EBOOK KELANA
SISWA
NURUL FASHIHHANA BINTI FAZLI
D20211099974
KELANA SISWA
CUC 2011 KUMP B
BIODATA DIRI
NAMA: NURUL FASHIHHANA BINTI FAZLI
UMUR : 21 TAHUN
NO MATRIK : D20211099974
TARIKH LAHIR : 8 JANUARY 2001
ALAMAT : NO 23, JALAN INDAH 3 , TAMAN
PERTAMA INDAH MUAR,
HOBI: MENYERTAI AKTIVITI LASAK
TEMPAT LAHIR:kLUANG , JOHOR.
PENGALAMAN DALAM PENGAKAP
1.Bergiat aktif dalam dunia pengakap bermula di darjah 4
2.Menyambung aktiviti pengakap di tingkatan 1 dengan menyertai jambore 5th asean yang
dilaksanakan di terengganu
3.Menyertai kem lencana usaha maju dan jaya ketika di tingkatan 2 dan tiga
4.Mewakili negeri pahang untuk jamboree wanita kebangsaan pertama yang diadakan di
semenyih, selangor
5.Meneruskan kursus kem lencana 5 tertinggi ketika di tingatan 4
6.Mewakili negeri pahang kejamboree peringkat antarabangsa yang dilaksanakan di bukti kayu
hitam kedah dan berjaya mendapat nombor dua dalam pertandingan tarian malam
kebudayaan.
7.Menghentikan langkah dalam mendapatkan pengakap raja kerana masa yang suntuk dan
fokus kepada spm
8.Meneruskan aktiviti pengakap di tingkatan 6 sebagai pengakap laut
9.Disebabkan PkP , hanya sempat menyertai kem lencana virgil.
10.Mengambil inisiatif untuk tetap menyertai pengakap dengan menyertai pengakap kelana
"kelana.maharani' di daerah Muar dalam usaha membantu masyarakat ketika waktu susah .
2.0 SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert
Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-
Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada
22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-
Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru
di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada
Laksamana British bernama W.T. Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan
tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada
zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan
sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti
sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi
mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah
berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan
Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam
tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong
Setiausaha Tentera.
SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di
Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-
Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang
bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan
ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-
askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya
semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India.
Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua
rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu
puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu
sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan
Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang
askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir
dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan
satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang
budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea
berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku “Aids To
Scouting”. Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih
cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan
mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea
berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul
“Scouting For Boys”. Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa
menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku
itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam
tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke
Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909,
Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di
seluruh dunia.
SEJARAH PENGAKAP DUNIA
Pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British.
Tanpa diduga, pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun
sahaja ia ditubuhkan. Beliau telah mengelilingi dunia pada tahun 1912 untuk
menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920,
Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Disinilah
beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British
menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat
kebesaran negara pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau
mewujudkan pergerakan pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah
meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulang tahun ke 84.
SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA
Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell
atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari
situ, kegiatan berpengakap telah pun muncul di tanah air seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-
anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di
Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England.
Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan
Borneo.
Pergerakan Pengakap berkembang di M’sia 1919 Pasukan Pengakap utk budak Melayu telah
(Malaya) apabila F.C.Sands tubuhkan pasukan diasaskan Kapten N.M. Hashim dan En. A.Z.Alsagoff,
Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura juga di Singapura.
pada tahun 1910. (2 tahun setelah BP Negeri Melayu yg pertama mulakan Pergerakan
mengasaskan pergerakan ini di England). Pengakap - Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.
Namun, pergerakan ini terus terkubur setelah
1915- beliau tubuhkan pergerakan G.M.Laidlow meninggal.
Pengakap di Pulau Pinang iaitu di Penang
Free School.
Mendiang juga menjawat jawatan Penolong
P’jaya Pengakap Malaya selama 13 tahun 1927, Pengakap dihidupkan semula oleh
lamanya. H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jab.
Pelajaran Pahang.
Pergerakan ini.dimajukan oleh H.R.
Cheesman (seorg ahli pendidikan terkenal)
Di Perak ,pengakap ditubuhkan di
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK
pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler. 1922,
Pengakap bermula di Kedah.
1928 bermula di Johor di Maktab Sultan
Abu.Bakar
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan
pergerakan Pengakap pada tahun 1926
oleh Brunstone.
Selangor menubuhkan pergerakan
Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen
Akbar
Tahun1930 - Pengakap Laut ditubuhkan di
sekolah Melayu Banggol, Kota Bharu, Kelantan.
Tahun 1952 - pembukaan Kem Kok Keli.
Tahun 1953 - Kem Kijang dibuka.
Tahun 1957 - menjadi anggota penuh kepada
persidangan pengakap sedunia.
Tahun 1964 - ditubuhkan Persekutuan Budak-
budak Pengakap Malaysia (T.Melayu, Singapura,
Sabah dan Sarawak).
Ogos 1965 - Singapura berpisah dari Malaysia.
S E J A RKAEHLPAENNAG A K A P
Pengakap Kelana telah diwujudkan Pengakap lama yang ingin terlibat
kerana terdapat permintaan untuk semula dalam kegiatan-
penubuhannya oleh para belia. kegiatanPengakap telah mencadangkan
Sebenarnya, Pengakap bermula supaya ditubuhkan satu kumpulan bagi
sebagai persediaan pengalaman ahli dewasa yang bersesuaian dengan
dalam latihan kepimpinan dan minat dan kebolehan mereka. Pada
sebagai inisiatif oleh Lord Baden- tahun 1917, Pengakap Kelana dengan
Powell (BP) untuk Pengakap darat rasminya dilancarkan di United Kingdom
di India dan Afrika semasa zaman dengan nama Pengakap Dewasa. Walau
perang bagaimanapun, pada tahun 1918, nama
ini telah ditukar menjadi Pengakap
Kelana.
Pada tahun 1922, BP telah menulis Pada tahun 1931, Perkhemahan
dan menerbitkan sebuah buku Kelana Sedunia (World Rover Scout
panduan untuk bahagian Pengakap Moot) yang pertama telah diadakan
Kelana yang diberi nama, Rovering di Kandersteg, Switzerland.
toSuccess. Di dalamnya, beliau Perkhemahan ini telah dihadiri oleh
membentangkan tujuan dan 3000 ahli Pengakap Kelana dan
matlamat Pengakap Kelana dan keputusan dalam penerimaan
menggambarkan jalan ke arah Pengakap Kelana sebagai
kehidupan yang dilihat beliau sebagai pergerakan seluruh dunia telah
panduan untuk pemuda-pemuda dicapai semasa perkhemahan ini.
mengikuti keadaan semasa.
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KELANA
LELAKI
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP KELANA
WANITA
SUSUN ATUR
LENCANA
SYARAT PEMAKAIAN
LOGO
KELANA
UPSI
PERSETIAAN
PENGAKAP
LENCANA KEAHLIAN
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui bahawa ia adalah seorang Ahli
dalam Persaudaraan Pengakap Malaysia dan Sedunia yang luas itu.
Sebelum dilantik menjadi Ahli Kelana dan dianugerahkan Lencana Keahlian, seorang Bakal Kelana
akan diuji dalam perkara-perkara berikut, untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam
berpengakap.
1.Memahami dan menerima Persetiaan & Undang-undang Pengakap.
2.Dapat menerangkan tujuan Pergerakan Pengakap dan menyedari peranan Pengakap Kelana.
3.Mengetahui sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dan Pergerakan Pengakap Antarabangsa.
4.Menjalankan kerja-kerja amal kepada masyarakat setempat bersama pasukan seminima enam
jam.
5.Mengetahui cara mengikat dan menggunakan simpulan dan ikatan berikut :
a.Buku Sila (Reef Knot)
b.Bunga Geti (Sheet Bend)
c.Simpul Manuk (Clove Hitch)
d.Tindih Kasih (Bowline)
e.Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two Half Hitch)
f.Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
g.Ikatan Seraya (Square Lashing)
h.Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
6.Mengamalkan ajaran agama masing-masing.
LENCANA KEMAHIRAN
Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui berbagai kemahiran, kegiatan dan
aktiviti luar dengan memperlihatkan tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan seperti
berkhemah, projek perintis, ikhtiar hidup dan pandu arah.
A. Berkhemah
1.Pengetahuan dan menyediakan laporan perkhemahan.
Mendirikan khemah kecil / pondok untuk perlindungan.
2.B. Projek Perintis
C. Pengurusan Kuartermaster
D. Kawad
1.Mengetahui tatacara dan hukuman kawad
2.Mengetahui asas orienteering dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai sisi latihan
dan aktiviti yanf dijalankan.
F. Ikhtiar Hidup
1.Mengetahui asas ikhtiar hidup dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri latihan
dan aktiviti yang dijalankan.
G. Penganggaraan
1.Mengetahui system penganggaran dan dapat mengaplikasikannya di dalam pelbagai siri
latihan dan aktiviti yang dijalankan.
A. Bantu Mula – wajib
1.Calon dikehendaki mengikuti latihan atau kursus yang diakui oleh mana-
mana persatuan atau mana-mana Pegawai Perubatan bertauliah yang
mengendalikan latihan rawatan dan pertolongan cemas dalam jangka masa
tertentu.
. Kebajikan Am – Wajib
Menganjurkan suatu projek Perkhidmatan Masyarakat yang melibatkan
masyarakat setempat.
Pemelihara Alam Sekitar
1.Calon dikehendaki berhubung dengan Pesuruhjaya Daerah atau
Jawatankuasa Program Daerah untuk menentukan projek-projek kempen
pemeliharaan alam sekitar yang dapat dijalankan di tempat masing-masing
dalam tempoh 3 bulan.
. Kebajikan
1.Menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa
bencana alam.
LENCANA PENGEMBARAAN
Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui
berbagai kegiatan dan aktiviti pengembaraan dengan memperlihatkan
tahap tertinggi dalam melaksanakan program dan rancangan
pengembaraan tersebut.
Menjalankan salah SATU daripada pilihan pengembaraan berikut:
1.Berjalan kaki sejauh 60km (masa bermalam: minima 2 malam).
2.Berdayung sampan/kayak/rakit sejauh 30km (masa bermalam:
minima 2 malam).
3.Berbasikal sejauh 100km (masa bermalam: minima 2 malam).
4.Bermotorsikal sejauh 500km (masa bermalam: minima 2 malam).
5.Berkereta sejauh 800km (masa bermalam: minima 2 malam).
6.Berkenderaan awam (bas/kereta api) sejauh 1000km (masa
bermalam: minima 2 malam).
*Semua perjalanan di atas hendaklah merangkumi tidak kurang dan 3
perjalanan kecil yang berasingan dan berbeza keadaan geografinya
LENCANA KEPIMPINAN
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana,
sebagai mengakui berbagai kemahiran, kepimpinan
dan pengurusan dengan memperlihatkan tahap
tertinggi dalam melaksanakan program seperti
Kursus, Seminar, Bengkel, Campfire Night.
Menjalankan salah satu daripada perkara-perkara
berikut :
Kursus Kepinpinan Manikayu
Menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu sehingga
Peringkat II.
LENCANA ICT
Lencana ini dianugerahkan kepada AhIi Kelana, sebagai mengakui
berbagai kemahiran, kegiatan dan aktiviti luar dengan memperlihatkan
tahap tertinggi dalam teknologi komunikasi maklumat dan hubungan
antarabangsa.
A. Teknologi Maklumat.
Menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:
1.Mengetahui perkara-perkara asas berkenaan pengendalian computer.
2.Boleh melayari internet menggunakan enjin pencarian untuk proses
pencarian maklumat.
3.Menyediakan sebuah persembahan / laporan / log yang sesuai dengan
menggunakan perisian-perisian berikut bagi:
Windows, Linux, Macintosh.
Microsoft Office Word, Excel dan Power Point.
4.Menghasilkan sebuah persembahan multimedia.
5.Menghasilkan dan mentadbir sebuah laman web seminima 3 bulan.
LENCANA EKSTREM
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui berbagai
kemahiran, kegiatan dan aktiviti lasak luar seperti mendaki, menyelam,
eksplorasi, berakit dan aktiviti ekstrem dengan memperlihatkan tahap
tertinggi dalam melaksanakan program dan kegiatan tersebut.
Telah melibatkan diri seminima TIGA kali di dalam mana-mana SATU daripada
kegiatan ekstrem di bawah :
1.Mendaki Gunung.
2.Menyelam Skuba (Scuba Diving).
3.Berakit di Air Deras (White Water Rafting).
4.Berkayak di Laut / Sungai (Kayaking).
5.Eksplorasi Gua (Caving).
6.Wall / Rock Climbing.
7.Paintball dan Sukan-sukan Ekstrem yang lain.
8.Lain-lain aktiviti yang dinilai berkaitan dengan aktiviti ekstrem.
LENCANA PENYELAMAT
NYAWA
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai mengakui
berbagai kemahiran dan ilmu pengetahuan tahap tertinggi dalam
melaksanakan program dan perkhidmatan penyelamat nyawa, khidmat
bantu mula, pengurusan risiko dan ikhtiar hidup.
Memiliki salah satu daripada empat kelayakan menyelamat nyawa
seperti dibawah dan sentiasa bersiap sedia dalam memberikan
perkhidmatan :
Outdoor Survival.
Pertolongan Cemas peringkat tertinggi (Advance).
Bronze Cross.
Pengurusan Risiko (Risk Management Course).
LENCANA KEUSAHAWANAN
Lencana ini dianugerahkan kepada Ahli Kelana, sebagai
mengakui berbagai kemahiran tahap tertinggi, kegiatan dan
rancangan seperti penternakan, perikanan, pertanian,
perladangan dan perniagaan dengan memperlihatkan dalam
melaksanakan program dan perkhidmatan.
Menjalankan salah satu daripada aktiviti-aktiviti keusahawanan
seperti berikut selama meninima enam bulan dan menyediakan
penyeta kewangan yang lengkap dan disahkan :
Penternakan.
Perikanan.
Pertanian / Perladangan.
Perniagaan.
ANUGERAH BP
Baden Powell atau lebih dikenali sebagai B-P AWARD merupakan anugerah tertinggi
bagi seorang ahli pengakap kelana. Untuk mendapatkan anugerah ini seorang ahli
pengakap kelana haruslah menghabiskan skim latihan pengakap kelana. Syarat-
syarat untuk mendapatkan anugerah ini adalah seperti berikut:
1. Lulus lencana pengakap kelana iaitu Lencana (wajib) dan lencana (pilihan).
2. Pengakap kelana hendaklah berumur diantara 18 hingga 25 tahun sahaja.
3. Borang pencalonan Anugerah B-P akan disediakan oleh Ibu Pejabat Persekutuan
Pengakap Malaysia
4. Sijil dan Anugerah B-P akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap
Malaysia
IKA TAN AS
AS
IKATAN BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain
pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang
sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk
mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar
kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang
dibuka semula.
Fungsinya ialah:
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa
pertolongan cemas.
Teknik
1.Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2.Masukkan hujung A dibawah B.
3.Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan
memasukkan B di bawah
IKATAN BUNGA GETI
Ikatan Bunga Geti digunakan bagi
menyambungkan tali yang tidak sama besar
saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali
perahu dengan tali kapal.
Fungsi
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik
Mulakan simpul.
Kemudian masukkan hujung tali B supaya
bersilang untuk membentuk simpul.
Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk
membentuk simpul
SIMPULAN TINDIH KASIH
Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat
gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher
binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga
boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat
seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke
dalam sungai.
Fungsi
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh
menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan
tanjul itu keliling badan mangsa.
Teknik
1.Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
2.Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan
tersebut.
3.Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan
kembali ke dalam bulatan tersebut.
IKATAN SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan
sebagai permulaan ikatan ketika mula
mengikat pada kayu atau sebagainya.
Fungsi
Digunakan untuk mengiKat tali pada tiang
atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik
ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan
mematikan ikatan seraya dan silang gunting.
Teknik
Mulakan simpul pada kayu.
Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas
simpulan tadi.
Tarik hujung tali.
IKATAN PENGAIL
Fungsi
Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
Ikatan ini kuat dan kukuh.
Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.
Teknik
1.Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.
2.Lakukan 2 lingkaran tali.
3.Pada hujung tali itu boleh diikat.
SEKIAN
TERIMA KASIH