The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Assalamualaikum dan salam sejaktera. Saya Nur Aliya Syafiqah Binti Zaidi, siswi IPG Kampus Kota Bharu telah melakukan penulisan e-Book ini untuk melengkapkan tugasan satu MPU3092 Pendidikan Islam.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliyasyafiqah, 2023-07-03 01:08:18

SISTEM POLITIK ISLAM: AHLUL HALLI WAL AQDI & SYURA

Assalamualaikum dan salam sejaktera. Saya Nur Aliya Syafiqah Binti Zaidi, siswi IPG Kampus Kota Bharu telah melakukan penulisan e-Book ini untuk melengkapkan tugasan satu MPU3092 Pendidikan Islam.

Keywords: islam,ahlul hal wal aqdi,khulafa al-rashidin,politik,politik islam,syura

Perbincangan: Ahlul Halli wal Aqdi & Amalan Syura SISTEM POLITIK ISLAM Disediakan oleh Nur Aliya Syafiqah Binti Zaidi (TESL 3)


Penafian e-Book ini merupakan hasil karya yang ditulis oleh Nur Aliya Syafiqah Binti Zaidi yang merupakan siswi IPG Kampus Kota Bharu. Penulisan ini telah dilakukan dengan merujuk beberapa artikel dan sumber carian internet. Namun begitu, pembaca digalakkan untuk membuat penyelidikan yang lebih teliti bagi memastikan segala maklumat dan ilmu yang dikongsikan melalui e-Book ini adalah sahih. Tujuan penulisan e-Book ini juga adalah bagi melekapkan tuagasan satu MPU3092 Pendidikan Islam. Oleh itu, segala salah dan silap dalam penulisan ini harap dimaafkan.


Isi Kandungan 1.0 Pendahuluan Pengenalan kepada politik, khilafah dan khalifah 2.0 Ahlul Halli wal Aqdi 2.1 Definisi Ahlul Halli wal Aqdi 2.2 Syarat-syarat Pelantikan Ahlul Halli wal Aqdi yang Ditetapkan oleh Sarjana Islam 3.0 Syura 3.1 Pengenalan kepada Syura 3.2 Amalan Syura dalam Pentadbiran pada Zaman Rasulullah SAW dan Para Khulafa Al-Rashidin 4.0 Kesimpulan Kepentingan memilih ketua dan melakukan mesyuarat


Politik sering kali dikaitkan dengan penyalahgunaan kuasa oleh pihak kerajaan dalam mentadbir negara. Namun begitu, sistem politik amat dititik beratkan dalam ajaran Islam kerana politik dapat membantu mengeratkan hubungan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Hal ini jelas menunjukkan kepentingan dalam memilih pemimpin yang berkualiti bagi sesebuah negara. Penelitian ini telah memfokuskan kepada syaratsyarat perlantikan Ahlul Halli wal Aqdi yang ditetapkan oleh sarjana Islam dan amalan syura dalam pentadbiran pada zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa al-Rashidin. Kata kunci: Ahlul Halli wal Aqdi, Amalan syura, Politik, Islam Abstrak


1.0 PENDAHULUAN


Politik telah ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan mengenai cara pemerintahan, ilmu sahsiah dan ilmu kenegaraan yang dijalankan oleh kerajaan di bawah pemerintahan demokrasi (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Perkataan politik yang berasal dari Bahasa Greek iaitu polis merujuk kepada negara, kota, dan kemajuan manakala dalam Bahasa Arab, politik adalah siyasah yang menjurus kepada cara pengurusan, pentadbiran dan pemerintahan mengikut syariat Islam (Mufti Pejabat Wilayah Persekutuan, 2019). Nabi Muhammad SAW bersabda: Maksudnya: “Tidak harus bagi tiga orang yang berada di tengah-tengah bumi yang lapang (bermusafir), melainkan mereka mesti melantik salah seorang mereka sebagai pemimpin.” (Hadis Riwayat Ahmad). Jelaslah bahawa pelantikan pemimpin merupakan suatu kewajipan menurut ajaran Islam. Khilafah merupakan institusi pemerintahan dan pentadbiran berlandaskan agama Islam yang diwujudkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW manakala khalifah adalah gelaran yang diberikan kepada ketua yang memimpin khilafah. Berdasarkan Bahasa Arab, perkataan khalifah diertikan sebagai pengganti. Pengganti yang dimaksudkan adalah pengganti Allah SWT dalam menjalankan undang-undang di muka bumi (Srikandy Indah Karina, S.B., 2023). Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 30 yang berbunyi: Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. 1.0 Pendahuluan


2.0 AHLUL HALLI WAL AQDI


Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memilih khalifah seperti kaedah perundangan, wasiat khalifah terdahulu dan musyawarah. Hal ini turut melibatkan Ahlul Halli wal Aqdi yang pemilihannya mengikut prinsip musyawarah. Ahlul Halli wal Aqdi yang dirujuk sebagai sekumpulan manusia yang memiliki kuasa dalam menentukan sesuatu atas nama umat. Mereka juga dikenali sebagai wakil dalam menyuarakan suara masyarakat. Ahlul Halli wal Aqdi juga bertanggungjawab dalam memilih khalifah dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh mereka (Muhammad Mufid Muwaffiq, 2020). 2. 1 Definisi Ahlul Halli wal Aqdi 2.2 Syarat-syarat Pelantikan Ahlul Halli wal Aqdi yang Ditetapkan oleh Sarjana Islam Terdapat beberapa syarat yang dinyatakan oleh sarjana Islam iaitu AlMawardi dan Ibn Taimiyah semasa pemilihan Ahlul Halli wal Aqdi. Kedua-dua bersetuju bahawa salah satu syarat untuk menjadi Ahlul Halli wal Aqdi adalah di kalangan orang-orang yang adil (Akmal Firdaus, 2018). Hal ini penting bagi memastikan tidak individu yang terabai atas sebab-sebab tertentu. Syarat wajib adalah beragama Islam (Azkia Nurfajrina, 2022). Hal ini bagi memastikan hukum Islam tidak akan terabai dalam pentadbiran negara. Ahlul Halli wal Aqdi juga hendaklah berakal. Mereka memiliki kesempurnaan akal sehingga mampu memikirkan cara-cara dalam menguruskan sesebuah negara.


Selain itu, mereka juga perlulah tergolong daripada golongan lelaki seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah SWT dalam surah An-Nisa, ayat 34 yang menyatakan bahawa kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum perempuan dan mereka turut menerima keistimewaan daripada Allah SWT. Mereka juga hendaklah menjauhkan diri mereka daripada melakukan dosa-dosa kecil dan besar yang mana disebut sebagai Al-‘adalah. Hal ini bagi mengelakkan mereka daripada menjatuhkan harga diri mereka. Masyarakat juga pasti akan mempersoalkan pelantikan individu yang tidak beramal dengan sikap Al-‘adalah. Di samping itu, Ahlul Halli wal Aqdi juga mestilah terdiri daripada mereka yang telah merdeka. Mereka ini bukanlah daripada hamba sahaya seperti yang dimaksudkan oleh kemerdekaan dalam Bahasa Arab iaitu bersendirian dalam memiliki kemualiaan, berdikari dan melepaskan diri daripada sesuatu ikatan (Mufti Pejabat Wilayah Persekutuan, 2019). Hal ini bagi memastikan setiap keputusan yang dilakukan oleh mereka bukanlah daripada suruhan atau paksaan sesiapa. Seterusnya, mereka hendaklah memiliki ilmu pengetahuan dalam pelbagai perkara seperti berpengetahuan dalam memilih khalifah yang berkualiti. Mereka juga perlu berilmu dalam menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam negara dengan menggunakan ijtihad. Ijtihad merupakan proses penyelidikan yang dilakukan secara teliti oleh sarjana Islam untuk menentukan sesuatu perkara. Ahlul Halli wal Aqdi mestilah bijaksana dan hikmah lebih-lebih lagi dalam ilmu agama. Hal ini bagi memastikan setiap keputusan yang ditetapkan adalah berdasarkan ajaran Islam. Hal ini dilakukan bagi mendapat keredhaan daripada Allah SWT dalam setiap tindakan yang dibuat.


3.0 SYURA


3.1 Pengenalan kepada Syura Pelantikan enam orang sahabat sebagai Ahlul Halli wal Aqdi adalah daripada persetujuan masyarakat. Mereka juga telah menjadi anggota Majlis Syura. Syura merupakan satu sistem perundingan dan permesyuaratan yang telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Pemimpin dan rakyat akan bersamasama membantu dalam menyelesaikan masalah negara melalui mesyuarat yang dijalankan. Hal ini turut dapat mengelakkan sikap mementingkan keinginan diri sendiri. Surah Ali-Imran, ayat 159 ada menyebutkan tentang kewajipan bersyura iaitu: Maksudnya: “Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu”.


3.2 Amalan Syura dalm Pentadbiran pada Zaman Rasulullah SAW dan Para Khulafa al-Rashidin Syura dapat dilakukan dalam pelbagai bentuk dan cara. Tidak ada tempat khusus bagi melaksanakan syura namun masjid pernah digunakan oleh Rasulullah SAW untuk menjalankan syura. Syura yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW adalah apabila terdapat seseorang menyuarakan cadangan terhadap sesuatu perkara dan cadangan tersebut dipersetujui oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda. Hal ini dapat dibuktikan melalui kisah Habib bin Munzir r.a yang mencadangkan bahawa pengkalan tentera Muslimin dalam peperangan Badar diletakkan berhampiran dengan sumber air (Syeikh Ali Muhammad Al-Solabi, n.d.) Rasulullah SAW menjalankan syura dengan bertanya pendapat daripada para sahabat baginda. Rasulullah SAW bersabda: “Berilah pandangan kalian kepada aku wahai sekalian manusia”. Hal ini dapat dibuktikan melalui peristiwa perang Uhud. Baginda meminta pendapat daripada sahabat tentang lokasi untuk menghadapi musuh. Majoriti daripada sahabat baginda bersetuju untuk menghadap musuh di luar Madinah berbanding di dalam Madinah (Ibni Hisyam, n.d.). Syura juga telah dilakukan oleh Khulafa al-Rashidin yang terdiri daripada Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman Bin Affan dan Ali Bin Abi Talib. Konsep syura telah digunakan semasa pelantikan Abu Bakar as-Siddiq sebagai khalifah yang pertama. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Saqifah Bani Sa’idah di Madinah. Pelantikan ini dilakukan bagi menggantikan Rasulullah SAW selepas kewafatannya.


Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Bin al-Khattab, Majlis Syura telah diwujudkan secara rasmi. Salah satu tujuan pelaksanaannya adalah untuk memilih khalifah seterusnya selepas kewafatan Umar Bin al-Khattab. Majlis Syura juga telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am. Majlis Syura Tertinggi terdiri daripada Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Abdul Rahman Bin Auf, Saad Bin Abi Waqas dan Muaz Bin Jabal. Pelantikan Uthman Bin al-Khattab sebagai khalifah pula telah dipersetujui dalam Majlis Syura yang terdiri daripada enam orang sahabat. Beliau telah menggunakan dasar-dasar pemerintahan yang ditetapkan oleh khalifah terdahulu namun pada enam tahun kedua pemerintahan beliau, pelaksaan syura semakin dilupakan kerana berlakunya pergolakan dalam kalangan masyarakat Islam pada zaman itu. Pelantikan Ali Bin Abi Talib sebagai khalifah dilakukan semasa negara masih berada dalam keadaan yang tidak stabil akibat pergolakan masyarakat Islam. Pelantikan beliau telah dipersetujui oleh penyokong beliau kecuali penduduk Syam. Pelaksanaan syura dapat dibuktikan pada zaman pemerintahan Ali Bin Abi Talib adalah apabila beliau melakukan perbincangan bersama penyokong beliau dalam menentukan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan cadangan pihak Muawiyah Bin Abu Sufian bagi menamatkan konflik dalam Perang Siffin (Cikgu Rashman, 2009).


4.0 KESIMPULAN


4.0 Kesimpulan Kesimpulannya jelaslah bahawa Islam menekankan umatnya untuk memilih ketua yang bertanggungjawab dan berkelayakan dalam mentadbir sesebuah kumpulan dan negara. Hal ini bagi memastikan tidak ada perpecahan yang berlaku dikalangan masyarakat. Penulisan ini turut menerangkan kaedah pemilihan ketua atau pemimpin yang digunakan oleh umat Islam sejak zaman dahulu lagi. Mesyuarat hendaklah dilakukan bagi memastikan setiap keputusan yang ingin ditetapkan adalah berdasarkan persetujuan semua pihak.


Rujukan Akmal Firdaus. (2018). Kewenangan Ahlul Halli wal Aqdi dalam Perspektif AlAzkia Nurfajrina. (2022). Apa Itu Ahlul Halli wal ‘Aqdi dalam Islam? Ini Cikgu Rashman. (2009). Tamandun Islam – Sistem Syura. Diakses pada 16 Jun Ibni Hisyam. Al-Sirah Al-Nabawiyyah, tahqiq Toha Abdul Rauf Sa`d, Terbitan Malaysia, Mufti Pejabat Wilayah Persekutuan. (2019). Bayan Linnas Siri Ke-209: Mawardi dan Ibnu Taimiyah. (Kajian Terhadap Kewenangan DPR-RI Terhadap Undang-Undang Nombor 17 Tahun 2014 Tentnag Majelis Permusyawaratan Rakyat, Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah dan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah). Skripsi thesis, UIN Ar-Raniry Bandar Aceh. Pengertian, Tugas & Kriterianya. Diakses pada 15 Jun 2023 di https://www.detik.com/hikmah/khazanah/d-6433517/apa-itu-ahlul-halliwal-aqdi-dalam-islam-ini-pengertian-tugas--kriterianya 2023 di https://sejarahstpm.blogspot.com/2009/05/tamadun-islam-sistemsyura.html Daar Al-Jiil, Beirut, 1411 Hijrah, jil. 4, m/s 8-9. Kamus Dewan. Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Politik dalam Islam. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri.


Rujukan Malaysia, Mufti Pejabat Wilayah Persekutuan. (2019). Bayan Linnas Siri Ke-211: Muhammad Muafiq Muwaffaq. (2020). Memahami Ahlul Halli Wal Aqdi dalam Srikandy Indah Karina, S.B. (2023). Apa Perbedaan Khalifah dan Khilafah? Ini P Syeikh Ali Muhammad Al-Solabi. Al-Sirah al-Nabawiyyah `Ardh Waqai’ie wa Kemerdekaan: Marilah Kita Mempertahankannya. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Tinjauan Fikih dan Wewenangnya di Era Modern. Diakses pada 14 Jun 2023 di https://www.pecihitam.org/ahlul-halli-wal-aqdi/ Penjelasannya! Diakes pada 14 Jun 2023 di https://www.idntimes.com/life/education/seo-intern/perbedaan-khalifah-dankhilafah-1 Tahlil Ahdath, jil. 2, m/s 11.


Click to View FlipBook Version