JABATAN PENGAJIAN MELAYU TUGASAN KERJA KURSUS 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 (INDIVIDU / KUMPULAN) SEMESTER : SATU TAHUN : 4 KOD KURSUS BMMB3163 KURSUS KEBUDAYAAN KEBANGSAAN Nama Pelajar TENGKU NAZLIE NAZILIN BIN TENGKU BAHADUR Angka Giliran 2020172340066 No. Kad Pengenalan 010126-02-0509 Kumpulan/Unit PT4S1-8 Nama Pensyarah DR NOORHAYATI BINTI CHE MAT Tarikh Hantar 18 SEPTEMBER 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda Tangan Pelajar: Tarikh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR Markah
Pengenalan Menurut pernyataan Lee Lam Thye yang dipetik menerusi Berita Harian(2019), amalan menghormati budaya dan agama etnik lain telah menjadi ciri yang spesifik bagi masyarakat berbilang kaum dan menjadi satu kewajipan agar setiap rakyat terus mengekalkan tanggungjawab berkenaan menerusi amalan prinsip Rukun Negara iaitu prinsip kelima “kesopanan dan kesusilaan” yang menakrifkan setiap kaum itu perlu menanam sifat bersopan-santun dalam diri melalui penerimaan secara positif budayabudaya yang telah lama wujud dalam tanah air ini agar keteguhan silaturahmi terjaga antara multi etnik. Oleh hal yang demikian, amat penting bagi setiap individu sesuatu komuniti itu menyantuni dan menghormati budaya yang pelbagai ini bagi mengilustrasikan cara mereka menjaga perpaduan yang telah dikecapi semenjak awal kemerdekaan lagi seterusnya menunjukkan taat setia kepada negara tercinta. Pertembungan Budaya Pertembungan budaya tidak asing lagi dan amat sinonim antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini berikutan kerana umum mengetahui, masyarakat awal yang menduduki Tanah Melayu ini adalah etnik Melayu yang mana ia telah diiktiraf oleh kuasa besar dunia dan etnik lain seperti Cina dan India telah menduduki wilayah yang sama dengan cara kemasukan ke dalam negara atas faktor mencari tenaga kerja bagi merompak dan meragut hasil ekonomi bumi Melayu ini sesuai kehendak mereka. Justeru itu, adalah menjadi sebab yang tidak dapat dinafikan lagi apabila setiap daripada bangsa atau etnik yang mula menduduki negara ini menghadapi pertembungan budaya yang hebat oleh kerana setiap daripada mereka ingin mengekalkan identiti bangsa masingmasing meskipun telah berpijak di bumi yang lain. Secara lumrahnya, cultural diversity atau pertembungan budaya ini merujuk kepada perbuatan menghormati perbezaan antara satu sama lain. Selain pertembungan budaya yang lebih jelas yang wujud antara manusia, seperti bahasa, pakaian dan tradisi, terdapat juga perbezaan yang ketara dalam cara masyarakat mengatur diri mereka, dalam konsepsi mereka yang dikongsi bersama moral, dan dalam cara-cara mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Kepelbagaian budaya boleh dilihat sebagai sama dengan biodiversiti. Persoalannya, adakah rata-rata rakyat Malaysia menyedari pertembungan budaya yang berlaku dan dari
sudut pandang yang berbeza-beza, pertembungan budaya ini memberi impak positif kepada perpaduan ataupun memecah-belahkan antara kita? Proses Pembudayaan Masyarakat Malaysia Menurut Muhammad Al Afzan Ali Hussin(2019), proses pembudayaan merupakan proses yang menunjukkan bagaimana sesuatu budaya meresap dalam sesuatu kelompok masyarakat. Pada dasarnya, proses pembudayaan dalam kalangan masyarakat Malaysia telah berlaku sejak dahulu lagi. Proses pembudayaan ini berlaku menerusi interaksi antara satu kelompok masyarakat dengan masyarakat yang lain. Secara amnya, proses pembudayaan dalam hidup masyarakat Malaysia dapat dibahagikan kepada lima yang utama iaitu asimilasi, akulturasi, akomodasi, amalgamasi dan segresi. Proses ini menyebabkan wujudnya kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini. Oleh hal yang demikian, penulis akan memberi penjelasan singkat tentang konsep-konsep ini dalam konteks pembinaan Malaysia kini yang kaya dengan budaya yang pelbagai sehingga negara kita dikenali sebagai bangsa Malaysia hasil percampuran bersama setiap kaum. Proses Asimilasi Menurut Zaliza dan Norlin(2009), proses asimilasi ini adalah proses perubahan kebudayaan dan pinjam-meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua kumpulan yang berlainan tradisi. Pinjaman budaya ini tidak mengubah budaya asal dan tidak juga menyebabkan kehilangan budaya asal etnik yang meminjam. Asimilasi budaya banyak berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan ini membawa kepada aspek yang positif dalam kesepaduan sosial di Malaysia. Contoh yang boleh diberi ialah contoh dari aspek pakaian tradisional yang dibudayakan oleh satu etnik tertentu. Etnik yang dinyatakan dalam penulisan kali ini ialah etnik India yang mana kesenian pakaian etnik India ini dikenali ramai seperti contoh Sari, Dhoti, dan Kurta. Jika dahulu pakaian ini hanya dipakai oleh masyarakat India sahaja tetapi kini pakaian tradisional India juga popular dan dikenakan oleh etnik dan budaya lain di Malaysia termasuk ketika perayaan. Tidak dinafikan juga pakaian etnik ini telahpun disebarkan secara meluas penggunaannya apabila jenama-jenama syarikat besar memperagakan pakaian seperti kurta untuk dijual sewaktu perayaan hampir tiba seperti syarikat 5 Waktu, Jakel, Elrah dan sebagainya.
Proses Akulturasi Akulturasi pula merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat kehilangan identiti asal masyarakat penerima. Salah satu contoh akulturasi dalam budaya di Malaysia ialah dari aspek makanan iaitu masakan kari yang telah menjadi antara masakan ruji bagi setiap kaum di Malaysia. Masakan kari ini rata-rata mengetahui datangnya dari kaum India yang membawanya dari tanah air mereka. Akan tetapi, ia perlahan-lahan diterima oleh setiap masyarakat dengan ada sedikit ubahsuai seperti kaum Melayu yang membuat masakan kari ini dengan olahan resepi menggunakan santan. Proses Akomodasi Bagi proses akomodasi pula, ia merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing (Syamsul Amri, 2007). Konsep ini diwakili oleh formula A+B+C = A+B+C. A, B dan C di sini merujuk kepada budaya. Proses akomodasi ini dapat kita lihat prosesnya dalam aspek adat resam dimana setiap kaum di Malaysia ini mempunyai perayaan yang tersendiri menyebabkan mereka perlu melatih dan mendidik diri mereka sendiri agar tidak mempertikaikan perayaan kaum lain. Dengan kata mudahnya, mereka boleh merayakan perayaan kaum mereka sendiri tanpa batasan dan halangan daripada kaum lain dan justeru sebaliknya. Pihak kerajaan Malaysia juga amat menyokong perlaksanaan proses inj dalam mengekalkan kemakmuran negara melalui perlaksanaan rumah terbuka bagi setiap perayaan jemputan menganjurkan penglibatan setiap kaum. Proses Amalgamasi Akhir sekali, proses amalgamasi pula merujuk kepada satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru (Syamsul Amri,
2007). Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D, disini A,B, dan C mewakili kumpulan etnik berlainan dan D mewakili amalgamasi iaitu satu kumpulan baru yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C. Jadi, jelas dilihat disini bahawa proses ini amat berperanan besar dalam aspek perkahwinan di Malaysia dimana setiap kaum tiada larangan untuk berkahwin dengan orang yang mereka cintai meskipun berlainan kaum. Sebagai contoh, perkahwinan campur antara kaum Cina dan India di Melaka telah membentuk ras baharu dengan campuran budaya daripada kaum induk mereka yang mana dinamakan sebagai kaum Chetti di Melaka. Kesimpulan Apa yang dapat disimpulkan daripada proses pembudayaan ini, ia amatlah diambil berat oleh setiap warga Malaysia supaya kelak tidak akan timbul isu akan kebudayaan setiap kaum yang sepatutnya dijaga dan setiap daripada kelompok masyarakat mendapat hak yang sama rata melalui cara mereka mengamalkan budaya yang mana akan menjaga perpaduan dan kedaulatan dalam negara. Setiap budaya yang diamalkan perlulah dihormati oleh setiap masyarakat dan selayaknya dikekalkan selagimana ianya tidak bercanggah dengan peraturan negara dan juga berlandaskan agama.
Rujukan Lee Lam Thye dipetik daripada Berita Harian Online(2019, September 9). Perpaduan kaum di Malaysia perlu terus utuh. Muhammad Al Afzan Ali Hussin(2019, Julai 19). Proses Pembudayaan dalam Hidup Masyarakat. Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia Zaliza Mohd Nasir & Norlin Ahmad (2009). Pembangunan sosial dalam hubungan etnik. Dalam Kassim Thukiman dan Hamidah Abdul Rahman, Hubungan Etnik Di Malaysia: Perpektif Teori dan Praktik, pp. 141 – 154.