The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ronazilazil838, 2021-06-09 03:48:57

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing.

Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing.

Judul Buku : Berat Sama Di pikul, Ringan Sama
Dijinjing.
Pengarang
Tahun Terbit : Sabrina Salleh
Bilangan Muka surat : 2021
: 22

LITERASI MAKLUMAT

Buku ini adalah bahan bacaan dalam bentuk buku. No.
Perolehan buku ini ialah 09217. Buku ini ditempatkan di dalam
rak 800, iaitu rak kesusateraan (899.2333). Tajuk buku ini
berkenaan dengan simpulan bahasa iaitu, “ Berat sama dipikul
ringan sama dijinjing”. Siri buku ini memaparkan kisah
kehidupan masyarakat Kampung Pintu Padang mengamalkan
nilai tolong-menolong semasa program mengemping
dijalankan. Antara aktiviti yang turut dipaparkan dalam buku ini
seperti aktiviti menggoreng padi muda, menumbuk emping
dalam lesung hindik, membuat serawa telur dan menuai padi.

Diharapkan maklumat yang terkandung dalam ilustrasi
buku ini menambahkan ilmu pengetahuan dan memberi
inspirasi kepada murid-murid dalam menjalani kehidupan
Norma baharu.

Pesta mengemping tiba lagi. Sejak awal pagi, penduduk di Kampung Pintu
Padang berkumpul di tepi balai raya. Tok Hamdan membahagikan tugas
membuat emping itu kepada beberapa kumpulan.

Idham, Kim Hock, dan Guna turut serta dalam pesta mengemping itu.
“Saya berasa seronoklah kerana dapat turut serta dalam pesta ini,” kata Kim
Hock.

“Pada masa inilah, kita bekerjasama untuk membuat emping,” kata Idham
pula.

“Inilah pertama kali saya melihat cara orang membuat emping. Tentu
seronok,” kata Guna pula.

“Apakah tugas kita sekarang?” tanya Kim Hock.
“Mari kita berjumpa dengan nenek saya dahulu,” kata Idham.

Selepas itu, Idham , Kim Hock, dan Guna pergi mendapatkan Nenek Rebunah
yang sedang menggoreng padi muda dengan kawannya.

“Nek, apa yang dapat kami bantu?” tanya Idham kepada Nenek Rebunah.
“Idham dan Kim Hock tolong nenek goreng padi muda ini,” kata Nenek
Rebunah lalu menghulurkan dua batang sudip kepada Idham dan Kim Hock.

“ Bukan mudah untuk membuat emping ini, nenek. Banyak kerja
yang terpaksa dilakukan,” ujar Kim Hock yang berada tidak jauh
dari mereka.

“Itulah sebabnya semua pendudk kampung dijemput ke
pesta ini,” ujar Idham.

“Semua penduduk kampung akan bekerjasama melakukan
kerja-kerja semasa membuat emping. Apabila semua orang
bekerjasama, semua kerja dapat dilakukan dengan mudah,” ujar
Nenek Rebunah.
,

Kini, tibalah musim menuai padi. Padi di sawah Tok
Hamdan dan Nenek Rebunah telah menguning.

Pemuda-pemuda di Kampung Pintu Padang akan
bergotong-royong menuai padi di sawah Tok Hamdan.

“ Pagi ini, saya dan kawan-kawan akan bergotong-
royong menuai padi di sawah tok,” ujar Abang Bidin.

“Kalau begitu, kita mulakan sekarang, Lebih cepat
kita mukakan, lebih cepat siap kerja menuai padi di
sawah,” ujar Tok Hamdan.

Cuaca pada pagi itu cerah. Abang Bidin dan kawan-
kawannya menuai padi di sawah Tok Hamdan dengan tekun.

Tok Hamdan juga turut menuai padi di sawahnya.
Hatinya sungguh riang kerana padi disawahnya menjadi.

Idham membantu ibu dan neneknya menyiapkan
makanan tengah hari untuk orang yang bekerja di sawah.

“Ibu, mengapa penduduk kampung ini bergotong-
royong menuai padi?” tanya Idham.

“Hubungan penduduk di kampung ini sangat rapat,
Idham. Sebab itulah Abang Bidin dan kawan-kawannya
menuai padi di sawah datuk.” Ujar Puan Salmah.

“Kita hidup di kampung ini perlu saling membantu,”
ujar Nenek Rebunah.

Menjelang petang, kerja menuai padi di sawah Tok
Hamdan selesai. Kerja menuai padi dapat dilakukan oleh
Abang Bidin dan kawan-kawannya dengan cepat.

Seminggu selepas itu, Tok Hamdan dan Nenek
Rebunah mengadakan kenduri kesyukuran dengan memasak
beras baharu.

Penduduk kampung telah di jemput ke majlis kenduri
itu. Abang Bidin dan kawan-kawannya turut membantu
memasak nasi dan lauk-pauk untuk para tetamu.

“ Atuk, Abang Bidin dan kawan-kawannya sangat rajin
membantu orang,” ujar Idham.

“ Inilah sikap uyang perlu Idham contohi. Kita mestilah
bantu membantu semasa melakukan sesuatu pekerjaan,
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,” ujat Tok Hamdan.


Click to View FlipBook Version