Okay disebabkam aku x berkenan dengan cerita lepas aku nak wat balik
TRAGEDY
Maaf kalau ada typo and happy reading
akma: Kenapa diorang lambat ni?
akma merungut sambil mengembungkan pipinya. Dia melihat kereta yang lalu-
lalang di hadapannya. Atau lebih tepat di hadapan pondok bas bersebelahan
pagar sekolahnya. Iris heterochromia akma yang bersinar itu terlindung dengan
awan yang gelap dan mendung.
akma mendongak ke langit. Melihat awan-awan yang tebal dan kelabu. Entah
kenapa hatinya rasa cukup tidak sedap hati. Dirinya hanya memikirkan ibu
bapanya sahaja.
'Mana ibu dengan ayah ni? Kata ambil awal...'
akma melihat jam tangan yang dipakainya. Jam 4 petang. Sepatutnya remaja
seperti akma sudah balik jam 2 petang tadi. Tapi sudah 2 jam menunggu akma
masih belum nampak kelibat kereta ayahnya.
Piin! Piinn!!
akma tersontak dan pantas memalingkan wajahnya ke kiri. Terlihat kereta
berwarna putih ada di situ.akma pantas tersenyum lalu mengorak langkah berlari
mendekati kereta tersebut.
Sebaik sahaja tiba, akma membuka pintu kereta itu lalu memasuki perut kereta
tadi. Dengan perlahan, kereta putih berkilat itu mula bergerak dari kawasan
sekolah menengah itu.
akma: Kenapa ibu dan ayah lambat?
Ibu: Maaf ya, sayang? Tadi jalan sesak sebab ada kemalangan berlaku.
akma: Kemalangan?
Ibu: Iya, banyak sangat kereta saling berlanggaran. Ibu takut tengok
akma memandang ke arah ibunya dengan pandangan takut. Akalnya tidak dapat
membayangkan betapa sadisnya kemalangan itu. akma menoleh ke arah ayahnya yang
sedang memandu.
akma: Betul ke ayah?
Ayah: Hm. Takpelah. Janji ayah dan ibu selamat sampai dan ambil akma, kan?
akma tersenyum dan mengangguk. Dari dalam kereta, akma tiba-tiba terdengar
bunyi titisan-titisan air yang semakin kuat. akma menoleh ke sisi dan dari
dalam, akma dapat melihat betapa lebatnya hujan di luar sana.
Pandangan akma menjadi sayu. Entah kenapa di dalam hatinya cukup membencikan
hujan. Mungkin kerana membuat penglihatan kabur? Mungkin kerana bakal
membasahi dan memperlahankan aktiviti orang yang tidak berkenderaan empat
roda?
‘Huuhh... hujan lebat’
akma berdiam diri sambil menatap air hujan yang mengalir dari luar tingkap.
Membiarkan ibu ayahnya sedang berbual berduaan.
˙»˚●˚○★○˚●˚«˙
Kini kereta yang dinaiki oleh akma bersama ibu ayahnya sudah tiba di kawasan
simpang empat yang mana mempunyai trafik light sebagai pengurus kenderaan yang
lalu-lalang.
akma melihat banyak penunggang motorsikal yang sering melanggar peraturan
jalan raya. Dia juga tidak suka akan orang yang tidak pernah mematuhi undang-
undang. Baginya itu merupakan kesalahan yang berat!
Kini lampu trafik di bahagian kereta Gempa sudah menunjukkan warna hijau. Ayah
Gempa melepaskan pedal dan mula bergerak perlahan ke hadapan.
akma memandang ke hadapan sebelum dia sedari, dari arah kiri kenderaannya, ada
sebuah lori yang seakan-akan hilang kawalan dan menggelungsur ke arah kereta
yang dinaiki oleh akma dan ibu ayahnya.
Mata akma membutang.
akma: Ibu!! Ayah!!
DGANG!!
Kerana tidak sempat bertindak, kereta yang dinaiki oleh mereka bertiga
dilanggar kuat oleh lori tadi. Sebaik sahaja pelanggaran berlaku, kereta yang
dinaiki mereka berguling dengan kerasnya sebanyak 3 kali dan diakhiri dengan
keadaan kenderaan itu terbalik.
akma terselamat kerana cermin di sebelahnya pecah dan dia terkeluar dari
kenderaan itu. akma hilang upaya seketika.
akma: I..ibu... ayah...
Walaupun pandangannya semakin kabur. akma dapat melihat wajah ibu dan ayahnya
yang masih terperangkap di dalam kereta putih itu. Keadaan mereka sedang
terbalik dan mereka langsung tidak sedarkan diri.
Selain itu, akma juga dapat melihat, wajah ibu nya yang sudah dilumuri darah
dari mulut dan kepala. Ibu akma masih berada dalam keadaan sedar.
akma cuba memanggil ibunya.
akma: I-ibu... ibu...
Ibu akma perasan akan keberadaan akma di luar kenderaan. Walaupun pandangan
cukup kabur dan jarak yang jauh, sang ibu masih tahu itu anaknya. Ibu akma
tersenyum lemah.
Air mata perlahan keluar dari kelopak mata akma. Dia terlihat juga ada
titisan-titisan sesuatu yang seperti bau gas kuat keluar dari kereta milik ibu
ayahnya. Dan tidak lama kemudian,
BOOOOOMMMM!!!!
Mata akma terbeliak besar. Dia tersedar dari hilang upayanya. Iris
heterochromia akma jelas memantulkan kenderaan putih tadi kini sudah menjadi
warna hitam pekat dan diselaputi dengan api yang marak dan bahang yang panas.
akma: I-ibu.. hiks.. ayah...!
Andai dia mampu, mahu sahaja akma bangun dan mendapatkan kenderaan yang sedang
marak dengan api itu. Namun kini badannya seolah-olah lumpuh sepenuhnya. Apa
yang dia mampu lakukan ialah memandang kebakaran yang berada di hadapannya.
Sebelum menutup mata, akma sempat mendengar bunyi siren ambulans. Titisan air
matanya mengalir dengan kerelaan. Hatinya hancur berkecai.
akma: Ibu... Hiks.. Ayah....
°•°•°•°(இ﹏இ'。)°•°•°•°
Suasana yang gelap dan suram.
Sunyi.
Tanpa kehadiran sebarang bunyi.
Tapi tunggu!
Kenapa... Seperti kedengaran sesuatu?
Tiitt..
Tiit..
Tiit..
'Di mana aku..?'
akma merasakan 1 badannya kesakitan. Dia ingin cuba bangun, tapi belakang
badannya seolah-olah perit dan sakit sekali.
akma harus melihat keadaan sekelilingnya. Jadi, dia perlahan membukakan
matanya.
Secara perlahan, pandangannya yang penuh gelap semakin menjadi kabur dan
cahaya mula menerpa masuk ke dalam panca inderanya.
???: Kamu dah bangun?
akma dapat dengari bunyi suara seseorang lelaki yang serak basah. Perlahan,
iris akma kian menjelaskan pandangannya.
akma: U-urghh... Dimana saya?
akma ingin mencuba untuk bangun tapi sekali lagi, badannya kembali terasa
perit. Lelaki tadi menahan akma dari bangun. akma melirik ke arah lelaki itu
yang berada di sebelah kanannya.
Lelaki dewasa berkot putih.
akma: Doktor..?
Doktor: Ya. Saya ialah doktor. Bertenang akma. Kamu sekarang berada di
hospital.
akma: Hospital..? Hah?! Ibu ayah saya!!?
Doktor tadi diam. akma memandang doktor itu dengan pandangan terkejut. Akma
tahu... Dia tahu...
akma: Doktor...? Ibu ayah saya..?
Masih diam. Mata akma kembali berkaca-kaca. Pegangannya pada baju doktor tadi
terus dicengkam kuat. akma menggeleng dalam tangisan.
akma: Doktor... Tolong cakap ibu ayah saya selamat...
Doktor: Maaf. Mereka berdua... Rentung di dalam kebakaran.
Zruukk!
Hatinya disakiti dan terluka. Air mata sudah tidak dapat dibendung lagi. akma
perlahan melepaskan pegangannya pada doktor tadi lalu dia meraup wajahnya.
akma: Isk.. Isk.. Ibu.. Ayah.. Iskk! Aaaaaaaaaaarrghh!! Ibuuuu!! Isk!
Ayaaahhh!!
akma melepaskan tangisannya sambil mencengkam kuat kedua sisi wajahnya. Doktor
lelaki dan jururawat di sebelahnya tertunduk kecewa.
akma. Remaja berumur 15 tahun yang sudah ditinggalkan oleh ibu bapanya. Di
tahun sebelum akma dan ibu bapanya meraikan kejayaan Gempa pada hari itu.
••°_°•°~°•(இ_இ)•°~°•_°_°••
Doktor tadi keluar dari wad akma. Dia menghela nafas. Cermin mata yang
dipakainya dibetulkan.
???: Doktor. Macam mana dengan keadaan cucu saya?
Sang lelaki berusia separuh umur menegur doktor tadi dari belakang. Doktor itu
berpaling dan tersenyum kelam.
Doktor: Dia sudah sedar Tok Aba. Tapi... Dia nampak tertekan dengan kenyataan
bahawa ibu bapanya sudah tiada.
Tok Aba: Dia macam mana sekarang?
Doktor: Dia sedang menangis di dalam.
Tok Aba menghela nafas. Dia duduk kembali di bangku kerusi berhadapan dengan
wad milik cucunya. Hatinya gusar memikirkan keadaan cucunya yang kini sudah
bergelar yatim piatu. Semakin pusing kepalanya di saat dia mendengar bahawa
cucunya berada di dalam keadaan tertekan.
Doktor: Bagaimana dengan pengurusan jenazah ibu bapa akma? Tok Aba mahu saya
teruskan?
Doktor tadi bertanya. Tok Aba memandang kembali doktor itu lalu mengangguk.
Tok Aba: Ya. Teruskan.
Doktor: Baiklah, kalau macam tu besok kita boleh mulakan pengebumian
Tok Aba mengangguk. Doktor itu tersenyum lalu meminta diri untuk beredar. Tok
Aba termenung seketika.
Tok Aba: Tiada cara lain. Aku kena jaga akma
Tok Aba mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar lalu mendailkan
nombor seseorang.
Tok Aba: Helo? Abah nak kamu uruskan sesuatu untuk abah.
%ו°(⊙o⊙)°•×%
Di kawasan perkuburan, akma dipayungi oleh Tok Aba di sisinya sambil menatap 2
tanah kubur yang diletakkan batu nisan yang terukir nama ibu bapa akma di
situ. akma membiarkan air matanya terus mengalir walaupun sudah membengkak.
Tok Aba: Sudahlah akma. Kamu kan ada atok lagi? Kamu pindah ke perak ya?
akma: A-apa?? T-tak nak tok! akma nak tinggal sini!
akma berkeras. Dia tidak mahu berjauhan dengan tapak perkuburan ibu bapanya.
Sedangkan di perak cukup jauh dari tempat tinggal akma.
Tok Aba menghela nafas.
Tok Aba: Kamu tak boleh macam ni. Kamu sudah besar akma. Kamu kena belajar
berdikari.
akma: akma tak berguna berdikari tanpa orang yang akma sayang, tok.
Tok Aba: Haii.. Habistu? Atok ni kamu tak sayang?
akma: ...bukan tok. Cuma... akma sangat sayangkan ibu ayah akma. Mereka yang
selama ini menjaga akma.
akma mengelap air matanya yang mengalir menuruni wajahnya. Tok Aba tersenyum.
‘Anak tunggalnya’ itu sudah berjaya bersama isteri menjaga satunya cucu
tunggalnya itu erti kasih sayang.
Tok Aba mengusap kepala akma lembut.
Tok Aba: Apa kata kamu cuba mengenal lagi orang yang akan sayang kamu nanti?
akma: Eh? Apa maksud atok?
Tok Aba: Kamu akan jumpa keluarga baru bila ikut atok balik nanti. Atok yakin
kamu akan selesa dengan mereka.
akma mengetap bibirnya sedih. Dia menatap ukiran batu nisan milik ibu ayahnya
untuk kali terakhir.
akma menghela nafas.
akma: Hmm.. Baiklah tok.
#••°_°••°(;′⌒')°••°_°••#
Di bilik akma yang suram. akma menutup beg bagasinya lalu menzipkannya. Akma
menghela nafas. Di jelingnya jam tangan yang dipakainya.
Tepat jam 2 petang.
akma mengambil sebuah buku album gambar di atas mejanya. Nampaknya itu sahaja
harta terakhir akma sebelum dia berpindah jauh dari rumah kediamannya. Kini
bilik akma sudah kosong dan hanya tinggal perabot kosong seperti katil,
almari, meja dan lain-lain.
akkma membuka album itu. Di muka surat pertama, sudah jelas memaparkan gambar
akma bersama ibu bapanya sewaktu akma berumur 6 tahun dan sedang menyambut
hari kelahirannya. Kelihatan wajah mereka bertiga amatlah bahagia dan ceria.
Ibu ayah akma sedang mengusap kepala akma sambil memeluk akma. akma pula,
dengan wajah yang chubby dan cute tersenyum gembira.
Air mata akma mengalir kembali. Bibirnya terketar-ketar memanggil nama ibu
bapanya.
akma: Hiks... ibu... ayah... kenapa ibu dan ayah... tinggalkan akma? Hiks.. A -
akma tak nak ikut atok. akma nak.. hiks... bersama dengan ibu dan ayah...
akma memeluk album itu di dadanya erat. Itu sahaja kenangan yang akma ada
untuk mengingati ibu bapanya yang kini sudah tiada di dunia itu.
Setelah puas menangis, akma berjalan turun dari tangga sambil membawa beg
bagasi dan memikul beg sandangnya di belakang. Dia memakai topi khas yang
dikait oleh ibunya untuknya.
Tok Aba: Haii.. Sejak bila kamu pandai pakai topi ni?
akma: Uhmm... Ibu yang kaitkan tok.
Tok Aba hanya tersenyum. Dia menolak bahu akma dan membawa akma menuju ke
kereta yang bakal mereka naiki.
akma menoleh ke belakang. Ditatapnya rumah kediaman syurganya untuk kali
terakhir. Di pagar rumah itu, diletakkan notis 'UNTUK DIJUAL' dan tergantung
di situ besertakan nombor telefon Tok Aba.
Tok Aba yang menatap wajah sayu cucunya juga turut merasakan keperitan yang
dialami oleh cucunya itu. Namun Tok Aba yakin, akma akan selesa dengan
kehidupan baharunya tidak lama lagi.
Tok Aba: akma. Dah, jom masuk.
akma menoleh ke arah Tok Aba sebelum mengangguk.
akma: Baik Tok Aba.
Sebaik sahaja akma memasuki kereta, 2 buah lori mengekori kereta yang dinaiki
oleh akma dan Tok Aba dari belakang. Ketiganya mula bertolak menuju ke perak.
•°•°TO BE CONTINUE°•°•