The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alya09-510, 2022-05-22 23:58:09

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 3

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 3

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

Nama: Disediakan oleh:
No. Kad Pengenalan:
NUR ALYA BINTI MAT ZAIK
Angka Giliran: 010223030522
Kumpulan/ Unit 2020192340186
F10
Nama Pensyarah:
PUAN NOR RUL AZLIFAH BINTI ZULKAFALI
Tajuk Tugasan : PENULISAN AKADEMIK
12 MEI 2022
Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya maka
tugasan secara individu bagi subjek Budaya dan Pembelajaran (EDUP3073) ini dapat
disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah mata pelajaran
saya iaitu Puan Nor Rul Azlifah binti kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya bagi
menyempurnakan tugasan ini.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu yang saya sayangi, Anita bt
Abdul Rahman dan kepada ayah yang saya kasihi, Mat Zaik bin Mohd Nor atas semangat dan
dorongan yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Ucapan terima kasih juga kepada sahabat perjuangan saya yang telah berkorban masa dan
tenaga serta memberikan kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tanpa
mereka disisi, mungkin saya akan menghadapi halangan untuk menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Akhir kata, setingi-tinggi penghargaan kepada semua sama ada terlibat secara langsung atau
tidak langsung bagi sepanjang menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya
ini. Sekian, terima kasih.

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PERKARA

Penghargaan

1.0 Pengenalan..........................................................................................................1
2.0 Langkah-langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya

2.1 Aspek Fizikal............................................................................................1
2.2 Aspek Emosi............................................................................................2
2.3 Aspek Sosial............................................................................................2
2.4 Aspek Sosiolinguistik...............................................................................2-3
3.0 Penutup...............................................................................................................3

Rujukan

1.0 Pengenalan
Pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen penting yang perlu diberikan perhatian oleh
bakal guru dalam usaha untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Secara umumnya,
pengurusan bilik darjah melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik. Dengan
penyatuan antara pendidikan dan budaya, secara langsung ia akan mewujudkan suasana
yang kondusif dan harmoni kepada murid terutamaya ketika berada di dalam bilik darjah.
Kesannya, mereka akan menghormati perbezaan yang ada di dalam kelas tersebut misalnya
seperti rakan yang berlainan bangsa.

2.0 Langkah-langkah Menguruskan Biik Darjah Mesra Budaya
2.1 Aspek Fizikal

Pengurusan persekitaran bilik darjah memainan peranan yang penting untuk mewujudkan
suasana bilik darjah yang kondusif dan mesra budaya untuk membantu perkembangan murid
dalam pembelajaran serta melancarkan proses pengajarandan pembelajaran yang sedang
berlangsung. Oleh itu, persekitaran fizikal bilik darjah seperti keluasan ruang dan susun atur
perabot perlulah sesuai dengan kapasiti murid. Hal ini demikian kerana, sekiranya kapasiti
murid melebihi ruang atau keluasan kelas, perkara ini boleh menyebabkan murid kurang
selesa semasa belajar malah boleh menimbulkan masalah disiplin seperti berlakunya
pergaduhan antara murid sehingga boleh menyebabkan kecederaan, tidak memberikan
perhatian semasa guru mengajar dan sebagainya.
Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru, guru haruslah mengawal kelas dengan bijak.
Sebagai contoh, guru boleh menyusun atur meja dengan mencampurkan murid yang terdiri
daripada pelbagai kaum supaya mereka lebih mengenali, menerima dan dapat bekerjasama
antara satu sama lain sekiranya terdapat tugasan dalam kumpulan. Bukan itu sahaja, guru
juga haruslah memastikan keadaan dan suasana bilik darjah berada dalam keadaan yang
bersih, kemas danceria sentiasa. Aspek keceriaan kelas juga boleh mempengaruhi ‘mood’
murid dan mampu untuk meningkatkan semangat mereka untuk belajar dan datang ke
sekolah setiap hari (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016).

1

2.2 Pengurusan Emosi

Menurut Woolfolk dalam Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), motivasi atau kuasa dalaman
akan membangkit, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Oleh itu, semasa
melaksanakan aktiviti PdP, seseorang guru boleh memberikan galakan ataupun pujian
kepada murid sekiranya mereka dapat menjawab soalan guru dengan betul, menunjukkan
sikap yang baik dan perkara-perkara yang bagus dan mampu dicontohi oleh murid yang lain.
Hal ini secara tidak langsung boleh memberikan semangat dan motivasi kepada murid untuk
terus terlibat secara aktif di dalam bilik darjah.

2.3 Aspek Sosial

Kebiasaannya, kanak-kanak akan mengikuti kelakuan berdasarkan apa yang dilihat oleh
mereka. Oleh itu, guru seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik sebagai idola supaya
mudah untuk mereka ikuti mana yang baik. Kesannya, mereka akan bergaul dengan rakan
mereka dengan sopan, saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan lain-lain lagi.
Guru boleh menyelitkan tentang kelebihan berbuat baik, faedah dan kesan kepada diri
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antara contoh yang guru boleh
lakukan ialah menggunakan bahasa yang lembut dan sopan serta mempamerkan akhlak yang
baik dan peribadi terpuji.

2.4 Aspek Sosiolinguistik

Sosiolinguistik adlah merujuk kepada bidang ilmu yang mengkaji ciri dan fungsi kepelbagaian
bahasa serta pengaruh yang dibawa oleh budaya dalam sesuatu bahasa (Noriati Abd. Rashid
et. al, 2017). Ini jelas menunjukkan bahawa bahasa itu berkembang mengikut penempatan
yang didiami oleh penuturnya. Mislnya, negara kita memiliki kepelbagaian bahasa akibat
daripada rakyat yang berbilang kaum dan budaya. Namun begitu, bahasa utama yang
diangkat sebagai bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

Antara peranan yang boleh diambil oleh guru untuk mewujudkan kelas mesra budaya dari
aspek ini ialah dengan melaksanakan aktiviti berbahasa. Ini adalah penting kerana ia mampu
meningkatkan tahap penguasaan murid tidak mengira bangsa atau kaum terhadap kemahiran
berbahasa. Secara tidak langsung, mereka akan sedar akan kepentingan menguasai bahasa
kebangsaan.

Selain itu, guru boleh menerapkan budaya dan adat daripada kaum lain dengan merancang
aktiviti lakonan kepada murid. Menurut Shukri (2007, potensi murid perlu ditingkatkan dengan
maksimum melakui guru mempelbagaikan kaedah pengajaran. Lakonan dan drama
merupakan elemen terbaik dalam membentuk emosi yang seimbang, keyakinan dan
penguasaab berbahasa kepada murid. Hal ini demikian kerana, dengan teknik lakonan
mereka boleh menguasai watak yang dibawa untuk diperlihatkan di hadapan penonton. Oleh
yang demikian, guru perlu mnerapkann kefahaman terhadap budaya kaum lain.

3.0 Penutup
Kesimpulannya, sebagai seorang guru, kita perlulah memahami keadaan dan cara yang
terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh memupuk semangat murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti PdP yang dilaksanakan. Guru bukan sahaja berperanan sebagai
seorang pendidik, malah sebagai pemudahcara, pembimbing dan perancang untuk
memastikan murid mampu mencapai kecemerlangan secara holistik di dalam semua aspek.

3

Rujukan :

Abdul Rashid Jamian (2016). Amalan Pengajaran Guru Bahasa Melayu
dan Pembelajaran Menurut Perspektif Pelajar. Universiti Putra Malaysia.

Afizah Lambri & Zamri Mahamad (2015). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Berpusatkan Pelajar Di Institusi Pengajian Tinggi : Pelaksanaan dan Penerimaan
Pelajar. Journal Personalis Pelajar, 18(1), 1-9.

Noriati Abd. Rashid et, al. (2017). Budaya dan Pembelajaran Edisi Kedua. Oxford Fajar.


Click to View FlipBook Version