berjimat-cermat untuk kegunaan masa depan.Terdapat pelbagai
langkah berjimat-cermat.
Antara langkah berjimat-cermat ialah menabung.Apabila kita
menabung kita dapat membuat simpanan untuk masa depan.Kita
juga dapat menggunakan duit yang telah ditabung dalam masa
kecemasan.
Selain itu, kita hendaklah berbelanja secara berhemah.Berbelanja
secara bermaksud berbelanja hanya untuk barang keperluan.Barang
keperluan seperti barang dapur,baju,makanan dan sebagainya.
Di samping itu, kita haruslah bandingkan harga barang apabila
membeli-belah.Kita hendaklah membeli barang yang lebih murah
untuk berjimat-cermat dan kita juga dapat mengelakkan pembaziran.
Akhir sekali, kita juga digalakkan membeli barang ketika jualan
murah.Kita dapat menjimatkan duit.Barang yang murah juga tidak
bermaksud kualitinya rendah.
Kesimpulannya, kita haruslah berjimat-cermat dan tidak
membazir.Membazir merupakan amalan yang tidak baik.Berjimat-
cermat sesuai dengan peribahasa, “Sediakan payung sebelum
hujan”.
KEJADIAN MEMANCING
Aku dan Ahmad tinggal berjiran, kami berkawan baik sejak kecil
lagi.Kami mempunyai hobi yang sama iaitu memancing.
Pada suatu hari, aku dan Ahmad bercadang untuk pergi
memancing di sungai.Seperti yang dijanjikan pada pagi Sabtu, kami
pergi memancing di sungai kemena.Kami membawa joran dan
umpan untuk memancing.
Kami mencari lokasiyang sesuai untuk bertempat di sungai
kemena.Permandangan di situ sangat indah dan airnya
jernih.Beberapa orang kaki pancing lain yang datang untuk
memancing ikan di sungai tersebut.
Aku dan Ahmad dapat menangkap pelbagai jenis ikan seperti ikan
keli, ikan seluang, dan ikan baung.Kami berasa sangat seronok
apabila mendapat hasil yang banyak.Tanpa disedari, masa sudah
berlalu pantas dan kami juga hendak pulang.Tiba-tiba, kail Ahmad
ditarik oleh seekor ikan yang besar.
Ahmad tergelincir ke dalam sungai.Aku pergi meminta bantuan
daripada salah seorang pemuda untuk menyelamatkan
Ahmad.Seorang pemuda itu terjun ke dalam sungai untuk datang
menyalamatkan Ahmad.
Akhirnya, Ahmad berjaya diselamatkan oleh pemuda
tersebut.Aku bersyukur Ahmad dapat diselamatkan.Aku berterima
kasih kepada pemuda itu kerana membantu aku menyelamatkan
Ahmad daripada arus deras.Sejak kejadian itu, aku dan Ahmad akan
memancing ikan di sungai dengan berhati-hati.