Pilih salah satu tajuk pelajaran dalam DSKP Sejarah Tahun 4, 5 atau 6 dan kenal pasti filem-filem berunsur sejarah yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk tersebut. Sediakan ulasan yang menunjukkan relevansi filem tersebut dengan tajuk pelajaran. Tahun 4 Tajuk Tajuk 5: Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka Unit 11: Hang Tuah Laksamana Terbilang Standard Kandungan 5.1 Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka Standard Pembelajaran 5.4.2 Menjelaskan kualiti diri Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka K5.4.5 Menjelaskan kebijaksanaan tokoh dalam menyelesaikan sesuatu masalah Filem / Relevansi Tajuk filem: Hang Tuah Tahun terbit: 1956 Pengarah: Phani Majmudar Dihasilkan oleh: Malay Film Productions Ltd. (MPF) Pelakon: P. Ramlee, Saadiah, Ahmad Mahmud, Zaiton, Haji Mahadi, Daeng Idris, Yusof Latiff, Nordin Ahmad, S.Shamsuddin, Aziz Satar, Hashim Nur Relevansi: Filem ini relevan untuk pengajaran dan pembelajaran kerana filem ini memaparkan nilai dan kualiti yang terdapat dalam diri Hang Tuah. Contohnya, Hang Tuah dan kawankawannya menuntut ilmu bersama-sama di Gunung Ledang. Di dalam filem ini juga memaparkan bagaimana 5 sekawan ini telah menyelamatkan Dato’ Bendahara. Maka, Dato’ Bendahara telah melantik Hang Tuah sebagai Laksamana. Kehebatan Hang Tuah juga ditunjukkan dalam filem ini dengan menentang pahlawan Majapahit. Kerana ketangkasannya berlawan, Hang Tuah berjaya mendapatkan keris Taming Sari.
Tahun 5 Tajuk Tajuk 7: Perjuangan Kemerdekaan Negara Unit 5: Bangkit Berjuang Penjajah Ditentang Standard Kandungan 7.2 Perjuangan Menentang Campur Tangan dan Pejajahan Standard Pembelajaran 7.2.1 Menyenaraikan tokoh tempatan yang menentang campur tangan dan penjajahan kuasa asing 7.2.2 Menyatakan sebab penentangan tokoh tempatan terhadap campur tangan dan penjajahan kuasa asing 7.2.3 Menerangkan perisiwa penentangan tokoh terhadap campur tangan dan penjajaan kuasa asing K7.2.5 Menjelaskan kepentingan menghargai perjuangan pemimpin terdahulu Filem / Relevansi Tajuk filem: Mat Salleh Pahlawan Sabah Tahun terbit: 1983 Pengarah: Omar Rojik Dihasilkan oleh: Sabah Film Production Pelakon: Alias Lantau, Ghazali Sumantri, Maria Arshad Relevansi: Filem ini relevan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana filem ini memaparkan tentang perjuangan Mat Salleh dalam menentang campur tangan kuasa asing di Sabah. Filem ini juga merakamkan semula sejarah bangsa dan negara serta berperanan menyebarkan pelbagai mesej kepada masyarakat. Antaranya adalah menyedarkan masyarakat tentang semangat patriotisme pada negara. Filem ini digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana gambaran Mat Salleh dalam memperjuangkan keadilan sehingga sanggup mati cukup jelas menunjukkan semangat patriotisme beliau pada bumi Sabah. Tahun 6
Tajuk Tajuk 12: Pencapaian dan Kebanggan Negara Unit 9: Sukan Kebanggaan Malaysia Standard Kandungan 12.3 Sukan Kebanggaan Malaysia Standard Pembelajaran 12.3.1 Menyatakan pencapaian Malaysia dalam bidang sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa Filem / Relevansi Tajuk: Ola Bola Tahun terbit: 2016 Pengarah: Chiu Keng Guan Dihasilkan oleh: Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment & Wohoo Pictures Production Pelakon: Bront Palarae, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar Manokaran, Marianne Tan, Mark Williams, Lim Jian Wen, Eric Teng, Taufiq Hanafi dan Katrina Ho Relevansi: Filem ini relevan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana file mini mengisahkan zaman kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia yang layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Pada era 80-an, pasukan Malaysia sangat digeruni oleh pasukan lawan khususnya di rantau Asia. Pelbagai suka duka yang dialami oleh watak sepanjang file mini dimainka menjadikan filem ini menjadi lebih menarik. pasukan bola sepak negara ketika itu berdepan dengan cabaran apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Keadaan semakin rumit apabila hampir setiap pemain mempunyai isu dan masalah masing-masing. Walau bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang untuk beraksi di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi demi mengharumkan nama negara. Ketika semangat kembali menyemarak dalam diri, pasukan negara sekali lagi diduga dengan satu cabaran yang mematahkan semangat
mereka dan harapan negara. Malah, file mini memaparkan pelbagai watak yang berbeza kaum, bangsa, agama dan latar belakang. Walaupun mempunyai perbezaan, banyak nilai yang diperolehi menerusi filem ini.