Ruj : SUBPJ/1821/2023-01 28 Januari 2023 KETUA UMNO CAWANGAN-CAWANGAN SETIAUSAHA UMNO CAWANGAN-CAWANGAN SETIAUSAHA WANITA UMNO CAWANGAN-CAWANGAN SETIAUSAHA PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN-CAWANGAN SETIAUSAHA PERGERAKAN PUTERI UMNO CAWANGAN-CAWANGAN Yang Berbahagia Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA BIL : 1/2023
2.3 PENDAFTARAN CALON 2.3.1 Pendaftaran calon di peringkat Bahagian termasuk Sayap-sayap boleh dibuat di Pejabat UMNO Bahagian dan Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeribermula pada 13 Februari 2023 (Isnin) dan berakhir 26 Februari 2023 (Ahad). Pendaftaran dibuka dari jam 9.00pagi hingga 5.00 petang. 2.3.2 Borang boleh diperolehi di Pejabat UMNO Bahagian dan di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeriatau boleh dimuat turun melalui laman web rasmi https://umno-online.my/ bermula 10 Februari 2023. 2.3.3 Cabutan nombor calon bagi Peringkat Bahagian, boleh dibuat dan diuruskan oleh Urus Setia Bahagianmasing-masing termasuk sayapsayap. 2.4 PROSES PEMILIHAN UMNO 2023 2.4.1 Proses Pemilihan Jawatankuasa di peringkat Cawanganakan diurus dan diselaraskan oleh UMNO Bahagian berkenaan. 2.4.2 Proses Pemilihan Jawatankuasa di peringkat Bahagian dan Majlis Kerja Tertinggi akan diuruskan dan diselaraskan oleh UMNO Bahagian masing-masing serta dipantau sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2023.
2.5 BORANG 9 (AKTA PERTUBUHAN 1966) 2.5.1 Semua Cawangan hendaklah mengisi Borang 9 (AktaPertubuhan 1966) bersama minit Mesyuarat (Peringatan Persidangan), senarai Ahli-ahli Jawatankuasadan Penyata Kewangan kepada Pendaftar Pertubuhan. Tindakan ini perlu diambil bagi mengelakkan daripada berlakunya pembatalan mana-mana Bahagian atau Cawangan oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. 2.5.2 Bagi Penyata Tahunan, HENDAKLAH DITANDATANGANIoleh Ketua Cawangan dan Setiausaha Cawangan. 2.5.3 Bagi Penyata Kewangan, HENDAKLAH DITANDATANGANIoleh Ketua Cawangan, Bendahari Cawangan dan dua (2) orang Pemeriksa Kira-Kira. 2.6 KEDUDUKAN AHLI YANG MUFLIS Sesuai dengan Fasal 9’A’ (1) (d) dan 9 ‘A’ (7) (c) AktaPertubuhan 1966 dan Fasal 6.3.4 Perlembagaan UMNO, makaseseorang muflis tidak dibenarkan bertanding atau memegang sebarang jawatan di mana-mana peringkat Persidangan Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Perwakilan Bahagian termasuk Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri. Mereka juga dilarang untuk menjadi wakil dari Cawangan ke Bahagian ataudari Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO. 2.7 PENGERUSI TETAP Semua Pengerusi tetap yang mempengerusikan mana-mana Persidangan Tahunan Cawangan termasuk Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri dikehendaki menandatangani Surat Akuan untuk mengesahkan merekatidak muflis. 2.8 AGENDA PERSIDANGAN Agenda Persidangan UMNO Cawangan bagi tahun 2023 disemua peringkat diselaraskan mengikut susunan agenda yangtelah diluluskan oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO. (Rujuk Lampiran).
3. Sehubungan dengan itu, mohon kepada pihak Yang Berbahagia Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat mengambil tindakan selanjutnya berhubung perkara di atas. Sekian, terima kasih dan Selamat Bersidang BERSATU ~ BERSETIA ~ BERKHIDMAT …………………………………………………….. HAJI MOHAMED SAM BIN A.WAHID Setiausaha UMNO Bahagian S.k - YBhg. Datuk Wira Haji Abdul Mutalif Bin Abdul Rahim, Ketua UMNO Bahagian - Ketua Wanita UMNO, Ketua Pergerakan Pemuda & Puteri Bahagian - Ketua Wanita/Pemuda/Puteri UMNO Cawangan-Cawangan
ATURAN PERSIDANGAN (Merujuk Kepada Perkara 14 Peraturan Persidangan) ATURAN PERSIDANGAN 1. PENDAFTARAN AHLI 2. BACAAN DOA 3. NYANYIAN LAGU : - NEGARAKU - BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT AGENDA PERSIDANGAN 1. PERAKUAN SUMPAH OLEH PENGERUSI DAN TIMBALAN PENGERUSI TETAP 2. PESANAN PENGERUSI TETAP TENTANG TATACARA PERSIDANGANDAN MENGUMUMKAN KEHADIRAN AHLI 3. MEMBENTANGKAN KERTAS – KERTAS PERSIDANGAN 3.1 PERINGATAN PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN YANG LALU 3.2 PENYATA TAHUNAN UMNO CAWANGAN 3.3 PENYATA KEWANGAN UMNO CAWANGAN 4. MEMILIH PENGERUSI TETAP, TIMBALAN PENGERUSI TETAP, AHLIAHLIJAWATANKUASA DAN PEMERIKSA KIRA-KIRA CAWANGAN 5. MEMILIH WAKIL-WAKIL CAWANGAN KE MESYUARAT PERWAKILANBAHAGIAN UMNO BAHAGIAN 2023. 6. UCAPAN KETUA CAWANGAN 7. MEMBENTANG DAN MEMBAHASKAN USUL-USUL (JIKA ADA) – USUL BERTULIS PERLU DISERTAKAN 8. TANGGUHAN PERSIDANGAN 9. UCAPAN PENANGGUHAN