The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

mini projek chess
nur ain adilla
nur ain ahmad shukri
nur muwawiyah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muwawiyah.fekri, 2021-06-10 03:47:46

PSIKOLOGI CATUR

mini projek chess
nur ain adilla
nur ain ahmad shukri
nur muwawiyah

Ikuti gaya bermainmu,
Jangan melawannya

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA NO PENDAFTARAN
NUR MUWAWIYAH BT FEKRIRAZI 18DKM20F1006
NUR AIN BT AHMAD SHUKRI 18DKM20F1018
NURUL A’IN ADILLA BT AZIZAN 18DKM20F1017

PSIKOLOGI
CATUR

TAJUK BUKU INI adalah berkaitan dengan pemikiran .
Sejak pertama kali mengenal permainan catur dan

berguru pada banyak orang baik tua maupun muda, ilmu
yang sangat penting yang menyatakan bahawa

“FAKTOR PENENTU KEMENANGAN TERBESAR
ADALAH MENTAL”.

Tidak pernah menyangkalnya , selain ilmu dan fisik,
MENTAL memiliki peranan sangat besar sebagai penentu

kemenangan.
Berbicara tentang mental, tidak terlepas dari psikologi
seseorang dalam menghadapi permainan catur itu sendiri.

Tulisan ini berdasarkan pada buku yang ditulis oleh
Pal Benko dan Burt Hochberg yang berjudul
“winning with chess psichology”

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
SEJARAH PERMAINAN CATUR
PAPAN CATUR
BUAH CATUR

TOKOH PEMAIN CATUR YANG DIKAGUMI

PERATURAN ISTIMEWA CATUR
ISTILAH
KESIMPULAN

PENGENALAN

• Permainan catur merupakan permainan berpapan
paling popular di dunia, permainan ini sudah wujud
sejak 1300 tahun yang lampau. Catur sangat senang
dipelajari namun memerlukan sepanjang hayat untuk
dimahiri.

• Permainan catur membuatkan seseorang itu fokus
dalam apa yang dilakukan kerana permainan catur
membuatkan seseorang itu menggunakan otak kiri dan
kanan dengan konsisten.

• Objektif permainan ini adalah untuk checkmate pihak
lawan ini berlaku apabila King/Raja salah satu pemain
berada dalam keadaan check, dan tiada sebarang
gerakan yang mampu dibuat oleh pemain tersebut bagi
mengelakkannya.

SEJARAH
PERMAINAN

CATUR

PERISTILAHAN

➢ Kata catur diambil dari kata bahasa Sanskrit
berbunyi (चतरु ) yang bererti "empat", lebih tepat
lagi singkatan dari chaturanga (चतरु ङ्ग; caturaṅga)
atau "empat sudut".Di India kuno permainan catur
memang dimainkan oleh empat peserta yang
berada di empat sudut yang berbeza. Hal ini lain
dari permainan catur moden di mana pesertanya
hanya dua orang saja.

PERKEMBANGAN

➢ Banyak negara mendakwa merekalah merupakan
negara asal catur dalam bentuk yang tersendiri.
Walau bagaimanapun, ahli sejarawan berpendapat
bahawa catur sebenarnya berasal dari Iran purba, ia
menjangkau dunia purbakala. India (dulu dikenali
sebagai Hindustan), Pakistan dan Afghanistan
adalah beberapa negara diberikan sebagai contoh.

PEMBENARAN

➢ Terdapat laman-laman web yang dikendalikan oleh
evangelis Kristian (seperti Answering Islam) yang
membuat dakwaan bahawa Rasulullah S.A.W. dan
Islam mengharamkan permainan catur
sebilangan lagi yang mengharamkannya.

Para ulama berbeza pendapat mengenai permainan
catur, dengan sebilangan mereka mengatakan boleh
dan sebilangan lagi mengatakan makruh dan
sebilangan lagi yang mengharamkannya.
Permainan catur ini menular di kalangan penganut
agama Islam setelah pengislaman
negara Parsi bermula dalam 637M iaitu selepas
kewafatan Rasulullah S.A.W. dalam tahun 632M.
Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi beranggapan hadis-
hadis yang disebutkan mengenai permainan catur
adalah hadis palsu kerana Rasulullah S.A.W. wafat
sebelum penaklukan negeri Parsi.
Khulafa al-Rasyidin sendiri berbeza pendapat
mengenai permainan catur. Khalifah Umar r.a.
menganggapnya lebih melekakan daripada nard
(backgammon) sementara Saidina Ali r.a. melihatnya
sebagai satu perjudian (kerana ada yang bertaruh
wang bermain catur).

Sahabat-sahabat lain dan ulama-ulama yang mengikut
semasa dan selepas Khulafa al-Rasyidin seperti Ibnu
Abbas, Abu Hurairah, Ibnu Sirin, Hisham bin Umrah,
dan Said ibn Al-Musayyib membenarkan permainan
catur.
Asas kebenaran adalah catur tidak melibatkan
pertaruhan nasib sebaliknya melibatkan kemahiran
dan strategi.
Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpandangan
permainan catur dibolehkan di dalam Islam, seperti
mana permainan-permainan yang lain, selagi mana
perkara-perkara berikut dijaga oleh pengamalnya.

1) tidak dilekakan sehingga meninggalkan solat
2) tidak melibatkan pertaruhan wang

PAPAN CATUR

1. Catur dimainkan di atas sekeping papan yang
mempunyai 64 petak hitam dan putih berselang-
seli, dijajarkan supaya petak di penjuru kanan-
bawah (bagi kedua pemain) berwarna putih.

2. Petak cerah dan gelap pada papan catur ini serta
buah cerah dan gelap catur sering dirujuk sebagai
"putih" dan "hitam", walaupun dalam set catur
moden hampir semua warna boleh digunakan.

3. Baris melintang pada papan catur dipanggil rank
dan dinomborkan 1-8; lajur menegak pula dipanggil
file dan diberikan huruf a-h.

BUAH CATUR
❖ Catur dimainkan oleh 2 orang pemain (seorang

pemain buah putih/cerah & seorang lagi pemain
buah hitam/gelap), seseorang pemain memiliki:

➢ 8 Pawns/bidak

➢ 2 Bishops/Gajah

➢ 2 Knights/Kuda

➢ 2 Rooks atau
Castles/Tir

➢ 1 Queen/Menteri
➢ 1 King/Raja

TOKOH
PEMAIN
CATUR YANG
DIKAGUMI

GARRY
KASPAROV

Tiada pemain catur lain yang pernah mendominasi
sukan catur sepertimana yang dilakukan oleh Garry
Kasparov . Beliau Berjaya menjadi pemain termuda
memenangi Kejuaraan Dunia pada 1985 . Pada
Ketika itu, beliau hanya berusia 22 tahun dan
Berjaya mengekalkan kejuaraan sehingga tahun
1993 tahun dimana beliau menubuhkan
organisasinya sendiri kerana salah faham dengan
FIDE .
Dalam ranking pula , beliau mengungguli
kedudukan pertama daripada tahun 1986
sehinggalah beliau bersara pada tahun 2005 .
Antara kejayaan terbesarnya adalah pernah
memenangi 15 kejohanan utama secara berturut-
turut .

ANATOLY
KARPOV

Selain Garry Kasparov , Anatoly Karpov merupakan
seorang lagenda catur yang berasal dari Rusia .
Beliau Berjaya menjadi juara dunia pada tahun 1975
hingga 1985 dan 1993-1999 . Kini , beliau masih lagi
bermain catur dan Ketika artikel ini ditulis beliau
beradaa di kedudukan ke 180 dalam senarai yang
dikeluarkan FIDE .
Sepanjang kariernya , beliau telah memenangi 160
pertandingan catur . Pada tahun 1969 beliau telah
muncul sebagai Juara Remaja Dunia dengan
memenangi 10 daripada 11 perlawanan .
Selain itu , beliau juga pernah mencapai rating 2985
, rating tertinggi yang pernah dicatatkan dalam
sukan ini . Dalam pertandingan chess Olympiads
pula , beliau hanya kalah 2 perlawanan daripada 68
perlawanan sepanjang kariernya . Chess Olumpiadz
adalah pertandingan catur berkumpulan antar
negara yang diadakan setiap dua tahun . Setelah
hilang status sebagai pemain terbaik dunia pada
tahun 1999 beliau kurang bermain catur mula
beralih arah ke dalam bidang politik .

PERATURAN
ISTIMEWA
CATUR

• MENYEDIAKAN PAPAN CATUR

Pada permulaan permainan, papan catur dibentangkan
supaya setiap pemain mempunyai petak putih (atau
warna muda) di sebelah kanan bawah pemain tersebut.
Kepingan-kepingan catur kemudiannya disusun dengan
cara yang sama pada setiap kali. Barisan kedua (atau
deretan) papan diisi dengan bidak-bidak. Rook
diletakkan di sudut, dengan kuda di sebelahnya, dan
diikuti dengan biskop, dan akhir sekali ratu diletakkan
di petak yang sama warna dengan warna ratu tersebut
(ratu putih di petak putih, ratu hitam di petak hitam),
dan raja diletakkan di petak terakhir

❑ PERGERAKAN KEPINGAN CATUR

Setiap daripada 6 kepingan catur memiliki pergerakan yang
berbeza. Kepingan tidak boleh bergerak menembusi kepingan
lain (akan tetapi kuda boleh melompat di atas kepingan lain),
dan tidak boleh bergerak ke petak yang diduduki oleh
kepingan sendiri. Walau bagaimanapun, kepingan boleh
digerakkan untuk mengambil alih petak yang diduduki
kepingan pihak lawan, dan seterusnya menangkap kepingan
tersebut. Kepingan secara amnya digerakkan ke posisi di
mana ia boleh menangkap kepingan lawan (dengan
mengambil alih petak dan menggantikan kepingan tersebut),
mempertahankan kepingan sendiri jika ia boleh ditangkap,
atau untuk mengawal petak-petak penting permainan.

• PERGERAKAN RAJA

Raja merupakan kepingan yang terpenting, tetapi di
antara yang paling lemah. Raja hanya boleh bergerak
satu petak dalam apa jua arah - ke atas, ke bawah, ke tepi,
dan secara pepenjuru. Raja tidak boleh bergerak dirinya
ke dalam check (di mana dia boleh ditangkap). Apabila
raja diserang oleh kepingan yang lain, ini dipanggil
"check“.

• PERGERAKAN RATU

Ratu ialah kepingan yang paling kuat. Dia dapat bergerak
dalam setiap arah lurus ke depan, ke belakang, ke tepi,
atau secara pepenjuru - sejauh mana yang boleh selagi
dia tidak bergerak menerusi mana-mana kepingannya.
Dan, macam semua kepingan, jika ratu menangkap suatu
kepingan lawannya maka pergerakannya berakhir.
Perhatikan bagaimana ratu putih menangkap ratu hitam
dan kemudiannya raja hitam dipaksa untuk bergerak.

• PERGERAKAN ROOK

Rook boleh bergerak sejauh mana ia mahu, tetapi hanya
ke depan, ke belakang, dan ke tepi. Rook-rook adalah
kepingan yang kuat apabila mereka melindungi dan
berkerjasama sesama sendiri.

• PERGERAKAN BISKOP

Biskop boleh bergerak sejauh mana yang ia mahu, tetapi
hanya secara pepenjuru. Setiap biskop bermula pada satu
warna (cerah atau gelap) dan mesti kekal pada warna itu.
Biskop-biskop bekerjasama dengan baik sesama sendiri
kerana mereka menutup kelemahan antara satu sama

lain.

• PERGERAKAN KUDA

Kuda bergerak dengan cara yang sangat berlainan
berbanding dengan buah yang lain - bergerak dua petak
dalam satu arah, dan kemudiannya satu pergerakan lagi
dengan sudut 90 darjah, sama seperti bentuk huruf "L".
Kuda juga adalah satu-satunya buah yang boleh bergerak
melepasi buah yang lain.

• PERGERAKAN BIDAK
Bidak adalah luar biasa kerana mereka bergerak dan
menangkap dengan cara yang berbeza: mereka bergerak
ke hadapan, tetapi menangkap dengan menyerong.
Bidak hanya boleh bergerak ke hadapan dengan satu
petak setiap masa, kecuali pada langkah pertama
mereka di mana mereka boleh melangkah dua petak ke
depan. Bidak boleh menangkap dengan menyerong satu
petak di hadapannya. Mereka tidak boleh bergerak atau
menangkap ke belakang. Jika ada buah lain yang berada
betul-betul di hadapan bidak, ia tidak boleh bergerak
melangkah atau menangkap buah tersebut.

ISTILAH

❖ MENANG :

Untuk menang dalam permainan catur, kita harus
menangkap raja lawan dengan cara checkmate, walaupun
boleh menggunakan cara lain seperti lawan kehabisan
masa, menyerah, dan didiskualifikasi.

❖ SERI :

Dalam bermain catur, tentunya kita pernah mengalami
hal yang buruk, entah itu serangan yang gagal, membuat
blunder (kesalahan fatal), atau posisi yang buruk.Tentunya
dalam hal ini, membuat permainan dengan hasil seri
tentunya lebih memuaskan daripada kekalahan.

❖ KALAH :

Tidak menang dalam dalam satu pusingan, dimana pihak
lawan mendapat satu mata dan kita mendapat kosong.

KESIMPULAN

❖ Sebagai kesimpulan, sukan catur dapat
memberi faedah kepada banyak aspek.
Antaranya, aspek kesihatan, social dan
Pendidikan. Contohnya dari aspek
kesihatan, permainan ini akan menguji
dan merangsang minda seseorang untuk
berfikir ketika menggerakkan buah.
Selain itu, aspek social pula, hubungan
kekeluargaan dan kawan semakin rapat
dek kerana permainan ini serta ia juga
dapat merangsang minda seseorang
untuk lebih peka dan bersedia.


Click to View FlipBook Version